Ia sangat mudah dan murah, juga amat berkhasiat. Telur ialah sumber protein yang paling terbaik untuk diet harian. Kuning telur mengandungi kolin yang berkhasiat membantu perkembangan otak. Biasakan secara rutin mengambil sarapan atau makan malam yang sihat dengan menu daripada telur.
Bagi hijabi yang terlalu sibuk dengan tugasan harian, apa kata anca cuba resipi mudah daripada telur ini. Bukan sahaja mudah dan cepat disediakan, ianya juga menjadi menu pembuka selera.
Berikut perkongsian Mag Home Baker
Ads
Viral telur rebus air asam jawa sekarang ini, kita pun nak buatlah. Bahan yang senang dan mudah, bukan macam buat sebiji kek birthday pun.
RESEPI
Telur di rebus dalam 7 minit dengan api besar, jangan terlebih masak nanti kurang rasa lemak telurnya.
Ads
Saya rendam telur dengan air sejuk sekejap, baru kupas, telur nampak licin cantic. Belah dua biji telur itu.
Ads
BAHAN DI HIRIS/CINCANG
Cili padi
Bawang besar
Tomato
Asam jawa lebih kurang segenggam
Air suam main agak-agak jak
Garam + Ajinomoto secukup rasa
Bancuh sebati semua bahan-bahan, masukkan telur yang sudah dibelah tadi. Biarkan telur itu tenggelam dalam air asam jawa itu supaya bahan meresap dengan mudah. Siap telur rebus air asam jawa viral. Rasanya masam masin pedas.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Viral di media sosial apabila ramai netizen mempersoalkan barangan mewah yang dirampas di kediaman mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tu Razak. Ramai marah dengan situasi berkenaan kerana pemimpin terdahulu mampu hidup mewah sedangkan rakyat bawahan hidup dalam keperitan. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin atau dikenali dengan Dr Maza juga turut memberikan pendapatnya berhubung isu gila jenama ini.
Beliau turut memuat naik statusnya di laman sosial memberikan pandangan mengenai isu berkenaan. Menurutnya seseorang itu dinilai bukan pada jenama barangan yang dipakai, sebaliknya pada budi yang diamalkan.
Kualiti diri bukan pada jenama yang kita pakai, tapi pada budi yang kita amal. Kelebihan kita bukan pada hiasan mahal yang kita ada, tapi pada kemampuan dan kebolehan baik yang kita usaha.
Ramai manusia, khususnya wanita tertipu dengan dunia fantasi hingga merasa diri mereka istimewa pada jenama yang mereka bawa. Padahal dalam masa yang sama, rendahnya nilai diri di sudut kemanusiaan insani. Mereka mencari-cari bahagia pada barangan berjenama. Malangnya yang mereka temui ialah keresahan diri, ketamakan, kesombongan yang membawa kepada rasa tidak puas yang berpanjangan. Syaitan menipu mereka dengan katanya ‘dapatkan lagi yang baru, agar kehendak nafsumu dapat dijamu. Selepas ini kau puas”. Kemudian mereka melihat orang lain miliki yang lebih hebat. Produk istimewa dilancarkan nobat. Kembali keresahan melanda. Demikianlah sejenis penyakit gila. Gila jenama!
Kebahagiaan hakiki sumbernya dari nikmat Tuhan dalam jiwa hamba. Jika kita memiliki QANA’AH, kita akan mendapati nikmat SAKINAH yang melimpah. Sekalipun barangan kita dibeli di pasar yang murah.
Sungguh mendalam pandangan yang dilemparkan oleh mufti ini berkenaan isu gila jenama. Walaupun tidak merujuk pada sesiapa, tetapi ibarat ‘siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya’.
Lebih bagus jika kita hidup secara bersederhana. Rasanya lebih baik banyakkan ilmu pengetahuan mengenai agama daripada asyik mengumpul dan mengira berapa barangan berjenama yang kita ada.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Menjadi seorang ibu adalah saat paling terindah buat hidup seorang wanita. Apatah lagi jika dapat menyusukan anak dengan susu badan. Namun kita hanya merancang, tetapi Tuhan yang menentukan segalanya. Siapa sangka selepas tiga bulan melahirkan anak keduanya, Siti Mastura 35 tahun disahkan menghidap kanser payudara. Bukan sedih kerana mendapat berita mengejutkan itu, tetapi kerana terpaksa melupakan hasrat untuk terus menyusukan anak keduanya itu.
Namun sebagai hamba-Nya dia hanya mampu berserah pada Tuhan dan mengharapkan segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah kini sudah hampir dua tahun berjuang sebagai pesakit kanser walaupun ia sudah sampai ke tahap empat.
Sepanjang tempoh itu mulutnya tidak lepas mengucapkan zikir pada Allah dan turut mengamalkan doa dengan membaca surah Al-Mulk sebagai penawar kepada kesakitan di tanggung.
Mengimbau detik ketika tahu dirinya menghidap kanser payudara berkenaan, sebelum itu dia kerap mengalami demam dan ketika hamil dua bulan pula mengalami sakit belakang.
Sebaik melahirkan anak, Siti Mastura turut mengalami bengkak susu yang sangat menyakitkan. Setelah dibuat pemeriksaan MRI dan ujian biopsi dilakukan, barulah dia diberitahu penghidap penyakit yang sakit digeruni semua wanita.
“Kanser ini sudah melarat ke bahagian tulang. Malah saya sebenarnya sudah berada di tahap empat, tetapi syukurlah sehingga hari ini saya masih mampu bernafas dan mengucap syukur kepada Tuhan.
“Sejak saya tahu disahkan kanser, saya tidak pernah putus semangat. Saya sentiasa berdoa, memperbanyakkan selawat dan zikir kepada Allah SWT. Dalam banyak-banyak doa, ada satu yang saya pilih.
“Saya ada mendengar seorang Sheikh berkata amalkan satu doa/surah yang kita suka jika berdepan dengan sebarang kesulitan. Dan saya memilih Surah Al-Mulk untuk dibaca setiap hari selepas mengerjakan solat,” ujarnya yang turut menjalani rawatan kimoterapi sebanyak lapan sesi.
Bukan itu sahaja setiap bulan dia turun menjalani rawatan untuk tulang dengan doktor pakar. Dan sebagai rakyat yang tinggal di Brunei dia sangat beruntung kerana Sultan Brunei menampung keseluruhan kos rawatan kanser di hospital.
“Bukan itu sahaja, saya juga bersyukur kerana suami serta anak-anak banyak memberi sokongan kepada saya. Mereka adalah sumber kekuatan untuk saya melawan penyakit ini.
“Saya selalu ingatkan diri ini tidak sakit. Saya reda dengan ujian yang Tuhan berikan pada saya. Cuma memang saya sedih kerana baby saya hanya sempat menyusu badan sebulan sahaja,” tambah Siti Mastura yang tidak lekang dari mulutnya berzikir berulang kali kepada Allah.
Walaupun berdepan sakit yang getir, namun Siti Mastura tetap menjalani kehidupan seperti biasa. Biarpun kadang kala agak penat, namun tugasnya sebagai guru yang bertanggungjawab mendidik pelajarnya digalas cukup baik.
“Sebenarnya jika kita ditimpa sakit itu mendekatkan diri kita dengan Allah. Saya juga tidak bersendirian menyimpan cerita ini sebaliknya berkongsi dengan teman-teman baik dan saling memberi sokongan satu sama lain.
“Maklumlah payudara itu adalah mahkota kita paling berharga. Bagaimana perasaan jika kita kehilangannya. Saya melihat perkara ini dari sudut positif dan tidak pernah merasakan diri serba kekurangan.
“Jadi pesan saya kepada hijabi di luar sana jika ada perasan kehadiran lump di bahagian payudara segeralah membuat pemeriksaan dengan pakar. Jangan bertanggung kerana sakit ini tidak ada tanda sakit. Macam saya bila periksa terus tahu sudah sampai stage membahayakan.
“Ujian ini boleh menimpa sesiapa sahaja. Apa yang penting kita perlu jaga kesihatan. Dan sepanjang pengalaman saya berjuang sebagai pesakit kanser ini saya anggap sebagai beautiful journey,” tambahnya yang mengingatkan tidak perlu risau dengan anak-anak (jika sakt) kerana tahu Allah akan menjaga anak-anak kita.
Siti Mastura ditemui ketika majlis ‘Styling Series Warriors Makeover Cancer Awarness’ anjuran @hashtagsrihartamas di Styleannexe dan Coffe Bay, Publika Shopping Gallery. Dalam majlis berkenaan seramai 20 ‘cancer survivor’ lain juga turut hadir untuk sama-sama menjayakan sesi yang cukup bemakna buat mereka.
Baru-baru ini, pereka fesyen terkemuka iaitu Rizman Nordin dan isteri tercinta, Nurida Suraya telah mengadakan majlis aqiqah buat puteri tersayang, Rizqaa berserta dengan tahlil buat arwah bapa Rizman.
Memilih warna krim dan merah jambu sebagai tema, dekorasi indah pada hari tersebut mendapat pujian ramai apatah lagi bila melihat kecomelan dan telatah Rizqaa yang sungguh mencairkan hati.
Diadakan secara sederhana namun meriah, majlis itu telah dihadiri oleh kaum keluarga serta kenalan rapat mereka yang disayangi.
Comel betul Rizqaa ni. Macam anak patunglah!
Sebagai info, Rizman dan isteri telah mendirikan rumah tangga pada 13 September 2019 sebelum dikurniakan seorang puteri pada 2 September tahun lalu.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketenangan dalam Islam mengajar kita kembali kepada Allah melalui zikir, doa dan solat ketika jiwa gelisah, di samping menjaga kesihatan fizikal dan emosi.