Ahli Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) berpeluang membuat permohonan i-Lestari daripada akaun 2 sehingga 30 April ini bagi pengeluaran bermula Mei.
Permohonan i-Lestari itu boleh dibuat menerusi i-Akaun secara dalam talian. Namun kini ada cara yang lebih mudah untuk memohon.
Berikut perkongsian Akhtar Syamir.
Tak perlu dah susah-susah buat i-akaun untuk mohon i-Lestari.
Apa tu i-Lestari?
Kemudahan untuk mengeluarkan sehingga RM500 dari akaun 2 KWSP. Sebelum ini, pencarum perlu cipta i-akaun dahulu dan mohon dari situ. Memandangkan ini telah menyukarkan orang ramai, Kerajaan telah membuat satu inisiatif bagus untuk memudahkan permohonan i-Lestari.
Hanya klik https://ilestari.kwsp.gov.my/ dan pilih PERMOHONAN BAHARU untuk mula memohon. Nak semak permohonan pun boleh.
INI LANGKAH-LANGKAHYA:
Ads
Ads
Maklumat ringkas berkenaan i-Lestari.
1. Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.
2. Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja dan secara bulanan. Bilangan bulan yang boleh dikeluarkan dikira dari tarikh penerimaan permohonan sehingga tamat tempoh i-Lestari pada 31 Mac 2021.
3. Syarat kelayakan adalah warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia, berumur di bawah 55 tahun dan mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2.
4. Permohonan boleh dihantar mulai 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021.
5. Ahli KWSP boleh keluarkan minimum RM50 sehingga RM500 sebulan bergantung kepada baki di akaun 2.
Ads
6. Bayaran akan dibuat mulai bulan Mei 2020 untuk permohonan mulai April 2020 manakala permohonan mulai Mei 2020 akan dibayar mengikut tarikh permohonan.
Siapa sahaja yang tidak mengenali chef selebriti, pelakon dan pengacara iaitu Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail. Baru-baru ini, beliau telah memuat naik satu hantaran di laman Instagramnya yang terpaksa menolak tawaran untuk menjadi hos bagi beberapa buah program televisyen disebabkan kesihatan bonda tercinta, Cik Ani.
Chef Wan merupakan nama yang sangat besar dan terkemuka dalam bidang masakan. Bukan sahaja hebat dalam masakan, malah beliau mempunyai restoren sendiri. Figura ini juga sudah menceburi dunia kulinari lebih 30 tahun.
Beliau pernah mencipta fenomena tersendiri suatu ketika dahulu. Setiap kali ada penampilannya dalam rancangan masakan, penonton khususnya golongan ibu-ibu pasti ternanti-nanti di depan televisyen.
Peminat Chef Wan pasti cakna dengan keadaan ibu Chef Wan yang mengalami dementia serta disahkan menghidap kanser payudara.
Untuk pengetahuan anda, Ibu Chef Wan iaitu Noraini Abdullah atau lebih mesra dipanggil Cik Ani yang berusia 90 tahun itu turut tinggal bersamanya. Pun begitu, chef selebriti ini tidak mengeluh malahan menjalankan tanggungjawab dengan sangat baik dalam menjaga ibunya itu.
Terbaru, Chef Wan telah mendedahkan bahawa dirinya menerima tawaran untuk menjadi hos bagi beberapa buah program televisyen berkaitan kulinari dan travelog. Namun begitu, program yang ditawarkan itu memakan masa yang lama bagi proses penggambaran serta memerlukan komitmen yang tinggi.
“Direktor Astro Prima mahukan saya mengacarakan progam 22 episod dan disiarkan pada bulan Ramadan. Mereka memerlukan waktu saya selama enam minggu. Januari hingga Febuari menjelajah dalam satu negeri sahaja (Will need 6 weeks of time Jan/Feb travelling in one state sahaja).”
Tambahan itu, beliau turut menyatakan bahawa tawaran tersebut diberikan lanjutan ramai yang rindu untuk melihat kemunculannya di televisyen dan turut mendapat tawaran lain daripada pihak penaja.
“Pihak penaja mahukan saya juga sebab dah hampir tiga tahun saya tidak menjadi hos untuk program raya. Beberapa hari kemudian, datang pula satu lagi tawaran.”
“Mereka mahukan saya muncul di sebuah program komedi travelogue di Jepun. Mereka perlukan dua minggu waktu saya untuk lapan episod. (We need 2 weeks of CW time for 8 episodes). Ketika itu saya tidak berikan sebarang jawapan sebab saya masih perlu menyemak jadual,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Namun, Chef Wan akui dia tidak tega untuk menerima tawaran tersebut apatah lagi bila mengetahui tentang penyakit kanser ibunya yang semakin mudarat.
“In my head terfikir juga. How to travel to Central Asia to film my Food on the silkroad serie juga in January at least 3 to 4 weeks shoot itu.” (Saya asyik berfikir macam mana nak menjelajah ke tengah-tengah Asia untuk merakamkan program ini sekurang-kurannya tiga hingga empat minggu?)”
“2 days ago when i found out my mom cancer cell has spread and grew bigger i had to make decision not to accept any of those show i mentioned di atas.” (Dua hari lepas, saya baru diberitahu yang penyakit kanser ibu saya sudah semakin merebak. Saya terpaksa mambuat keputusan untuk tidak menerima tawaran-tawaran di atas).”
“Program jelajah ke Asia itu saya perlu tunda ke bulan May. I can’t commit myself to my work in the event my mom will fall ill and need serious medical treatment and i need to be there for her. (Saya tidak boleh berikan komitmen pada program tersebut. Ibu saya akan sakit dan memerlukan rawatan yang serius. Saya perlu ada disampingnya),” kongsinya lagi.
“Imagine when i am abroad and my mom fell sick mcm mana la boleh senang hati nak berkerja kan. (Bayangkan kalau saya ke luar negara dan ibu saya jatuh sakit, macam manalah saya boleh senang hati nak bekerja kan?) Jika dekat macam sejam dua penerbangan, boleh la balik.
“Jadi, saya fikir, keputusan yang terbaik adalah untuk tidak mengacarakan program tersebut demi menjaga ibu saya. Saya juga minta pihak Astro untuk menangguhkan siri jelajah saya ke bulan May atau Jun. Which they have agreed. Alhamdulilah.
“Ibu kita ni lah satu-satunya. Duit bila-bila boleh cari jika rajin dan berkemampuan tetapi masa berharga saya dengan ibu, tidak boleh dibeli lagi,” tulisnya sebagai penutup.
Melihat ke ruangan komen, ramai yang memuji dan turut mendoakan kesihatan ibunya itu. Ada juga netizen yang turut sebak kerana dapat merasai kesedihan dan mempunyai pengalaman yang sama sepertinya.
“Mashaallah Chef Wan you mmg anak mithali Tabarakallah Alhamdulillah.. u didnt accept n reproposed.. they accept your postponement.. Allahu Akhbar.. u still get the job kerana rezeki tak salah alamat dan berkat kebaikan you terhadap ibu you.. Subhanallah Aamiin”
“Moga Allah SWT merahmati chef wan..pekerjaan paling mulia adalah menjaga ibu bapa kita..bahagia ibubapa adalah bahagia kita dunia dan akhirat”
“Sekaya mana pon kite, bila org tua sakit, dia tak nak org asing yg diupah utk jaga mereka. Semoga jadi contoh kepada masyarakat.”
“Betul DCW..insyaAllah,your good deeds to ur mum will be rewarded dgn izin Nya.Aamiin.smuga dimudahkan urusan perubatan ur mum.Aamiin”
“Awak anak yang soleh chef wan. Inshahallah Allah SWT beri chef rezeki yang lain dan ada hikamah nya saya tabik pada chef yang setia menjaga ibu, ini satu contoh yang baik menjadi tauladan pada kita semua. Semoga puan Ani diberi kekuatan. Aamiinx3”
MasyaAllah, sesungguhnya jasa ibu takkan terbalas; bak peribahasa ‘kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan’. Namun, sebagai anak, kita pasti akan berusaha sehabis baik untuk berbakti. Hijabista turut mendoakan agar diberi kesembuhan kepada ibu Dato’ Chef Wan dan dipermudahkan urusan di masa hadapan.
Tidak kira apa jua panggilannya, tudung, selendang, hijab, ‘shawl’, penambahan aksesori ‘top to toe’ bukan sahaja mampu membuatkan anda tampil cantik kala menggayakannya, bahkan anda akan rasa hebat memakainya mengikut kesesuaian aktiviti harian.
Tetapi tunggu! Sebelum anda berputus asa dalam usaha untuk menggayakannya, admin tampilkan beberapa tip dalam usaha menggayakan barang-barang kemas dan perhiasan di samping mengekalkan imej berhijab!
Tika mengenakan hijab polos tanpa motif, gunakan skarf bermotif atau sebaliknya. Skarf biasanya digunakan untuk melengkapi tampilan hijab turban yang menghabiskan seluruh bahagian hijab di atas kepala. Dengan menggunakan skarf, bahagian leher dan dada mampu diselindungkan.
Tidak perlu merasa ragu-ragu untuk memilih aksesori kalung yang akan digunakan, hanya perlu sesuaikan dengan gaya dan acara yang akan dihadiri. Jika ingin bergaya secara kasual, padankan sahaja kalung dengan hijab berona cerah.
Tidak disangkal lagi peri pentingnya mengenakan kaca mata buat hijabi tika panas mentari memancar bumi. Namun tidak salah jika sesekali berfesyen, kaca mata memang mempunyai peranan yang penting untuk penampilan si manis hijabi.
Usai melilit hijab, gunakan pin pelbagai bentuk untuk disematkan di hijab bahagian sisi telinga agar terlihat kemas dan tidak terurai.
Pelbagai ajnas gelang, cincin dan jam tangan dapat digayakan untuk menonjolkan lagi penampilan. Pemakaian aksesori tersebut dapat menambah penampilan terlihat mewah.
Tas tangan ini merupakan suatu wadah atau tempat yang digunakan untuk meletakkan barangan supaya dapat dibawa ke mana pun. Dalam dunia fesyen, beg tangan mempunyai peranan sangat penting, dan sangat terlihat menonjol apatah lagi jika ronanya temerang.
Bagi wajah yang berbentuk bulat, pilihlah tudung yang bercorak kecil dan tidak penuh. Ia adalah untuk mengelakkan wajah anda kelihatan penuh dan tidak terurus.
Baru-baru ini penampilan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin raih tumpuan ramai apabila tampil ringkas dan sederhana ketika berangkat ke Rainforest World Music Festival (RWMF 2024) di Kuching, Sarawak.
Menyarungkan kemeja polos dan celana denim rona biru menyerlahkan kecantikan asli yang dimiliki Tengku Permaisuri Norashikin yang kini mencecah usia 53 tahun.
Setiap kali muncul di khalayak, penampilan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin sering menjadi bualan kerana Baginda seorang yang bijak menjaga penampilan.
Punya identiti serta auranya yang tersendiri sebagai seorang permaisuri kesayangan rakyat Selangor.
Memetik hantaran di Instagram Selangor Royal Official, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke hari kedua Rainforest World Music Festival (RWMF 2024) di Kampung Budaya Sarawak dekat Kuching, Sarawak.
Makeup hijabi tahan lama tanpa breakout boleh dicapai dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Ketahui 10 tip penting untuk memastikan kulit kekal sihat, segar dan bebas jerawat walaupun bersolek sepanjang hari.