
Bersedia untuk rasai pengalaman hidrasi luar biasa? Laneige, jenama kecantikan K-Beauty terkemuka yang terkenal dengan inovasi penjagaan kulitnya, kini mencuri tumpuan dalam kempen Water Bank ‘The Laneige Show’ yang dinanti-nantikan.
Laneige sekali lagi mencuri tumpuan dengan kempen terbaru mereka, Water Bank is the Answer, yang menampilkan pelakon terkenal Sydney Sweeney. Kempen ini menggabungkan elemen humor dan persaingan untuk memperkenalkan dua wira hidrasi kulit yang hebat – Water Bank Gel Cream dan Water Bank Moisture Cream.
Diformulasi khas untuk memenuhi keperluan kulit yang dahaga dan memperkuat penghalang lembapan, pelembap ini adalah penyelesaian terbaik untuk kulit yang bukan sahaja kelihatan sihat, malah terasa segar dan bertenaga.
Hidrasi bukan sekadar penjagaan kulit, ia adalah satu bentuk penjagaan diri. Oleh itu, Laneige dengan bangganya memperkenalkan rangkaian Water Bank yang direka untuk menjadikan hidrasi sebagai kekuatan utama kulit anda.
Diperkasakan dengan teknologi termaju Blue Hyaluronic Acid, rangkaian ini bukan sahaja melembapkan permukaan kulit, malah meresap jauh ke dalam untuk memberikan perlindungan berpanjangan dan menyerlahkan kilauan semula jadi kulit. Rangkaian ini bukan sekadar produk kecantikan, tetapi perisai harian yang membantu kulit kekal anjal dan bersinar sepanjang hari.
Memahami keunikan setiap jenis kulit, Laneige menawarkan dua pilihan yang memenuhi keperluan berbeza. Water Bank Blue Hyaluronic Moisture Cream menawarkan kelembapan yang lebih kaya dan menenangkan, sesuai untuk kulit kering dan normal manakala Water Bank Blue Hyaluronic Gel Cream memberikan hidrasi ringan dan menyegarkan, sesuai untuk kulit berminyak dan kombinasi. Walaupun berbeza tekstur, kedua-dua pelembap ini direka untuk semua jenis kulit, membolehkan anda memilih berdasarkan keperluan dan keselesaan peribadi.

Komitmen Laneige terhadap kecantikan turut terserlah dalam inovasi mesra alam. Rangkaian Water Bank hadir dengan pembungkusan boleh diisi semula, menjadikannya pilihan yang lebih lestari tanpa berkompromi terhadap kemewahan. Dengan rekaan moden kebiruan dan prihatin terhadap alam sekitar, Laneige membuktikan bahawa kecantikan dan kelestarian boleh berjalan seiring.
Melengkapi rangkaian ini, Laneige turut memperkenalkan Water Bank Gentle Gel Cleanser yang direka untuk membersihkan secara lembut dengan formula asid ringan pH5.0 yang menyerupai tahap kesihatan kulit yang optimum. Pembersih ini berkesan menanggalkan solekan dan sisa kotoran harian sambil mengekalkan keseimbangan semula jadi kulit. Ia adalah langkah pertama yang sempurna dalam rutin hidrasi, memastikan kulit bersih, segar dan terlindung dengan baik sepanjang hari.
(a) Water Bank Gentle Gel Cleanser

Mulakan rutin penjagaan dengan Water Bank Gentle Gel Cleanser, pencuci wajah lembut yang diformulasi dengan pH 5.0, sesuai dengan tahap keseimbangan semula jadi kulit untuk membersih dengan efektif tanpa menghilangkan minyak semula jadi.
Diperkaya dengan Blue Hyaluronic Acid, Allantoin yang menenangkan kulit serta Amino Acid Complex yang memperkuat penghalang kelembapan, pencuci ini membersihkan kotoran, solekan dan sisa pelindung matahari dengan lembut sambil mengekalkan kelembapan kulit.
- Dengan penggunaan berterusan selama empat minggu, ia terbukti membantu memperbaiki dan menguatkan penghalang kulit, menjadikannya lebih sihat dan segar.
- Pencuci ini adalah langkah pertama yang sempurna dalam rutin kecantikan harian anda, memberikan kulit yang bersih, terhidrat dan terlindung setiap hari.
(b) Water Bank Blue Hyaluronic Moisture Cream

Rasai kelembapan mendalam dengan Water Bank Blue Hyaluronic Moisture Cream, pelembap mewah yang diformulasi khas untuk kulit kering dan kusam akibat kekurangan hidrasi.
Diperkaya dengan Blue Hyaluronic Acid yang menyerap pantas, krim ini bukan sahaja memberikan penghidratan intensif tetapi juga membantu memperbaiki dan menguatkan penghalang kulit untuk kilauan sihat yang berpanjangan.
- Dengan gabungan hebat Pepta-Panthenol Complex™ dan Squalane, ia bertindak memperbaiki struktur kulit, menjadikannya lebih anjal, lembut dan berseri.
- Dilengkapi dengan ceramide dan asid lemak untuk membina penghalang kulit yang kukuh, krim ini adalah penyelesaian sempurna bagi mereka yang inginkan kelembapan yang menyeluruh dan kulit yang kelihatan lebih sihat, bertenaga, serta bersinar setiap hari.
(c) Water Bank Blue Hyaluronic Gel Cream

Dapatkan sensasi kulit yang menyegarkan dengan Water Bank Blue Hyaluronic Gel Cream, gel ringan yang memberikan hidrasi menenangkan serta sensasi penyejukan segera. Ia diformulasikan dengan Blue Hyaluronic Acid, yang terhasil daripada alga laut dalam dan melalui proses mikrofiltrasi 10 langkah untuk memastikan penyerapan pantas dan hidrasi yang berpanjangan.
- Sesuai untuk kulit berminyak dan kombinasi, krim ini membantu mengimbangi kadar minyak dan kelembapan kulit sambil memperbaiki serta menguatkan penghalang kulit untuk wajah yang tampak segar, bersinar dan berkilau seperti kaca.
- Diperkaya dengan ekstrak daun pudina dan betaine, ia menenangkan kulit sensitif dan memberikan kelembapan yang mendalam tanpa rasa melekit. Hasilnya? Kulit lebih sihat, segar dan berseri sepanjang hari.
JOM CUBA SENDIRI PRODUK LANEIGE!
Sis kalau tak cuba, tak tahu. Jom serbu The Laneige Show di Centre Court, Mid Valley Megamall bermula dari 11 – 16 Februari 2025 ini untuk cuba sendiri produk-produk Laneige di atas.
Hanya belanja RM300 (termasuk produk Water Bank Cream) untuk peluang memusing mesin gashapon dan anda mungkin berpeluang memenangi hadiah hebat antaranya baucar penerbangan Trip.com ke Seoul bernilai sehingga RM1,500, set mini Laneige, hingga koleksi eksklusif seperti rantai kunci dan beg travel yang bergaya!
Lagi best, nikmati hadiah eksklusif dengan setiap pembelian — dari set hadiah 3 item hingga bagasi Laneige 18” yang elegan. Jangan lepaskan promosi hebat sehingga 40% diskaun untuk set Water Bank dan rebut tawaran ‘Beli Satu, Percuma Satu’ untuk produk kegemaran seperti Neo Cushions dan Sleeping Masks.
Daftar sebagai ahli baru Laneige dengan sebarang pembelian dan nikmati set hadiah 2 item serta baucar RM10. Ayuh, jangan lepaskan peluang untuk tampil cantik dan bersinar bersama Laneige!
Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/dari-selebriti-ke-usahawan-busana-muslimah-aurel-hermansyah-akhirnya-temui-ketenangan/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI