Bukan lagi penantian buat rakyat Malaysia, tahniah buat Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri yang Ke-10. Kini, semua persoalan sudah pun terjawab.
Tempoh hari pelbagai rasa yang bercampur baur mengenai siapakah perdana menteri yang akan dipilih. Ada juga perkongsian oleh seorang lelaki yang menunjukkan DSAI telah memberi ‘tanda’ tentang pengiktirafannya sebagai Perdana Menteri Ke-10.
Memang decode ala Sherlock Holmes!
“Berita baik, lunch is served” kata DS @anwaribrahim
Let’s decode this. Hahahaha
Tak payah panjang2. Memang tau dah apa maksud dia. Come on Malaysia takkan tak paham lagiiii! https://t.co/VJQq4Qj0mZ
Tular klip video menunjukkan Ahli Parlimen Tambun itu memberi makanan kepada petugas media yang telah ‘berkampung; di halaman rumahnya di Sungai Long, Kajang. Menjadi perhatian seorang pelayar bernama @yonahwah di laman Twitter untuk melakukan ‘penyiasatan’ di sebalik pemberian itu.
Pelayar itu membuat satu bebenang yang merungkaikan segala ‘tanda’ yang diberikan oleh DSAI menerusi kata-kata spontan dan makanan iaitu nasi ayam goreng kunyit kepada pihak media.
Menurutnya, DSAI ada menyatakan kata-kata seperti “Lunch is served.” sewaktu memberi makanan itu pada pihak media. Hurai oleh pelayar itu, ‘luch is served‘ itu adalah satu bahasa kiasan bagi ‘justice is served‘ yang sering digunakan dalam mahkamah.
Gambar nasi ayam kunyit dari Rebecca Saw
“Tapi untuk konteks apa yang berlaku pasca PRU15 ini, justice is served itu maksudnya keadilan dah ditegakkan. Justice ‘Keadilan’ dan DSAI Presiden PKR ‘ready to serve Malaysia’,
Ads
“Nasi ayam goreng kunyit. Selalunya pakej sekali dengan sambal pedas matrock itu. Kunyit symbolised warna kuning diraja. Ayam goreng, somethinf yang secara amnya rakyat Malaysia suka,
“Sambal, segala perit jerih hingga berdarah DSAI kena sewaktu di penjara dahulu. Kicap, titik hitam bersejarah. Apabila ayam goreng, kunyit, sambal, kicap hitam disatukan, jadi satu lauk yang sedap.” katanya lagi menghujah ‘tanda’ yang diberikan DSAI.
Tidak pada pemberian nasi ayam goreng kunyit, pelayar itu juga menghuraikan makna di sebalik jenama minuman yang diberikan oleh Perdana Menteri ke-10 itu. Isyarat dari isyarat di huraikan oleh kerana masih menjadi tanda tanya siapakah perdana menteri yang sebenar?
Ads
“DSAI juga beri (minuman) 100plus, Milo kotak dan biskut. 100plus ada dua maksud–100+ means numbers of seats yang sokong DSAI. 100plus juga symbolised PM ke-10,
“Biskut itu harga dia RM12.20, itu membawa maksud 20 November hari itu lagi DSAI sudah mendapat majoriti. ANgka 12 pada harga RM12.20 itu pula maksudnya bulan 12 ini bajet pertama DSAI sebagai PM10 akan diluluskan,
“Biskut itu pula jenama Funmix yang mungkin bagi petunjuk ada mix of kaum dan agama dalam pentadbiran DSAI sebagai PM10 nanti. And DSAI memang perjuangkan mulitracial parti,
“Dekat bawah pack biskut itu ada tulis ‘easy pack‘. Sebenarnya pact tapi hidden message kan. Easy pact (gabungan mudah). Senang sahaja DSAI build pact dengan parti lain sebenarnya,
“Dan air kotak Milo itu DSAI nak bagi hidden code for Malaysia, ini kali, lu semua, okak. English translation ‘Dear Malaysia, this time you guys will be okay‘ sebab DSAI akan terajui Malaysia ke arah The Asian Tiger again! Roar!” itulah decode yang dihujahnya pada laman Twitter miliknya.
Kini, bukan lagi tanda tanya, semalam merupakan titik bersejarah buat Datuk Seri Anwar Ibrahim memperjuangkan hak keadilan bagi Malaysia. Tahniah sekali lagi buat DSAI atas kemenangan menjadi Perdana Menteri ke-10!
Maksudnya: “Tiga perkara di mana sesiapa mempunyainya, maka dia akan merasai kemanisan iman: seseorang yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya sebagai yang paling dicintainya, tidak mencintai seseorang melainkan keranaNya dan membenci untuk kembali kekufuran sepertimana dia tidak suka untuk dicampakkan ke dalam neraka.” Riwayat Bukhari (16) dan Muslim (43)
Rasulullah SAW adalah insan yang paing mulia dipilih Allah, tidak seperti manusia lain. Rasulullah SAW mempunyai pelbagai keistimewaan yang tidak ada pada orang lain. Allah SWT menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikutan dan panduan untuk semua umat.
Maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Surah al-Ahzab, 33: 21)
Perlu diingat dan difahami bahawa Rasulullah SAW dalam pemeliharaan Allah SWT.
Benarlah firman Allah SWT:
وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ
Maksudnya: Dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. (Surah al-Maidah, 5: 67)
Imam Ibn Katsir berkata: Ayat ini bermaksud: “Sampaikanlah (wahai Muhammad) akan risalah-Ku (yakni Allah), sedangkan Aku-lah Penjaga-mu, Penolong-mu, Pendokong-mu menentang musuh-musuh kamu, yang akan mengangkatmu mengatasi musuh-musuh kamu, maka janganlah engkau takut dan jangan engkau bersedih, tidak akan selamanya sampai walau seorang pun daripada musuh-musuh kamu yang boleh mencederakan kamu.” Al-Maraghi berkata: “Yakni melindungimu daripada kejahatan manusia.”
Sejarah penghinaan dengan pelbagai cara sentiasa berlanjutan terhadap Baginda SAW. Ini bermula sejak zaman Baginda SAW mula menyebarkan dakwah Islam lagi. Cukuplah ibrah dan sabab nuzul dalam Surah al-Lahab dan Surah al-Kautsar menjadi bukti secara jelas bahawa yang melindungi Rasulullah SAW ialah Allah SWT sendiri.
Mutakhir ini siri serangan kepada Rasulullah SAW mula berkembang melalui medium baru dan sudah pasti tidak menyenangkan hati umat Islam. Alangkah malangnya nasib umat Islam, suatu masa dahulu, tatkala diperkotak-katikkan dan diinjak-injak maruahnya, tidak semena-mena timbul perkara yang menyedihkan di mana sebuah filem yang bertajuk: “Innocence of Muslim” telah ditayangkan media dan mendatangkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Begitu jugalah dengan apa yang berlaku di Mesir pada minggu ini.
Ada pendapat ulama Mesir menegaskan bahawa penghinaan kepada batang tubuh Nabi SAW bermakna melanggar lampu merah dan tidak dibolehkan sama sekali. Bahkan ada antara ulama yang berpendapat jika penghinaan itu berkaitan batang tubuh Nabi SAW, seseorang itu boleh terus diambil tindakan tanpa perlu dibawa ke mahkamah.
Justeru, umat Islam sewajarnya bersatu, bangkit mempertahankan Rasulullah SAW dengan menghantar surat bantahan atau apa juga yang difikirkan sesuai oleh ulama dan pemerintah dengan senada.
Terdapat banyak dalil pengharaman perbutan menghina dan mencerca Rasulullah SAW. Kami membahagikan dalil-dalilnya kepada dua:
Maksudnya: Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata: “Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya)”. Katakanlah: “Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu”. Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Surah al-Taubah, 9:61)
Imam Abu Ja’far al-Tabari berkata: “Bagi orang-orang munafik yang memalukan Rasulullah SAW yang dengan perkataan mereka: “Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya)”, dan perumpamaan-perumpamaan mereka untuk mendustai Baginda, dan mereka yang berkata dengan mulut yang celupar dan batil, bagi mereka ini azab yang memedihkan daripada Allah di dalam neraka Jahanam.”
Syeikh al-Maraghi berkata dalam tafsirnya: “Menyakiti Rasulullah SAW selepas kewafatannya, sama seperti menyakitinya semasa hayatnya. Keimanan kepada Baginda akan menghalang orang mukmin daripada melakukan perbuatan yang akan menyakiti Baginda. Ini adalah dosa dan kederhakaan yang paling besar.”
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina. (Surah al-Ahzab, 33:57)
Imam Ibn Katsir menyebut dalam tafsir: “Allah menjauhkan mereka daripada Rahmat-Nya di dunia dan di akhirat dan menjanjikan mereka di akhirat nanti azab yang menghinakan dan kekal di dalam azab itu selama-lamanya.”
Syeikh al-Maraghi: “Terdapat sesetengah manusia menyakiti Rasul-Nya seperti orang yang mengatakan Rasulullah SAW itu seorang penyair, ahli nujum, orang gila, dan banyak lagi kata-kata yang menyakitkan Baginda. Sesiapa yang menyakiti Rasul bererti dia menyakiti Allah SWT; dan sesiapa yang mentaati Rasul bererti dia mentaati Allah SWT. Allah SWT menjauhkan mereka daripada rahmat dan nikmat-Nya ketika di dunia lagi. Maksudnya, Allah SWT menjadikan mereka terus berada dalam kesesatan dan menjadikan mereka gembira melakukan kesesatannya itu. Kesesatan ini bakal menyeret mereka ke dalam neraka, sebagai tempat yang amat buruk; kemudian mereka akan dilaknat ketika ketika di akhirat nanti dengan memasukkan mereka ke dalam neraka yang membakar tubuhnya.”
Maksudnya: “Seorang lelaki buta mempunyai Ummu Walad yang menghina Nabi SAW dan ia benar-benar telah melakukannya (penghinaan). Lelaki tersebut telah melarang dan mengancamnya namun ia tidak berhenti dan lelaki tersebut terus melarangnya namun wanita tersebut tidak mengendahkan larangan tersebut. Ibn Abbas meneruskan lagi: Pada suatu malam, wanita itu kembali mencela Nabi SAW, maka lelaki tersebut mengambil sebilah pisau yang tajam dan meletakkanya di perut wanita tersebut lantas menikamnya. Lelaki tersebut telah membunuhnya sementara antara dua kaki wanita tersebut lahir seorang bayi dalam keadaan wanita tersebut berlumuran darah. Apabila tiba waktu pagi, kejadian tersebut diceritakan kepada Nabi SAW, lalu baginda SAW mengumpul orang ramai dan bersabda: “Aku bersumpah kepada Allah SWT atas seorang lelaki, dia telah melakukan sesuatu perbuatan kerana aku dan dia adalah benar (perbuatannya)”. Kemudian lelaki buta itu melangkah di antara manusia hingga dia duduk di hadapan Rasulullah SAW. Dia berkata: “Wahai Rasulullah, aku adalah suaminya akan tetapi dia (wanita) telah mencela dan menghinamu. Aku telah melarangnya dan mengancamnya tetapi dia tetap tidak berhenti atau mengendahkannya. Daripadanya aku telah dikurniakan dua orang anak yang merupakan permata, isteriku sangat sayang kepadaku. Namun, semalam dia telah mencelamu dan menghinamu, lalu aku mengambil pisau dan aku letakkan di perutnya lantas aku menikamnya sehingga meninggal. Nabi SAW bersabda : “Ketahuilah bahawa darah wanita adalah sia-sia (halal).”
Riwayat Abu Daud (4361), Kitab al-Hudud, Bab Hukum Orang Yang Mencela Rasulullah SAW. Hadis ini adalah Sahih dan perawi-perawinya adalah tsiqah.
Terdapat sebuah atsar daripada Abd al-Hamid bin Abd al-Rahman bin Zaid bin al-Khattab, sesungguhnya beliau berada di Kufah mewakili Umar bin Abdul Aziz. Maka beliau telah menulis kepada Umar bin Abdul Aziz: “Aku mendapati seorang lelaki telah mencelamu di Kufah dan telah terbukti bahawa dia benar-benar telah mencelamu, maka aku ingin membunuhnya atau memotong kedua tangannya atau memotong lidahnya atau menyebatnya, akan tetapi aku terfikir untuk merujuk kepadamu terlebih dahulu berkenaan perkara ini.”
Maka Umar bin Abdul Aziz menulis kembali kepada beliau: “Salam sejahtera ke atasmu, Demi Allah yang diriku berada di tangan-Nya, jika engkau membunuhnya maka aku akan membunuhmu disebabkan olehnya, jika engkau memotongnya maka aku akan memotongmu disebabkan olehnya, jika engkau menyebatnya maka aku akan menariknya daripada engkau. Apabila engkau menerima perutusanku ini maka keluarlah engkau dengannya ke al-Kunasah (tempat pembuangan sampah) mak engkau celalah dia sebagaimana dia mencelaku atau engkau memaafkannya kerana itu lebih aku suka. Ini kerana, tidak halal membunuh seorang muslim yang mencela salah seorang daripada manusia melainkan seseorang itu mencela Rasulullah SAW.” Lihat al-Muhalla (14/434)
Tidak syak lagi bahawa orang yang menghina Nabi SAW wajib dibunuh, seperti yang difatwakan oleh para ulama sejak sekian lama. Antaranya:
*Ada pendapat yang mengatakan wajib dibunuh tanpa perlu diberi peluang untuk bertaubat. Inilah pendapat Ibn al-Qasim.
*Al-Auza`ie dan Imam Malik berpendapat bahawa pesalah itu dianggap murtad dan perlu diberikan peluang untuk bertaubat.
*Begitu juga haram dan dihukum kufur sesiapa yang menghina mana-mana Nabi atau menjtuhkan darjat dan martabat seperti menuduh kejelikan pada tubuh badannya sebagai pincang, limpuh atau kurang ilmunya serta jahil.
*Imam Ibn Mundzir telah menukilkan bahawa secara sepakat ulama barangsiapa yang mencela Nabi Muhammad SAW secara nyata maka wajib dibunuh.
*Abu Bakar al-Farisi yang merupakan salah seorang ulama bermazhab al-Syafie berkata: “Barangsiapa yang menghina Nabi SAW seperti menuduh beliau secara nyata maka dia dihukum kafir dengan sepakat ulama, sekalipun dia bertaubat tetap tidak akan gugur hukuman bunuh yang telah ditetapkan ke atasnya.”
*Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Aku mendengar Abu Abdillah berkata: “Barangsiapa yang mencerca Nabi SAW atau menjatuhkan maruah Baginda, sama ada orang Islam atau bukan Islam, maka mereka hendaklah dibunuh. Aku berpendapat bahawa dia perlu dibunuh tanpa perlu disuruh untuk bertaubat.”
*Syeikh Taqiuddin al-Subky dalam al-Saif al-Maslul menyebut: “Siapa yang mencerca Nabi SAW tidak perlu diminta bertaubat dan boleh dibunuh terus.”
*Al-Qadhi Abu Ya`la pula berkata: “Barangsiapa yang mencerca Allah (SWT) dan Rasulullah SAW dia sesungguhnya telah kufur sama ada dia menghalalkan (perbuatan itu) atau dia tidak menghalalkan.”
*Al-Khattabi berkata: “Aku tidak tahu mana-mana ulama Islam yang khilaf mengenai wajibnya membunuh orang yang mencerca Nabi SAW.”
Berdasarkan kenyataan di atas, jelas menunjukkan betapa beratnya hukuman dan balasan kepada mereka yang menghina, mencaci dan menjatuhkan maruah Rasulullah SAW termasuk Nabi-Nabi yang lain. Oleh itu, amat perlu kita berhati-hati daripada mengeluarkan apa-apa kenyataan dan pendapat yang menunjukkan betapa hinanya Rasulullah SAW kerana itu boleh membawa kepada kekufuran dan kemurkaan Allah SWT.
Justeru kita wajib pertahankan Rasulullah SAW, memuliakan Baginda SAW, dan haram sama sekali kita menghinanya. Berat dan buruk natijahnya kita dapat lihat dalam sejarah terhadap penghina Rasulullah SAW. Marilah bersama-sama kita tekuni ayat al-Quran al-Karim seperti mana firman Allah SWT:
إِنَّا كَفَيْنَاكَ الْمُسْتَهْزِئِينَ
Maksudnya: Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu. (Surah al-Hijr, 15: 95)
Imam Ibn Katsir berkata: (Ayat ini bererti:) “Lakukanlah (wahai Muhammad) apa yang diperintahkan kepada kamu dan jangan takut selain Allah, kerana sesungguhnya Allahlah yang menjaga kamu dan memelihara kamu daripada gangguan mereka sebagaimana Dia melindungi kamu daripada golongan yang mencerca dan menghina.”
Syeikh Al-Maraghi berkata: “(Yakni) sesungguhnya Kami akan memelihara kamu daripada sebarang kejahatan orang yang mempersendakan kamu dan al-Quran yang dilakukan oleh sekelompok orang musyrik yang mempunyai kekuatan, dan seringkali menyakiti serta berbuat jahat kepada Rasulullah SAW tatkala mereka melihat Baginda melewati mereka. Allah SWT telah memusnahkan dan membinasakan mereka serta melenyapkan segala tipu daya mereka.”
Kenyataan menghina Nabi SAW mendapat respon daripada ramai ulama termasuk Syeikh Abu Ishaq al-Huwaini. Semoga Allah SWT tambahkan lagi cinta dan kasih saying kita kepada Rasulullah SAW. Mari bersama-sama kita pelajari sirah Baginda SAW, ikuti perintah dan suruhannya, meninggalkan larangan dan tegahannya, serta sentiasa berselawat kepada Baginda SAW. Semoga kita diterima menjadikan umatnya yang mendapat syafaat Baginda di Hari Akhirat kelak. Amin.
Doa yang diibaratkan sebagai senjata orang beriman, boleh digunakan untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain
Jika kita punya hajat apa pun yang baik, maka segeralah meminta pada Allah SWT dengan ikhlas sambil diiringi rasa rendah diri.
Namun selain doa-doa dimurahkan rezeki, memohon kebahagiaan, ada lagi satu doa yang mesti dibaca setiap kali selepas solat.
Orang cakap, hidup kita ni penting. Tapi saat kita nak mati tu lagi penting.
Kita tak boleh nak tetapkan macam Mana cara kita akan mati nanti. Tapi kita boleh tentukan bagaimana cara untuk kita hidup.
Cara mati tu 1 hal. Ujian masa nak mati tu 1 hal lagi.
Hanya kita yang nak mati ni saja akan rasa berat dan hebatnya ujian saat menghadapi sakaratul maut.
Sakitnya sakaratul maut tu dah memang sakit. Yang paling tak tahan, syaitan pun datang berbondong-bondong menggoda kita di saat-saat akhir supaya kita mati bukan sebagai orang Islam dan beriman.
Allah… takutnya saya…
Sebab tu kita kena selalu doa dengan doa ni. Mula hafaz dan baca selalu mulai sekarang.
Siapa tidak kenal dengan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah atau lebih mesra dengan sapaan Che Minah Sayang yang sentiasa menjadi sorotan rakyat Malaysia khususnya wargamaya.
Ini kerana, Permaisuri dan juga suri hati kepada Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah ini rajin berkongsikan video resipi masakan menerusi laman Instagram milknya ketika negara menjalani Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) ekoran penularan wabak Covid-19 pada tahun 2020 yang lalu.
Namun, apa yang lebih menjadi perhatian dan tanda tanya adalah bagaimana Tuanku Permaisuri menjaga kemulusan dan kebersihan kulit wajahnya yang sentiasa kelihatan halus, putih kemerahan dan sihat meskipun tanpa mengenakan sebarang solekan pada wajah.
Menurut baginda Permaisuri, dia tidak rajin mencuci wajahnya kerana dia seorang yang jarang mengenakan solekan pada wajah, memandangkan YDPA kurang gemar melihat wajah permaisuri disolek tebal.
“Sayalah yang paling malas sekali cuci muka ke apa, saya cuma letak sabun-sabun dan pakai cream biasa sahaja. Saya jarang pakai make-up. Tuanku Agong tak suka saya pakai make-up.
“Dan saya juga tidak biasa pakai make-up kerana mungkin la saya punya ayah garang kan. Ni nak pergi mana ni muka macam topeng. Bukan topeng, wayang pekji (Chinese Opera),” titah Permaisuri.
Permaisuri berkata, dia tidak mempunyai rawatan wajah yang khusus untuk memastikan kulit kekal cantik. Namun, hanya mengamalkan rutin kecantikan yang amat mudah dengan menggunakan dua bahan sahaja.
Jelas Permaisuri, dia mula cakna berkenaan kepentingan menjaga kulit wajah adalah sewaktu dirinya menziarahi nenek saudara yang meinggal dunia dan seakan terpana dengan kemulusan dan kecantikan kulit wajah arwah yang langsung tidak dimamah usia atau mempunyai sebarang garis halus mahupun kedutan pada wajah.
“Tapi I do pakai cream, serum atau apa. Kerana bila melihat tok sedara saya umur 94 tahun ketika dia meninggal. Muka tiada fine line atau apa, jadi saya mengendap (cari tahu apa yang diamalkan). Oh dia pakai cream ni, cari terus beli,” ujar baginda Permaisuri lagi.
Sekadar info, golongan kenamaan sering dikaitkan dengan penggunaan barangan berjenama mewah. Terutamanya, apabila melibatkan produk penjagaan kulit.
Bagaimanapun, Permaisuri Agong kesayangan rakyat Malaysia pernah mengejutkan orang ramai apabila mendedahkan bahawa produk penjagaan kulit yang digunapakai olehnya bukanlah produk berjenama mahal. Tuanku Azizah mengakui dia hanya menggunakan krim Nivea sebagai perawatan kulit wajah iaitu salah satu jenama yang sering digunakan rakyat marhaen di negara ini.
Terdahulu, pada Ogos 2019 menerusi hantaran di laman Twitter rasmi miliknya, baginda ada memuatnaik hantaran gambar memaparkan hadiah set percuma pemberian syarikat penjagaan kulit dari Jerman itu berserta kapsyen “Thank You To Nivea”.
Postin berkenaan telah meraih perhatian seluruh rakyat Malaysia, hingga diulangciap sebanyak 1,400 kali dengan 8,400 tanda suka.
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.