Umum sedia maklum, pergolakkan rumah tangga antara aktor, Hafidz Roshdi dan isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri akibat gangguan penyondol Athira Yuhada. Akhirnya menemui penamat apabila mahkamah memutuskan ikatan perkahwinan mereka terlerai dengan talak satu.
Rentetan dari peristiwa duka ini, Shuhada atau lebih mesra disapa sebagai Shu, mengambil keputusan untuk menjadi tetamj Allah. Menjejakkan kaki ke tanah suci untuk melaksanakan ibadah umrah sekaligus memanjatkan doa, rasa syukur dan mencari secebis ketenangan.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Shu sendiri menerusi satu muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya, memaparkan
beberapa keping foto Shu berlatarbelakangkan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).
Menerusi kapsyen yang ditulis pada hantaran berkenaan, Hijabista difahamkan Shu telah berangkat menunaikan umrah pada Sabtu sebaik sahaja tamat tempoh iddah iaitu tiga kali bersih kitaran haid.
Menerusi hantaran sama, ibu kepada dua cahaya mata ini turut menzahirkan rasa teruja kerana berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci, dalam masa sama Shu memohon agar para pengikutnya dan wargamaya mendoakan segala urusanya sepanjang berada di sana dipermudahkan Allah SWT.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran berkenaan dan mendapati orang ramai turut mendoakan semoga Shu dikurniakan umrah yang mabrur oleh Allah.
Ads
Sebelum ini, Shuhada menyatakan dia ingin ke ‘rumah Allah’ bagi mencari ketenangan dan memohon doa.
Untuk rekod, pada Khamis lalu (27 Julai 2023), Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam mengesahkan penceraian talak satu diantara pasangan Shuhada dan Hafidz.
Sekadar info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Pelakon popular yang juga isteri kepada Wan Emir Astrar, Mira Filzah menzahirkan rasa terkilan dan dukacita apabila keputusan PRU-15 gagal memihak kepada dua pemimpin muda hebat iaitu Nurul Izzah Anwar (PH) dan Khairy Jamaluddin (BN).
Mira mempunyai harapan yang tinggi terhadap dua figura hebat itu untuk meneruskan legasi di Parlimen, namun hampa. Perkara itu dimaklumkan Mira menerusi hantaran di Insta Story miliknya.
Mengulas isu sama, netizen turut terbawa emosi seperti Mira Filzah apabila ramai diantaranya bertindak menulis beberapa ciapan dan bebenang di laman
Twitter yang memaklumkan betapa sedih dan kecewanya mereka terhadap keputusan itu.
Selain itu ramai juga yang terkilan apabila dua figura hebat yang mendapat julukan ‘pemimpin peneraru negara masa hadapan’ itu kecundang pada Pilihanraya kali ini.
Meninjau ke laman Twitter, ini antara komen yang ditinggalkan oleh wargamaya untuk meluahkan rasa kecewa mereka.
“Nurul Izzah, Khairy Jamaluddin mereka dah kalah dan kekalahan mereka membuatkan saya sedih! Mereka adalah pemimpin masa depan kita. Our next leader! Kata wargamaya.
“Khairy Jamaluddin dan Nurul Izzah adalah yang paling merisaukan saya pada PRU15. Kedua-dua mereka dah kalah dan hati saya rasa macam hancur,” Ujar seorang netizen.
Untuk rekod, Khairy Jamalaudin atau lebih mesra di sapa KJ, bertanding di kerusi Sungai Buloh dan tewas kepada calon PH, Datuk R.Rahman dengan keputusan 48,250 undi berbanding lawan yang berjaya meraih 50,943 undi.
Manakala, Nurul Izzah yang bertanding mewakili PH di kerusi legasi milik keluarganya di Permatang Pauh juga gagal mendapat tempat apabila tewas kepada calon PN, Muhammad Fawwaz Mat Jan dengan majoriti 5,272.
Dalam Islam, setiap ayat dari Al-Quran memiliki kelebihannya jika dibaca. Sama ada panjang ataupun pendek, pasti ia memberi banyak manfaat kepada kita.
Jika membaca ‘Basmallah’ (Bismillahirrahmanirrahim) setiap kali memulakan atau melakukan sesuatu urusan, pekerjaan atau perbuatan sekalipun, sebenarnya memberi kebaikan dan memiliki fadhilat yang sangat besar kerana ia mengutamakan Asma dan Kebesaran Allah SWT. Allah SWT sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca ‘Basmallah’.
Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seorang hamba pun mengucapkan ‘Bismillahir-rahmanirrahim’ kecuali Allah SWT perintahkan kepada para malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku induknya empat ratus kebaikan”.
Ayat 3 Qul ini sudah menjadi ayat wajib bagi kita sebagai umat Islam untuk membacanya walau di mana sekalipun kerana ayat-ayat ini ringkas dan pendek serta mudah diingati. Tidak kisahlah sama ada sebelum tidur, kenduri tahlil atau kematian, meraikan sesuatu perkara atau sebagainya, pasti ayat 3 Qul ini menjadi salah satu bacaan kita. Namun, apakah sebenarnya kelebihan ayat 3 Qul ini?
1.Menolak gangguan jin
2.Menolak gangguan syaitan
3.Menghindarkan dari terkena sihir
4.Menghindarkan penyakit was-was
5.Menghindar dari segala kejahatan
6.Menghindar dari perkara-perkara buruk
Tambahan pula jika dibaca sebelum tidur, sudah pasti ia memberi ketenangan dalam tidur anda, dan anda dapat tidur dengan aman. Kita digalakkan untuk amalkan membaca ketiga-tiga surah tersebut sebanyak tiga kali sebelum tidur. Ayat 3 Qul ini merangkumi Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.
“Nabi SAW ketika berada di tempat tidur pada setiap malam, Baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An-Naas).
Kemudian Baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.
Maka, marilah kita bersama-sama mengamalkan membaca surah 3 Qul ini sebelum tidur supaya tidur kita dipelihara dari benda-benda yang buruk. Selamat beramal!
Jika membahas tentang rezeki dan juga masalah kewangan, maka ada beberapa kes yang mungkin saja masih bergelut dengan kurangnya pendapatan, sehingga cara yang ditempuh pun pelbagai. Salah satunya adalah dengan meminjam wang atau biasa disebut dengan berhutang.
Menanggung hutang yang banyak adalah satu beban yang berat. Diri menjadi seperti seorang hamba yang kehilangan kebebasan. Buat apa sahaja termasuk sedang beribadah pun teringatkan hutang. Tidur tidak dapat merehatkan tubuh dan minda kerana sering terjaga dalam keadaan takut dan bimbang.
Alangkah baiknya jika siang tiada kerana susahnya hati hendak berdepan dengan manusia. Begitulah keadaan orang yang berhutang. Hatinya tidak tenang. Lebih dibimbangi jika hutang masih tidak lunas semasa ajal menjemput.
Dewasa kini ramai orang yang berhutang dengan dalih kerana keperluan hidup yang semakin sulit, dan pendapatan yang kurang. Sehingga hutang pun terasa sudah menjadi gaya hidup yang biasa.Akan tetapi, ada di antara mereka pada pengakhirannya terperosok jauh dan tak boleh membayar hutang tepat waktu kerana ada keperluan lain yang lebih mendesak.
Banyak kes yang berlaku menyedihkan yang terjadi akibat dari hutang tersebut. Mulai dari bunuh diri kerana tertekan, sampai akhirnya tegar mencuri hanya gara-gara ingin hutang cepat terlunas. Sebagai manusia, seharusnya ketika sedang ditimpa masalah hanya ada satu jalan keluar.
Iaitu dengan pasrah diri kepada Allah SWT, dan juga mencuba berusaha salah satunya adalah dengan membaca doa melunaskan hutang. Dalam Islam sendiri hutang hukumnya adalah dibenarkan kerana memang sebagai makhluk Allah kita tidak boleh hidup sendiri.
Namun ketahui pula syarat berhutang, dimana salah satunya adalah ketika dalam keadaan yang benar-benar terdesak saja. Jika sampai menjadi kebiasaan, maka boleh menjadi bahaya justeru mampu merosakkan akhlak.
“Sesungguhnya seseorang apabila berhutang, maka dia sering berkata lantas berdusta, dan berjanji lantas memungkiri.” (H. R. Al-Bukhari).
Seseorang yang terikat dengan hutang sangat mudah untuk dipengaruhi oleh iblis agar mengerjakan maksiat demi boleh melunaskan hutangnya, dengan berbagai cara termasuk mencuri atau merompak. Ternyata hutang jika diteruskan boleh membuat efek buruk terhadap sikap manusia.
Oleh kerana itulah sebaik mungkin hindari hal tersebut, serta jika sudah terjebak cepat-cepat lunaskan dan baca doa amalkan doa ini sebelum tidur setiap malam.
Bagaimana amalan doa lunas hutang tersebut? Ternyata ada beberapa anjuran ketika hendak melunaskan hutang dengan cepat. Akan tetapi bukan hanya berdoa saja, jelasnya adalah harus ada usaha untuk bekerja dan mencari pendapatan agar hutang boleh cepat terbayar.
Telah diceritakan dari Zuhair bin Harb, telah diceritakan dari Jarir, dari Suhail, ia berkata,
“Abu Shalih telah memerintahkan kepada kami bila salah seorang di antara kami hendak tidur, hendaklah berbaring di sisi kanan kemudian mengucapkan,
Allahumma robbas-samaawaatis sab’i wa robbal ‘arsyil ‘azhiim, robbanaa wa robba kulli syai-in, faaliqol habbi wan-nawaa wa munzilat-tawrooti wal injiil wal furqoon. A’udzu bika min syarri kulli syai-in anta aakhidzum binaa-shiyatih. Allahumma antal awwalu falaysa qoblaka syai-un wa antal aakhiru falaysa ba’daka syai-un, wa antazh zhoohiru fa laysa fawqoka syai-un, wa antal baathinu falaysa duunaka syai-un, iqdhi ‘annad-dainaa wa aghninaa minal faqri.
Ertinya:
“Ya Allah, Rabb yang menguasai langit yang tujuh, Rabb yang menguasai ‘Arsy yang agung, Rabb kami dan Rabb segala sesuatu. Rabb yang membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah, Rabb yang menurunkan kitab Taurat, Injil dan Furqan (Al-Qur’an).
Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau memegang ubun-ubunnya (semua makhluk atas kuasa Allah). Ya Allah, Engkau-lah yang awal, sebelum-Mu tidak ada sesuatu.
Engkaulah yang terakhir, setelahMu tidak ada sesuatu. Engkau-lah yang lahir, tidak ada sesuatu di atasMu. Engkau-lah yang Batin, tidak ada sesuatu yang luput dari-Mu.
Lunasilah utang kami dan berilah kami kekayaan (kecukupan) hingga terlepas dari kefakiran.” (HR. Muslim no. 2713)
Imam Nawawi rahimahullah menyatakan bahwa maksud utang dalam hadits tersebut adalah kewajiban pada Allah Ta’ala dan kewajiban terhadap hamba seluruhnya, intinya mencakup segala macam kewajiban.”
(Syarh Shahih Muslim, 17: 33).
Juga dalam hadits di atas diajarkan adab sebelum tidur iaitu berbaring pada sisi kanan.
Semoga boleh diamalkan dan Allah memudahkan segala urusan kita dan mengangkat kesulitan yang ada.
QULI ALLAAHUMMA MAALIKA ALMULKI TU’TII AL MULKA MAN TASYAAU WATANZI’U ALMULKA MIMMAN TASYAAU WATU’IZZU MAN TASYAAU WATUDZILLU MAN TASYAAU BIYADIKA ALKHAYRU INNAKA ‘ALAA KULLI SYAY-IN QADIIRUN
ERTINYA :
Katakanlah: “Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”.
TUULIJU ALLAYLA FII ALNNAHAARI WATUULIJU ALNNAHAARA FII ALLAYLI WATUKHRIJU ALHAYYA MINA ALMAYYITI WATUKHRIJU ALMAYYITA MINA ALHAYYI WATARZUQU MAN TASYAAU BIGHAYRI HISAABIN
ERTINYA :
Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau beri rezki siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab (batas).
Bacalah dengan khusyuk doa melunasi hutang diatas setelah solat lima waktu. Bacalah masing-masing sebanyak 3 kali.
Di malam hari, lakukanlah solat hajat 2 rakaat. Niatkan hajat anda supaya cepat melunaskan hutang yang anda miliki. Mintalah pada Allah dengan setulus hati penuh rasa rendah hati dan tawadhu’ Setelah salam, bacalah doa diatas sebanyak masing-masing 11 kali.
Tutuplah dengan membaca surat Al Fatihah sebanyak 3 kali saja.
Lakukan secara istiqomah amalan ini selama 40 hari tanpa henti maka insya Allah hutang anda akan cepat dapat dilunasi dan anda pun boleh lancar rezekinya. Amin. imbangilah dengan usaha nyata sebagaimana mestinya seperti mahu bekerja apa saja yang penting halal, bekerja dengan giat tanpa kenal lelah. Bersemangatlah dalam menjalani hidup meski anda banyak hutang. Yakinlah bahawa semua permasalahan pasti ada jalan keluarnya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Masker beras daun sirih cina kemiri kini tular sebagai petua kecantikan semula jadi. Ketahui cara buat masker homemade ini, cara pakai yang betul serta tip elak iritasi kulit.