Bila salah seorang daripada teman karib kita berkahwin, pastinya kita menjadi antara insan yang gembira apabila mendengar khabar tersebut. Siapa yang tidak seronok bukan apabila rakan mereka temui cinta sejati?
Merakam gambar kenangan, Shaz Zainuddin dan rakannya ternyata ada cara tersendiri untuk melakar kenangan bersama-sama di hari pernikahan mereka. Hijabi pun boleh juga buat sekali!
Tweetnya ini telah mendapat perhatian ramai netizen di Twitter. Ramai yang terhibur melihat gambar Shaz dan rakan-rakannya. Gigih tunggu semua kahwin dan kumpul gambar!
Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kemunculan kes polio pertama setelah Malaysia diisytiharkan bebas polio.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan dukacitanya telah memaklumkan kejadian satu kes yang disahkan dijangkiti virus polio di Malaysia, setelah 27 tahun Malaysia bebas daripada penyakit tersebut.
Kes melibatkan seorang bayi lelaki warganegara Malaysia berumur tiga bulan dari Tuaran, Sabah yang telah mengalami demam diikuti dengan lemah anggota badan dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di hospital. Beliau telah disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) pada 6 Disember 2019.
Hasil ujian pengesahan yang dijalankan oleh World Health Organization (WHO) Polio Regional Laboratory di Australia, virus tersebut mempunyai perkaitan genetik dengan virus polio yang dikesan pada kes Acute Flaccid Paralysis (AFP) di negara Filipina.
Pastinya ramai di antara kita yang tertanya-tanya apa sebenarnya wabak polio itu. Untuk penerangan yang mudah, mari kita ikuti thread oleh Dr. Aen di twitter ini.
Takutnya bila membaca penerangan daripada doktor ini. Moga kita semua dijauhkan daripadanya. Hijabi jangan lupa amalkan langkah-langkah pencegahan yang telah disarankan. Paling penting, kita perlu sentiasa menjaga kebersihan tidak kira di mana kita berada. Take care ladies!
Hati mana tidak bimbang jika orang yang kita kasihi sanggup melakukan satu tugasan berat untuk satu pencapaian cemerlang sebagai rekod peribadi. Pastinya sebagai orang paling rapat akan memberi sokongan tidak berbelah bagi pada insan tercinta ini.
Begitu juga kasihnya penyanyi Siti Sarah yang melihat saat suaminya, pelakon dan pelawak Shuib melakukan aksi disengat lebih 340,000 ribu lebah dalam mencipta nama di The Malaysia Book Of Records.
Sebaik mengetahui suaminya berhajat melakukan proses itu, dia tidak putus berdoa dan turut melakukan solat hajat bersama ibu mentuanya bagi mempermudahkan urusan suaminya.
Bercakap kepada Sinar Harian, Siti Sarah pada mulanya dia langsung tidak mengetahui hasrat suaminya itu dan hanya mengetahui selepas lihat rakan artis memberikan kata semangat sedangkan tiada perbincangan antara mereka berdua pada awalnya.
Bagaimanapun dia bersyukur kerana cabaran itu berjalan lancar tanpa sebaran insiden buruk berlaku. Namun akuinya sepanjang duduk di kerusi penonton, pelbagai perasaan timbul.
“Alhamdulillah selesai sudah…terciptalah lagi satu sejarah Malaysia…saya sangat bersyukur… ini lah dia ‘beeman’ saya. Tahniah @shuibsepahtu saya simpan memori tercemas ini dalam hati saya.. saya sayang awak,” tulisnya di Instagram (IG) miliknya.
Selain Shuib yang berjaya melakar nama nama dalam ‘The Malaysia Book Of Records’ apabila menjadi ‘Most Numbers of Bees On Human Body (Male)’, seorang lagi pelakon Pablo Amirul yang turut mencipta rekod yang sama.
Majis penuh bersejarah ini adalah anjuran Madu Tiga Sdn Bhd yang berlangsung di Taman Botanikal, Ayer Keroh, Melaka.
Sementara itu, di laman sosial, netizen turut mengucapkan tahniah atas pencapaian Shuib di atas keberaninnya beraksi dengan beribu-ribu lebah di badan mereka.
Setiap pereka fesyen sentiasa muncul dengan idea baru dalam mereka cipta pakaian supaya pelanggan tidak jemu dengan rekaan sedia ada.
Ada yang mencipta idea pelik yang cantik dan inovasi hingga menjadi viral. Maklumlah setiap pereka mempunyai cita rasa tersendiri untuk nampak unik dan berbeza daripada kebiasaan.
Itulah kepuasan sebenar seorang pereka jika berjaya mencipta baju yang boleh menggembirakan hati pelanggan hingga mendapat pujian daripada orang sekeliling.
Admin senarai 5 busana yang dirasakan cukup viral serta mendapat perhatian dan terus hangat diperkatakan sehingga ke hari ini. Malah tidak hairan ada di antaranya menjadikan busana ini sebagain tema untuk digayakan Syawal tahun depan.
Paling sempurna admin katakan adalah baju kurung lipat lengan yang digayakan Tunku Tun Aminah ketika majlis perkahwinannya Ogos lalu. Penampilan puteri ini yang cukup sederhana di majlis perkahwinannya mendapat reaksi positif netizen.
Menggayakan busana tradisi Johor baju kurung Teluk Belanga ini menjadikan penampilan Tunku Tun Aminah begitu ringkas tetapi cukup memukau pandangan. Pemilihan busana ini adalah bagi mengekalkan budaya dan tradisi Johor.
A post shared by The Royal Johor (@theroyaljohor) on
Busana ini menjadi pilihan Tunku Aminah untuk digayakan di istiadat pernikahan, persandingan malah bersiram.
Biarpun nampak simple, tetapi sebenarnya Tunku Aminah memakai busana yang dibuat daripada Tenun Pahang Diraja, rekaan fabrik Bonda Saudara, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.
Menurut Tengku Puan Pahang, baju itu ditenun oleh banduan-banduan Penjara Penor dan menganggap ia sebagai satu penghormatan. Ada juga netizen yang mula membayangkan untuk menjadikan busana ini sebagai tema untuk digayakan sempena Syawal tahun depan.
Direka oleh Putra dari Cosry yang mencipta gaun perkahwinan bagi Anzalna yang begitu cantik sekali. Gaun ilham dari Barbie Mariposa ini disiapkan dalam tempoh tiga bulan oleh perekanya hingga mendapat perhatian pengguna sosial di luar Negara seperti UK dan Eropah.
Barbie Mariposa adalah watak kartun iaitu patung perempuan yang mempunyai sayap seperti rama-rama berwarna-warni dan gaun-gaun yang dipakainya diperbuat daripada sayap-sayapnya sendiri yang kelihatan seperti kelopak bunga.
A post shared by Teuku Putra Aziz (@putraaziz_cosry) on
Setiap kali penghujung cerita kartun itu, pastinya penonton akan dapat melihat keindahan gaun Barbie Mariposa yang berubah menjadi warna merah jambu dan jingga lembut. Putra menyiapkan gaun seberat 20 kilogram ini dua minggu sebelum perkahwinan berlangsung.
Gaun yang digayakan itu mendapat perhatian media antarabangsa dan ketika itu ramai gadis yang memasang impian untuk menggayakan gaun itu di majlis perkahwinan mereka. Bukan itu sahaja, turut ada biskut, kek serta tudung inspirasi dari gaun Alzalna ini.
Ketika majlis ABPBH yang berlangsung Mac lalu, pelakon jelita Fazura telah menggayakan dress yang cukup memukau dan jadi bualan seluruh dunia.
Dress biru langit yang disulami batu permata itu kelihatan begitu sempurna tatkala Fazura melangkah naik ke pentas untuk menerima anugerah Pelakon Filem Wanita Popular.
Busana indah ini direka oleh duo popular Rizman Ruzaini yang memang sering kali muncul mereka dress cukup indah dan mempesona untuk selebriti popular seperti Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Ziana Zain dan ramai lagi.
A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on
Menurut perekanya yang sudah 12 tahun dalam industri ini berkata, gaun itu diilhamkan menerusi karakter Cinderella tetapi dalam versi moden yang dilakonkan oleh Fazura dalam drama Hero Seorang Cinderella.
Terbaru, pereka fesyen terkenal, Nurita Harith telah mencipta kelainan dalam industri fesyen apabila mencpta gaun pengantin daripada tisu.
Gaun yang direka menggunakan juntaian fabrik indah ini menggabungkan elemen keteguhan dan kelembutan tisu yang sememangnya sinonim dengan Tisu Vinda Deluxe. Ia dicipta khas buat pasangan Anthony Wong dan Shervyn Chua di majlis perkahwinan mereka.
Menurut perekanya, walaupun tekstur tisu ini cukup lembut tetapi ia sangat berkualiti dan kukuh untuk disarung pada badan. Gaun potongan duyung dengan perincian renda ini menampilkan bahagian bawah yang berlapis-lapis membentuk gaya dramatik kepada gaun polos ini. Diberikan sentuhan etnik di bahagian kolar Mandarin dan lengan paras siku bagi menyerlahkan aura sopan.
Satu lagi baju yang agak pelik tetapi cantik adalah juga daripada ciptaan duo Rizman Ruzaini yang digayakan oleh Miss Universe Malaysia 2016, Kiran Jassal yang turut mendapat perhatian netizen.
Busana yang diinspirasikan daripada lambang kebangsaan negara iaitu Menara Berkembar Petronas ini telah digayakan oleh Kiran di Manila, awal tahun ini.
A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on
Perekanya memberitahu busana potongan jumsuit ini menggunakan lebih 100,000 berlian perak pelbagai jenis dilakukan penuh teliti merangkumi idea, konsep hinggalah kepada pembuatannya. Berat baju ini adalah 10KG dan menara itu direka untuk keselesaan Kiran apabila memperagakannya.
Makeup hijabi tahan lama tanpa breakout boleh dicapai dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Ketahui 10 tip penting untuk memastikan kulit kekal sihat, segar dan bebas jerawat walaupun bersolek sepanjang hari.