Hujung tahun ni, tiba masanya untuk upgrade wardrobe fesyen dengan helaian baru dan up-to-date. Kebetulan cyber sale yang paling dinanti-nantikan, Jualan Tahunan Terbesar 11.11 Lazada pun tengah berlangsung, jadi ayuh Hijabista kongsikan koleksi look terbaru daripada kempen #LazadaJerSis dan cara memiliki item fesyen serupa di Lazada!
Seiring perubahan zaman, gaya hijabi juga mengalami evolusi tersendiri. Masih kelihatan stailo dan sopan, fesyen hijabi kini disesuaikan menepati trend dan takwim semasa.
Antaranya helaian dari pengaruh hipster, date night, modern sophisticated, hiking dan sebagainya… Oh, mudahnya #LazadaJerSis!
Semua trend ini dan banyak lagi pilihan fesyen untuk hijabi ditawarkan sempena Jualan Tahunan Terbesar 11.11 Lazada.
Sambil shopping, sis pun boleh rebut tawaran-tawaran hebat dan diskaun yang berbaloi, selain lebih 1 bilion LazCoins untuk dimenangi.
Nak kumpul LazCoins pun mudah, log masuk jer aplikasi Lazada setiap hari, dapat kumpul Lazada Bonus dan baucar lain untuk penjimatan!
INSPIRASI HIPSTER: QILA RATU HIJABISTA
Nak bergaya macam fashion influencer tapi tak cukup bajet? Jangan risau, Lazada kan ada! Hijabista bawakan gaya menarik dari LazLOOK yang boleh hijabi cuba.
Pssstt, cantik tak gaya hipster Ratu Hijabista, Wan Nur Aqilah Shahirah Wan Lokman atau Qila is the One ni? Sis pun boleh bergaya persis si cantik ini tau!
Hanya tekan link di bawah untuk item fesyen serupa, mudah… #LazadaJerSis:
Nak keluar dating tapi sis tiada idea nak pakai apa? Jangan risau, #LazadaJerSis! Team Hijabista bawakan LazLOOK yang menarik untuk hijabi tampil bergaya elegan. Pakai outfit date night @qilaistheone ni, confirm pasangan terus bawa jumpa family.
Kalau ada yang tak sabar nak cuba outfit Date Night yang Qila pakai ni, apa kata korang check out link di bawah:
Sis berkerjaya yang nak ke tempat kerja tapi runsing nak bergaya macam mana? No worries, #LazadaJerSis! Kali ini, Hijabista bawakan outfit modern sophisticated yang boleh sis gayakan ke ofis tau! Amacam, cantik kan sis @hyeley?
Untuk sis yang berkenan dengan outfit sis Hyeley, jangan lupa untuk click link di bawah okay!
Aktiviti hiking dah menjadi intrend sis-sis kan sekarang? Team Hijabista tahu yang kebanyakan sis kat sini memang sukakan aktiviti luar. Jangan risau sisters, #LazadaJerSis! Kali ini, Hijabista bawakan outfit sport hiking yang boleh sis show off nanti tau! Amacam, nampak selesa kan sis @hyeley?
Untuk sis yang berkenan dengan outfit sis Hyeley, jangan lupa untuk click link di bawah okay!
Ada tak sis di sini yang tak suka dengan gaya feminin? Fret not ya! This time Hijabista bawakan style rugged yang boleh semua cari hanya di #LazadaJerSis! Jangan risau sebab uols semua boleh dapatkan di:
Sis pening tak tahu nak pakai apa untuk keluar jalan-jalan? Asyik ulang baju dan style yang sama je? This time Hijabista bawakan style casual yang boleh semua cari hanya di #LazadaJerSis!
Hanya tekan link di bawah untuk item fesyen serupa, mudah… #LazadaJerSis:
Siapa kata tidak boleh berfashion sambil menutup aurat? Boleh sangat sis! Jom tengok bagaimana Hijabista bawakan style modest yang boleh awak cuba dan cari hanya di #LazadaJerSis!
Hanya tekan link di bawah untuk item fesyen serupa, mudah… #LazadaJerSis:
Berkenan dengan outfits yang dipakai oleh semua pempengaruh ni? Jom join contest Hijabista dan berpeluang untuk menangi outfit from head to toe tau! Mudah saja caranya:
1. Post video ataupun gambar ootd sis di Instagram.
2. Jangan lupa tag @hijabistamag@lazada_my dan 3 kawan-kawan sis beserta #LazadaJerSis
3. Komen “kita dah OOTD sis!” di ruangan komen hijabistamag.
4. Selesai!
Miliki semua ini sempena Jualan Sepuas Hati Akhir Tahun 12.12 dari 12 hingga 14 Disember, banyak outfit seperti yang digayakan fashion influencer kenakan dengan diskaun menarik.
Nah, apa tunggu lagi, fesyen #LazadaJerSis di hujung jari, cantik dan berkualiti buat si hijabi stailo dan penuh pekerti.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bayangkan apabila anda bangun pagi, kulit wajah tampak segar, cerah dan berseri. Bukankah ia satu kepuasan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata? Dalam meniti kesibukan menjalani rutin harian, wanita sering diburu kesibukan terutama mereka yang bekerjaya.
Walau bagaimanapun tiada kompromi bila menyentuh soal penjagaan kecantikan kerana wanita dan kecantikan ibarat irama dan lagu. Kulit yang cerah, lembut dan sekata sememangnya menjadi idaman setiap wanita kerana ia menjadikan wanita lebih berkeyakinan.
Dalam soal pemilihan produk penjagaan kulit wajah antara produk yang menjadi pilihan utama ramai wanita tentulah produk yang mencerahkan kulit. Rangkaian Neutrogena® Bright Boost menyediakan keperluan yang diimpikan oleh setiap wanita dari peringkat usia 20 an hingga 40 an.
Diformulasikan dengan Neoglucosamine®, ramuan pencerah kulit terkini ini merupakan bahan anti-asid yang merangsang pembaharuan kulit dengan lembut dan meningkatkan peralihan permukaan kulit sebanyak 10x lebih pantas agar kulit lebih cerah dan berseri.
Dengan harga mampu milik dan keberkesanan yang optimum, Neutrogena® Bright Boost cukup berbaloi untuk dimiliki. Tentunya ia memberikan lebih nilai untuk setiap wang yang dibelanjakan.
Rangkaian Neutrogena® Bright Boost terdiri daripada tiga jenis produk iaitu Neutrogena® Bright Boost Resurfacing Micro Polish, Neutrogena® Bright Boost Illuminating Brightening Serum dan Neutrogena® Bright Boost Brightening Gel Moisturizing Face Cream.
BAGAIMANA NEOGLUCOSAMINE® BERFUNGSI?
Setiap 30 hari, kulit melalui proses penggantian sel kulit. Kadang kala sel-sel kulit lama ini ‘tersekat’ dan ketika itulah kulit anda mula kelihatan kusam. Diimport dari Amerika Syarikat, Neutrogena® Bright Boost mampu meningkatkan penggantian permukaan kulit dengan kadar 10x lebih efektif. Ia menjadikan kulit lebih cerah dan terpelihara.
Neoglucosamine® terbukti meningkatkan penggantian sel permukaan kulit 10x lebih cepat daripada kulit yang tidak dirawat. Ia mempercepatkan proses pembaharuan kulit anda dengan membantu menyingkirkan sel-sel kulit lama.
RUTIN TERBAIK UNTUK KULIT LEBIH CERAH
Sama seperti Asid Hyaluronik yang meningkatkan penghidratan pada kulit wajah, Neoglucosamine® memancarkan kecerahan kulit. Ia adalah asid Hyaluronik yang membantu memperbaharui kulit agar kulit lebih segar dan lebih berseri.
Sebagai salah satu unsur Asid Hyaluronik, Neoglucosamine® cukup berkesan untuk mengunci dan menghidrat sel-sel kulit agar kulit tampil bercahaya selain mencegah kemunculan garis-garis halus.
Lihat sendiri bagaimana Neoglucosamine® menjadikan kulit anda lebih cerah dan sekata hanya dalam 1 minggu dengan Neutrogena® Bright Boost baharu. Koleksi pelbagai tugas ini memanfaatkan kehebatan Neoglucosamine® untuk memastikan kulit anda tetap terhidrasi. Oleh itu, jangan lupa ‘masukkan’ Neutrogena® Bright Boost dalam rejim kecantikan anda.
BAHAN PENCERAH TERBAHARU DI PASARAN
Sudah tiba masanya untuk anda ‘bertemu’ dengan bahan pencerah kulit terbaharu di pasaran. Sama seperti Asid Hyaluronik yang meningkatkan penghidratan, Neoglucosamine® memancarkan kecerahan kulit.
Tidak seperti bahan pencerah kulit yang lain, Neoglucosamine® sebenarnya merupakan salah satu unsur Asid Hyaluronik yang membantu memperbaharui kulit agar kulit lebih cerah dan lebih berseri.
Sebagai produk pencerah wajah yang menjanjikan kesan yang efektif dan hasil yang lebih pantas, Neutrogena® Bright Boost sangat mudah untuk dimiliki. Varian Neutrogena® Bright Boost boleh didapati di semua rangkaian Watsons dan boleh dibeli secara online.
Umpama penyelesaian paling pantas dan berkesan, Neutrogena® Bright Boost menjadikan impian anda untuk memiliki kulit yang cerah dan berseri bakal menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama juga kulit sentiasa kekal terpelihara.
Terus menawarkan kemudahan seperti bayaran balik pinjaman secara cashless, kempen MyPTPTN Mudah, Cepat & Selamat kini berlangsung dengan tawaran ganjaran lumayan.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sentiasa melaksanakan inisiatif bersepadu dan mempelbagaikan pendekatan mesra pelanggan untuk membantu serta memudahkan peminjam membuat bayaran balik pinjaman.
Antaranya dengan mengadakan kempen-kempen yang memberi manfaat istimewa
kepada peminjam PTPTN.
PTPTN dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) menganjurkan Kempen myPTPTN Mudah, Cepat & Selamat bertujuan untuk menggalakkan peminjam membuat bayaran balik melalui saluran tanpa tunai sekaligus dapat mendidik orang ramai mengenai kelebihan bayaran tanpa tunai yang lebih cepat, mudah dan selamat melalui aplikasi myPTPTN.
Kempen ini terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang menggunakan aplikasi myPTPTN.
LUMAYAN
Menyediakan kemudahan seperti bayaran balik pinjaman secara cashless, kempen MyPTPTN Mudah, Cepat & Selamat kini berlangsung dengan tawaran ganjaran lumayan.
Melalui kempen ini, PTPTN menawarkan hadiah lumayan iaitu wang tunai berjumlah RM120,000 untuk 120 orang pemenang. Setiap pemenang akan menerima hadiah berjumlah RM1,000 dalam bentuk bayaran balik pinjaman PTPTN. Tempoh kempen adalah selama tiga (3) bulan mulai 1 Julai 2024 sehingga 30 September 2024.
Peminjam PTPTN hanya perlu membuat bayaran balik dengan nilai minimum RM100 dalam tempoh kempen untuk melayakkan peminjam mendapat 10 cabutan dan penyertaan adalah secara automatik. Selain itu, pengguna myPTPTN yang baharu mendaftar dalam tempoh kempen layak mendapat 20 cabutan.
Menurut Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, “Sebagai peneraju tabung pendidikan tinggi negara, PTPTN akan terus komited dalam agenda pendigitalan untuk memastikan pelanggan menerima perkhidmatan yang terbaik.
Kempen myPTPTN Mudah, Cepat & Selamat adalah kempen untuk menggalakkan lebih ramai peminjam melaksanakan tanggungjawab mereka agar kesinambungan pinjaman PTPTN dapat diteruskan untuk generasi akan datang.
Selain itu, melalui kempen ini juga peminjam PTPTN yang memenangi hadiah wang tunai akan menerima tambahan kewangan yang secara tidak langsung membantu mereka membayar balik pinjaman,” ujar beliau lagi.
PTPTN berharap dengan penganjuran kempen ini akan meningkatkan kesedaran peminjam PTPTN untuk membuat bayaran balik secara konsisten melalui aplikasi myPTPTN. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen myPTPTN Mudah, Cepat & Selamat layari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau muat turun aplikasi myPTPTN untuk mendapatkan notifikasi dan perkhidmatan PTPTN pada bila-bila dan di mana sahaja dengan lebih mudah, cepat dan selamat.
Gadis pada masa kini pastinya gemarkan gajet yang memudahkan kehidupan namun pada masa yang sama mempunyai gayanya yang tersendiri. Seperti Mi Note 10 Lite keluaran hebat Xiaomi, ia direka khas bagi memberikan pengalaman luar biasa buat si penggunanya.
Faham dengan kehendak remaja sekarang yang suka berswafoto dan bergambar, ia hadir dengan 64MP AI Quad Camera bersama SONY IMX686 yang memberikan warna imej yang lebih terang serta mampu menangkap gambar dengan lebih jelas. Foto OOTD anda pastinya akan kelihatan wow gitu!
Sempurna Untuk ‘Kaki Vlog’
Selain itu, ia juga mempunyai ‘Mod Vlog’ bagi membantu anda menghasilkan vlog yang hebat dengan hanya satu klik. Pastinya sangat sempurna untuk anda yang gemar memuat naik vlog di Instagram TV atau di laman YouTube.
Penonton vlog anda pasti akan terpukau dengan kualiti video tersebut kerana rakaman video 4K yang dimilikinya selain boleh merakam video gerakan perlahan sehingga 960fps. Bolehlah kita buat video slow motion yang sedang in trend sekarang ini! Nak buat video TikTok pun boleh.
Reka Bentuk Mesra Pengguna
Di samping itu, Mi Note 10 Lite ini mempunyai reka bentuk yang unik iaitu paparan AMOLED 6.47 inci melengkung 3D. Bahagian belakang kaca yang melengkung 3D itu memberikan keselesaan pada tangan anda sewaktu memegangnya tanpa rasa lenguh. Warna-warna yang ditampilkan juga menarik hati dan boleh dipilih mengikut personaliti anda seperti Nebula Purple, Glacier White, Midnight Black. Lain daripada yang lain bukan?
Bukan itu sahaja, di zaman serba moden ini pastinya kita mahukan bateri tahan lama yang akan mudahkan kerja kita seharian. Usah bimbang kerana Mi Note 10 Lite ini hadir dengan bateri 5260mAh + 30W dan pengecasan pantas.
Ia hanya mengambil masa 64 minit dari 0 hingga ke 100%. Lebih menarik lagi, jangka hayat baterinya tahan lebih dari 2 hari! Maka tak perlulah anda susah-susah mencari plag sewaktu berada di luar.
Ruang Storan Yang Luas
Gajet trendy ini turut menampilkan Qualcomm Snapdragon 730G, pemproses 8nm yang sangat cekap yang bagi melancarkan penggunaannya. Anda juga tak perlu risau mengenai masalah memori tak cukup kerana ia datang dengan 8GB RAM + 128GB ROM yang memberi lebih banyak ruang simpanan bagi memori anda.
Dengan harga hanya RM1599, anda boleh memiliki telefon pintar yang versatile ini di Lazada dan semua cawangan Mi Store serata negara. Bukan hanya penampilan diri yang perlu dititikberatkan, telefon pintar pun mestilah kena stailo juga tau! Dengan adanya Mi Note 10 Lite, pastinya semua lebih sempurna!
Layarilah laman media sosial Xiaomi segera bagi mengetahui lebih lanjut mengenainya.
FB: facebook.com/XiaomiMalaysia/
IG: instagram.com/xiaomi.malaysia/
TW: twitter.com/XiaomiMalaysia
Tiktok: https://vt.tiktok.com/UcoMYH/
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ratu Rock negara, Ella terus mengorak langkah dalam bidang perniagaan dengan memilih bidang fesyen Muslimah.
Memiliki labelnya sendiri iaitu RockQueen yang ditubuhkan sejak tiga tahun...