Pelakon jelita Farah Nadia Zainal Abidin atau lebih mesra disapa sebagai Nad Zainal kini sudah enam hari bergelar isteri kepada pelakon gandingan serasi yang juga sahabat karibnya, Ungku Ismail Ungku Aziz.
Pasangan berkenaan selamat diijabkabulkan dengan mas kahwin sebanyak RM 1,000 pada tanggal 1 Rejab lalu iaitu pada 23 Januari 2023.
Berita Gembira Itu Dihujani Ucapan Tahniah Rakan Selebriti!
Sebaik sahaja melihat muat naik video di laman Instagram Nad Zainal beberapa jam lepas, hantaran Nad itu terus dibanjiri dengan pelbagai ucapan tahniah dari rakan selebriti dan para peminat.
Rata-ratanya menzahirkan rasa gembira, apabila akhirnya kedua selebriti kegemaran mereka disatukan dalam sebuah ikatan pernikahan yang sah dan tidak lagi berselindung dan merahsiakan hubungan mereka.
Ads
Berikut merupakan beberapa komen yang berjaya menarik perhatian Hijabista.
“Selamat Berbahagia Duna Akhirat,” Tulis Fazura
“Congratulations Kak Nad Dan Abang Ungku!” Ujar Puteri Aishah
Ads
Hijabista mendoakan agar perkahwinan Nad dan Ungku Ismail berkekalan hingga ke jannah dan memperoleh bahagia serta maghfirah oleh Allah SWT.
Sekadar info, sebelum ini, ketika ditanya berkenaan status hubungan dirinya bersama Ungku Ismain, Nad berkata Ungku merupakan antara individu paling rapat dengan dirinya ketika ini.
Pengakuan berkenaan dibuat Nad pada, siaran langsung di aplikasi TikTok, pada Jumaat lalu selepas kembali pulih setelah sebulan dimasukkan ke hospital akibat pendarahan dna jangkitan kuman pada paru-paru.
Seiring dengan perkembangan fesyen terkini, wanita berhijab juga tidak terkecuali mengalami perubahan cukup drastik. Pelbagai gaya ditampilkan mengikut cita rasa masing-masing. Apatah lagi dengan adanya media sosial, membuatkan hijabi berlumba-lumba untuk tampil up to date dengan gaya baharu yang dicipta sendiri atau inspirasi dari selebriti.
Jika anda sudah bosan dengan gaya biasa, nah koleksi kontemporari hijabista semuanya ada disini. Bagaikan syurga, platform ini untuk hijabi shopping sakan yang menjanjikan pelbagai tawaran menarik sepanjang jualan 9.9. Lazada.
Sebagai hijabi yang mementingkan gaya serta penampilan, pastinya akan memilih busana bersesuaian sepanjang percutian berkenaan. Maklumlah walaupun bercuti, aktiviti di media sosial tidak akan terhenti malah inilah masa merakamkan OOTD paling best, apatah lagi jika bersama teman-teman.
Keterujaan hijabi melancong bukan kerana daya tarikan tempat itu sendiri, malah persiapan diri perlu diatur bagi menghasilkan gambar-gambar yang. Bajet pasti menjadi kengkangan utama, tapi tak perlu risau platform yang menjadi kegemaran untuk dapatkan gaya yang lengkap dari atas hingga ke kaki. Hei masa untuk shopping!
Jika buntu mencari gaya bersesuaian, beberapa gaya selebriti ini yang gemar bercuti dan lihat apa pakaian yang disarung untuk lebih keselesaan.
Jika buntu mencari gaya bersesuaian, apa kata kita lihat OOTD beberapa selebriti dan pempengaruh media sosial yang gemar bercuti dan lihat apa pakaian disarung untuk lebih keselesaan. Mereka ini dilihat lebih senang memilih pakaian santai sepanjang mood percutian is onzz.
Padanan warna yang cantik dan berani, keselesaan buat ibu kepada dua anak ini, dilihat tetap bergaya persis belum berkahwin. Wow sangat!
Mainan warna selamat tetapi tetap menarik, helaian menarik yang digayakan Mira Filzah sering menjadi inspirasi hijabi muslimah tetap onz walaupun melancong di dalam Negara.
Tanpa dress yang sering digayakan, cukup sekadar menyarung legging dan jaket ketika bercuti. Gaya hijab pun tampak ringkas tetap ada stail.
Pempengaruh media sosial, Anis anak kepada aktor terkenal Rosyam Nor pertama kali melancong bersama anak kecil, pastinya pilihan kasut yang selesa untuk bergerak.
Pelakon Lelaki Kiriman Tuhan ini memang sangat bijak mix & match busana digayakan. Dengan padanan aksesori dan ton warna yang cukup lembut dan menonjol.
Potongan baju longgar, hijabi muslimah yang menjaga penampilan, begitu juga Nabila Razali tampak selesa dengan padanan helaian yang disarungkan.
Hijabi yang mementingkan gaya patuh syariah, jangan risau semuanya ada di sini. Pelbagai fesyen mesra muslimah dari pelbagai jenama tempatan yang terkenal buat anda tak berkelip mata melihatnya. Serlahkan penampilan anda, dengan aksesori yang menarik seperti tali pinggang, stoking, topi, selendang sifon dan inai moden.
Serikan diri anda dengan produk kecantikan, teman hijabi merapi diri ketika travel. Barangan penjagaan diri seperti body mist dan minyak wangi tanpa ‘minyak attar’, kosmetik daripada jenama yang disahkan Halal seperti SimplySiti, Wardah, Safi dan lain-lain.
Lazada sentiasa mencari cara terbaharu yang dapat mencetuskan keterujaan di kalangan para pelanggan dengan aktiviti berciri eksperiensial, lantas memberikan anda pengalaman membeli belah yang lebih mengasyikkan. Sudah tentu platform ini menjanjikan kepelbagaian bergaya Menerusi kolaborasi dengan jenama dan para peniaga, bagi jualan 9.9. Pastinya anda amat teruja untuk meraikannya!
Bagi memulakan siri jualan bonanza pada separuh kedua tahun ini, Lazada Malaysia menganjurkan acara tahunan 9.9 Jualan Jenama dan Lebih Lagi bermula 9 hingga 11 September 2022. Anda boleh merebut tawaran dan promosi dari ribuan jenama dan peniaga dengan pembelian yang lebih berbaloi menerusi ciri Program Keahlian LazMall Store (LazMall Store Membership Programme) dan Cuba & Beli (Try & Buy), serta baucar Penghantaran Percuma kegemaran ramai, pastinya diskaun sehingga 90%. Ohsemnya!
Tunggu apa lagi, beli sekarang di Lazada 9.9 Jualan Jenama Dan Lebih Lagi, yang berlangsung dari 9 hingga 11 September, sila layari https://www.lazada.com.my/99-big-brands-sale atau muat turun aplikasi mudah alih Lazada di App Store, Google Play Store, atau HUAWEI AppGallery.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Umum sedia maklum bahawa pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana atau lebih mesra disapa sebagai Sarah kinj sedang berada dalam tempoh edah setelah mahkamah mengesahkan penceraiannya bersama pengarah, Syamsul Yusof pada 14 Jun lalu sekaligus terlerainya ikatan perkhwinan yang telah dibina selama 9 tahun.
Enggan terus dibawa emosi dan memikirkan perkara yang menyedihkan, Sarah bercadang untuk membuka lembaran hidup yang baharu sebaik sahaja berakhirnya tempoh edah beliau.
Menurut Sarah, meskipun dia selalu dijemput menjadi tetamu Allah di tanah suci Mekah. Namun, dia tidak pernah merasa jemu untuk ke sana. Memandangkan di tanah suci adalah tempat terbaik untuk Sarah melakukan refleksi diri serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.
“Insya-Allah, selepas selesai edah, saya nak mulakan hidup baharu dan menunaikan umrah. Ya, mungkin ada orang yang akan bercakap, saya dah selalu tunaikan umrah.
“Tetapi, bagi saya, Tanah Suci adalah tempat terbaik untuk saya berdoa, bermuhasabah diri dan memulakan permulaan baharu,” katanya lapor sebuah akhbar terkemuka tempatan.
Tambahnya lagi, pemergian pada kali ini Sarah akan meninggalkan kedua cahaya matanya, Syaikhul Islam dan Sumayyah. Malah, hanya ditemani sahabat kerana Sarah mahu menfokuskan kepada ibadah sepenuhnya.
“Saya akan ke sana bersama sahabat saya yang juga ejen umrah dan ziarah. Kali ini, anak-anak tak ikut dan saya nak fokus kepada beribadah,” ujarnya lagi.
Sekadar info, pada 8 Mac 2014 Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan Syamsul Yusof telah diijabkabulkan di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara.
Hasil perkahwinan selama lapan tahun itu, mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan, Syaikhul Islam Mohd Syamsul dan Sumayyah Mohd Syamsul.
Suatu ketika dahulu usahawan terkenal yang juga anak tiri kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid dilarang berkahwin pada usia muda dengan penyanyi dan pelakon, Tya Arifin. Apatah lagi, ketika itu dia tidak memiliki kedudukan kewangan yang stabil dan dibimbangi tidak dapat melayari bahtera perkahwinan dengan lancar.
Namun, Asyraf 32, atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Khalid nekad untuk mendirikan rumah tangga dengan Tya yang berasal dari Indonesia dengan alasan rezeki orang berkahwin dijanjikan rezeki yang luas oleh Allah SWT.
“Apabila cakap nak kahwin, ayah saya terkejut dan dia tidak bersetuju. Apatah lagi ketika itu saya baru berumur 23 tahun. Bukan saja ayah, tapi keluarga juga menyakinkan agar jangan kahwin awal. Lagi pula ketika itu mereka tak pernah berjumpa Tya, sebaliknya tahu artis di Indonesia.
“Saya memang nak kahwin, sebab betul-betul dah jatuh cinta. Selepas keluarga saya berjumpa Tya, semuanya menjadi lebih baik dan lancar. Pendek kata perjalanan cinta saya dengan Tya ambil masa setahun sebelum kami berkahwin pada 1 November 2015.
“Sekarang, bila bapa saya jumpa orang terutama anak muda, dia nasihat cepat kahwin, duit tak ada tak apa, rezeki datang kemudian. Malah, nasihat sama juga dia bagi pada adik bongsu saya,” katanya.
Menurut Asyraf yang mengusahakan perniagaan Jamu Mutyara bersama isteri, rezeki selepas berkahwin dipermudahkan hingga berjaya melancarkan produk kedua di bawah syarikat mereka iaitu Mutyara V-Gin.
“Saya bukan suami yang sempurna, tapi menjadi sempurna sejak kehadiran Tya. Dia wanita yang cantik luar dan dalam. Saya bangga melihat perubahan dan kejayaan dicapai hari ini. Dia juga menjadi lebih berkeyakinan tinggi dan ketua yang baik.
“Alhamdullillah, kami sudah melancarkan produk terbaharu dari Mutyara iaitu Mutyara V-Gin. Ia adalah produk pertama yang dilancarkan selepas Jamu Mutyara, yang mana sudah berada di pasaran.
“Jadi, selama ini kita memberi fokus hanya dengan satu produk, tapi sekarang kita ambil keputusan untuk mengembangkan lagi produk Mutyara selari dengan kehendak dan keperluan pelanggan kita. Alhamdulillah sudah berada di pasaran,” katanya.
Menerusi perkahwinan itu, Asyraf dan Tya dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Arif Jiwa Asyraf, Azzahra Jiwa Asyraf dan Aghnia Amira Jiwa Asyraf.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.