Dengan peningkatan usia, terdapat banyak perubahan pada kulit dan rambut. Ya, kulit yang asalnya tegang perlahan-lahan membentuk kedutan. Tetapi ia tidak berhenti di situ, selalunya uban juga muncul.
Rambut uban biasanya muncul apabila seseorang bermula antara umur 30 dan 40 tahun. Namun, berkemungkinan uban ini juga boleh muncul selepas umur 20 tahun.
Tekanan disebabkan oleh beberapa faktor. Daripada tekanan terdapat perubahan yang memberi kesan yang ketara kepada kehidupan kepada bimbang tentang perkara yang berbeza.
Tekanan adalah masalah yang agak sukar untuk dielakkan. Namun, apabila seseorang itu berhadapan dengan perasaan tertekan, terdapat risiko kesihatannya akan terjejas.
Ads
Tekanan tinggi juga mencetuskan perubahan dalam penampilan, seperti penampilan uban. Ini berlaku apabila seseorang mengalami tekanan dan norepinephrine dilepaskan dalam folikel rambut.
Kekurangan nutrisi
Malnutrisi juga boleh menyebabkan uban lebih cepat. Sekiranya badan kekurangan bekalan zat besi, kuprum, vitamin B dan asid lemak omega-3, risiko rambut beruban pada usia muda meningkat.
Ads
Sebaliknya, makanan segera juga memainkan peranan dalam pertumbuhan uban. Jadi jika anda tidak mahu perkara ini berlaku kepada anda, cuba perbaiki pemakanan anda.
Genetik
Menurut kajian, kemunculan uban pada usia muda boleh disebabkan oleh faktor genetik. Seperti yang diterbitkan oleh Medical News Today, kaum dan etnik juga memainkan peranan dalam rambut beruban pada usia muda.
Ads
Walaupun ia tidak dapat dielakkan, anda boleh mula mengamalkan gaya hidup sihat supaya anda tidak menumbuhkan uban.
Mewarna rambut
Walaupun ia menjadikan anda kelihatan lebih segar dan berbeza, mewarnai rambut anda boleh menyebabkan rambut anda kering dan mudah patah. Selain itu, mewarnakan rambut anda dari usia muda mencetuskan pertumbuhan uban.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pada masa ini, kita boleh melihat pelbagai barang tiruan dijual di pasaran tidak kiralah di kedai mahupun di atas talian. Tidak terlepas daripada isu ini, pereka terkenal, Dato Jovian Mandagie turut menjadi mangsa apabila rekaan pelitup mukanya ditiru dan dijual dengan harga murah di pasaran.
Walau bagaimanapun, beliau bersikap positif dan tak mahu menyaman pihak yang tidak bertanggungjawab itu kerana faham pada situasi kini semua orang sedang berusaha untuk menyara kehidupan masing-masing.
Isu #JovianMask ditiru dan dijual merata-rata. Bukan taknak fight, tapi mungkin depa pun tengah susah nak cari income. Kita letgo aja lah case ni. Rezeki saya InsyaAllah banyak lagi dan luas Allah bagi. Kita redha, and move on! Setuju?
Ya Allah, baik sungguh hati Dato Jovian ini. Patutlah rezekinya dalam industri sentiasa mencurah-curah. Buat pihak yang tidak bertanggungjawab itu, bersyukurlah namun jangan berasa selesa apabila beliau tidak mahu mengambil apa-apa tindakan.
Memang niat kita untuk mencari rezeki tapi ingatlah tiada gunanya juga jika tidak mendapat keberkatan daripadaNya. Moga kita semua sentiasa diredhai Tuhan Yang Esa.
Melihat ibu kita tersenyum kegembiraan memang sesuatu yang indah. Apatah lagi, jika kita merupakan punca disebalik senyuman itu.
Seperti yang dilakukan oleh Fatin Syahira Samsuri atau lebih mesra dipanggil Mira, dia telah membuat kejutan dengan menghadiahkan ibunya tiket ke konsert Dato Seri Siti Nurhaliza yang akan berlangsung tidak lama lagi.
My mom’s reaction when i surprised her with @ctdk’s concert tix! Dah sebulan dah beli, penat jugak tahan diri nak surprise tiket ni haha. Niat nak beli platinum tiket sebab lebih senior citizen friendly, lebih selesa untuk mama tapi dah habis ? It’s okay! My mom is still the happiest cutie which makes me so happy!#anakberanakdrama#sitinurhalizaontour#bigfan#countingdays@fiza1209
Seronokkan rasanya apabila melihat orang yang kita sayang tersenyum bahagia! Banyak cara sebenarnya untuk kita membalas jasa dan menggembirakan mereka yang tercinta. Tidak kiralah besar ataupun kecil, yang penting kita usaha dan abaikan kata-kata negatif orang sekeliling. Janji kita happy! Didoakan agar Mira dan keluarga sentiasa dalam lindungan Tuhan. Amin.
Tanggal 24 Mac ini nanti genap setahun komposer arwah Johan Nawawi meninggalkan isteri tersayang, penyanyi Nora Ariffin dan empat orang anak-anaknya. Kerinduan yang tak terbedung menyebabkan Nora sering memuat turun status kenangan bersama arwah suaminya. Ramai yang menganggap status Nora dikatakan sengaja mahu meraih simpati, tetapi hakikatnya status Nora itu jugalah telah dijadikan insprasi buat wanita di luar sana yang senasib dengannya.
Bukan senang untuk kita menerima hakikat kehilangan orang yang tersayang. Lebih-lebih lagi jika sudah bertahun-tahun kongsi hidup bersama. Namun takdir Tuhan telah memisahkan dan siapalah kita untuk menolak ketentuan-Nya. Walaupun pedih tetapi perlu terima hakikat kerana hidup ini perlu diteruskan. Begitu juga perasaan dialami oleh penyanyi Nora yang kehilangan suami tercinta setahun yang lalu.
Bertemu Nora ketika Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Kumpulan Media Karangkraf dan Hud Hud Media, baru-baru ini sempat bertanya isu berkenaan padanya.
Biarpun status dimuat turun itu disalah anggap sesetengah pihak, namun penyanyi besuara lunak ini hanya tersenyum setelah hampir setahun tahun kehilangan insan tersayang di sisi. Sukar untuk menebak hatinya kerana terlihat air mata bertakung di kelopak mata saat di tanyakan soalan itu.
“Bayangkan 24 tahun kami hidup bersama dan dia juga adalah tulang belakang saya. Ibaratnya kalau dulu jatuh ada orang sambut, tetapi sekarang kalau jatuh sakitnya hanya kita yang tahu. Saya kena kuat dan kena tanam semangat. Kadang-kadang saya ada luah perasaan di sosial media tetapi bukan untuk raih simpati atau meroyan. “Tetapi ia sekadar luahan hati. Saya ingat dugaan saya paling berat tetapi rupanya ramai wanita di luar sana lagi teruk ujian yang dihadapi. Ada yang beritahu, mereka lihat saya sebagai inspirasi dalam menghadapi ujian lebih besar. Secara tidak langsung, menjadi tanggungjawa saya untuk mendidik wanta di luar sana yang kehilangan (tidak kira suami, anak, atau isteri) bahawa mereka ini bukan keseorangan. “Kami berkongsi masalah dan apabila baca rupanya ada dugaan lebih berat seperti masalah rumah tangga atau hampir bercerai. Apabila mereka follow cerita saya dan saya selalu tekankan wanita di luar sana agar hargai setiap masa bersama suami anda. “Saya juga sebenarnya tak terfikir bahawa suami saya akan pergi dalam usia 50 lebih dan masa tengah sihat. Oleh sebab itu, selagi mereka ada hargai walaupun ada masanya kita bergaduh kerana tidak semua manusia itu perfect. Kita tidak tahu bila mereka akan pergi tinggalkan kita,” ungkap pelantun lagu Persimpangan Dilema ini sambil tersenyum.
Menurut Nora walaupun sudah hampir setahun kehilangan Johan, tetapi dia memang tak dapat lupakan lelaki yang lama bertakhta di hatinya itu. Malah Nora sentiasa dapat rasakan dia sentiasa ada bersamanya sepanjang masa. “Saya masih dapat rasa dia ada di belakang saya dan melihat apa yang saya buat. Selepas habis tempoh iddah, memang saya meneruskan apa yang telah dirancang selama ini. Memang agak sukar untuk saya bergerak sendirian kerana sebelum ini semuanya Johan yang lakukan. “Tetapi kini saya perlu hidup berdikari sebagai ibu tunggal demi membesarkan dan menyara anak-anak. Ini adalah perkara mengejut tetapi melihat zuriat peninggalan arwah, saya bangun meneruskan kehidupan,” ujar Nora lag. Jika diikutkan dirinya hanya seorang perempuan dan kalau terikut-ikut perasaan sedih memang dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerja. “Pada awalnya memang saya jadi down. Saya tidak boleh fikir apa dan hanya mahu duduk rumah sahaja. Tetapi saya tahu saya tidak boleh berkelakuan begitu kerana banyak tanggungjawab di atas bahu ini. Kalau masa Johan ada, kami akan bahagikan kerja di mana soal anak-anak saya uruskan. “Tetapi kini semua tu terletak di atas bahu saya seorang. Dari sebesar-besar masalah hingga yang sekecik-keciknya perlu saya hadapinya. Sebelum ini kalau soal bisnes dia yang uruskan. Dan kini saya perlu tahu semua urusan dari awal hingga ke akhir proses berkenaan,” ceritanya lagi.
Namun perkara ini sebenarnya memberi hikmah padanya apabila dia dapat belajar segala-galanya. Nyata kehidupan dia bertukar 360 darjah sebagai seorang ibu dan juga bapa hingga perlu memandu sendiri kereta untuk ke pejabat.
“Saya sebenarnya perlu putuskan apa yang terbaik. Saya hendak jalan ke kiri terus meranakan diri atau ke kanan untuk move on. Bagi saya dia pergi ke tempat yang lebih baik dan Allah sayangkannya. Segala perancangan Allah itu juga adalah yang tebaik untuk dia, saya dan anak-anak dan kita tidak tahu perkara itu. “Saya anggap ia sebagai satu yang positif walaupun tahu memang agar sukar untuk melupakannya. Waktu itu saya rasa tiada teman untuk saya kognsi perasaan sedih atau gembira itu. Saya menangis sorang-sorang hinggalah sekarang. Tetapi alhamdulillah saya di kelilingi kawan-kawan dan staf yang baik. Mereka memahami dan dari segi kerja ramai memudahkan urusan saya. “Anak-anak memang menjadi kekuatan saya menghadapi saat ini. Pernah satu masa ketika dalam tempoh iddah 4 bulan hingga ke 6 bulan, saya jadi ‘down’ dan meranakan diri. Tetapi anak-anak datang pada saya berkata ‘mama tak boleh berterusan begini. Kami risau kalau berterusan begini. Papa dah tak ada dan kami tak nak kehilangan mama pula’. “Dari situ saya terus tersedar dan mungkin ketika tu kita hanya pentingkan diri sendiri. Anak-anak sebenarnya mahu melihat saya kuat, steady dan alhamdulillah kini saya juga bekerja 24 jam sehari. Balik malam sorang-sorang dan saya tak pernah terfikir benda ini sebelum ini,” luah Nora lagi yang cukup terkesan dengan kehilangan suaminya 24 Mac tahun lalu.
Dia juga mengakui ketika tempoh iddah adalah waktu cukup sukar baginya. Dia menangis setiap hari setiap malam hingga mata jadi kabur. Nora juga berkata ketika itu tidak mahu bertemu atau bercakap dengan orang. “Bukan itu sahaja, waktu itu, bila anak-anak ajak keluar rumah, pergi cuti atau ajak makan semua saya tak nak. Memang tak ada selera untuk makan apatah lagi memasak. Saya tak sanggup untuk memasak sampai sekarang kerana masih terkenangkan arwah. Biasa dulu kalau saya masak sebab nak sambut hari jadi atau ada keluarga datang dari kampung.
Apabila ditanya pula momen yang paling dirindukan bersama arwah, Nora memberitahu momen itu terlalu banyak.
“Yang paling saya rindukan adalah saat masuk bilik ketika hendak tidur. Hubungan kami terlalu rapat danromantik. Sebe,um tidur tu kami akan selalu beri ‘good night kiss’ dan ‘morning kiss’ apabila bangun tidur. Kadang-kadang apabila balik kerja terpandang kerusi tempat Johan bekerja juga buat saya rasa sedih terasa diri keseorangan. “Tapi saya akan segera ingat Allah itu ada dan saya akan lakukan solat untuk menenangkan diri. Kadang-kadang bila ada masalah atau stress tak tahu nak cakap pada siapa. Ada kalanya saya bercakap seorang diri mengadu masalah yang dihadapi. “Malam-malam pula masa nak tidur, saya selalu berselimutkan dengan jubah arwah dan sampai hari ini tak basuh. Memang sukar untuk mengembalikan semula kekuatan tapi kita sebenarnya perlu reda pada tahap tertinggi. Jangan di mulut saja cakap reda tetapi hakikatnya tidak. “Saya sering berdoa pada Tuhan untuk memberi kekuatan dan permudahkan segala urusan. Secara tak langsung kita boleh lihat Allah itu mudahkan segalanya. Ada sahaja orang yang akan datang tolong. Masalah itu ada tapi dalam keselesaan yang kita boleh hadapinya” tambahnya lagi yang kini sebagai ibu dan ayah kepada anak-anaknya, Mohd Syakir Iman, Mohd Syakir Alif, Putri Nor Dahlia dan Putri Nur Fatihah sebelum mengakhiri perbualan. KREDIT FOTO: INSTAGRAM NORA ARIFFIN
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.