
Single terbaru nyanyian Dato Seri Vida (DSV) yang dilancarkan pada 21 Mac yang lalu sudahpun mendapat jumlah tontonan sebanyak 3.2 juta di laman Youtube. Namun, rupa-rupanya ada cerita disebalik pembikinan muzik video tersebut mengenai watak hero yang menghiasi muzik video itu.
DSV yang sedang viral dengan gaya fesyennya di Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021) memuat naik sebuah video di laman Instagramnya bersama-sama dengan pelakon lelaki yang kian menempa nama dalam industri seni tempatan, Hun Haqeem.
Menurutnya, Hun Haqeem merupakan antara salah seorang calon yang disenaraikan untuk memegang watak hero dalam muzik video Ku Ikhlaskan.
Sebenarnya, awak antara calon, model, hero dan talent dalam Ku Ikhlaskan.
Namun, DSV juga turut mengatakan bahawa dia akan memanggil Hun untuk bekerjasama dalam projek lain di masa akan datang. Hun juga turut kelihatan terkejut dan teruja dengan kenyataan yang dikeluarkan dari DSV ketika itu.
Sebelum berpisah, DSV sempat menyanyikan sedikit lagu Ku Ikhlaskan khas untuk calon hero muzik video Ku Ikhlaskan itu.
DSV yang kelihatan menyerlah dengan busana rona merah jambu rekaan pereka Razman Razmi mendapat perhatian ramai di malam Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021). Meraikan tema Glam Legend dengan memilih konsep ala Genie In A Bottle, ramai juga yang memberi komen mengenai busana yang digayakan itu.
Ada yang berpendapat bahawa busananya itu persis ‘jin bertoncek’. Ada pula yang samakan DSV dengan salah satu watak dalam Dragon Ball, Majin Buu. Walaubagaimanapun, penampilannya pada malam itu tetap menjadi fokus lensa kamera.
Sumber gambar: Instagram DSV
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Hendap Berulang kali Walaupun Secara ‘Maya’ Juga Dianggap Sebagai Satu Jenayah – Pindaan Akta 574

Dahulu kita sering dengar mengenai kes yang berkait tentang seseorang individu yang menjadi mangsa kepada gejala menghendap secara fizikal. Tambahan pula zaman moden kini, kes menghendap atau stalk berlaku secara maya.
Ramai juga mangsa stalker secara maya ini mengalami masalah untuk sosial secara terbuka di sosial media dan ada juga yang terpaksa berpindah atas sebab keselamatan.
Rasa seolah-olah di perhatikan dari jauh
Gejala menghendap atau stalking ini merupakan satu perbuatan yang melibatkan satu individu atau berkumpulan yang mempunyai niat untuk memerhatikan seseorang. Tujuan stalker atau penghendap ini lakukan perkara ini bergantung kepada niat mereka samada telah obses kepada seseorang atau ingin mengancam seseorang itu.
Artikel berkaitan: Takut Ada Yang Menghendap, Ini Tip Yang Wajib Kaum Wanita Lakukan Sebelum Check In Hotel
Tambahan lagi, media sosial menjadi ruang untuk seseorang individu berkongsi kehidupan seharian mereka kerana aktiviti ini telah menjadi norma baharu buat zaman sekarang. Walaupun sebenarnya sosial media ini menjadi satu rujukan buat seseorang individu untuk mencari matlumat tak kira gaya fesyen, senaman, ataupun hiburan, ianya semua bergantung terhadap niat pengguna media sosial tersebut.
Jenayah jika stalk berulang-kali di alam maya
Dahulu, mangsa yang di hendap secara maya tidak dapat untuk membuat apa-apa aduan berkenaan kegiatan ini kerana ianya di anggap tidak mengancam mereka. Isu ini menjadi perdebatan kerana ia sukar untuk di ambil tindakan undang-undang terhadap perlaku tersebut.
Mengikut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata walaupun perlaku membuat kegiatan menghendap secara atas talian dan tidak mengakibatkan ancaman atau kecederaan kepada mangsa, undang-undang tetap di laksanakan oleh kerana gangguan mental dan emosi yang di alami oleh mangsa.
Kelakuan ini menjadi satu tindakan jenayah jika ia di lakukan berulang kali di mana perlaku akan di sabitkan bawah Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022, Akta Kanun Keseksaan (Akta 574). Manakala menurut temubual bersama Bernama, Datuk Mas Ermieyati juga memberi penjelasan bagaimana undang-undang ini di laksanakan.
“Sebagai contoh, berlaku insiden A telah berpisah dengan B, namun B sering mengganggu A dengan pelbagai mesej dan sebagainya.”
“Apabila A tukar nombor telefon, B masih lagi menghubungi A di media sosial dengan mengubah pelbagai nama samaran sehingga ada sampai 10 ke 20 akaun (media sosial) hanya untuk memastikan hidup A tidak tenteram.”
“Apabila (mangsa) pergi ke balai polis untuk membuat laporan, polis tidak boleh ambil tindakan… sebab tidak mendatangkan kecederaan kepada mangsa. Sebab itu (ada) mangsa yang sampai berhenti kerja dan sanggup keluar negara kerana khuatir diekori lagi,” katanya dalam temubual itu.
Oleh kerana itu, Datuk Mas Ermieyati menekankan bahawa pentingnya untuk meluluskan rang undang-undang ‘anti menghendap’ itu untuk melindungi mangsa secara menyeluruh dan bukan hanya tunggu mangsa di cederakan pada kemudian hari.
“…kalau tidak ada satu undang-undang yang benar melindungi mangsa, saya khuatir akan (berlaku) lebih banyak (kes menghendap) sehingga mendatangkan kecederaan (pada masa akan datang),” katanya lagi.
Sementara itu, Datuk Mas Ermieyati sangat optimis dengan rang undang-undang yang di jangka akan di bacakan kali kedua dan ketiga pada Mesyuarat Ketiga mulai Oktober depan itu, akan di luluskan di Parlimen pada hujung tahun ini.
Pada 4 Ogos lalu, pindaan Akta 574 untuk memasukkan perbuatan menghendap sebagai satu jenayah sudah di bentang di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama.
Selepas ini, sis semua tidak perlu risau jika ada individu yang cuba untuk menghendap sis melalui alam maya. Lindungi diri sis dan jangan takut untuk berkongsi masalah yang di hadapi.
Sumber: Bernama
Artikel berkaitan: Ciri Telegram Terbaik Yang Ramai Tak Tahu, Salah Satunya Kawal Privasi Dan Keselamatan. Jom Manfaatkan!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Dulunya Budak DISLEKSIA Tak Tahu Baca & Hafal Hingga Digelar ‘Bodoh’, Tapi Kini Aliff Syukri Level USAHAWAN Jutawan

Ketika kecil Dato Sri Aliff Syukri adalah salah seorang antara budak yang menghidap disleksia. Namun kekurangan itu tidak menghalangnya untuk mengecapi kejayaan dalam hidup. Walaupun tidak belajar tinggi, sejak kecil tidak boleh membaca, mengenal huruf dan menghafal sehingga digelar bodoh oleh teman-teman sebayanya, tetapi dirinya kini sudah boleh dilabel usahawan bertaraf jutawan.
Dato Sri Aliff Syukri mengakui dia adalah penghidap disleksia (di mana merujuk kepada mereka yang menghadapai masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran normal). Beliau mengakui dirinya tidak boleh fokus pada sesuatu benda. Tapi mempunyai keunikan minat berniaga dan kini, bukan sahaja pengusaha usahawan kosmetik, tetapi juga pengusaha resort, pemilik tudung dan paling terbaru mempunyai restoran sendiri.
A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
PERNAH JUAL BAJU TAPI KECUNDANG
Dato Sri Aliff ditemui di majlis pelancaran koleksi terbaru AliffbySha diinspirasi 5 wanita dan Romah Makan Terlajak Laris di Kota Damansara. Beliau bercerita dulunya dia hanyalah seorang pekerja dan menjual produk di pasar tani. Tidak mahu terus berada ditakuk lama, beliau memberanikan diri bergelar usahawan kosmetik biarpun dirinya seorang lelaki.
“Alhamdulillah bisnes saya semakin berkembang maju. Berkat kesungguhan dan kegigihan produk D’Herb semakin meniti di bibir para penggemarnya. Daripada situ, saya mahu mencuba bisnes lain, saya suka menjual apa yang mereka hendak.
“Sebelum ini saya pernah menjual baju tetapi kecundang. Tetapi saya tak putus asa, saya cuba belajar untuk maju. Contohnya apabila saya menceburi bisnes tudung. Daripada modal sekadar RM10 ribu, kini keuntungan diperoleh berlipat ganda.
“Seperti pelancaran AliffbySha V Five Inspired Women kolaborasi dengan 5 wanita hebat dalam bidang masing-masing. Walaupun ada yang mengecam, tetapi bagi saya strategi bisnes itu penting. Gandingan bersama mereka ini, Uyaina Arshad (pengacara), Joy Revfa (pengasas jenama kosmetik), Nadia Annuar (pengacara), Nabila Razali (penyanyi) dan isteri saya sendiri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid sangat bagus kerana mereka ini punya ramai follower yang tersendiri dan kerjasama ini dilihat sangat memberi kesan sangat positif.
A post shared by Aliff by Sha & Aliff Homme (@aliff_syukri) on
“Saya tahu ramai pengusaha tudung tumbuh bak cendawan di pasaran. Akan tetapi AllifbySha ada keistimewaan tersendiri. Hijab kami mempunyai ciri-ciri unik yang tiada pada jenama lain, iaitu anti pekak, anti renyuk, kualiti yang bagus, bidang lebar, harga berpatutan dan paling istimewa koleksi baru setiap corak direka khas dengan nama tersendiri daripada 5 personaliti ini,” ceritanya yang dalam masa sama juga turut melancarkan Romah Makan Terlajak Laris.
A post shared by Aliff by Sha & Aliff Homme (@aliff_syukri) on
MINAT MASAK SEJAK DULU
Menurut Dato Sri Aliff dia memang suka memasak sejak dulu. Jadi minat yang telah dipupuk sekian lama itu diterjemahkan dengan membuka sebuah restoran.
“Saya buat restoran ini dengan modal sendiri sebanyak RM10 ribu tanpa mengambil bajet dari akaun jualan kosmetik. Sebelum itu sebenarnya saya dah mula menjual secara COD seperti sambal hitam, sambal kering ataupun lada jeruk. Lama kelamaan produk ini mendapat sambutan dan barulah saya berani untuk membuka restoran ini.
“Dengan modal sebanyak itu saya kini sudah berpuas hati dengan pulangan yang diperoleh. Menariknya Roman Makan Terlajak Laris ini mengembalikan nostalgia pengunjung dental masakan dan Susana kampung yang dirindui.
“Semua menu Romah Makan ini dimasak sendiri oleh saya dan menyajikan masakan orang Jawa, Kelantan, Pahang, Banjar dan banyak lagi sajian menyelerakan. Sebelum ini saya bancal berkongsi cara memasak dan residí tradicional di laman sosial. Alhamdulillah impian saya untuk membuka restoran ini akhirnya terlaksana berkat doa dari semua,” jelasnya yang mengalukan setiap pengunjung untuk hadir sendiri merasa masakan air tangannya.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ALIFF SYUKRI
7 Tip Paling OHSEM Buat Gadis Petite Untuk Kelihatan Lebih Tinggi & Langsing

Tidak dinafikan wanita yang bertubuh genit juga mempunyai kelebihan tersendiri. Sebagai contoh, kita sentiasa lihat mereka ini kelihatan lebih muda dari usia sebenar. Tetapi terdapat kelemahan terutama apabila memilih pakaian dan aksesori. Perlu berhati-hati kerana kombinasi yang tidak berpadanan akan menyebabkan kita nampak lebih pendek.
BEBERAPA TIP DIJADIKAN PANDUAN
Tops and skirts
Pilihan kita untuk berpakaian memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Ia adalah lebih baik untuk memakai bahagian atas tersembunyi ke dalam skirt kerana akan menyerlahkan pinggang, “memanjangkan” kaki, dan secara amnya membuatkan bentuk badan kita lebih kecil dan langsing.
Tali pinggang dan kasut
Jika kita suka memakai kasut atau sandal yang strap pada pergelangan kaki, pastikan tali sepadan dengan nada kulit. Apabila memilih kasut, pertembungan warna atau saiz besar boleh membuat kaki kita kelihatan lebih pendek. Juga harus mengelak daripada menggayakan tali pinggang saiz lebar. Gambar di sebelah kiri menunjukkan tali pinggang memberikan garis mendatar yang boleh dilihat, menjadikan saiz tubuh kelihatan lebih besar. Sementara itu, garisan menegak (pakaian tanpa tali pinggang, kasut ringan berwarna) menjadikan kita nyata lebih tinggi dan langsing.
Jaket dan blazer
Perempuan kecil molek tidak perlu memakai jaket, sut, atau blazer yang besar atau panjang. Ini kerana ia akan membuat kaki kita kelihatan pendek. Adalah dinasihatkan untuk memilih jaket dan blazer yang kecil.
Juga perlu berhati-hati bila memilih beg untuk dipadankan. Pilihan terbaik bagi mereka yang bertubuh genit adalah beg kecil yang lebarnya tidak melebihi 10 hingga 11 inci. Jika sukakan beg galas, harus kecil dan mempunyai bentuk geometri kemas.
Kardigan
Kardigan panjang memberi satu penyelesaian yang mudah untuk “menambah” beberapa inci pada ketinggian anda tanpa bantuan kasut tumit tinggi. Pilih kardigan yang tidak perlu terlalu besar atau sarat mudah dilihat besar, seperti poket patch besar.
Dress
Amat sesuai untuk gadis bertubuh tinggi kerana akan menutup kaki yang pendek. Cantik sekali jika dipadankan dengan ‘top’ paras pinggang. Ini adalah bagi menampakkan ilusi kecil gadis genit dan seterusnya dapat menyerlahklan penampilan.
Kontras dan monochromes
Pemilihan gaya monokrom juga sesuai untuk si gadis petite. Sisi warna gelap dan terang ini sebenarnya mampu menyembunyikan tubuh kecil molek. Padanan hijab bersesuaian memberikan penampilan anda lain dari kebiasaan.
Seluar jeans
Seluar jean jenis kecil di bawah juga sesuai untuk mereka bertubuh kecil. Pemakaiannya boleh menampakkan ilusi tinggi si pemakai. pilih yang bersesuaian dan pastikan ia tidak terlalu ketat.
SUMBER: brightside