Penyanyi yang sedang popular dengan lagu Canggung, Wany Hasrita dan ibunya menjadi antara rakyat Malaysia yang bertuah menerima naskah Quran Terjemahan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris daripada Raja Salman.
Untuk pengetahuan semua, Raja Salman bin Abdul Aziz Al-Saud telah mewakafkan 20 ribu naskah Al-Quran kepada masjid-masjid, surau, institusi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia.
Menerusi Instagram @ilmuanmalysia, Pengerusi Pertubuhan Ilmuan Malaysia (iLMU) Dato Hj Ahmad Tajuddin Idris sebentar tadi telah mengaturkan pertemuan antara Wany dan TYT Atase Agama Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur iaitu Syaikh Abdul Rahman Ibrahim Al-Rubai’an.
Pertemuan ini adalah kesinambungan dari jemputan haji yang diterima Wani dari kerajaan Arab Saudi pada tahun lepas dan dia turut dihadiahkan Al-Quran tersebut pada pertemuan itu.
Ads
Ads
Wany turut meluahkan rasa syukurnya di atas pemberian tersebut dan berterima kasih kepada Ilmuan Malaysia di atas peluang itu.
Beruntung sungguh Wany menjadi antara yang terpilih menerima naskah Quran ini. Moga rezeki Wany akan terus melimpah-ruah dan sentiasa berada dalam redhaNya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selawat ke atas Rasulullah SAW merupakan satu tuntutan di dalam agama ini. Ini kerana, di sana terdapat banyak kelebihan bagi orang yang sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW sebagaimana yang dikhabarkan oleh Baginda SAW:
Melalui perkongsian Datuk Siti Nurhaliza di laman Instagramnya, beliau mengajak untuk berselawat dan memperbanyakkan amalan berselawat.
“Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah berselawat ke atasnya sebanyak sepuluh kali.” Hadis riwayat Muslim (1530), an-Nasa’i (1295) dan at-Tirmizi (485)
KELEBIHAN BERSELAWAT:
Membaca selawat untuk Nabi SAW adalah ibadat yang agung dan merupakan salah satu tanda kecintaan kepada Nabi SAW sekaligus menjadi faktor utama untuk mencapai syafaat Nabi SAW di hari Kiamat kelak.
TERDAPAT BEBERAPA KELEBIHAN BERSELAWAT ANTARANYA:
1)Selawat merupakan salah satu amalan paling utama.
2)Boleh menghapuskan kesalahan dan dosa.
3)Jaminan untuk mendapat rahmat Allah dunia dan akhirat serta syafaat Nabi SAW.
4)Menjadi benteng sifat munafik dan kafir.
5)Selamat daripada huru-hara hari Kiamat.
6)Menjadi penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima Allah.
7)Tiket untuk mudah memasuki Syurga dan terlepas daripada perhisaban yang rumit.
8)Menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu bersedekah.
9)Dikasihi oleh Nabi SAW dan dapat turut serta mendampingi Baginda di Syurga kelak.
10)Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di Akhirat kelak terlepas daripada segala yang mendukacitakan.
Kesimpulannya marilah kita memperbanyakkan amalan berselawat. Kita jadikan satu rutin harian yang ‘wajib’ dilakukan setiap hari.
Penyanyi veteran tanah air, Zaiton Sameon, kini memegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Syukur tidak terhingga diucapkan kerana masalahnya mendapat perhatian.
Penantiannya untuk memiliki kediaman sendiri bakal menjadi realiti. Status kad OKU itu boleh meringankan bebannya kelak.
Dilaporkan oleh mStar, Pengarah JKM Wilayah Persekutuan, Che Samsuzuki Che Noh pula berkata, dia layak menerima status itu apabila doktor mengesahkan Zaiton alami masalah yang dipanggil traumatic brain injuries atau trauma kecederaan otak.
“Status OKU bukan hanya diberikan kepada individu yang mempunyai kecacatan fizikal malah sesiapa yang mempunyai masalah ingatan juga boleh memohon,
“Seperti kes Zaiton, dia masuk dalam kategori OKU fizikal yang disahkan oleh doktor sebagai trauma kecederaan otak.” katanya.
Zaiton Sameon yang pernah terlibat dalam kemalangan ngeri pada 1990 sehingga menyebabkan anak lelakinya terkorban melalui insiden itu. Dari insiden itu, Zaiton alami gangguan emosi yang teruk selain masalah hilang ingatan.
Penerimaan kad OKU itu juga menjadi tanda syukur buat Zaiton yang berusia 66 tahun itu. Dengan ini, ia dapat membantunya memohon bagi mendapatkan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR).
Terdahulu, dia terpaksa mebayar sewa rumah yang berjumlah RM800 di Bukit Indah, Ampang. Dia juga memaklumkan kesukarannya untuk memohon kediaman PPR oleh kerana tidak mempunyai pendapatan yang tetap.
“Sebelum ini saya ada mohon rumah PPR tapi gagal atas alasan tiada pendapatan tetap. Sedih orang lain dapat tapi saya tak,
“Mentang-mentanglah saya ‘cacat otak’ ada orang pandang serong sampai kata saya tak boleh menyanyi. Itu semua tak benar sebab lagu Inggeris punya saya boleh menyanyi dengan baik,
“Alhamdulillah, dengan adanya kad ini, saya berpeluang memohon PPR dan mempunyai rumah sendiri.” ujar Zaiton.
Pelantun suara lagu Menaruh Harapan itu juga menitipkan rasa syukur kerana dia dijaga dengan baok oleh anak angkatnya, Che Sikah Ismail, 50, sejak 11 tahun lalu.
Kehidupannya banyak diuruskan oleh Che Sikah sehinggakan urusan nyanyian juga. Zaiton akui tidak mahu menyusahkan adik-beradiknya. Dalam pada masa yang sama, Zaiton giat menjalankan perniagaan ‘Rendang Nasib’ untuk menjana pendapatan sampingan.
Sebut sahaja Najwa Latiff, siapa tidak kenal dengan penyanyi lagu ‘Cinta Muka Buku’, yang pernah menjadi siulan ramai satu ketika dahulu.
Namun, nekad untuk memperbaiki kehidupan Najwa telah memperlahankan kariernya dalam industri seni tanah air, untuk menyambung pengajian dan umum sedia maklum, beliau kini telah bergelar seorang pensyarah muda di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Bagaimanapun, persembahan julung kali Najwa di Hype Night, Kuala Lumpur baru-baru ini, menerusi lagu ‘kosong’ telah memukau ramai orang sekaligus mengubati kerinduan para peminatnya.
Perkongsian video nyanyian tersebut dibuat oleh seorang pengguna Tik Tok menerusi akaun @farah.azr. Dalam video berkenaan kelihatan Najwa tampil anggun dan sopan mengenakan busana serba hitam telah mencuri perhatian ramai.
Rata-rata peminat yang teruja melihat video berkenaan telah menghujani hantaran tersebut dengan pelbagai komen menyatakan kerinduan terhadap lagu nyanyian Najwa. Malah, ramai yang memuji vokal penyanyi kelahiran Johor itu kerana suaranya masih sama seperti dahulu dan tidak berubah sama sekali.
Selain itu, terdapat juga beberapa peminat yang mahukan agar Najwa menyertai program Gegar Vaganza agar bakat yang diperolehinya tidak sia-sia dan boleh diketenghkan lagi serta menyumbang semula kepada industri hiburan tanah air.
Untuk rekod, Najwa Latiff pada zaman kegemilangannya, popular menerusi lagu-lagu seperti Cinta Muka Buku, AdaMu, Satu Hari Nanti, Sahabat dan Kosong.
Ketahui amalan Hari Asyura yang dikongsikan Ustaz Wadi Annuar termasuk berpuasa, berzikir, beristighfar, meluaskan nafkah dan menghidupkan malam dengan ibadah.