Allah SWT menguji semua manusia dengan pelbagai dugaan dan bencana serta wabak penyakit termasuk Covid-19 yang dihadapi oleh dunia sekarang. Selain pencegahan dari aspek kesihatan dari segi kerohanian juga jangan kita abaikan.
Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan kesabaran dan (menunaikan) solat.” (Surah Al-Baqarah: 153) Allah SWT menjelaskan bahawa cara yang terbaik untuk meminta pertolongan Allah dalam menghadapi pelbagai musibah (di antaranya kesulitan dalam hidup dan wabak penyakit serta apa jua bencana) adalah dengan bersabar dan solat.”
Namun dalam keadaan penularan Covid-19 semua orang perlu berhati-hati. Jika ada tanda-tanda demam dan kurang sihat, lebih baik buat amal ibadat di rumah sahaja.
Berikut perkongsian Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre
Ads
Ada kaedah dalam Islam berdasarkan hadis لا ضرر ولا ضرار Salah satu maknanya adalah,
“Tidak boleh memudaratkan diri dan memudaratkan orang lain”
Syariah Islam sangat menghargai pandangan dan kepakaran doktor perubatan maka ikutlah nasihat pihak Jabatan Kesihatan.
Ads
Kalau ada yang kata “takkanlah buat ibadah pun terhalang dgn nasihat doktor? Kuatkanlah aqidah!” Jawapannya, aqidah Islamlah yang mengajar kita supaya “الأخذ بالأسباب” iaitu bukan sekadar tawakkal tapi berusaha dan berusaha sebaiknya. Rasulullah sendiri ajar bab kuarantin. Rasulullah pergi perang pakai topi besi dan baju besi tau, bukan “pakai” aqidah yang mantap saja tau.
Di dalam solat terkandung falsafah atau hikmah tersendiri yang perlu kita hayati. Sangat daif pemikiran jika ada yang menganggap solat mengganggu rutin tugasan seharian.
Hal ini kerana solat perlu ditafsirkan sebagai jalan petunjuk Allah SWT untuk membimbing manusia supaya sentiasa menghargai dan menepati masa.
Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi melalui kitabnya, Fatawa Muasirah: “Orang Islam dituntut melakukan semua ibadat, iaitu mendirikan sembahyang, membayar zakat dan berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan haji jika berkemampuan. Sesiapa yang meninggalkan salah satu ibadat ini tanpa keuzuran, dia telah melampaui batas terhadap Allah.”
Ulama Islam telah mengeluarkan berbagai-bagai pendapat, sesetengahnya berpendapat kufur jika meninggalkan salah satu ibadat ini. Ada pula yang mengkafirkan orang yang meninggalkan sembahyang dan enggan membayar zakat. Sebahagian berpendapat yang lain pula hanya orang yang meninggalkan sembahyang sahaja menjadi kufur kerana kedudukan sembahyang yang tinggi di dalam Islam.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan: “Di antara hamba dan kekufuran itu ialah meninggalkan sembahyang.”
Ulama yang mengkafirkan orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, dengan sendirinya berpendapat bahawa puasa orang itu juga tidak diterima kerana orang kafir itu sendiri amalannya tidak diterima.
Sesetengah ulama masih lagi mengiktiraf keimanan dan keislamannya selama mana orang itu masih mempercayai kebenaran Allah dan Rasul-Nya serta tidak membangkang atau mencela apa yang dibawa Rasulullah SAW. Mereka menyifatkan orang seperti ini sebagai fasik.
Mudah-mudahan pendapat ini lebih benar dan adil. Jika dia mengurangkan sebahagian daripada ibadatnya yang wajib kerana malas atau mengikut hawa nafsu, tanpa mengingkari atau mempermain-mainkannya dan dia juga melakukan ibadat-ibadat yang lain, dia dikira Muslim yang tidak sempurna, imannya lemah dan dan jika berterusan meninggalkannya, Allah tidak mensia-siakan amalan kebaikannya.
Pahala terhadap apa yang telah dilakukannya tetap ada, sebaliknya dia berdosa di atas ketelanjurannya. Allah SWT berfirman:
وَكُلُّ صَغِيرٍ وَكَبِيرٍ مُّسْتَطَرٌ
Maksudnya: “Dan segala urusan yang kecil mahupun yang besar adalah tertulis.” (Surah al-Qamar: 53)
Maksudnya: “Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat pembalasannya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan menerima balasannya pula.” (Surah al-Zalzalah: 7-8)
Dalam hal ini saya cuba merumuskan pendapat ulama berkenaan dengan orang yang puasa tetapi tidak solat, antaranya:
Pendapat pertama: Mereka dianggap sebagai keluar daripada Islam dan tidak sah puasa mereka. Hendaklah mereka bertaubat kepada Allah dan kembali mengerjakan solat. Inilah pendapat mazhab Hambali dan sebahagian ulama masa kini.
Pendapat kedua: Mereka yang tidak solat tetapi berpuasa dianggap puasa mereka sah tetapi tidak diberi pahala. Inilah pendapat kebanyakan ulama Azhar seperti ‘Atiyyah Saqar, Dr. Ahmad Syarbashi, Dr. Muhemmed al-Bakri Ismail dan lain-lain. Hal ini kerana Rasulullah S.A.W bersabda mafhumnya: “Siapa yang meninggalkan ucapan yang keji dan beramal dengannya, maka tiada keperluan bagi Allah dengan sebab dia meninggalkan makan dan minumnya”. Riwayat Bukhari & Muslim
Kami lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan puasa sah tetapi tidak dipahalakan kerana menafikan rukun Islam yang sangat penting iaitu solat. Inilah sebahagian daripada Ahkam al-Siyam yang ingin dibentangkan kepada masyarakat Islam agar difahami dengan jelas untuk menjadikan puasa benar-benar menepati syariat.
Isu tentang elak campur baju suami dengan anak-anak bila cuci pakaian nampaknya terus diperkatakan. Ramai yang memberikan pendapat masing-masing. Ada yang bersetuju dengan kenyataan itu dan ada yang tidak.
PU Azman terpanggil untuk berkongsi pandangan tentang isu ini di laman Instagramnya.
Bila keluar kenyataan “asingkan pakaian suami sebagai tanda memuliakan suami”, akan berlaku tempias kepada isteri-isteri lain yang campurkan pakaian suami dengan pakaian anak-anak di mana mereka merasakan diri mereka tak memuliakan suami.
Kalau kena asingkan pakaian suami tanpa sebab kukuh seperti kelunturan warna baju atau najis pada pakaian anak-anak, maka kelihatan ia berlebih-lebihan.
Kalau korang buat sistem atau undang-undang pengurusan di rumah yang korang selesa dan mampu untuk lakukan, jangan bersifat “memaksa” orang lain buat atas nama agama.
Menimbulkan kesukaran untuk mengasingkan. Bukan semua situasi suri rumah itu sama. Islam bukan agama yang menyusahkan. Ini dinamakan takalluf (memberatkan) dalam agama.
Jangan buat orang lain rasa bersalah dalam agama. Ada unsur melampau dalam memuliakan suami. Bila dah kata pakaian suci, maka ini adalah pengiktirafan syariat. Maka tiada faedah untuk pengasingan atas alasan adab.
Sama macam kita cakap, kalau susun baju suami jangan campurkan dgn baju anak-anak. (Yang dimaksudkan ialah asing atas dasar memuliakan, tapi kalau atas dasar supaya senang nak pilih, takda masalah) Ini tak masuk akal.
Kita bersetuju bahawa isteri berhak mohon pertolongan suami untuk buat kerja-kerja rumah. Dan hal ini jauh lebih berat dari sekadar mencampurkan pakaian suami.
Tetapi kita tak cakap pula isteri yang mintak suami bantu kerja rumah sebagai isteri yang tak memuliakan suami. Jadi, takkan sekadar campurkan pakaian tu dikatakan tak memuliakan suami.
Suami dan isteri adalah rakan kongsi rumahtangga. Maka mereka saling memudahkan, bukan menyusahkan.
Apa guna ASINGkan baju suami, tapi kata-kata tajam isteri pun buat suami rasa terASING.
Mendirikan solat merupakan satu kewajipan untuk umat Islam kerana ia di tuntut oleh Allah SWT. Ia juga merupakan rukun islam yang kedua di makna perkara ini perlu di ambil berat oleh kita sebagai hambaNya.
Sudah tentu meninggalkan ibadah solat amat di tegah oleh Allah SWT kerana ia adalah bentuk komunikasi kita bersamaNya. Ada juga hadis yang menyatakan balasan bagi meninggalkan solat–tetapi betulkah hadis tersebut?
Ibadah solat merupakan satu perintah dari Allah SWT bagi hambaNya untuk melakukan sepanjang kehidupan mereka. Rasulullah SAW juga sering berpesan untuk mendirikan solat dan tidak boleh di pandang remeh hal ini.
Oleh kerana itu, seseorang tidak boleh melengahkan solat mahupun melakukan ibadah ini mengikut kehendaknya sendiri. Ia perlua di semat dalam diri untuk mendirikan solat kerana kewajipan yang sering di sebut dalam al-Quran.
Terdapat satu hadis yang pernah dikongsikan tidak kira melalui posting di sosial media atau menerusi Whatsapp. Ianya berkaitan dengan hukuman bagi mereka yang meninggalkan satu solat fardu.
Dikatakan bahawa Nabi SAW pernah bersabda:
Maksudnya: “Meninggalkan satu kali solat Subuh, akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun bersamaan dengan 60000 tahun di dunia. Meninggalkan satu kali solat Zuhur, dosanya sama seperti membunuh 1000 orang Islam. Meninggalkan satu kali solat Asar, dosanya sama dengan meruntuhkan Kaabah. Meninggalkan satu kali solat Maghrib, dosanya sama seperti berzina dengan orang tua. Meninggalkan satu kali solat Isya’ satu, tidak akan di redai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatNya.”
Anda ataupun ada siapa-siapa dari kalangan orang terdekat yang percaya dengan hadis ini? Perlu anda faham ini merupakan hadis palsu. Tiada tercata dalam kitab-kitab hadis yang muktabar bagi mensahihkan fakta ini. Jadi, ianya haram untuk menyebarkan kecuali dengan tujuan untuk menjelaskan kepalsuannya.
Tidaklah meninggalkan solat Asar itu seolah-olah meruntuhkan Kaabah, menurut hadis riwayat yang sahih, ia disebut membawa akibat amalan hari tersebut terhapus. Maka anda perlu berhati-hati dalam menyebarkan serta menuntut ilmu agama. Khuatir anda berlandaskan ajaran bersimpang dari yang benar.
Hijab di tempat kerja kembali menjadi perhatian selepas dakwaan syarat memakai turban kepada pekerja wanita berhijab tular. Ustazah Asmak Husin tampil mengulas isu hak beragama dan diskriminasi pekerjaan.