Sebut sahaja nama pelakon yang sedang terpalit kontroversi, Hafidz Roshdi pasti mengenali isterinya iaitu Nurul Shuhada yang merupakan seorang wanita cekal yang sedang bergelut meneruskan keberlangsungan hidup bersama anak-anak, meskipun rumahtangganya sedang goyah dilanda badai.
Baru-baru ini, Nurul Shuhada atau lebih mesra dengan panggilan Shu telah melakukan jualan biskut keluaranya iaitu ‘Satu Tak Cukup, Shelup Shelup’ by Shuhada Shukri menerusi laman Instagram miliknya dan tindakan ini membuatkan ramai netizen sebak, sekaligus terinspirasi dengan ketabahan wanita hebat ini.
Perkara berkenaan menjadi tular di laman sosial sebaik sahaja sesi siaran langsung, wanita berusia 29 tahun yang gigih mempromosikan perniagaan biskut di bawah jenamanya itu meraih ribuan tontonan wargamaya yang terkesan dengan nasib malang yang menimpa Shu.
Malah, siaran langsung yang dilakukan selama hampir satu jam itu bukan sahaja mendapat sokongan dari warganet, turut kelihatan tampil memberi semangat buat Shu adalah rakan artis iaitu, Mawar Rashid dan suaminya, Raf Yaakob.
Sepanjang sesi siaran langsung itu berlaku, Mawar dan Raf tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat buat Shu serta menawarkan diri untuk membantu dari segi melariskan jualan dan menjalankan perniagaan tersebut sehingga berjaya.
Menerusi paparan ‘live’ berkenaan juga, sekali sekala kelihatan sepasang cahaya mata Shuhada iaitu Humairah dan Umar menemani ibu mereka yang sedang bersiaran langsung mencari sesuap nasi.
Ads
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen pada sesi siaran langsung tersebut dan mendapati orang ramai, khususnya kaum hawa membanjiri komen dengan meluahkan rasa sebak dan dalam masa sama mengagumi kekuatan dan ketabahan yang dipamerkan Shu dalam kesungguhan wanita itu mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak.
Malah, ramai diantaranya meniupkan semangat untuk wanita itu terus bangkit dan berharap Shu terus cekal dan kuat meski melalui pelbagai episod duka dalam rumah tangga sejak kebelakangan ini.
Sekadar info, Hafidz didakwa telah mengasari Shu dengan menumbuknya beberapa kali sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian bawah mata dan Shu terpaksa menerima 10 jahitan akibat insiden itu.
Ads
Susulan kejadian tersebut, pelakon berusia 29 tahun itu dilaporkan akan dihadapkan ke Mahkamah Kuala Kubu Baharu, Selangor esok.
Setiap pereka fesyen sentiasa muncul dengan idea baru dalam mereka cipta pakaian supaya pelanggan tidak jemu dengan rekaan sedia ada.
Ada yang mencipta idea pelik yang cantik dan inovasi hingga menjadi viral. Maklumlah setiap pereka mempunyai cita rasa tersendiri untuk nampak unik dan berbeza daripada kebiasaan.
Itulah kepuasan sebenar seorang pereka jika berjaya mencipta baju yang boleh menggembirakan hati pelanggan hingga mendapat pujian daripada orang sekeliling.
Admin senarai 5 busana yang dirasakan cukup viral serta mendapat perhatian dan terus hangat diperkatakan sehingga ke hari ini. Malah tidak hairan ada di antaranya menjadikan busana ini sebagain tema untuk digayakan Syawal tahun depan.
Paling sempurna admin katakan adalah baju kurung lipat lengan yang digayakan Tunku Tun Aminah ketika majlis perkahwinannya Ogos lalu. Penampilan puteri ini yang cukup sederhana di majlis perkahwinannya mendapat reaksi positif netizen.
Menggayakan busana tradisi Johor baju kurung Teluk Belanga ini menjadikan penampilan Tunku Tun Aminah begitu ringkas tetapi cukup memukau pandangan. Pemilihan busana ini adalah bagi mengekalkan budaya dan tradisi Johor.
A post shared by The Royal Johor (@theroyaljohor) on
Busana ini menjadi pilihan Tunku Aminah untuk digayakan di istiadat pernikahan, persandingan malah bersiram.
Biarpun nampak simple, tetapi sebenarnya Tunku Aminah memakai busana yang dibuat daripada Tenun Pahang Diraja, rekaan fabrik Bonda Saudara, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.
Menurut Tengku Puan Pahang, baju itu ditenun oleh banduan-banduan Penjara Penor dan menganggap ia sebagai satu penghormatan. Ada juga netizen yang mula membayangkan untuk menjadikan busana ini sebagai tema untuk digayakan sempena Syawal tahun depan.
Direka oleh Putra dari Cosry yang mencipta gaun perkahwinan bagi Anzalna yang begitu cantik sekali. Gaun ilham dari Barbie Mariposa ini disiapkan dalam tempoh tiga bulan oleh perekanya hingga mendapat perhatian pengguna sosial di luar Negara seperti UK dan Eropah.
Barbie Mariposa adalah watak kartun iaitu patung perempuan yang mempunyai sayap seperti rama-rama berwarna-warni dan gaun-gaun yang dipakainya diperbuat daripada sayap-sayapnya sendiri yang kelihatan seperti kelopak bunga.
A post shared by Teuku Putra Aziz (@putraaziz_cosry) on
Setiap kali penghujung cerita kartun itu, pastinya penonton akan dapat melihat keindahan gaun Barbie Mariposa yang berubah menjadi warna merah jambu dan jingga lembut. Putra menyiapkan gaun seberat 20 kilogram ini dua minggu sebelum perkahwinan berlangsung.
Gaun yang digayakan itu mendapat perhatian media antarabangsa dan ketika itu ramai gadis yang memasang impian untuk menggayakan gaun itu di majlis perkahwinan mereka. Bukan itu sahaja, turut ada biskut, kek serta tudung inspirasi dari gaun Alzalna ini.
Ketika majlis ABPBH yang berlangsung Mac lalu, pelakon jelita Fazura telah menggayakan dress yang cukup memukau dan jadi bualan seluruh dunia.
Dress biru langit yang disulami batu permata itu kelihatan begitu sempurna tatkala Fazura melangkah naik ke pentas untuk menerima anugerah Pelakon Filem Wanita Popular.
Busana indah ini direka oleh duo popular Rizman Ruzaini yang memang sering kali muncul mereka dress cukup indah dan mempesona untuk selebriti popular seperti Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Ziana Zain dan ramai lagi.
A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on
Menurut perekanya yang sudah 12 tahun dalam industri ini berkata, gaun itu diilhamkan menerusi karakter Cinderella tetapi dalam versi moden yang dilakonkan oleh Fazura dalam drama Hero Seorang Cinderella.
Terbaru, pereka fesyen terkenal, Nurita Harith telah mencipta kelainan dalam industri fesyen apabila mencpta gaun pengantin daripada tisu.
Gaun yang direka menggunakan juntaian fabrik indah ini menggabungkan elemen keteguhan dan kelembutan tisu yang sememangnya sinonim dengan Tisu Vinda Deluxe. Ia dicipta khas buat pasangan Anthony Wong dan Shervyn Chua di majlis perkahwinan mereka.
Menurut perekanya, walaupun tekstur tisu ini cukup lembut tetapi ia sangat berkualiti dan kukuh untuk disarung pada badan. Gaun potongan duyung dengan perincian renda ini menampilkan bahagian bawah yang berlapis-lapis membentuk gaya dramatik kepada gaun polos ini. Diberikan sentuhan etnik di bahagian kolar Mandarin dan lengan paras siku bagi menyerlahkan aura sopan.
Satu lagi baju yang agak pelik tetapi cantik adalah juga daripada ciptaan duo Rizman Ruzaini yang digayakan oleh Miss Universe Malaysia 2016, Kiran Jassal yang turut mendapat perhatian netizen.
Busana yang diinspirasikan daripada lambang kebangsaan negara iaitu Menara Berkembar Petronas ini telah digayakan oleh Kiran di Manila, awal tahun ini.
A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on
Perekanya memberitahu busana potongan jumsuit ini menggunakan lebih 100,000 berlian perak pelbagai jenis dilakukan penuh teliti merangkumi idea, konsep hinggalah kepada pembuatannya. Berat baju ini adalah 10KG dan menara itu direka untuk keselesaan Kiran apabila memperagakannya.
Nadia Kahf adalah wanita pertama memakai tudung dilantik sebagai hakim di Mahkamah Agung di New Jersey.
Nadia, seorang pendatang Syria, telah mengangkat sumpah Khamis lalu dengan tangannya di atas naskhah Al-Quran di Mahkamah Tinggi Passaic County pada Khamis.
“Diversiti adalah kekuatan kita, ia bukanlah satu kelemahan. Saya berharap agar orang ramai dapat memahamiya,” katanya lagi.
Beliau akan berkhidmat sebagai hakim di Passaic County, New Jersey. Gabenor New Jersey Phil Murphy mencalonkannya tahun lepas, dan dia dijangka disahkan tidak lama lagi.
Menurut laporan Siasat, Nadia berhijrah ke Amerika Syarikat dari Syria bersama keluarganya ketika beliau berusia 2 tahun.
Sejak 2003, Nadia telah menjadi ahli lembaga Majlis Hubungan Amerika-Islam bahagian New Jersey. Beliau kini berkhidmat sebagai pengerusi lembaga.
Ahli Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) berpeluang membuat permohonan i-Lestari daripada akaun 2 sehingga 30 April ini bagi pengeluaran bermula Mei.
Permohonan i-Lestari itu boleh dibuat menerusi i-Akaun secara dalam talian. Namun kini ada cara yang lebih mudah untuk memohon.
Berikut perkongsian Akhtar Syamir.
Tak perlu dah susah-susah buat i-akaun untuk mohon i-Lestari.
Kemudahan untuk mengeluarkan sehingga RM500 dari akaun 2 KWSP. Sebelum ini, pencarum perlu cipta i-akaun dahulu dan mohon dari situ. Memandangkan ini telah menyukarkan orang ramai, Kerajaan telah membuat satu inisiatif bagus untuk memudahkan permohonan i-Lestari.
Hanya klik https://ilestari.kwsp.gov.my/ dan pilih PERMOHONAN BAHARU untuk mula memohon. Nak semak permohonan pun boleh.
INI LANGKAH-LANGKAHYA:
1. Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.
2. Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja dan secara bulanan. Bilangan bulan yang boleh dikeluarkan dikira dari tarikh penerimaan permohonan sehingga tamat tempoh i-Lestari pada 31 Mac 2021.
3. Syarat kelayakan adalah warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia, berumur di bawah 55 tahun dan mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2.
4. Permohonan boleh dihantar mulai 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021.
5. Ahli KWSP boleh keluarkan minimum RM50 sehingga RM500 sebulan bergantung kepada baki di akaun 2.
6. Bayaran akan dibuat mulai bulan Mei 2020 untuk permohonan mulai April 2020 manakala permohonan mulai Mei 2020 akan dibayar mengikut tarikh permohonan.
7. Setelah permohonan dibuat, amaun yang dipilih tidak boleh diubah buat masa ini.