Bahagian sulit berbau, hakikatnya memang tiada Miss V yang beraroma bunga, tapi cubalah petua mustajab ini atasi bau cara natural.
Umumnya Miss V memiliki bau khas yang musky dan sedikit hamis. Sekiranya bau tersebut menimbulkan rasa kurang nyaman, beberapa petua mustajab ini boleh diamalkan di rumah.
Sememangnya tiada Miss V beraroma bunga, sis. Setiap tubuh wanita pasti menghasilkan bau tertentu yang normal selagi ia tidak menjejaskan kesihatan.
Namun dalam sesetengah keadaan, Miss V akan mengeluarkan bau yang lebih ‘menyengat’ daripada biasa. Umpamanya sewaktu berpeluh, menstruasi atau berhubungan intim dengan pasangan.
PETUA ATASI BAU
Menerusi laman Dr Axe yang merupakan seorang pakar kiropraktik, perubatan am dan diet, terdapat beberapa amalan yang mustajab untuk mengatasi masalah bau Miss V.
(1) Air
Selaput kulit Miss V memerlukan cecair agar dapat berfungsi dengan baik. Ia juga mengekalkan lembapan dan mengurangkan aroma tidak menyenangkan.
Sebenarnya untuk menjaga Miss V, sis tak perlukan sabun pembersih khas tau! Petua yang betul, cukup dengan mencucinya menggunakan air hangat sehingga bersih.
(2) Baking soda
Serbuk baking soda boleh digunakan untuk mengimbangi pH tubuh. Apabila pH seimbang, masalah bau Miss V dapat dihapuskan.
Petuanya mudah. Taburkan setengah cawan serbuk baking soda ke dalam tab mandi berisi air, kemudian berendam selama 15-20 minit.
Selepas mandi, keringkan tubuh terutamanya di bahagian celah Miss V yang banyak lipatan.
(3) Cuka Epal
Bau yang hamis serta kurang menyenangkan lazimnya berlaku kerana perkembangan bakteria yang tak terkawal.
Petua yang disarankan adalah menggunakan cuka epal. Caranya, bancuh sedikit cuka epal ke dalam air mandian dan jirus ke bahagian Miss V dan serata tubuh.
Cuka epal mengandungi sifat antibakteria dan antiseptik untuk melawan bau ‘menyengat’ pada Miss V. Air mandian cuka epal dapat memulihkan tahap asid Miss V ke paras normal.
(4) Makan buah dan sayuran segar
Macam klise namun inilah petua mustajab untuk menjaga kesihatan Miss V. Ini kerana buah dan sayuran segar mengandungi banyak vitamin serta mineral penting.
Antara yang sesuai diamalkan adalah buah oren atau limau, jambu dan strawberi yang kaya vitamin C untuk meningkatkan kekebalan tubuh terhadap bakteria.
Sayuran hijau pula boleh melancarkan peredaran darah dan mencegah kekeringan Miss V.
Dikurniakan badan yang besar akan membuatkan pergerakan kita cukup terbatas. Terutamanya soal solat dan juga pemilihan baju bersesuaian.
Inilah dilema yang sering dialami oleh Farhiyah Fazdly yang sebelum ini mempunyai berat badan mencecah 153KG. Menurutnya, kesulitan untuk bersolat kerana perlu duduk menyebabkan dia tekad untuk berubah. Bukan itu sahaja, sebelum itu dia juga turut merasa rendah diri tatkala dia seorang perempuan yang berada di tempat awam. Seperti terngiang di telinga ejekan ‘gemuk’ pada dirinya.
Justeru dia lebih senang duduk sahaja di rumah dan menghadkan aktiviti bersama teman-teman lain. Oleh kerana kasihankan ibu dan tak mahu hatinya terguris, Farhiyah nekad mendaftarkan diri untuk Program Jom Kurus 1 Malaysia pada tahun 2015.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Walaupun semangatnya hampir jatuh sepanjang program itu, tetapi Farhiyah tetap meneruskan aktiviti yang disarankan dan akhirnya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 80KG dalam masa setahun setengah.
Jom ikuti perkongsiannya melalu laman facebook miliknya dan Kevin Zahri.
“Semakin naik badan si farah tu, Kamu tak nasihatkan ke Ani?” Ibu hanya mampu tersenyum bila orang sekeliling mempersoalkan dirinya dan seolah-olah tak pandai menjaga saya dan tak prihatin kepada keadaan fizikal saya.
Saya tahu jauh di sudut hati ibu, luluh hatinya apabila dia dituduh sebegitu.
Saya pula hanya tertunduk dan hati berasa pedih kerana saya tahu ibu saya tak pernah berhenti nasihatkan saya. Tetapi saya buat tak tahu sahaja. Kasihan ibu.
Maafkan saya ibu, kerana degil tak mau berubah dan ibu disalahkan. Satu hari saya nekad, saya tak mahu lagi ibu disalahkan. Saya nekad untuk berubah.
Keperitan Apabila Seberat 153KG
Diam tak diam, berat saya mencecah 153.3kg. Tinggi tak sampai 150cm, fizikal saya sangat membataskan aktiviti-aktiviti harian saya sama ada di rumah, pejabat dan di tempat awam.
Apabila pergi ke pusat membeli belah, saya tak boleh berjalan jauh disebabkan berat badan yang amat sangat terutamanya pada kaki. Sekiranya jalan lebih daripada biasa, saya akan mengah dan semput.
Jadi, saya terpaksa mencari tempat letak kenderaan yang paling hampir dengan pintu masuk dan sanggup menunggu dan berpusing banyak kali bagi mendapatkan lokasi yang dekat. Selain itu, kaki saya juga mengalami bengkak di sebabkan ‘water retention’ yang mana saya rasa tak selesa sepanjang hari walaupun dalam keadaan duduk.
Umur Baru 20-AN, Tetapi Sudah Solat Duduk
Perkara yang saya paling ralat ketika masalah berat badan ini adalah saya tak dapat solat seperti orang biasa.
Pada umur 20-an saya terpaksa sembahyang di atas kerusi kerana saya tak dapat menampung berat badan saya ketika tunduk dan duduk di bawah. Cuba juga untuk duduk, tetapi payah dan perit hanya tuhan yang tahu.
Merasa Rendah Diri
Saya juga turut mengalami masalah ‘inferiority complex’. Lebih-lebih lagi saya seorang perempuan yang mana saya merasa sangat rendah diri untuk berada di khalayak ramai terutama ketika berada di tempat awam.
Ini kerana saya merasa semua orang memerhati, mengata dan mentertawa saya. Terngiang di kepala seperti ada orang mengata “eee.. gemuknya…!”
Atas sebab itu saya lebih selesa berada di rumah atau bersama teman rapat sahaja.
Namun, jauh di sudut hati saya, saya merasa kasihan kepada teman-teman rapat saya yang terpaksa membataskan had mereka dalam melakukan aktiviti hanya kerana mahu saya selasa dan menjaga hati saya.
Tak Mahu Hati Ibu Terguris
Saya nekad, saya kuatkan hati dan tak mau hati ibu terguris lagi. Dengan bantuan kakak dan rakan beliau, saya daftarkan diri menyertai program Jom Kurus 1 Malaysia musim ke Empat.
Misi kurus badan saya bermula pada Januari 2015 di mana saya telah menyertai kawasan Ampang di bawah Team Leader Agam. Pada mulanya, saya tak meletakkan harapan yang tinggi untuk kurus. Cuma lebih kepada mau dapatkan ilmu-ilmu baru dalam fitness dan cara diet yang betul.
Dengan semangat daripada rakan-rakan dan juga keluarga, pada minggu pertama, saya telah berjaya hilangkan berat badan sebanyak 6.6kg!
16KG Untuk 6 Minggu
Semangat saya terus meningkat. Siapa sangka saya dapat turunkan 6.6kg untuk minggu pertama. Namun coach ada ingatkan, jumlah yang banyak ini adalah air kerana saya gemuk air. Betul apa yang diingatkan oleh coach, minggu kedua dan ketiga berat saya tak turun. Namun saya tetap fokus dan cuba cari jalan dan mula disiplin menjaga makan. Alhamdulillah untuk usaha yang berterusan sepanjang JK1M #4, saya berjaya turunkan berat badan sebanyak 16 kg dalam tempoh 6 minggu.
Ibu Mula Tersenyum
Disebabkan hilangnya KG sebanyak itu, saya mula tanamkan azam untuk teruskan misi saya walaupun ianya mengambil jangka masa yang lama. Bagi saya yang penting adalah istiqomah dan ‘enjoy’ dengan setiap aktiviti yang saya lakukan.
Saya mula nampak pelbagai perubahan kecil yang berlaku pada diri saya walaupun orang luar tak perasan perubahan itu. Contohnya sebelum ini saya tak dapat buat senaman seperti org lain, tetapi setelah beberapa lama mengikuti latihan yang disediakan saya mampu ikut aktiviti-aktiviti tersebut seperti orang biasa.
Paling penting, Ibu saya mula tersenyum melihat saya semakin hari semakin kecil.
Hilang 80KG, Perjalanan Yang Bukan Mudah
Selepas tamat program JK1M musim ke empat, saya mencari program lain sementara menunggu JK1M yang seterusnya. Selama setahun saya berlatih di bawah coach Zack Zakwan dan coach Bo termasuk JK1M musim ke lima dan ke enam.
Banyak ilmu yang telah diajar dan bersama mereka juga saya telah berjaya kurangkan berat badan yang banyak. Sepanjang perjalanan ini memang ada cabaran yang saya rasa mau untuk give-up antaranya ketika berat badan saya turun semakin lambat.
Sebelum ini, dalam tempoh sebulan, saya boleh turun lebih daripada 6 kg. Sekarang paling banyak pun adalah sekitar 3kg sahaja.
Semangat Kadang Kala Jatuh
Apabila keadaan ini terjadi, semangat saya jatuh. Namun atas sokongan daripada sahabat-sahabat dan keluarga, Semangat saya bangkit semula.
Alhamdulillah sehingga Julai 2016 saya berjaya menurunkan berat badan saya sebanyak 80kg. Perjalanan yang bukan mudah tapi saya tahu ia amat berbaloi.
Syukur saya panjatkan kepada Tuhan yang memberi rezeki ini dan sokongan padu dari ahli keluarga serta sahabat-sahabat yang tak pernah berputus asa. Perjuangan perlu diteruskan kerana sasaran saya adalah mau mencapai capai berat ideal. Insyallah
TIP UTAMA MENGURANGKAN BERAT BADAN
Perkara paling penting dalam kurangkan berat badan ada 10 perkara:
1. Tetapkan sasaran jangka masa pendek dan jangka masa panjang
2. Istiqamah dengan apa yang kita lakukan. Biar lambat asalkan kita capai
3. Melakukan setiap senaman dengan rasa seronok tanpa rasa beban – Enjoy & Fun
4. Bergaul & berkawan di dalam kelompok yang mempunyai tujuan & minat yang sama – mudah untuk bertukar-tukar pendapat dan ilmu & melakukan aktiviti bersama
5. Tidur yang cukup
6. Pengambilan air yg secukupnya
7. Melakukan aktiviti-aktiviti sekurang-kurangnya 3 atau 4 kali seminggu – kalau boleh elakkan dari rehat lebih dari 2 hari berturut-turut
8. Mengambil ukuran badan setiap 2 kali seminggu
9. Perlu ada hari berehat dalam setiap minggu
10. Perlu ada usaha yang berterusan dalam mencari ilmu fitness & diet – perlu rajin membuat bacaan berkaitan fitness & die dan merujuk kepada mereka yang pakar
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pengacara serta personaliti TV yang semakin dikenali ramai, Hawa Rizwana merupakan salah seorang selebriti yang aktif dalam sukan berbasikal. Jika lihat di ruang akaun Instagram miliknya, setiap satu hantaran yang dimuat naiknya pastinya tentang aktiviti berbasikal.
Menurut Hawa yang ditemubual secara eksklusif dalam rancangan The Hijabista Show, hobi berbasikal sudah mula timbul semenjak dirinya masih kecil lagi.
Waktu saya di Perlis dahulu, ketika saya masih berada dalam Tahun 2 hingga 6, aktiviti berbasikal merupakan aktiviti wajib saya. Jadi ia merupakan salah satu gaya hidup sihat dipraktikkan dalam kehidupan harian saya.
Namun, tambahnya, apabila sudah berpindah ke Kuala Lumpur, dia tidak berpeluang untuk melakukan aktiviti berbasikal kerana faktor kesibukan jalan raya yang merbahaya.
Apabila saya dan keluarga mula berpindah ke Kuala Lumpur, ibubapa saya tidak membenarkan saya untuk berbasikal di kawasan Kuala Lumpur atas faktor keselamatan. Tambahan pula saya seorang sahaja anak perempuan jadi, mereka lebih berhati-hati dalam hal ini.
Ibubapa saya yang terlalu menjaga sehinggakan saya nak sertai bola jaring dan boling pun tidak dibernarkan. Jadi, semasa di sekolah menengah, saya banyak menghabiskan masa dengan aktiviti menari sahaja.
Kongsinya lagi, dia kembali melakukan aktiviti berbasikal apabila dia sudah bekerja dan sudah mempunyai kenalan-kenalan yang turut sama melakukan aktiviti berbasikal. Bermula dari tahun 2019, dia mula mengaktifkan dirinya dengan berbasikal di merata tempat termasuklah di kawasan Kuala Lumpur International Airport dan juga Desaru.
Pada tahun 2019, bila dah ada kawan-kawan yang suka berbasikal, saya mula berkayuh di area Kuala Lumpur. Jadi, sebenarnya, minat berbasikal ini sudah lama ada di dalam diri sejak kecil lagi.
Telur dan roti adalah semua yang anda perlukan untuk sarapan pagi yang cepat apatah lagi waktu bersahur, tetapi dengan begitu banyak cara untuk menggunakannya, ia mudah menjadi terlalu rumit.
Sesuai dengan waktu sahur yang singkat, Seorang chef TikTok telah berkongsi resipi mudah yang boleh dibuat dalam masa kurang daripada lima minit menggunakan hanya satu kuali.
Telur boleh digoreng, direbus, dihancurkan atau direbus untuk sarapan yang kaya dengan protein, dan lebih baik dihidangkan bersama roti bakar hangat. Tetapi walaupun terdapat begitu banyak cara untuk membuat sandwic telur cepat, seorang chef telah berkongsi kaedah “paling mudah”. Dan ia hanya mengambil masa dua minit dari mula hingga tamat.
Dalam video terbaharu pada profil TikToknya, “Vancouver Foodie” @vancouverfoodie) berkongsi resipi sarapan mudahnya dengan kelainan.
Walaupun kebanyakan orang memikirkan telur goreng apabila bercakap tentang sandwic pagi, pengembara sepenuh masa dan penggemar makanan yang mengaku diri sendiri memilihnya. Dan dia mendakwa ia menghasilkan “sandwic telur paling mudah yang pernah ada”.
Menggunakan penyepit, tukang masak TikTok mengacau telur untuk menggabungkan putih dan kuning ke dalam cecair pekat. Dia menyatakan bahawa kunci kepada konsistensi yang sempurna adalah dengan memukul telur mentah “sehingga kembang” sebelum memasaknya.
Selepas ini, penggemar makanan menambah seketul kecil mentega ke dalam kuali tidak melekat dan memusingkannya sehingga permukaannya bersalut sepenuhnya. Kemudian, seperti telur hancur biasa, dia menuang adunan telur ke dalam kuali untuk menutup diameter penuh.
Penting untuk menggunakan kuali tidak melekat yang besar untuk resipi ini untuk memberi ruang yang banyak untuk memasak roti.
Setelah telur masuk, tukang masak TikTok meletakkan dua keping roti yang belum digoreng bersebelahan di tengah adunan kuning.
Dia berkata: “Celup dan balikkan! Saya suka memasukkan bahagian atas roti ke dalam dahulu dan kemudian membalikkannya supaya padan kemudian.”
Dengan kedua-dua kepingan yang kini bertentangan dengan kerak bulat di bahagian luar, dia menggunakan spatula untuk mengangkat adunan telur masak dari bawah.
Telur itu muncul sebagai telur dadar yang tidak dilipat yang telah dimasak di bawah roti sambil diserap oleh kepingan. Lalu, dia membelek seluruh alas telur dan roti untuk dimasak di sebelah lagi. Pengguna TikTok kemudian mengikuti garis besar hirisan di bawah telur hancur dan melipat sisi ke dalam.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Jika lihat di ruang akaun Instagram miliknya, setiap satu hantaran yang dimuat naiknya pastinya terselit tentang aktiviti-aktiviti melibatkan kecergasan ini.