Semua orang mempunyai hobi yang tersendiri yang biasa dilakukan pada waktu lapang. Hobi merupakan aktiviti yang memberikan keseronokan pada diri sendiri serta membantu mengurangkan tekanan. Tapi bagaimana kalau hobi tersebut menelan belanja yang besar?
Seperti seorang lelaki bernama Antonio Romero Monteiro yang menjadi manusia paling banyak memiliki permainan video dengan nilai anggaran RM2.1 juta. Lelaki dari Amerika Utara yang berusia 45 tahun ini sekaligus telah diiktiraf sebagai pengumpul koleksi permainan video paling banyak di dunia oleh Guinness World Record!
Sumber gambar dari Guiness World Records
Menurut Guiness World Records, Antonio telah mengumpul 24,268 permainan video yang dimulakan sejak tahun 1987 ketika berusia 10 tahun.
Selain pemegang rekod dunia permainan video secara keseluruhan, dia juga pemegang empat lagi rekod dunia iaitu pengumpul koleksi terbesar bagi permainan video PlayStation,Sega, Nintendo dan Xbox.
Sejak membeli permainan video Sega Genesis pertamanya lebih 30 tahun lalu, koleksinya semakin bertambah selepas itu dan memenuhi seluruh biliknya. Bahkan, ia disusun dengan teratur mengikut sistem dan abjad!
Koleksi yang dikumpulnya turut merangkum aksesori-aksesori yang digunakan dalam permainan video termasuk pelbagai konsol.
Katanya, ketika ini, dia mempunyai koleksi lengkap daripada konsol permainan Nintendo yang pertama sehingga keluaran permainan video paling terkini.
Apa yang menarik, peminat tegar permainan video itu turut menyimpan satu salinan permainan video Max Basic Rifle Marksmanship Program yang dikeluarkan Nintendo khas untuk tentera Amerika Syarikat untuk latihan menembak dan tidak pernah dijual kepada orang awam.
Lelaki ini turut berkongsi perasaan serta memberikan pendapat mengenai permainan video yang kini dilihat sudah lama ditinggalkan oleh ramai.
“Saya melihat permainan video sebagai satu bentuk seni, di mana kreativiti dan penceritaan yang melampaui batas segala kemungkinan.
“Setiap generasi sistem permainan video memberikan potensi lebih jauh untuk merealisasikan kreativiti dan berkongsi cerita, cabaran dan pengalaman yang tidak terbatas,” ujar Antonio.
Sumber gambar dari Guiness World Records
Ha…pasti anda tertanya bagaimana dia boleh menjejaki setiap satu permainan yang belum dimiliki kan? Kalau mencari menggunakan Internet agak mustahil dan mencari permainan retro di kedai video tempatan kini juga agak mencabar.
Ads
Untuk pengetahuan anda, Antonio menggunakan sistem dwi inventori yang membolehkannya menjejak, mengkatalogkan dan mengurus keseluruhan koleksinya serta menggunakan pangkalan data yang diciptakan sendiri olehnya untuk membandingkan permainan yang dimilikinya dengan permainan yang dia masih tiada untuk melengkapkan koleksinya. Wah, memang hebat!
Kenangan berharga
Sumber gambar dari Guiness World Records
Antonio akui permainan video tersebut menggamit kenangannya yang paling berharga bersama keluarga dan rakan-rakan. Apabila ditanya soal permainan kegemarannya, dia menjawab Super Nintendo dan Super Castlevania IV.
“Antara kenangan saya yang paling berharga adalah bermain permainan video bersama keluarga serta rakan-rakan.
“Saya mempunyai beberapa kenangan zaman kanak-kanak yang sangat menggembirakan kala bermain Castlevania,” kongsinya.
Tambahan itu, dia turut mengimbas kembali perasaannya sewaktu diiktiraf sebagai pemecah rekod dunia.
Ads
“Sangat teruja kerana akhirnya dapat berkongsi rekod ini dengan penduduk seluruh dunia!
“Saya masih ingat sewaktu kecil, buku Guinness World Records merupakan buku yang paling popular di perpustakaan sekolah,” katanya.
Terdahulu, Antonio pertama kalinya meraih rekod Guinness World Records untuk koleksi permainan videonya pada 2019 apabila dia mengumpul 20,193 permainan video. Sejak dua tahun selepas itu, koleksinya telah bertambah melebihi 4,000 permainan.
Antonio menegaskan bahawa dia belum selesai dan tidak akan berhenti meneruskan hobinya yang ‘mahal’ itu. Bahkan, dia turut merancang untuk menambah lagi koleksi peribadinya itu.
Rambut menyempurnakan keindahan bentuk wajah setiap insan, terutama wanita. Helaian demi helaian memberi refleksi kemilau yang memukau seterusnya memudahkan penggayaan rambut yang diinginkan.
Walaupun hanya duduk di rumah tak bermakna anda tidak perlu berdandan. Paling penting sentiasa menjaga kebersihan kulit kepala, barulah rambut yang cantik menjadi milik anda. Tidak kira sama ada berhijab atau tidak, rambut perlu diberi penjagaan yang khusus.
Terutama sekali bagi wanita yang bergelar ‘public figure’ atau selebriti yang perlu sentiasa tampil ‘on point’, lihat sahaja figura penyanyi dan pelakon Amira Othman yang sentiasa kelihatan manis dan cantik setiap kali berhadapan dengan orang ramai.
Justeru, team HIJABISTA berkesempatan bertanyakan kepada Amira apakah rutin yang sesering dilakukan untuk menjaga kesihatan dan kecantikan rambutnya. Meski seharian perlu mengenakan tudung emi menutup aurat. Nah ini dia beberapa tip yang di kongsikan Amira. Jom semak!
1. Meski Berhijab, Sentiasa Ke Salon Rambut
Walaupun berhijab, Amira tidak sesekali mengabaikan kesihatan dan kesegaran rambut. Amira akui sering menghabiskan masa ke salon kecantikan sama seperti perempuan yang lain.
2. Syampu, Perapi Rambut, Hair Mask Is A Must!
Selain daripada mendapatkan rawatan rambut dari salon-salon kesukaannya, Amira akui sentiasa menitik beratkan soal produk barangan rambut yang dipakai. Syampu, Perapi rambut dan ‘hair mask’ adalah perkara wajib untuknya menggunakan setiap kali mencuci rambut.
3. Jangan Ikat Rambut Waktu Basah!
Perkara paling penting Amira tidak akan sesekali mengikat rambut sekiranya ia masih basah. Perkara ini bukan sahaja membuatkan rambut ‘berbuah’ dan berkelimumur, malah akan mengakibatkan rambut berbau hapak! Sebaiknya dia akan mengeringkan rambut terlebih dahulu kemudian barulah mengikat rambut.
Jadi wanita yang bekerjaya, perlulah menjaga dan menitikberatkan kesihatan rambut. Bukan sahaja demi keselesaan diri sendiri. Malah, untuk kemaslahatan orang sekeliling juga. Kalau rambut berbau akan membuatkan tudung menjadi kepam.
Jom sama-sama amalkan tips yang telah dikongsikan oleh Amira ni!
Di era moden dan teknologi yang kian canggih pada masa kini, dunia pendidikan negara juga tidak terkecuali dari mengalami transformasi dampak dari perkembangan teknologi kini. Malah, dunia pendidikan kini juga berasaskan digitalisasi.
Oleh itu, pendidikan secara virtual dan digital ini menjadi fokus serta tumpuan utama di dalam Karnival Pendidikan Sonar Bestari pada tahun ini, yang dijangka berlangsung pada tanggal 8 hingga 10 September nanti.
Karnival Terbesar Ini Bakal Beri Pendedahan Pembelajaran Luar Darjah Kepada Murid Dan Guru!
Menurut Pengarah Projek, Meen Tahrin, karnival julung kali yang diadakan itu merupakan Karnival Pendidikan terbesar di negeri Selangor yang pernah dianjurkan.
Tambah beliau, karnival tersebut diadakan dengan kerjasama antara Sinar Harian, Sinar Bestari dan juga Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.
“Karnival ini terbuka kepada orang ramai dan masuk adalah percuma. Para pengunjung terutama pelajar sekolah boleh menyertai pelbagai pertandingan yang telah kami aturkan dan mereka akan menyertainya melalui penglibatan sekolah masing-masing.
“Pada masa yang sama, penglibatan pelbagai agensi kerajaan pastinya memberi kelainan dalam karnival pendidikan ini kerana kita dapat melihat dengan lebih dekat peranan masing-masing,” ujarnya yang juga merupakan Editor Eksekutif Gaya Hidup dan Hiburan Sinar Harian.
Tambah Meen, karnival tersebut turut dilihat menjadi platform kepada ibu bapa dan juga masyarakat dalam mengenali lebih dekat dunia pendidikan yang berasaskan digital pada hari ini.
Sebab Kenapa Hijabi WAJIB Hadir Karnival Selama Tiga Hari Ini!
Menariknya! Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang berlangsung selama tiga hari ini bakal menampilkan pelbagai aktiviti yang mengujakan buat para pengunjung.
Antaranya demo Unit Beruniform daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Bomba, Pameran Digital Skil dan Kerjaya serta 60 pempamer yang lain seperti Planetarium Negara, Farm Fresh, AirAsia Academy, Grup Buku Karangkraf, Petrosains, Les’ Copaque dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
Selain itu, turut berlangsung SinarPlus Makan Fest, rumah hantu, uji bakat TV Pusat Sumber Sekolah (TV PSS) serta zoo mini dan kereta kuda yang disediakan kepada orang ramai yang hadir.
Malah, turut diadakan juga 17 pertandingan untuk pelajar sekolah seperti robotik, Sinar Bestari Got Talent, bola keranjang, dikir barat dan crossword puzzle. Tidak ketinggalan persembahan silat dan program kids Quran Hour daripada pelajar-pelajar sekolah sekitar negeri Selangor.
Wow! Dengar macam menyeronokkan je semua aktiviti yang diadakan sepanjang Karnival ni! Jadi hijabi jangan lupa, tanda siap-siap kalendar agar tak terlepas peluang menghadiri karnival yang terlajak seronok ni!
Jangan lupa ajak seluruh ahli keluarga meluangkan masa menyertai setiap aktiviti yang diadakan nanti. Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan karnival ini, hijabi boleh layari Sinar Bestari
Menara Kuala Lumpur City Centre (KLCC) merupakan mercu tanda kebanggaan rakyat Malaysia dan sering menjadi lokasi tumpuan pelancong. Menara berkembar juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20. Kini, Menara Berkembar Petronas merupakan bangunan ke-11 tertinggi di dunia.
Mercu tanda paling ikonik di Malaysia ini tiada tandingannya. Pelancong asing yang datang ke Malaysia akan terpesona dengan cahaya lampu yang menyinari di waktu malam. Memang terpesona!
Hijabi Berani ‘Panjat’ Puncak Menara KLCC
Menara setinggi 88 tingkat ini, baru-baru ini, tular satu video dimuat naik oleh seorang jurugambar di laman TikTok miliknya (@siva_wwc6) menunjukkan keberanian seorang pekerja wanita yang digelar sebagai ‘Iron Lady’ memanjat puncak Menara Berkembar KLCC.
Lengkap dengan alat keselamatan, di dalam video itu kelihatan Normalia Sidek yang digelar ‘Iron Lady’ oleh warga maya. Memilih kerjaya yang berisiko di dunia, dia tanpa teragak-agak memanjat keluar dari mercu tanda. Wanita labah-labah atau ‘iron lady’, difahamkan bertugaskan untuk melakukan kerja yang agak mencabar iaitu menukar lampu dan memastikan cahaya lampu bangunan setinggi 451.9 meter terus menyala.
Video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 1.6 juta tontonan dalam tempoh kurang dari 24 jam ia dimuat naik sejak 31 Oktober. Memang tabik betul dengan ‘Iron Lady’ ini. Dia siap boleh lambai dan senyum melihat kamera ya!
Tabik Keberanian ‘Iron Lady’ Dikagumi Ramai
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengagumi keberanian wanita ini melakukan tugas yang agak mencabar itu. Ramai yang berpeluh dan gementar melihat aksi wanita itu di dalam video tersebut.
“Berjalan di atas lantai kaca di Menara Kuala Lumpur pun sudah gayat, ini kan pula berada di luar bangunan setinggi 88 tingkat.”
“Omg..selamatlah dia. Ramai orang mengeluh kerana tidak mempunyai pekerjaan atau mengeluh tentang pekerjaan mereka. Lihatlah wanita ini. Hanya melakukan apa yang dia boleh. tabik padanya!”
Selain kagum dengan keberanian ‘iron lady’, rakyat Malaysia mendoakan keselamatan hijabi ini sepanjang menjalankan tugasan berat ini.
“Ya Allah Engkau selamatkan mereka dalam pencarian rezeki yg halal.. jagalah hati mereka.. aamii”
“Allahu Akbar! tengok pun dh ketaq kpala lutut oiii,mcm nk putuih nyawa nengoknyaa…Allahu Akbar…Hanya mampu doakn yg terbaik utk dia…memang berani dan seorang wanita yg hebat!!! Terbaik”
“Hormat! Semoga Allah melindungi dan memberkati semua pekerja dalam kerja mereka.”
Terus sukses
Tiada kata yang dapat diungkapkan lagi, sedang ramai yang memilih pekerjaan dan merungut masih tidak bekerja, namun hijabi ini pasti mempunyai cabaran dalam memastikan tugasannya diselesaikan dengan jaya. Memilih menjadi juruteknik akses tali yang tersenarai, rakyat Malayisia titip pesanan agar terus sukses!
“Hebat! Rakyat Malaysia memang hebat,semoga kalian berjaya Dunia Dan Akhirat serta sentiasa dlm lindungan Allah swt..AMinn!”
“Cemerlang! Berani..seorang wanita yang menjadi role model, jaga diri dan kekal dengan alat keselamatan.”
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: TIKTOK @siva_wwc6
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bersedia untuk rasai pengalaman hidrasi luar biasa? Laneige, jenama kecantikan K-Beauty terkemuka yang terkenal dengan inovasi penjagaan kulitnya, kini mencuri tumpuan dalam kempen Water...