Pernah tak anda tetap mengalami masalah kulit, walhal dah berusaha memperbaiki keadaan kulit dengan berusaha menggunakan produk kecantikan kulit (skincare) secara konsisten hingga menjadi rutin.

Jika perkara ini berlaku kepada anda, mungkin sahaja anda telah mengalami masalah kerosakkan skin barrier tanpa anda sedar.

Skin barrier merupakan lapisan pelindung kulit yang berada pada bahaian paling luar pada kulit. Ia berfungsi untuk menjaga kulit dari perbagai kerosakan yang berpunca dari faktor eksternal seperti pencemaran, debu dan kotoran, sinar matahari dan sebagainya.

Tetapi apabila skin barrier mulai rosak, masalah kulit akan muncul dan sukar untuk dirawat atau dipulihkan semula.

Lima Ciri-Ciri Ini Menunjukkan Skin Barrier Anda Sudah Tidak Berfungsi!

Skin barrier memiiki fungsi yang sangat penting bagi kulit tau. Sehubungan itu, anda harus berwaspada terhadap beberapa tanda menunjukkan skin barrier bermasalah.

Berikut Hijabista senaraikan lima ciri-ciri skin barrier telah rosak yang wajib Hijabi tahu!

Radang Kulit Yang Merengsakan!

IKLAN

Warna kulit kemerahan adalah ciri paling mudah untuk dikenalpasti bahawa kasus skin barrier telah rosak. Malah rasa gatal dan kerengsaan pada kulit berlaku kerana penggunaan skincare yang mempunyai kandungan seperti asid dan retinol.

Kegatalan Pada Pemukaan Kulit

Kulit anda terasa gatal? Anda perlu waspada, kerana kulit yang gatal juga merupakan ciri-ciri skin barrier  bermasalah. Puncanya adalah kerana skin barrier anda sudah semakin menipis hingga menyebabkab bakteria merebak masuk ke dalam kulit dengan begitu mudah.

Artikel berkaitan: 5 Kebiasaan Yang Menyebabkan ‘Skin Barrier’ Jadi Rosak! Wajib Tahu! 

Kulit Kusam, Kering Dan Bersisik

IKLAN

Skin barrier yang rosak tak mampu melakukan pembaharuan dan pertumbuhan sel kulit seperti biasa, kerana kadar lembapan semulajadi pada kulit semakin merosot. Akibatnya kulit sis menjadi kering, kusam, dan bersisik

Hiperpigmentasi

Ciri-ciri yang satu ini sekilas pandang akan terlihat seperti bekas luka terbakar pada wajah, tetapi itu bukan sekadar luka terbakar ya. Hiperpigmentasi ini disebabkan kerana sering terdedah atau terkena pancaran sinar matahari secara langsung. Sehingga munculnya melasma gelap di bahagian wajah, biasanya di sekitar pipi atau dahi.

Proses Rejuvenasi Kulit Lambat

IKLAN

Apabila pelindung kulit semakin lemah dan tidak mampu lagi untuk melindungi permukaan kulit wajah, hijabi akan mengalami proses regenerasi dan rejuvenasi kulit yang lebih lama, kerana pelindung kulit sudah tak mampu melakukan tugasnya dengan baik.

Contohnya, luka ringan di kulit yang sepatutnya hanya mengambi masa yang singkat untuk sembuh, kini memerlukan waktu yang lebih lama dari kebiasaanya.

Oleh itu, kulit adalah bagian tubuh terpenting yang perlu anda lindungi. Saat kulit anda sudah mula menunjukkan tanda-tanda seperti yang Hijabista telah senaraikan diatas.

Adalah lebih baik jika sis lebih mengambil berat dan menjaga kesihatan kulit dengan lebih teliti.

Artikel berkaitan: Pantang Larang Skrub, Jangan ‘Paksa’ Kulit Mengelupas, Pilih Skrub Yang Tak Rosakkan ‘Skin Barrier’

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI