Sementara menunggu panggilan tawaran ke Universiti, penyanyi lagenda Malaysia, Nora Ariffin memberikan keizinan dan restu kepada anak perempuannya, Putri Dahlia untuk berkecimpung dan bergiat aktif dalam dunia hiburan.

Memetik Harian Metro, Nora menjelaskan bahawa Putri Dahlia, 18 tahun, bercita-cita menjadi salah seorang tenaga pengajar bagi subjek Bahasa Inggeris. Bagaimanapun, masih belum menerima tawaran setakat ini walaupun sudah memohon.

Belum Ada Rezeki, Anak Saya Jadi Guru Bahasa Inggeris

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @itzputridahlia

“Sebenarnya dia bercita-cita nak jadi guru bahasa Inggeris memandangkan saya pun selalu baca kita kekurangan guru-guru bahasa Inggeris terutama sekali di luar bandar. Sebagai ibu, memang saya sokong bila dia memilih untuk menjadi pendidik kerana ia kerjaya yang sangat mulia.

“Namun, semua permohonan tidak berjaya. UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris), UiTM (Universiti Teknologi Mara), UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), semua tak dapat. Mungkin tak ada rezeki, jangan putus asa. Mungkin kena cuba lagi,” kata Nora.

IKLAN

Artikel berkaitan: “Andai Papa Masih Ada…”- Anak Mewarisi Bakat Arwah Suami, Datuk Nora Kongsi Rasa Bangga Dan Syukur!

Justeru, pelantun suara lagu Dipersimpangan Dilema itu menegaskan bahawa dia merestui dan gembira, jika anaknya dapat memanfaatkan bakat yang ada padanya untuk mula berjinak-jinak dalam industri nyanyian.

Mana Tumpahnya Kuah Kalau Tak Ke Nasi?

Sumber Gambar: Instagram Putri Dahlia

IKLAN

“Akhirnya Putri Dahlia fokus kepada nyanyian, mencipta lagu, tulis lirik dan terbitkan lagu. Persis Johan Nawawi. Sebagai ibu, saya hanya sokong dan berdoa agar anak yang banyak mewarisi bakat arwah Johan ini berjaya dunia dan akhirat. Insya-Allah,” ujarnya.

Pada pengamatan Nora, kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, memandangkan anaknya itu banyak mewarisi bakat dirinya dan arwah suami, Allahyarham Johan Nawawi.

Untuk rekod, kebanyakkan lagu karya Putri Dahlia dihasilkan dalam Bahasa inggeris dan mendapat tumpuan warga net sehingga mempunyai peminatnya yang tersendiri menerusi aplikasi Tik Tok dan Youtube.

IKLAN

Antara lagu yang mendapat tontonan tertinggi adalah ‘Old Love’ duet bersama Yuji yang mencecah 7.7 juta tontonan dalam tempoh tiga bulan sahaja.

Sumber Gambar: Instagram Putri Dahlia

Artikel berkaitan: Hampir 6 Bulan Menangis Sampai Mata Jadi KABUR, Nora Akhirnya Reda IMAMNYA Bertemu Pencipta Abadi

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI