Aidilfitri bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi! Mesti ramai diantara kita yang tak sabar nak meraikan kedatangan Syawal pada tahun ini.
Malah, sudah pasti ramai antara Hijabi yang mendambakan untuk beraya bersama kulit yang mulus, licin, cerah dan berseri kan?
Haa.. disini Hijabista ada berita baik untuk Hijabi diluar sana! Jika anda mahukan ‘kulit Raya’ ketika menyambut Aidilfitri pada tahun ini, anda WAJIB dapatkan produk penjagaan wajah dari INNISFREE ni tau!
Set Pertama Eksklusif Atas Talian (Online): Set Kulit Licin Retinol Cica – RM 156 (Harga Asal: RM 242, Jimat 36%)
1x Retinol Cica Repair Ampoule (30ml) – Bertujuan membantu melicinkan kulit dan mengurangkan masalah jerawat dalam 4 minggu dengan manfaat retinol dan cica!
7x Hadiah Percuma: 🎁 2x Bija Cica Balm (5ml) 🎁 2x Green Tea Seed Serum (8ml) 🎁 2x Black Tea Youth Enhancing Treatment Essence (8ml) 🎁 1x INNISFREE x Wunderbath Exclusive Sabun Ketupat Set Kedua Eksklusif Atas Talian (Online): Set Perlindungan SPF Retinol Cica – RM 216 (Harga Asal: RM 378, Jimat 43%)1x Retinol Cica Repair Ampoule (30ml) – Bertujuan melicinkan kulit dan mengurangkan masalah jerawat dalam jangkamasa 4 minggu dengan manfaat retinol dan cica!
1x Tone Up No-Sebum Sunscreen EX (50ml) – Membantu mencerahkan tona kulit wajah dengan perlindungan SPF50!
13 x Hadiah Percuma: 🎁 4x Bija Cica Balm (5ml) 🎁 6x Squeeze Energy Masks (Green Tea) 🎁 1x Retinol Cica Ampule & Green Tea Foam Duo Kit 🎁 1x INNISFREE x Wunderbath Rosé Ma Bath Bomb
1x Green Tea Seed Serum (80ml) – Bertujuan meningkatkan kelembapan kulit serta-merta sebanyak 710 peratus dengan asid hialuronik (Hyaluronic Acid) dan Teh Hijau Kecantikan!(Beauty Green Tea).
1x Retinol Cica Repair Ampoule (30ml) – Mampu melicinkan dan menghaluskan kulit serta mengatasi masalah jerawat dalam tempoh 4 minggu dengan manfaat retinol dan cica!
Fuhhh! Banyak betul tawaran hadiah yang INNISFREE nak belanja anda pada promosi Aidilfitri dan April kali ini. Memang rugi sangat kalau tak grab peluang keemasan ni dengan segera! Ingat benda baik tak selalu ada depan mata tau, jadi jangan berlengah lagi!
Untuk mengetahui info lanjut mengenai pelbagai jenis produk wajah dan juga promosi Aidilfitri dan April 2023 INNISFREE, anda boleh layari laman sesawang INNISFREE atau lawati akaun-akaun media sosial INNISFREE:
Kulit tona fair atau cerah ini yang paling biasa dimiliki oleh kebanyakan hijabi. Bagi hijabi yang mempunyai kulit wajah tona fair tidak perlu risau kerana sangat mudah untuk menyempurnakan solekan di wajah. Dengan sapuan Maybelline Fit Me Matte + Poreless Liquid Foundationmenjadikan solekan lebih ‘on point’ kerana membuatkan mekap tidak bercapuk dan berminyak. Hasilnya mampu menyerlahkan solekan yang lebih bersifat semulajadi.
Berikut adalah rangkaian pilihan Maybelline Fit Me Matte + Poreless Liquid Foundation yang sesuai untuk tona fair:VIDEO: Cara untuk mendapatkan tona foundation yang betul mengikut warna kulit wajah anda.
Setiap bakal pengantin pastinya mahukan majlis perkahwinan yang dirai dikenang seumur hidup. Dan selalunya setiap pasangan itu memang agat cerewet untuk memastikan segala persiapan berjalan lancar. Kalau boleh mahu mencipta sesuatu yang berlainan untuk membolehkan majlis diingati selama-lamanya.
Bagi gadis ini Ainaa Juliadi, 21 tahun juga turut mempunyai impian sendiri untuk majlis perkahwinannya.
Sejak kecil dia mengimpikan memakai busana ibarat Disney Princess dan ia terlaksana apabila dia telah memperagakan baju hasil ciptaan sendiri di majlis resepsi perkahwinannya awal Februari lalu.
Memang sangat cantik dress kahwin hasil sentuhan mempelai sendiri. Apatah lagi, dirinya turut kelihatan seperti seorang puteri yang sangat cantik dan menawan sekali. Bukan sahaja mereka rekaan, tetapi menggunting, jahit dan juga deko pada busana berkenaan.
Menjadikan busana Princess Aurora dari watak kartun Sleeping Beauty sebagai inspirasi adalah kerana Ainaa sendiri memang sangat menggemari warna merah jambu.
Namun bukan mudah untuknya menyiapkan busana berkenaan. Dia mengambil masa hampir 3 bulan untuk menyiapkannya sebelum dapat menggayakan di majlis resespinya.
Ainaa yang juga merupakan seorang wedding planner bersama ibunya iaitu Dnalia Enterprise mula belejar menjahit ketika berusia 18 tahun disebabkan kena paksa dengan ibunya. Bagaimanapun sejak usianya 16 tahun sudah mula pandai menjadit manik.
Selain menjahit baju untuk busana Princess Aurora, Ainaa juga telah menjahit sendiri busana persis Queen Elsa dari watak Frozen yang digayakannya pula untuk outdoorphotoshoot.
Ternyata ramai yang menyukai baju rekaan Ainaa dan memuji hasil kreativiti yang dipersembahkan pada busana berkenaan.
Bukan itu sahaja ada juga yang berminat untuk belajar jahit darinya dengaan menyuruhnya membuat tutorial di laman youtube. Tetapi buat masa ini dia belum cukup ilmu dan masih berkursus bagaimana untuk mengajar orang menjahit.
Walaupun kita dalam mood berpuasa, namun dalam masa sama masih tidak lambat untuk menyambut hari ibu. Insan inilah yang paling layak dihormati walau dalam apa situasi sekalipun. Begitu juga dengan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak melupakanya ibunya walaupun dalam tempoh sukar ini. Beliau boleh dikatakan rapat dengan bondanya, Tun Rahah kerana sering memuatkan foto bersama ibu kesayangannya itu. Terbaru setelah tidak lagi bergelar Perdana Menteri, beliau kini mempunyai masa berbuka puasa dan membawa ibunya untuk bersolat terawih.
Dalam satu status yang dimuat turut di laman sosialnya, Najib memuat turut sekeping gambar beliau bersama bondanya sementara menunggu solat Isyak dan terawih malah tadi.
najib_razakAlhamdulillah berkat bulan Ramadan, dapat bersama Bonda Tun Rahah sementara menunggu masuk waktu Isyak dan solat terawih tadi.
Posting ini ternyata menarik perhatian netizen untuk memberi komen. Rata-rata memberi komen Najib seorang yang bertuah kerana masih memiliki doa dari seorang ibu.
daniasofia5209 Alhamdulilah DSN ada seorg ibu yg penyayang…doa sorg utk anak2 pasti terkabul dibulan yg mulia ini.semoga sihat kedua2nya
@hannialeesya Salam ramadhan Dato seri semoga ramadan akan lebih bermakna bersama ibu tercinta sentiasa
@amyana27074 Alhamdulillah.. Allah memberi kesempatan waktu utk DSN meluangkan waktu bersama bonda dato,dan dilapangkan waktu utk bersama jemaah menunaikan solat sunat tarawih
@siti_othman Minta Bonda doakan yg terbaik. Doa Bonda makbul
@yana_04us Doa ibu adalah sebaik baik doa. Tambah pula dalam bulan ramadan. Terima kasih utk jasa sepanjang menjadi pm. Selebihnya hanya Allah y maha mengetahui.
Umum mengetahui sebagai anak sulung, Najib memang begitu sayangkan ibunya ini. Hubungan mereka dilihat sangat akrab dan beliau begitu menyanjungi insan yang telah melahirkan dirinya itu.
Ibunya Tun Rahah adalah isteri kepada Perdana Menteri ke dua, Tun Abduk Razak Dato Haji Husein. Beliau lahir di Muar Johor dan mempunyai empat anak lelaki lain selain Najib, Ahmad Johari, Mohd Nizam, Mohamed Nazir dan Mohd Nazim.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...