Viral di media sosial apabila ramai netizen mempersoalkan barangan mewah yang dirampas di kediaman mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tu Razak. Ramai marah dengan situasi berkenaan kerana pemimpin terdahulu mampu hidup mewah sedangkan rakyat bawahan hidup dalam keperitan. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin atau dikenali dengan Dr Maza juga turut memberikan pendapatnya berhubung isu gila jenama ini.
Beliau turut memuat naik statusnya di laman sosial memberikan pandangan mengenai isu berkenaan. Menurutnya seseorang itu dinilai bukan pada jenama barangan yang dipakai, sebaliknya pada budi yang diamalkan.
Ads
Kualiti diri bukan pada jenama yang kita pakai, tapi pada budi yang kita amal. Kelebihan kita bukan pada hiasan mahal yang kita ada, tapi pada kemampuan dan kebolehan baik yang kita usaha.
Ramai manusia, khususnya wanita tertipu dengan dunia fantasi hingga merasa diri mereka istimewa pada jenama yang mereka bawa. Padahal dalam masa yang sama, rendahnya nilai diri di sudut kemanusiaan insani. Mereka mencari-cari bahagia pada barangan berjenama. Malangnya yang mereka temui ialah keresahan diri, ketamakan, kesombongan yang membawa kepada rasa tidak puas yang berpanjangan. Syaitan menipu mereka dengan katanya ‘dapatkan lagi yang baru, agar kehendak nafsumu dapat dijamu. Selepas ini kau puas”. Kemudian mereka melihat orang lain miliki yang lebih hebat. Produk istimewa dilancarkan nobat. Kembali keresahan melanda. Demikianlah sejenis penyakit gila. Gila jenama!
Ads
Kebahagiaan hakiki sumbernya dari nikmat Tuhan dalam jiwa hamba. Jika kita memiliki QANA’AH, kita akan mendapati nikmat SAKINAH yang melimpah. Sekalipun barangan kita dibeli di pasar yang murah.
Sungguh mendalam pandangan yang dilemparkan oleh mufti ini berkenaan isu gila jenama. Walaupun tidak merujuk pada sesiapa, tetapi ibarat ‘siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya’.
Lebih bagus jika kita hidup secara bersederhana. Rasanya lebih baik banyakkan ilmu pengetahuan mengenai agama daripada asyik mengumpul dan mengira berapa barangan berjenama yang kita ada.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bila kita leka tengok wajah di cermin, sudah tentunya kita akan perasan beberapa perubahan di muka. Ada yang mengalami masalah wajah semakin tidak simetri!
Masalah ini sering terjadi kepada kebanyakan orang di mana ada yang ketara atau tidak terlalu ketara. Jadi ada beberapa fakotr yang boleh menyumbang kepada masalah ini antaranya terdedah kepada sinaran matahari…
Tidak semua yang perasan perubahan bentuk di wajah mereka kerana ianya tidak berlaku secara drastik. Namun, bila saat mereka perasan perubahan itu sudah tentu ada yang mengalami stres kerana ia menganggu kecantikan wajah.
Menurut HaloDoc, terdapat beberapa sebab berlakunya masalah ini meski pun anda sudah pun dilanjut usia. Punca masalahnya adalah seperti berikut!
Pengaruh utama wajah anda kelihatan tidak simetri adalah kerana genetik. Bentuk wajah kita akan mengikut perkembangan yang dihasilkan oleh genetik keluarga. Jadi ada kebarangkalian anda mewarisi genetik ahli keluarga yang mempunyai masalah muka yang tidak simetri.
Bagaimana pula wajah menjadi tidak simetri kerana sinaran matahari? Kerosakan pada satu sisi wajah akan menyebabkan gangguan pada wajah seperti muncul beberapa cela pigmentasi dan tahi lalat, sekali gus, bentuk muka!
Mereka yang terlalu merokok bukan sahaja membahayakan paru-paru, malah, kulit serta fizikal juga boleh terganggu. Menurut U.S. National Library of Medicine (2014), kesan nikotin jelas terlihat pada kulit wajah dan secara tidak langsung membuatkan wajah menjadi tidak simetri.
Pertambahan usia juga menjadi salah satu faktor mengapa terdapat perubahan pada wajah anda. Hal ini kerana ia berkaitan dengan pertumbuhan tulang anda. Perkembangan tulang manusia akan mula terhenti apabila capai kematangan seseorang, namun, tulang rawan akan tetap bertumbuh seiring bertambahnya usia.
Dalam erti kata lain tulang rawan mengikut perubahan yang terjadi di mana wajah akan menjadi semakin tidak simetri. Tulang rawan pula terdiri dari hidung dan telinga.
Minggu ini viral media sosial memperkatakan tentang kejayaan pelakon, usahawan dan pengacara Neelofa Mohd Noor, 28 tahun yang dilantik menjadi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di syarikat penerbangan tambang murat AirAsia. Ramai yang mengucapkan tahniah pada hajjah muda ini hingga layak diberi jawatan berkenaan. Namun ada juga yang mempertikaikankan kebolehan Neelofa atas perlantikan itu. Macam-macam perdebatan di kalangan netizen yang memang sakit hati jika membacanya.
A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on
Apa sebenarnya yang berlaku dan kenapa Neelofa boleh dilantik menjadi BOD di syarikat penerbangan tambang murah tu. Seorang pengguna dilaman sosial menggelar diri Abdul Basit turut memberi pencerahan atas perlantikan itu. Dia merupakan Guru Pengurusan Bisnes, yang juga Pengarah Eksekutif Beyond Holding Sdn Bhd, sebuah syarikat pengendali seminar perniagaan.
Baca dan fahami apa kebaikan yang didapati oleh kedua-dua belah pihak.
Terbaru,kita mendapat berita terkini Neelofa baru sahaja di dilantik menjadi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia. Pencapaian luar biasa anak muda yang sama usia dengan saya 28tahun.
Adakah beliau sudah membeli Airasia?
Adakah beliau akan bekerja di Airasia?
Banyak persoalan yang bermain diminda ramai orang yang kurang jelas dengan jawatan tersebut.
Independent maknanya bebas dari mempunyai kaitan dengan mana-mana pemegang saham atau pihak-pihak berkepentingan dalam syarikat.
Ini bermaksud beliau tidak semestinya memiliki saham dalam syarikat AirAsia. Cuma beliau di lantik untuk berada dalam barisan pengarah.
Bukan Eksekutif bermaksud,beliau bukanlah staf AirAsia yang terlibat dalam urusan kerja harian dan bukan lah staf yang menerima gaji dan perlu punch in setiap hari.
Mesyuarat bulanan pun beliau belum tentu kena hadir,kecuali memang diminta hadir.
Untuk jawatan diatas,saya mudahkan ia di panggil Non Executive Director atau NED.
Apa kelebihan NED ini?
– mendapat elaun tetap sebagai Pengarah setiap bulan.
-kemungkinan mendapat beberapa kelebihan directorship lain,seperti elaun perjalanan,hiburan,penginapan. Ada banyak lagi manfaat2 lain, sekiranya mendapat persetujuan pengarah yang lain.
Neelofa antara artis yang dibayar mahal untuk menjadi Ambassador/Duta,nilainya melibatkan jutaan ringgit. Terutama setelah beliau dilantik Duta Swarovski,jenama antarabangsa.
Neelofa kini mencapai standard antarabangsa,sudah semestinya nilai beliau bukan murah.
AirAsia mengambil langkah bijak,dengan melantik sebagai NED,Neelofa hanya di bayar elaun bulanan sahaja sebagai pengarah.
Kos directorship ini kemungkinan memakan belanja ratusan ribu sahaja setahun,berbanding kos DUTA yang memakan belanja jutaan ringgit untuk artis yang mencapai level antarabangsa.
Sudah pasti AirAsia boleh menggunakan wajah Neelofa semahunya,sebab beliau adalah salah seorang pengarah.
Follower ig Neelofa 5.3m manakala AirAsia cuma 506k,nisbahnya adalah 1:10.
Kos untuk menaikkan nama di media sosial bukan perkara yang semudah membeli follower,ianya lebih daripada itu. Airsia akan menggunakan mileage di sosial media untuk mencipta pengaruh baru.
Kenapa pilih Neelofa,bukan artis lain. Sebab Neelofa satu2 artis yang mendapat anugerah Forbes 2017, mileage ini menjadikan beliau Artis yang berkredibiliti dan berpengaruh.
Belum pernah dalam sejarah Malaysia Artis diangkat menjadi Board Of Director dalam syarikat penerbangan,walaupun sebagai Non Executive Director.
Berita ini orang akan ingat AirAsia sampai bila-bila,dan mungkin tercatat dalam sejarah dunia.
Di Jangka,Neelofa akan menerima lebih banyak anugerah selepas ini. Rentetan dari marketing sebagai NED AirAsia. Mileage ini,sudah pasti AirAsia mendapat tempiasnya Sekali.
Sekian sahaja,perkongsian buat kefahaman tentang ilmu pensyarikatan ini,kita ada kongsikan lebih banyak ilmu persyarikatan di Seminar My Documents nanti.
Untuk kita pula yang mendapat berita ini,kita kena bekerja lebih kuat. Beliau mencipta kejayaan,kita pula banyak mencipta alasan.
Apapun admin ucapkan tahniah atas perlantikannya dalam usia masih muda. Pelbagai kejayaan yang Lofa raih tahun ini dan dia terus maju ke hadapan walau pelbagai kecaman dilemparkan oleh netizen.
Rezeki datang dalam pelbagai cara, bila tiba masanya, ia datang dalam keadaan yang sangat tidak di duga. Begitulah perkongsian seorang wanita bekerja sebagai jurusolek ini.
Pasangan pengantin sanggup datang ke wad hospital hanya semata-mata untuk di dandan oleh jurusolek ini. Walaupun sakit tetap cantik solekan yang dilakukan.
Perkongsian video TikTok oleh seorang wanita yang bekerja sebagai jurusolek mendapat perhatian orang ramai apabila melihatnya lakukan solekan pada seorang pengantin wanita. Bukan di tempat biasa, malah jurusolek itu berada dalam wad hospital!
Normaziana Omar, 37, ditemubual oleh mStar mengatakan dirinya itu tidak dalam keadaan yang sihat, namun dia tetap mendapat permintaan istimewa oleh seorang pengantin untuk didandankan pada hari bahagianya.
Jawabnya lagi, permintaan tersebut harus dia tunaikan meskipun dia tidak boleh keluar dari wad tersebut. Jadi pengantin itu mengambil keputusan untuk pergi ke Pantai Hospital, Manjung, Perak pada 9 Oktober lalu.
“Saya demam dah lebih lapan hari. Lepas pergi check darah dekat hospital, doktor suruh saya masuk wad,
“Jadi banyak job mekap saya terpaksa tola. Ada juga saya pass job dekat MUA (make-up artist) lain sebab masuk hospital,
“Tapi client saya seorang ini memang nak sangat saya mekapkan dia. Jadinya saya minta dia datang ke hospital dan dia sanggup. Janji saya yang buat solekkannya.” katanya.
Normaziana atau juga dikenali sebagai Anna memberitahu dia dijangkiti oleh demam virus (viral fever) yang disahkan oleh doktor adalah bukan penyakit berjangkit. Jadi dia berani untuk terima permintaan pengantin tersebut.
“Client saya ini sebenarnya tak pernah pun dimekap oleh saya. Cuma kawan-kawan dia sahaja yang pernah saya mekapkan. Jadi dia teringin sangat nak saya solek dia. Sanggup dia datang dari Manjung,
“Malam sebelum itu saya dan beransur pulih jadi kami terus berbincang sebab dia pun faham situasi saya. Saya tak sampai hati nak tolak walaupun tengah tak sihat. Janji client saya itu happy,
“Dah masuk hari ketiga saya dekat hospital. Hari Jumaat itu saya ada tiga job sebenarnya. Dua job lagi saya bagi dekat MUA lain sebab lokasi berbeza.” ujarnya.
Bapa kepada Anna juga bimbang dengan keadaannya apabila tahu dia mengambil permintaan ini. Tetapi, dirinya yang tidak kesampaian, gagah mengambil juga job ini apabila merasakan keadaannya yang semakin pulih.
Sudah berkecimpung lama dalam dunia solekan selama 14 tahun, hasil solekan kepada pengantin itu diterima pujian. Walaupun sakit tetap berikan yang terbaik buat client. Alhamdulillah, hasil kerja yang kita lakukan di hargai orang, beginilah gayanya.
Oil gritting viral dikatakan mampu menghilangkan blackhead dengan mudah. Namun, pakar dermatologi menjelaskan risiko dan alternatif yang lebih selamat.