Walaupun ekonomi negara sudah semakin pulih yang terjejas disebabkan pandemik Covid-19 melanda, namun ia bukanlah peluang untuk kita berbelanja dengan boros tanpa menyimpan wang saku untuk keperluan kelak. Ramai yang terkesan disebabkan pandemik melanda. Perniagaan yang tidak mampu bertahan, ramai yang kehilangan kerja dan ada juga yang terpaksa mencari sumber rezeki lain demi meneruskan kelangsungan hidup.
Oleh itu, kita disarankan untuk bijak dalam mengawal perbelanjaan kita supaya andai apa-apa berlaku pada ekonomi negara, sekurang-kurangnya kita tidak terjejas dan mampu untuk menstabilkan kewangan hidup. Ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk memastikan status kewangan anda sentiasa stabil!
- Pelan makanan harian anda dengan bijak.
Seberapa kerap anda makan dan berapakah kos sentiap kali anda makan? Pernahkah anda mengira segala kos perbelanjaan harian anda? Untuk langkah terbaik, pelan kos perbelanjaan harian anda supaya tidak berbelanja dengan banyak. Selain itu juga, anda boleh membawa bekal daripada rumah yang boleh dijadikan sebagai strategi untuk berjimat-cermat.
Gambar bawah ini sebagai contoh pelan makanan yang boleh kita jadikan sebagai rujukan:
Sumber: www.comparehero.my
Selain itu juga, makanan yang dibawa dari rumah juga lebih sihat dan berkualiti jika dibandingkan dengan makanan yang anda beli di luar.
2. Simpan dan rekodkan setiap perbelanjaan yang berlaku.
Sumber gambar: She The People
Ramai yang menganggap cara ini menyusahkan. Menyimpan resit dan merekod setiap perbelanjaan antara idea terbaik untuk menjimatkan duit anda. Sebenarnya cara ini amat efektif. Selain dapat mengawal kos perbelanjaan anda, ia juga dapat menunjukkan perbezaan kos yang dahulu dan terkini. Ini membantu anda untuk memilih produk yang lebih murah dan tidak tersalah membeli produk yang mahal.
3. Jenama tak terlalu penting.