Waktu-waktu menghabiskan cuti hujung tahun ni, bila waktu petang mesti rasa nak mengunyah sesuatu sambil meluangkan masa bersama keluarga atau ketika ‘movie marathon’ di Netflix kan.
Tapi tak kan lah tiap-tiap hari nak makan cekodok untuk minum petang kan? Bosan! Kadang-kadang tekak ni teringin juga nak hi-tea ala-ala mat salleh gittew~
Hi-Tea Ala Mat Salleh Dengan Hidangan Mewah Ini!
Sesekali apa kata Hijabi tukar selera dengan cuba resipi-resipi baru yang banyak ditularkan dilaman sosial, bahan-bahan pun senang nak jumpa, paling best, sedap dan cara nak masak serta penyediaanya pun mudah je!
Selalu kita dengan lasagna ayam dan daging kan? Tapi itu dah terlampau biasa, jadi tak salah kalau sesekali hijabi lari dari kebiasaan, untuk penggemar seafood. Jom cuba buat ‘Fish Lasagna’ untuk hidangan minum petang!
Hidangan Hi-Tea: Fish Lasagna
Bahan A:
1 ikat bayam
1 biji bawang merah (dihiris)
3 biji bawang putih (Dicincang)
1 sudu besar cuka makan
1 sudu kecil serbuk cili
Garam dan lada hitam secukup rasa
Bahan B:
3 sudu mentega
2 sudu besar tepung gandum
2 ½ cawan susu segar
½ cawan parutan parmesan cheese
1 peket kulit Lasagna
1 peket Alaska Pollock Fillet
Garam dan lada hitam hitam (secukup rasa)
Dah siap sediakan semua bahan? Kalau dah, ini dia langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memasak ‘Fish Lasagna’ tu.
Artikel berkaitan: Resipi Kentang Bakar Berempah Guna Air Fryer, Alternatif Masak Tanpa Guna Banyak Minyak
Kalau tak nak masakan tak jadi, jangan derhaka pada resii sis! Ikut je seketul-seketul apa yang diarahkan, confirm jadi punya!
Cara Penyediaan Fish Lasagna
1. Tumis bawang putih & bawang merah sehingga naik bau.
2. Masukkan bayam dan diikuti dengan cuka, serbuk cili dan garam dan lada hitam secukupnya.
3. Tumis sehingga layu dan ketepikan.
4. Cairkan mentega di dalam pan dan masukkan tepung gandum dan kacau sebati sehingga mendidih.
5. Masukkan susu sedikit demi sedikit dan kacau.
6. Setelah mendidih masukkan cheese ke dalam adunan bersama garam dan lada secukupnya (Elakkan garam terlalu banyak kerana cheese parmesan sudah masih).
7. Setelah sebati letakkan ke tepi.
8. Goreng Alaska Pollock Fillet selama 7 minit.
9. Tuangkan sos putih tersebut ke dalam loyang dan susun beberapa keping kulit lasagna sehingga menutupi sos, lapiskan sayur, kemudian Alaska Pollock Fillet di atas.
10. Ulangi langkah tersebut dan lapisan terakhir letakkan kulit lasagna dan taburkan parmesan cheese.
11. Bakar di dalam air fryer selama 30 min pada suhu 195 Celcius.
Sumber: Oh My Media
Artikel berkaitan: Yatie Kitchen Kongsi Resipi Menu Daging Masak Harimau Menangis, Boleh Cuba Masak Di Rumah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI