DYYM Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memang cukup disayangi rakyat jelata dek kerana sifat mereka yang begitu penyayang dan berjiwa rakyat.
Bukan hanya baginda berdua, nampaknya keperibadian mulia ini turut diwarisi oleh anakanda-anakanda baginda juga. Pada tarikh 17 September 2020, genaplah usia salah seorang putera baginda berdua iaitu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang ke 25 tahun.
Sebagai seorang ibu, Tunku Azizah telah menitipkan ucapan yang penuh kasih sayang berserta doa buat anakandanya yang tercinta itu dan mengharapkan segala yang baik-baik akan hadir untuknya.
Ads
Ads
Happy 25th Birthday Hassanal Ibrahim Alam Shah …. semoga allah sentiasa cucur rahmat dan keampunan ….. murahkan rezeki, sihat waalfiat, diberi petunjuk, taufik dan hidayah …… dan yang penting, di temukan dengan sebaik-baik jodoh , wanita yang solehah , beriman dan bermaruah mulia … ini doa seorang IBU …. saya bersyukur kehadrat Ilahi yang telah mengurniakan saya Hassanal … besar dah anak Mamma ! 😘
Sungguh indah doa yang dititipkan oleh Tunku Azizah buat anakandanya itu. Hijabista juga ingin mengucapkan selamat hari keputeraan yang ke-25 tahun buat Tengku Hassanal. Moga terus menjadi pemimpin yang disenangi rakyat dan sentiasa berada dalam lindungan Tuhan. Amin Ya Rabb.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Nama Ariani Nisma Putri atau Putri Ariani pernah menjadi fenomena apabila tular klip video memaparkan dirinya, seorang gadis istimewa berasal dari Indonesia yang berjaya memberikan persembahan memukau dalam siri realiti televisyen America’s Got Talent (AGT).
Putri Ariani berjaya membuktikan kelainan upaya yang dimiliki bukanlah halangan untuk dirinya menempa kejayaan di persada antarabangsa.
Nama-nama besar seperti David Foster, Ronan Keating, Peabo Bryson dan Leona Lewis pernah berkolaborasi dengan gadis berusia 18 tahun ini.
Terbaharu, Putri Ariani mengumumkan dia bakal mengeluarkan video persembahannya bersama pemuzik kelahiran United Kingdom, Alan Walker dan penyanyi Peder Elias.
Menerusi muat naik di Instagramnya, Putri Ariani telah menyiar semula posting Alan Walker yang memaparkan foto dirinya bersama dua pemuzik terkenal itu.
Tak nafikan ketika ini kita perlu berhati-hati kerana jumlah angka jangkitan Covid-19 kian meningkat. Apa yang boleh kita lakukan, keluar rumah bila ada perkara penting sahaja. Jika tidak, lebih baik duduk diam-diam di rumah.
Berikut perkongsian Syafiq Shukri
“PREVENTION IS BETTER THAN CURE” Beribu orang akan guna Bank & Stesen Minyak setiap hari.
Amalkan Hand Sanitizer sebelum & selepas pakai glove.
p/s : Corona Virus hanya merebak melalui sentuhan
Abg skang mmg ON mood ‘Paranoid’ sebab hakak korg tgh mengandung 8 bulan ni.. Doakan kami semua selamat ya.. Take care gais‼️
Note : Ramai tanya kenapa pegang duit guna tangan kosong??
>>> Sebab aku dah pegang pintu bank, keyboard atm & screen atm guna tangan glove.. jadi selepas selesai semua boleh cuci dan sanitized tangan serta duit ya..
Umur bukan penghalang untuk berjaya dalam bidang pelajaran sekiranya seseorang itu mempunyai niat untuk belajar. Jangan pernah jadikan umur tua atau muda sebagai penghalang atau alasan untuk mencapai kejayaan.
Setiap kejayaan tidak akan dapat dicapai dengan mudah tanpa usaha dan hasil kerja keras. Umpama menaiki tangga, selangkah demi selangkah kaki perlu diangkat untuk berada di puncak.
Begitulah kisah seorang wanita yang telah mengejutkan dunia, Joyce Viola DeFauw yang berusia 90 tahun; apabila berjaya menamatkan pengajian di Universiti Illinois Utara walaupun usianya sudah menghampiri seratus tahun.
Di majlis konvekesyen Universiti Illinois Utara yang diadakan Ahad lepas, DeFauw dilihat berjalanmelintasipentasuntukmenerimaijazahnya. Bukan itu sahaja, dia turut mengenakan gaun tamat pengajian hitam dan topi hitam yang dihiasi dengan bintang emas dan tulisan “Super Senior ’22”.
Katanya melaluiGMA,diaberasa“sangatgembiradanbersyukur”keranaberjayamengoraklangkahbesarkehadapan. Dia juga berpesan kepada sesiapa yang mempunyai impian, teruskan mengejar impian tersebut dan jangan dibiarkan terkubur begitu saja.
“Banyak yang anda akan terlepas dalam hidup ini jika tidak benar-benar memanfaatkan peluang yang ada,
“Teruskan, jangan berputus asa. Anda mungkin ingin mengalah tetapi tetaplah bertahan kerana penghujung pasti tiba dan anda akan menjadi pemenang,” ” kata Joyce Viola DeFauw melalui satu temubual bersama GMA.
DeFauw pada awalnya mendaftar diUniversitiIllinoisUtarapadatahun1951,dalamjurusanPendidikanRendahdanEkonomiRumahTangga.Dia ‘tercicir’selepastigasetengahtahunapabiladiamemutuskanuntukberkahwindanmemulakankeluargadengansuamipertamanya.
Setelah kematian suami pertamanya, DeFauw telah berkahwin semula dan mempunyai ramai anak. Meskipun ibu kepada sembilan orang anak yang kini juga nenek kepada 17 dan moyang kepada 26 cicit itu ‘sibuk’ menguruskan keluarga selama bertahun-tahun, tetapi dia tidak pernah melupakan impiannya.
Dia telah memberitahu anak-anaknya bahawa dia menyesal tidak menghabiskan pengajian pada tahun 1950-an dahulu. Kemudian, anak-anaknya telah mencadangkan untuk dia kembali meneruskan pengajaran.
Wanita yang tinggal di Geneseo, Illinois itu telah mendaftar semula di NIU pada pertengahan tahun 2019 dan mula mengikuti kursus dalam talian Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Am dengan Kolej Seni dan Sains Liberal di universiti tersebut.
Bercerita mengenai pahit getir menghabiskan pengajian, DeFauw mendedahkan bahawa dia sering bergelut dengan kursus dan banyak menghabiskan masanya dengan menyiapkan segala tugasan pada setiap hari.
“Kami (rakan sekelas) bertukar idea melalui komputer dan saya mempunyai pengajar yang hebat yang banyak membantu serta membimbing saya. Dengan dorongan semua orang seperti rakan, keluarga, dan guru jadi saya tidak boleh berputus asa,” katanya lagi.
Kisah wanita tersebut telah berjaya menarik perhatian ramai. Bahkan, Presiden Universiti Illinois Utara, Dr. Lisa Freeman telah memuji DeFauw sebagai “inspirasi” untuk orang lain.
“Joyce DeFauw adalah seorang inspirasi, perintis, dan kini graduan Universiti Illinois Utara.
“Dia telah membuktikan bahawa memperoleh ijazah mengubah hidup pada mana-mana umur, dan tidak pernah terlambat untuk mempelajari perkara baharu.” ujarnya.
MasyaAllah, wanita ini sememangnya telah membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk mencapai impian. Dengan usaha serta dorongan orang sekeliling, perkara mustahil semestinya boleh dicapai!
Sumber: Good Morning America
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.