Selebriti yang digemari di serantau Indonesia ini, seringkali diidolakan dengan cara pemakaiannya yang cukup sopan dan tetap bergaya. Laudya Cynthia menjadi ikon inspirasi bukan sahaja di Indonesia, lihat sahaja cara beliau bertutur sungguh menyenangkan.
Figura cantik ini mahu mengilhamkan rekaan baju yang tidak mengikut bentuk badan yang mempunyai gaya gadis seberang. Beliau betul-betul berubah setelah menjadi isteri kepada Engku Emran, penampilan gaya sopan dan bertudung melepasi dada adalah keselesaanya buat masa ini dan insyallah selamanya.
“Alhamdulilah sekarang saya tidak lagi rasa selesa memakai baju yang ‘bodyfit’ atau mengikut bentuk badan.
“Ada juga yang bertanya kenapa tidak ada koleksi baju kecil yang mengikut bentuk badan. Tapi sebenarnya saya sendiri sangat selesa dengan baju longgar jadi bagaimana mahu menjual baju yang ‘bodyfit’,” ujarnya yang turut mendapat sokongan suami tercinta, Engku Emran.
Menurut Bella lagi, suaminya itu tidak menolak idea yang dikemukakan Bella sebaliknya menasihati.
“Suami pesan jika ingin mendapatkan pahala apabila ramai orang yang akan memakai baju yang kamu reka nanti. Pastikan baju berkenaan harus disesuaikan dengan syariat islam.
Ads
“Alhamdulilah dengan dorongan dari mertua, suami dan sokongan peminat rezeki saya mencurah-curah dan saya tidak mahu mereka mengikuti saya dengan stail yang akan menambah lagi dosa saya.”
“Mungkin dengan ini saya dengan perlahan-lahan akan berhenti untuk memakai seluar mengikut pinggul yang boleh menampakkan susuk tubuh,” tambahnya lagi.
Sementara itu, ibu mertuanya juga turut memberi pesanan kepada Bella jika mahu menjadi Muslimah yang baik, wajib memakai skirt berbanding seluar kerana seluar itu lebih menyerupai lelaki.
Menolak Dengan Baik Permintaan Produksi
Tidak melepaskan pesanan mertuanya berlalu begitu sahaja Bella terus istiqomah dengan menolak permintaan produksi yang ingin dia menggayakan pakaian mengikut bentuk badan.
Malah Bella sendiri membuat permintaan agar pakaiannya juga biarlah rekaannya besar dari tubuh.
Ads
Dalam pada itu, Bella yakin dengan ketentuan rezeki yang ada dan tidak akan berkurangnya rezeki Allah SWT. sekiranya dia menolak permintaan sebegitu.
Tetapi sekiranya sebelum ini dia telah mengikat kontrak bersama, tanggung jawab berkenaan akan dilunaskan mengikut permintaan
Momen Perjalanan Ketika Travel Inspirasi L by LCB
Pada majlis serba ringkas dan indah ini, pelancaran L by LCB di mana setiap hijab yang direka mempunyai inspirasi tersendiri iaitu idea yang tercetus ketika Bella sendiri melancong ke luar negara.
Momen dan perjalanan ketika travel adalah satu perasaan yang senang bagi Bella untuk diilhamkan dalam setiap rekaan tudungnya.
Ads
Bergerak secara pasaran di atas talian, Bella melangkah ke setapak lagi pertama kalinya Bella membuka fizikal stor yang menjual semua barangan di atas label L by LCB.
Fizikal stor yang di buka pertama di Robinson dan seterusnya di Publika Kuala Lumpur sekitar lima bulan lalu di atas permintaan ramai dan setelah menetap terus di Malaysia.
Tidak Meletakkan Sasaran Atau Kelas Tersendiri
Populariti yang dimiliki sebagai pelakon, Bella tidak meletakkan standard untuk mereka memiliki hijabnya.
Bagi Bella sesiapa sahaja mampu memilikinya walaupun fizikal stor L by LCB ini terletak di Robinson mahupun Publika Kuala Lumpur.
Bezanya kedua-dua stor ialah Robinson mempunyai pelanggan yang memang mahu membeli belah manakala Publika ramai yang mengunjunginya kerana tempat ini lebih santai dan strategik.
Selain daripada koleksi hijab, Bella juga mengeluarkan baju RTW, persediaan umrah, LBroochSwarovski dan yang menariknya kek chees Bandung Makuta yang segar dan sedap dari Bandung.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Orang ramai memilih untuk menjadi vegetarian atas banyak sebab. Ada yang melakukannya untuk kesihatan mereka, sementara yang lain memutuskan untuk berhenti makan daging atas alasan etika.
Walaupun diet vegetarian pastinya mempunyai banyak faedah, melepaskan daging secara tiba-tiba boleh mengakibatkan beberapa kesan sampingan yang tidak dijangka dan agak tidak menyenangkan. Sama seperti mana-mana perubahan diet yang drastik, makan daging sangat menekan badan anda dan ia mungkin menyebabkan beberapa gejala pada mulanya.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
5 cara berbeza badan anda mungkin bertindak balas jika tiba-tiba berhenti makan daging:
1. Kulit mungkin berjerawat
Jika anda mengimpikan untuk memiliki kulit yang bersih sempurna, tiba-tiba memotong daging daripada diet, mungkin membawa beberapa kejutan yang tidak menyenangkan. Daging merah kaya dengan asid amino yang penting untuk penghasilan kolagen dan tidak mendapat cukup nutrien penting ini mungkin menyebabkan kulit anda kelihatan kusam. Daging juga mengandungi zink, walaupun vegetarian makan cukup kekacang dan bijirin yang juga kaya dengan zink, sebatian tertentu di dalamnya menghalangnya daripada diserap oleh badan. Tidak mendapat zink yang mencukupi mungkin menjejaskan kulit anda dalam pelbagai cara, termasuk munculnya jerawat yang tak diundang.
2. Berlebihan makan snek tidak sihat
Daging adalah salah satu sumber protein utama, dan jika ia tiba-tiba diambil daripada diet anda, badan mungkin bertindak balas dengan mod survival. Apabila anda berhenti makan daging secara tiba-tiba, anda mungkin mendapati diri anda kenyang dengan setiap snek yang kurang sihat yang anda makan. Badan anda memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan diet yang mendadak ini, jika anda memutuskan untuk menjadi vegetarian atau vegan, simpan beberapa snek yang sihat, seperti kacang atau buah-buahan, dalam jangkauan untuk mengelakkan godaan mengambil sebungkus kerepek atau pretzel.
3. Mengalami perubahan mood
Apabila memulakan diet baru, walaupun ia bermakna perubahan yang baik untuk badan dalam jangka masa panjang, anda mungkin akan melalui ‘roller coaster’ emosi pada mulanya. Apa sahaja yang anda makan mempunyai kesan yang kuat pada tahap tekanan anda kerana mikrobiom dalam perut mengeluarkan neurotransmiter yang berkomunikasi dengan otak. Walaupun kesan sampingan yang tidak menyenangkan ini bersifat sementara dan akan pudar sebaik sahaja badan anda menyesuaikan diri dengan perubahan, sesetengah vegetarian dan vegan baharu mungkin mengalami lebih banyak kebimbangan berbanding kebiasaannya.
4. Rambut lebih banyak gugur
Walaupun terdapat banyak sumber zink berasaskan tumbuhan yang baik, seperti kekacang, ia adalah protein yang membantu tubuh menyerap zink, vegetarian dan vegan mungkin berisiko tidak mendapat cukup nutrien penting ini. Apabila anda kerap tidak mendapat zink yang mencukupi, ia mungkin menjejaskan rambut anda dan juga menyebabkan keguguran rambut dalam jangka panjang. Jika anda berazam untuk berhenti makan daging, pastikan anda mengambil sebanyak 50% lebih zink daripada jumlah yang disyorkan.
5. Perut anda mungkin sakit
Walaupun makan sayur pasti akan menggembirakan usus anda, tiba-tiba bertukar daripada banyak daging kepada tiada langsung boleh mengganggu peranan unik bakteria dalam perut. Apabila anda mengubah diet secara mendadak dan mula makan makanan yang berbeza daripada yang biasa anda lakukan, ia boleh menyebabkan sakit perut dan senak pada mulanya.
SUMBER: BRIGHSIDE
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bukan mudah untuk melalui detik pahit dalam hidup apabila kita kehilangan orang kita sayang. Menangung perasaan dan tanggungjawab yang baru juga perkara yang perlu ditempuh untuk menjalani hidup seharian.
Bagi anda yang mempunyai keluarga yang faham dan dapat rasa pasti akan mengerti. Isu harta ini tidak akan timbul apabila kita ada persefahaman antara kesemua pihak. Bukan semua orang bersedia untuk meninggalkan wasiat ataupun perjanjian sebelum meninggal dunia. Pastinya ajal maut semua di tanganNya.
Hal berkaitan harta pusaka dan perwarisan adalah hal yang sensitif dan seringkali diselubungi emosi seperti sedih, marah, gembira, kecewa dan kerapkali menyebabkan wujudnya perasaan benci dan dendam. Sedangkan ia boleh diuruskan secara rasional dan logik.
Puan Norsa’adah Ahmad
Ikuti pengalaman perasaan Puan Norsa’adah Ahmad, dalam menguruskan harta pusaka ayahnya berada di dalam bilik pusaka kecil untuk membicarakan mpembahagian harta. Sesi bicara Pusaka Kecil bertujuan mengesahkan beberapa perkara penting tentang pusaka si mati. Ia tidak membincangkan tentang orang yang didakwa atau dibela. Jadi, tidak perlu takut. Seorang pegawai bicara dilantik sebagai pemudah cara. Beliau bertindak seperti seorang hakim. Tugasnya bukan meletak hukum dalam bilik bicara.
Perkara yang saya belajar dalam Bilik Bicara Pusaka Kecil:
1. Berusaha untuk hadir jika anda adalah waris Faraid
Bagi keluarga besar seperti saya, perkongsian maklumat sangat penting. Pejabat pusaka menghubungi saya melalui telefon dan tidak menghantar surat. Kemudian, saya terus memaklumkan tarikh berkenaan kepada semua waris. Semua waris yang terlibat juga berada di Malaysia. Jadi lebih mudah untuk mereka hadir. Namun begitu, seorang kakak saya tidak dapat hadir kerana beliau ada urusan yang tidak dapat dielakkan.
Sekurang-kurangnya dua orang mesti hadir iaitu pemohon dan seorang lagi waris untuk mengesahkan hasil perbicaraan. Pemohon ialah orang yang menghantar permohonan pentadbiran harta pusaka kecil.
Sekiranya ada waris yang tidak dapat hadir, pastikan beliau tahu maklumat harta pusaka si mati dan hak beliau dalam tuntutan pusaka berkenaan. Waris yang tidak hadir perlu mengisi Borang DDA (Persetujuan Pembahagian). Borang ini boleh dihantar semasa sesi bicara atau dihantar kemudian.
2. Berbaik sangka dengan pegawai bicara
Tugas pegawai bicara adalah sebagai pemudah cara dan beliau yang akan mengeluarkan keputusan hasil perbicaraan. Pegawai bicara seorang yang berpengalaman. Semasa sesi kami, pegawai yang ditugaskan ialah Ketua Penolong Pengarah. Beliau sendiri sudah mengendalikan begitu banyak sesi yang serupa.
Dengar dengan teliti perkara yang disampaikan oleh pegawai bicara. Mungkin ada maklumat dalam permohonan yang tidak diketahui oleh waris lain atau salah seorang waris. Oleh sebab itu, berikan perhatian kepada perbincangan.
Sebagai pegawai bicara beliau berhak meneruskan atau menangguhkan sesi jika ada hal yang tidak dapat diselesaikan dalam sesi berkenaan. Sesi dimulakan dengan mengesahkan kehadiran waris. Kemudian kami diminta mengangkat sumpah bahawa pengakuan kami adalah benar.
3. Mengetahui susur galur ibu bapa dan moyang
Pegawai bicara seterusnya bertanya kepada pemohon tentang si mati dan susur galurnya. Adakah ibu dan bapa si mati masih ada. Adakah datuk dan nenek si mati masih ada. Beliau ingin memastikan bahawa tiada waris yang tertinggal.
Dalam kes kami, ibu juga sudah meninggal dunia sebelum harta pusaka bapa dibahagikan. Jadi, pegawai bicara turut mengesahkan susur galur ibu. Mengikut Faraid, ibu, bapa dan isteri si mati adalah waris Faraid jika mereka masih hidup selepas kematian si mati.
Memandangkan ibu kami sudah meninggal dunia, maka bahagian Faraid beliau dipersetujui bersama untuk dibahagikan terus kepada semua waris lain. Ini adalah kes kami sendiri. Pegawai bicara memutuskan demikian kerana waris ibu juga adalah sama.
Sekiranya berlaku hal serupa dalam keluarga lain iaitu kematian waris sebelum sempat harta pusaka dibahagikan, maka prosesnya mungkin berbeza apabila senarai waris bagi kedua-dua si mati berlainan. Ia akan menjadi pembahagian pusaka berlapis.
4. Berlapang dada dalam kalangan waris
Seterusnya pegawai bicara menyebutkan senarai harta pusaka tak alih dan harta pusaka alih. Harta pusaka tak alih adalah tanah dan rumah. Harta pusaka alih ialah tunai seperti wang simpanan dan pelaburan serta kenderaan. Harta tak alih ini sudah diberikan penilaian oleh Jabatan Penilaian. Manakala, harta alih pula dinilai mengikut jumlah semasa dalam penyata bank atau buku simpanan.
Semua dokumen asal mesti dibawa semasa perbicaraan untuk pengesahan. Dokumen ini akan dipulangkan semula selepas bicara. Pejabat Pusaka Kecil hanya mengendalikan kes tuntutan harta pusaka bernilai kurang RM2 juta. Jika nilai harta pusaka melebihi RM2 juta, ia akan ditolak dan perlu ditadbir melalui Mahkamah.
Dalam sesi ini, semua waris yang hadir akan mengetahui nilai pusaka si mati. Pegawai bicara juga akan mengira bahagian setiap waris mengikut Faraid bagi orang Islam. Jika bukan Islam, hak pembahagian adalah mengikut Akta Pembahagian 1958.
Setelah mengetahui hak masing-masing mengikut Faraid, pegawai akan bertanya tentang persetujuan pembahagian. Tuan Pegawai kami mengingatkan tentang hak Faraid dan dalam Islam tidak menghalang keputusan muafakat dan tolak ansur.
5. Tidak menafikan hak waris Faraid
Secara asasnya, kami faham hak masing-masing mengikut Faraid. Namun, bagi memudahkan urusan pindah milik aset pegawai bicara meminta kami memutuskan nama waris yang akan diletakkan dalam geran. Geran rumah khususnya, tidak boleh menyenaraikan semua waris sebagai pemilik. Namun, nama semua waris boleh dimasukkan dalam geran tanah.
Ketika ini keputusan muafakat diperlukan. Jika tiada muafakat, sesi bicara akan ditangguhkan kerana tiada keputusan boleh dibuat. Akibatnya, urusan pembahagian pusaka akan berpanjangan. Dalam masa yang sama, jika ada dalam kalangan waris yang tidak mahu mengambil bahagian mereka, waris berkenaan boleh menyatakan demikian semasa sesi bicara.
Begitu juga dengan pemilikan kenderaan. Seorang waris perlu dinamakan untuk menerima kenderaan pusaka bagi menguruskan hal pentadbiran aset ini. Bagi kami, orang yang dinamakan adalah pemilik seterusnya.
Bagi urusan tunai pula, pegawai bicara boleh mengeluarkan arahan supaya wang tunai dikeluarkan kepada setiap waris atau kepada wakil waris. Sekiranya waris melantik wakil, pegawai mengingatkan ia adalah atas dasar PERCAYA. Wakil ini bertanggungjawab mengagihkan kepada semua waris mengikut persetujuan dan hak masing-masing.
Semua yang hadir berhak menyatakan pendapat mereka sama ada bersetuju atau tidak dengan pembahagian dan keputusan yang dibuat. Semakin banyak konflik dan pertentangan, maka proses perbicaraan semakin rumit dan meletihkan.
Waris yang hadir juga perlu menyedari hak waris yang tidak hadir serta berlaku adil kepada beliau. Waris yang tidak hadir akan menyerahkan Borang DDA yang sudah diisi. Kandungan borang ini mesti sama dengan keputusan semasa perbicaraan. Sekiranya, ada perbezaan perbicaraan akan diulang semula.
6. Tenang dan cuba bersikap rasional
Menurut pengalaman peribadi, saya berpendapat sesi bicara kami berjalan lancar. Mungkin orang lain mempunyai pengalaman berbeza. Seperti yang saya nyatakan di bahagian awal artikel ini. Ia suatu proses yang melibatkan hal sensitif dan menyentuh emosi.
Namun, kita kembali kepada tujuan asal iaitu ingin menguruskan harta pusaka si mati dengan cepat, lancar dan mudah. Selain daripada itu, kita tidak mahu nilai ekonomi harta pusaka beku atau tidak boleh dimanfaatkan ke jalan yang baik.
Cuba bersikap rasional dan fokus kepada perkara yang dibincangkan dalam Bilik Bicara. Hal lain yang tidak berkaitan boleh dibincangkan di luar sesi.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah perumpamaan yang tepat untuk menggambarkan bertapa bertuahnya wanita asal Perak, Noorhasnieda Tajuddin.
Beliau, yang pada awalnya menyertai Peraduan #Belinuuna menang rumah secara suka-suka tidak pernah menyangka bahawa nasib akan berpihak padanya, apabila menjadi peserta yang paling bertuah memenangi sebuah rumah.
Bersyukur! Tak Sangka Rezeki ‘Jatuh Dari Langit’
Menurut Hasnieda, dia memasuki Peraduan #Belinuuna menang rumah secara kebetulan. Ini kerana, perlu menyediakan juadah bagi majlis jamuan sekolah (Potluck) anak-anaknya. Malah, dia hanya memikirkan mahu menyediakan juadah yang mudah dan sedap.
“Saya memasuki peraduan ini secara tidak langsung sahaja. Kebetulan sekolah anak memang ada buat jamuan (potluck), jadi kalau boleh saya nak mencari menu yang mudah sahaja.
“Saya memang tidak meletakkan harapan yang tinggi, apabila perlu bersaing dengan seramai sepuluh orang lagi peserta. Kalau ada rezeki saya, adalah.
“Tak sangka pula, saya menjadi peserta yang pertama dapat membuka pintu rumah berkenaan. Saya rasa sangat terkejut sehingga tak terkata (Speechless) apabila nasib menyebelahi saya.
Dengan 30 Resit Penyertaan, Hasnieda Miliki Rumah Bernilai RM 300,000!
Bagaimanapun, Hasnieda menjelaskan setakat ini, dia belum mempunyai sebarang perancangan terhadap rumah yang dimenangi yang terletak di Residensi Alia, Puncak Alam, Selangor. Sebuah kediaman yang diinspirasikan oleh senibina Australia itu.
“Saya dapat tau berkenaan Peraduan #Belinuuna menang rumah ni daripada laman sosial Facebook. Lepas tu saya tertarik kerana tidak pernah mendengar berkenaan jenama Nuuna ni. Jadi saya terdetik nak mencubanya.
“Dan sambil-sambil itu, saya memang menghantar banyak penyertaan asbab perlu menyediakan juadah bagi jamuan sekolah anak. Anggaran sebanyak 30 resit saya telah sertakan bagi tujuan menyertai peraduan berkenaan.
Setiap bulan saya menghantar penyertaan selama enam bulan, sekadar mencuba nasib memenangi rumah.
“Alhamdulillah.. Terima kasih kepada Majalah Rasa dan jenama Nuuna yang telah menganjurkan peraduan ini, walapun mengambil tempoh selama enam bulan yang agak panjang. Tapi ia amat berbaloi kerana hadiah yang ditawarkan amat lumayan,” ujarnya mengakhiri bicara.
Sekadar info, Hasnieda berkata demikian ketika ditemubual oleh team Rapi pada majlis pengumuman pemenang ‘Grand Finale Cabutan Bertuah, Fuyoo! #Belinuuna Menang Rumah yang berlangsung di Central Concourse, Central i-City Shah Alam pada Ahad.
Malah, peraduan yang telah berlangsung pada 1 Januari sehingga 30 Jun 2024 itu telah berjaya menarik hampir 15,000 penyertaan daripada seluruh negara.
Bijak rebut peluang bisnes, Pengasas Leeyanarahman kini gigih jual tiramisu viral dan baju raya haji dalam satu masa.Kagumnya dengan kerajinan usahawan fesyen Muslimah, Nur...