Daging harimau menangis, walaupun harganya agak mahal namun ia memberikan kepuasan yang tersendiri bagi mereka yang gemarkan sajian berasaskan daging. Bahagian daging harimau menangis ini adalah bahagian yang paling lembut.

Penggunaan daging adalah berbeza mengikut potongan dan kegunaan. Di Asia termasuk Malaysia, daging lembu banyak digunakan sebagai makanan berempah dan bersantan seperti sup tulang, kari daging, masak kuzi, sate dan juga rendang.

Photo by Shameel mukkath from Pexels

Berikut bahagian-bahagian daging mengikut kegunaan menu masakan:

Chuck

Chuck atau lebih dikenali sebagai shoulder (bahu) lembu antara bahagian yang mempunyai tekstur daging yang lembut tetapi kelembutannya tidak setanding bahagian Rib, Short loin atau Sirloin.

Biasanya sesuai dipanggang di dalam ketuhar (broiled) atau dipanggang terus di atas api (grilled). Untuk potongan yang agak tebal, boleh dimasak dengan cecair menggunakan periuk seramik.

Rib (Tulang Rusuk)

Rib merupakan potongan premium yang paling digemari. Antara potongan yang sesuai untuk masakan steak adalah Ribeye, Back Ribs dan Ribeye Filet. Selalunya, daging dibahagian tulang agak manis dan mempunyai rasa yang unik.

Short loin

Terletak di bahagian belakang lembu di tengah tengah badan lembu. Antara potongan steak yang digunakan dibahagian ini adalah Porterhouse Steak, T-bone steak dan Strip Steak.

Di sini juga terletak bahagian paling disukai oleh ramai iaitu Terderloin atau dikenali sebagai daging ‘batang pinang’. Mempunyai tekstur daging yang lembut dan tiada lapisan lemak.

Sirloin

Bahagian ini merupakan antara bahagian daging paling lembut. Otot ini paling kurang bergerak menyebabkan bahagian ini merupakan daging yang paling lembut. Antara potongan yang terbaik untuk membuat steak dari bahagian ini adalah Tri-Tip Steak, Top Sirloin Filet, Top Sirloin Steak dan Sirloin Steak.

IKLAN

Terdapat bahagian unik di mana daging yang bercampur dengan lemak tidak tepu yang membuatkan daging ini mempunyai rasa lemak (buttery) setelah dimasak. Daging ini terletak di bahagian celah paha bahagian kaki belakang lembu dan dikenali sebagai daging ‘harimau menangis’. Harganya dinilai dengan tinggi kerana ia terhad kerana kedudukannya hanya berada dua bahagian pada seekor lembu yang disembelih.

Round

Merupakan potongan daging di bahagian kaki belakang hingga ke punggung lembu. Bahagian ini selalu bergerak dan dagingnya agak pejal dan liat sedikit berbanding potongan bahagian lain.

Antara potongan yang digunakan untuk steak adalah Top Round Steak, Bottom Round Roast, Rump Roast, London Broil dan Eye of Round Steak. Daging dimasak dengan kaedah masak di dalam ketuhar (broiled).

Plate

Bahagian potongan ini adalah terletak di bawah rib seperempat bahagian perut lembu. Biasanya daging ini agak liat, mengandungi lemak dan dijual pada harga rendah berbanding bahagian lain. Sesuai untuk masakan yang mengambil masa agak lama seperti masak stew dan rendang.

IKLAN

Brisket

Bahagian ini terletak di bawah bahagian bahu hingga bahagian dada lembu. Ini juga otot yang banyak bergerak dan dagingnya agak liat berbanding bahagian lain. Sesuai untuk jenis masakan yang mengambil masa lama atau merebus.

Shank

Potongan bahagian ini merupakan daging bahagian kaki. Ianya daging yang mempunyai otot yang paling pejal, mempunyai bahagian urat dan agak liat. Juga sesuai untuk masakan yang mengambil masa yang lama atau merebus.

Flank

Bahagian ini terletak di sebelah bawah di antara perut dengan bahagian kaki belakang lembu. Lapisan permukaan lemak telah diasingkan pada bahagian kanan. Potongan ini agak panjang dan rata.

Antara hidangan yang menggunakan potongan ini adalah London Broil atau alternatif daging yang digrill yang dimakan bersama fajitas atau wrap. Dagingnya juga setanding potongan premium yang lain.

Berikut perkongian Yatie Kitchen tentang resipi dan cara-cara memasak daging masak harimau menangis.

IKLAN

Menu PKP 2.0 Day 2: satu hari satu resipi, boleh? Resipi Daging Masak Harimau Menangis ada dalam Buku Resipi Edisi 1, saya tulis resipi ni pada tahun 2018, ketika tu saya makan di kedai siam tepi jalan aja, sedap sungguh , saya pon kaji la apala dia letak dalam masakan daging tu, ada masam-masam, ada rasa black pepper, rasa halia sikit ,saya pon cubalah masak dekat rumah.

Alhamdullillah menjadi cara saya, kenapa nama resipi ni Harimau Menangis , tukang masak tu cakap bahagian Daging yg digunakan adalah bahagian Yg dinamakan Harimau Menangis – bahagian yg lembut, kita menangis kan selalu letak di bahu … A shoulder to cry on , oh gitu ceritanya. Selamat Mencuba.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yatie Kitchen®️ (@yatiekitchen)

HIJABISTA: Walaupun harga daging bahagian ini agak mahal namun ia paling cepat empuk. Tidak perlu masak lama-lama. Sesekali ‘labur’ sedikit duit untuk kepuasan selera tiada salahnya.

Sumber kredit: Yatie Kitchen   Alaf 21

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI