Apabila kerajaan mengeluarkan arahan PKP, ramai antara anda yang hanya mementingkan stok makanan yang perlu di ‘stock up’ untuk simpanan keluarga. Agar memastikan semuanya cukup, lantas anda terlupa sehingga membuat pembelian panik.
Tetapi berapa ramai di antara anda yang sering memberi tumpuan pada ubat-ubatan yang perlu ada dalam simpanan rumah, umpama anda menyimpan first aid kit. Elak berkunjung ke hospital atau ke klnik sekiranya anda tiada penyakit-penyakit kecemasan. Anda akan lebih terdedah dengan virus yang menular sekiranya anda berada di hospital mahupun di tempat-tempat yang terdedah.
Elak pergi ke hospital
Di hospital misalnya,untuk mereka yang ingin menziarahi ahli keluarga yang sedang dirawat di dalam wad sekalipun digalakkan untuk tidak berbuat demikian kerana dikhuatiri dijangkiti pelbagai pembawa penyakit yang terdapat di hospital,termasuklah kemungkinan dijangkiti Covid-19.
Bagaimana hendak elak berkunjung ke hospital? Perkara yang paling penting untuk anda lakukan, pastikan ada kit kecemasan di dalam rumah bagi meringankan bebanan sakit yang tidak memerlukan anda berkunjung ke bahagian kecemasan. Melalui perkongsian Asmi Syabil cara kita menangani masalah ini memandangkan kita dalam fasa wabak Covid-19 sekarang, ramai di antara kita dinasihatkan untuk tidak berkunjung ke tempat-tempat yang ramai orang.
Antara perkara yang boleh menyakitkan hati adalah “menunggu”.
Tak kisah lah tengah tunggu kawan yang asyik “on da way”,atau tunggu saudara mara bersiap nak ke kenduri,menunggu duit gaji masuk,ianya bisa menyakitkan hati terutama bagi yang kurang sabar apabila perlu menunggu dengan jangkawaktu yang lama.
Bak lirik lagu “penantian itu satu penyiksaan”. Dan ramai sedia maklum di antara tempat yang memerlukan kesabaran yang tinggi disebabkan waktu menunggu yang lama adalah JABATAN KECEMASAN hospital-hospital kerajaan.(Tapi sentiasa tidak pernah surut😅)
Antara punca utama yang menyebabkan kesesakan di Jabatan Kecemasan adalah apabila pesakit datang untuk mendapatkan rawatan bagi perkara-perkara yang bukan kecemasan,yang mana rawatan boleh didapati di klinik-klinik kesihatan atau jabatan pesakit luar.
Jadi,kali ini jom kita bicara serba sedikit berkenaan ubat-ubatan yang boleh disimpan dirumah sebagai ‘First aid kit’ ataupun boleh dibawa ketika ingin bermusafir agar kita tidak memenuhi jabatan kecemasan dengan kes-kes yang tidak sepatutnya.
Senarai Ubat First Aid Dalam Rumah
1. Paracetamol 500mg (Panadol)
Jenama ini memang dikenali ramai. Boleh diambil jika anda mengalami demam ataupun sebagai ubat tahan sakit yang ringan seperti sakit kepala dan sebagainya.
Dos disyorkan : 2 biji(sekali makan) tiga kali sehari.
Jangan melebihi 8 biji sehari.
2. Loratadine 10mg
Ubat ini adalah antihistamin yang merawat gejala seperti gatal, hidung berair, mata berair, dan bersin dari “demam hay” dan alergi lain. Ia juga digunakan untuk menghilangkan gatal-gatal.
Dos disyorkan: 1 biji sekali sehari
3. Chlorpeniramine 4mg (Piriton)
Bagi yang kerap berjumpa doktor untuk gejala seperti selesema dan alahan mesti sudah kenal dengan ubat ini. Ubat ini juga seperti Loratadine dalam kumpulan antihistamin dan digunakan untuk mengurangkan gejala yang sama. Ubat ini boleh menyebabkan rasa mengantuk, oleh itu jika anda rasa seperi mengalami kesan ini, elakkan memandu atau mengendalikan mesin bagi mereka yang bekerja.
Dos disyorkan: 1 biji, 3 kali sehari.
4. Diclofenac sodium 50 mg (Voltaren)
Ubat tahan sakit atau radang.Ubat ini tergolong dalam kategori NSAIDs. Sering digunakan untuk mengurangkan keradangan atau kesakitan yang tidak surut dengan menggunakan paracetamol. Untuk yang ada gout mesti dah kenal sebab antara ubat yang wajib makan apabila kena serangan gout. Elakkan pengambilan ubat ini ketika perut kosong atau bagi mereka yang ada gastritis.
Dos disyorkan: 1 biji 3 kali sehari (bagi kesakitan berterusan) atau sebiji sekali apabila perlu.
5. Metoclopramide HCl 10 mg (Maxolon)
Ubat untuk gejala seperti loya dan muntah juga digunakan untuk migraine. Untuk ibu-ibu mengandung yang mengalami gejala loya dan muntah di awal kehamilan juga selalu diberikan sebagai rawatan. Muntah disebabkan keracunan makanan juga boleh dikurangkan.
Dos disyorkan: 1 biji 3 kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.
6. Buscopan 10mg
Ubat untuk mengurangkan sakit perut terutama yang memulas-mulas atau kekejangan perut dan juga sakit batu karang.
Dos disyorkan: 1 biji 3 kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.
7. Ranitidine 150mg (Zantac)
Selalu digunakan untuk mengurangkan rasa sakit perut terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah ulser perut,gastritis dan juga GERD. Bertindak untuk mengurangkan rembesan asid di dalam perut.
Dos disyorkan: 1 biji 2 kali sehari.
8. Diphenoxylate + atropine sulphate (Lomotil)
Ubat untuk mengurangkan gejala cirit-birit yang disebabkan keracunan makanan. Namun anda disarankan untuk minum lebih air masak setelah mengalami cirit-birit.
Dos disyorkan: 1 biji 3 kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.
9. Activated charcoal 250mg.
Sama seperti Lomotil diatas,ubat ini juga digunakan untuk mengurangkan cirit-birit.
Dos disyorkan: 1 biji 3 kali sehari
10. Oral Rehydration Salt (ORS)
Sepertimana yang kita ketahui,badan kita memerlukan garam galian seperti sodium dan potasium untuk berfungsi dengan baik. Dan garam galian ini boleh berkurangan akibat dehidrasi apabila kita mengalami cirit-birit yang berterusan.
Oleh itu ORS ini sering dipreskripsi okeh para doktor untuk mereka yang mengalami cirit-birit bagi menggantikan kembali garam galian yang telah hilang daripada badan agar fungsi tubuh badan tidak terjejas.
Dos disyorkan : 1 paket apabila perlu.
11. Mist magnesium trisilicate (MMT)
Ubat ini sama fungsinya seperi Gaviscon, bertindak untuk mengurangkan pedih ulu hati (heartburn) akibat daripada ketidakhadaman. Sila ambil sebelum makan dan pastikan anda tidak menjamah apa-apa makanan atau minuman selama 15 minit selepas ubat ini diambil.
Dos disyorkan : 15 ml 3 kali sehari.
12. Breacol – Cough syrup
Yang ini memang semua orang kenal. Boleh ja beli dimana-mana farmasi dan juga di 7-eleven, anda tidak perlu menunggu berjam-jam di jabatan kecemasan hanya disebabkan batuk.
13. Ammeltz yoko yoko
Atau kandungan utamanya methyl salicylate seperti krim LMS yang sering diberikan para doktor untuk mengurangkan ketegangan otot.Yang ini pun banyak dijual di luar dan sangat-sangat berguna untuk mengurangkan sakit-sakit otot atau lenguh-lenguh badan.
14. Chloramphenicol eye drop.
Boleh digunakan untuk jangkitan mata seperti conjunctivitis.Ala,yang selalu bangun-bangun tidur tu tetiba penuh tahi mata lepas tu mata pula rasa pedih dan berair.
14. Termometer.
Yang ini eloklah beli dan simpan satu di rumah untuk cek sendiri suhu badan kalian atau anak-anak samada demam atau tidak. Boleh didapati dengan pelbagai jenis dan bentuk dan kebanyakkannya mudah digunakan. Julat untuk suhu normal ada pelbagai mazhab.Tapi kebiasaan yang digunakan adalah: Suhu 38°C dan ke atas = demam
BACA JUGA ARTIKEL INI: 10 Termometer Ini Sesuai untuk Memantau Keadaan Kesihatan Ketika Virus Sedang Menular. Ini Cara Pilih Termometer!
15. Pregnancy test urine strip – ujian kehamilan.
Sebab apa kalian kena simpan sekali benda ini di rumah terutamanya bagi pasangan-pasangan yang memang berhasrat mendapatkan cahaya mata? Sebab para doktor di jabatan kecemasan ni dah penat nak melayan pasangan-pasangan yang datang ke jabatan kecemasan semata-mata untuk confirmkan kehamilan mereka.
Kalau anda beli di farmasi dan buat di rumah tu positif, hamil lah tu.Tak payahlah nak datang melawat kecemasan hanya untuk double confirmation.Tak cemas pun. Kurangkan sikap pentingkan diri dan bagilah peluang kepada mereka yang benar-benar memerlukan rawatan ye.
Berilah peluang kepada mereka yang betul-betul memerlukan rawatan kecemasan terutamanya mereka yang bertarung diantara hidup dan mati untuk mendapatkan tumpuan petugas kesihatan. Ini antara ubat-ubatan yang boleh didapati di farmasi berdekatan dan sering diberikan oleh para doktor untuk gejala-gejala seperti yang disebutkan di atas.
Sila dapatkan nasihat doktor jika gejala(symptom) anda berterusan dan dapatkan rawatan dengan kadar segera apabila anda mengalami reaksi alahan terhadap ubat yang diambil.
Semoga bermanfaat untuk semua dan silakan berkongsi untuk kegunaan bersama.
SUMBER: DR Asmi Syabil Pegawai Perubatan Kecemasan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI