Baru-baru ini platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee melancarkan pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita di platform Shopee Live bagi memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia dalam bergaya serta menggalakkan mereka membeli barangan lokal.
Bertemakan ‘Tarakucha Retro’, Shopee bekerjasama dengan penjual, selebriti, dan pempengaruh untuk menggayakan tiga trend Raya 2024 iaitu kek lapis, jingga gelap, dan nostalgia dengan ‘twist’.
“Fesyen dan kecantikan di Shopee sesuai buat semua untuk meraikan Hari Raya. Dengan Raya Stail Kita, rakyat Malaysia boleh bergaya dan menyokong penjual tempatan.
“Pertunjukan fesyen ini adalah warkah cinta buat zaman keemasan P. Ramlee dan Saloma,” kata Ketua Pemasaran Shopee, Kenneth Soh.
Pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita menonjolkan busana yang berlainan boleh digayakan dari pelbagai jenama.
Ads
Sepuluh penjual fesyen Muslim Shopee iaitu Asikin Ahmad, Liyana Collection, Adnaa, Indah Pesona, Hernes, Inhanna, Zoe Arissa, Panda Eyes, Bayu Somerset, dan Mikaseries by Zoey Rahman. Barang kemas dan aksesori Habib Jewels turut dipersembahkan di pentas runway.
Jenama kecantikan dan penjagaan kulit yang turut menaja pertunjukan fesyen ini ialah Y.O.U, Simply Siti, Silky Girl, Papa Feel, Mikaseries, lemooc, Emina, Dazzle Me, Barren Bliss, Alha Alfa, dan AISASEA.
Model ‘body positive’ Hikma Al Hassan mengetuai peragaan #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita yang mempamerkan gaya inklusif dan mampu milik.
Ads
Untuk gaya pertama bertemakan Kek Lapis, Shopee mengajak rakyat Malaysia untuk bereksperimen dengan lapisan warna, corak, dan tekstur.
Seperti dipopularkan oleh Intan Najuwa di majlis perkahwinannya, Shopee membawakan pelbagai cara untuk menggayakan warna jingga gelap buat lelaki dan wanita dengan pelbagai warna kulit.
Editor Pengurusan NONA, Hijabista, dan Mingguan Wanita Kiffy Razak berkongsi tip gaya mengikut trend terkini
Ads
“Anda boleh menggabungkan ‘color-blocking’ ala kek lapis, warna jingga yang terang namun chic atau nostalgia dalam pemakaian seseorang sambil mengintegrasikan sentuhan glam dan gaya klasik.”
Shopee turut menawarkan rangkaian pelbagai dan ‘wholesome’ dalam pilihan fesyen untuk seluruh keluarga.
Pereka fesyen terkenal, Dato’ Jovian Mandagie yang turut memiliki kedai Skuad Shopee Celebrity berkata, “Aidilfitri adalah perayaan yang meraikan kasih dan kemenangan mengharungi Ramadan, sama ada anda berada di kampung atau bandar. Berpakaian secara selesa dan sopan, elakkan ‘overdressing’.
Juga dari Skuad Shopee Celebrity, Zoey Rahman, pelakon Malaysia dan pengasas Mikaseries, turut memberikan pandangan tentang bagaimana untuk bergaya di hari raya.
“Saya lebih suka Baju Melayu klasik dengan kolar cekak musang dan butang yang tersorok. Saya akan gayakan dengan sampin instant yang boleh disiapkan dalam masa dua minit. Saya suka idea pakaian ini kerana ia klasik dan sesuai dipakai pada pagi raya.”
Kempen Ramadan dan Raya Bersama Shopee sedang berlangsung sehingga 11 April 2024. Tahun ini Shopee akan memperkenalkan ciri baharu Change of Mind (Perubahan Fikiran) 15 Hari Pengembalian Percuma. Bermula 19 Mac 2024, anda boleh memulangkan produk untuk pengembalian wang sepenuhnya (full refund), dalam tempoh 15-Hari Shopee Guarantee.
Layari web mikro Raya Stail Kita di https://shopee.com.my/m/raya-stail-kita dan web mikro Kempen Ramadan Bersama Shopee di https://shopee.com.my/m/ramadan-sale#SLM1
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Cipta kelainan di majlis perkahwinan, sepasang pengantin baharu di Kampung Tebing Tinggi, Kubang Krian, Kelantan mengedarkan lebih 2000 topeng muka buat tetamu yang hadir pada majlis mereka.
foto: BH online
Farkhan Mohamad yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan, Bera, Pahang bersama isteri, Nur Tasnim yang merupakan jururawat di Jabatan Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendapat idea untuk mengedarkan topeng muka kepada tetamu sebagai usaha bagi mengelakkan penyebaran virus tersebut.
Ujar Nur Tasnim, dia mahu majlisnya itu memberi makna buat semua di samping mahukan tetamu mengambil langkah berjaga-jaga dengan setiap virus yang menyerang negara ini.
foto: BH online
“Saya dan suami memang merancang mengedarkan topeng muka bukan sahaja memberi satu kelainan pada majlis kami, malah pada masa yang sama memberikan info berguna mengenai kepentingan untuk berhati-hati dengan sebarang virus berbahaya.
“Tambahan pula, kegunaan topeng muka ini bukan hanya mengelak daripada dijangkiti COVID-19, malah berguna untuk penyakit berjangkit yang lain,” katanya kepada Berita Harian.
Selain itu, dia juga faham dengan permintaan topeng muka yang tinggi yang membuatkan mereka mengambil keputusan untuk mengedarkannya secara percuma.
“Jika di farmasi mahupun jualan dalam talian, kebanyakan topeng mudah kehabisan stok jadi apa salahnya di majlis kami ini, ia diedarkan percuma supaya dapat menggembirakan tetamu yang datang.
foto: Harian Metro
“Kami sendiri bekerja dalam bidang kesihatan jadi ia membuatkan kami lebih berhati-hati dan bersemangat untuk menyampaikan mesej kesedaran kepada masyarakat supaya lebih berjaga-jaga terutama dengan COVID-19,” katanya.
Pada 2 Jun yang lalu, pengasas jenama tudung terkenal, Tudung People iaitu Fazrena Aziz telah selamat melahirkan anak sulungnya yang diberi nama Seth Umar.
Meluahkan rasa syukurnya, dia juga rasa begitu terharu dan mencoretkan ucapan khas buat suaminya, Bakri Hafiz yang telah dinikahi sejak enam tahun lalu kerana telah melakukan segala-galanya buat dirinya sepanjang proses kehamilan ini.
Kepada lelaki yang selalu berada dengan saya di setiap langkah. Terima kasih.
Dia melakukan segalanya untuk saya sepanjang kehamilan ini. Dia membawa saya ke maha sahaja. Dia memberikan saya doktor terbaik yang dia mampu, walaupun industri perkahwinan terjejas sewaktu PKP.
Saya tak pernah lagi menukar lampin Seth dan jarang sekali menyusukannya menggunakan botol. Kerana kata Bak, saya sudah mengandungkan Seth selama sembilan bulan. Ini sahaja yang dia mampu lakukan untuk membalasnya.
Emosi saya tidak stabil selepas melahirkan. Seth selalu lapar dan dia tidak menyusu dengan betul. Ia memberikan saya kesakitan dan berdarah. Ia langsung tidak mudah tetapi Bak sentiasa ada menyokong saya. Jadi, terima kasih. Semoga Allah SWT memberikan syurga buatmu kerana saya tidak mampu membalas segala yang awak telah lakukan untuk saya.
Alhamdulillah, beruntung Fazrena kerana dikurniakan seorang suami yang cukup menghargai pengorbanan isterinya. Moga mereka sama-sama dapat membesarkan Seth dengan penuh kasih sayang dan menjadi insan yang soleh. Amin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Menghargai momen yang indah bersama anak angkat di Mekah, Mizz Nina memanjatkan rasa syukur dapat buat ibadah umrah bersama Musa baru-baru ini. Ramai yang turut merasai bersama selepas melihat posting Instagram miliknya itu.
Sumber gambar dari Official Instagram Mizz Nina
Alhamdulillah keatas segala keberkatanNya
Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 42, membuat satu perkongsian di laman sosial media Instagram miliknya menunjukkan dia sedang berada bersama anak angkatnya, Musa, di hadapan Kaabah bersama jemaah yang lain. Dia turut memanjatkan rasa syukur melalui ruangan kapsyen.
Titipan doa serta rasa syukur oleh Mizz Nina dapat di lihat apabila dia mendoakan supaya Musa akan membesar menjadi seorang anak yang soleh dan di kurniakan akhlak budi pekerti. Doa-doa yang di tulisnya jua menjadi panduan kepada orang ramai yang mengikutinya di sosial media, sungguh manis cinta seorang ibu.
“Alhamdulillah ya Rabb kerana memberikan peluang kami dapat bersama di sini (Mekah). Sudah berbulan Musa telah mendengar kisah mengenai ibadah haji, kini dia dapat melihat dengan matanya sendiri,
“Ya Allah, jadikan Musa sebagai seorang ummah yang soleh, di kurniakan dengan akhlak yang mulia, mendapat satu warisan legasi yang menjalani kehidupan dengan penuh keimanan dan takwa,
“Semoga Musa di kurniakan lagi dengan tarbiyyah serta manfaat dari al-Quran sebagai panduan hidup buatnya dalam menjalani kehidupan kini dan pada masa yang akan datang, ameen.” begitulah doa yang di ungkap di ruang kapsyen.
Meninjau di ruangan komen ramai juga yang menitipkan doa buatnya dan Musa semoga mendapat keberkatan dalam mengerjakan umrah. Bahkan ada juga yang menjemput Mizz Nina ke rumah mereka di sana.
Baru-baru ini Mizz Nina telah menjadi salah seorang penerima anugerah Ikon Aktivis Kemanusiaan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444H pada ahad lalu. Ramai juga mengenali kegiatan dakwah serta aktiviti islamik yang di anjurkan olehnya seperti DopsTV dan aplikasi islamik seperti Qalby App.
Mempesona, solekan Nabila Razali yang mendapat sentuhan MUA Indonesia dipuji, ini caranya nak cipta Angelic Makeup Look yang tengah trending sekarang.Nabila Razali tampil anggun...