Kita menggunakan aplikasi ini daripada seorang lelaki bertukar menjadi seorang perempuan. Dan fitrah kita lelaki Allah jadikan kita lelaki tiba-tiba kita pergi tukar kepada perempuan dan pergi sebarkan pula di media sosial. Jadi menampakkan keaiban kita daripada muka kita lelaki bertukar perempuan atau perempuan bertukar lelaki, itu hukumnya haram.

Keseronokan warga net menukar jantina walaupun paras rupa melalui aplikasi faceapps dibidas oleh beberapa pendakwa bebas yang mana masing-masing mempunyai pendapat masing-masing.

Ini pendapat beberapa pendakwah bebas tular aplikasi yang merubah paras rupa jantina asal. Tambahnya lagi, walaupun gambar tersebut disunting untuk simpanan peribadi tetapi ianya masih termasuk dalam perbuatan yang dibenci di sisi agama.

Hukum tasyabbuh adalah haram

IKLAN

Jangan jadikan satu trend, aplikasi yang berfungsi untuk menyunting foto wajah lelaki kepada perempuan dan sebaliknya ini semakin ‘galak’ diguna pakai oleh wargamaya sejak akhir-akhir ini.Namun disebalik ‘keseronokan’ warga maya memuat naik foto yang telah disunting itu, pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Syed tampil menjelaskan hukum penggunaan aplikasi berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

Hukum tasyabbuh ( menyerupai) jantina lain walaupun main² Baca betul² dan tolonglah sedor Hukum tasyabbuh adalah HARAM berdasarkan hadis Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ. Daripada sayyidina Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma, katanya, “Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melaknat lelaki yang meniru-niru gaya perempuan, dan perempuan yang meniru-meniru gaya lelaki.” Janganlah meniru² permainan dan gaya hidup orang kafir yg tiada halal dan haram dalam hidup mereka. Apa sahaa aplikasi yg muncul mesti ada yg nak cuba dan tiru dan main² tanpa risau hukum hakamnya Belajarlah, bertanyalah, kita bukan takde ulama dlm Malaysia ini Syed Bakri Al-Yahya #AdeAmbeTakut #BiarTahuJanganDokTahu

A post shared by Syed Bakri Al-Yahya (@syedbakri_alyahyaofficial) on

Menerusi laporan yang dipetik daripada Berita Al-Hijrah, Dr Nur Muhammad Hadi memberitahu tindakan mengubah wajah kepada jantina berlainan dan menyebarkannya adalah haram di sisi agama.

IKLAN

Bukan itu sahaja, walaupun ianya hanya sekadar gambar tetapi tindakan tersebut akan mengaibkan diri sendiri dan menjatuhkan maruah sebagai seorang muslim sekaligus ianya bertentangan dengan fitrah manusia.

IKLAN

Jabatan Mufti Tentukan Hukum

Berhubung hukum penggunaan aplikasi FaceApp yang menukar wajah sehingga mengakibatkan kekeliruan perlu ditentukan oleh mufti melalui Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

Ini kerana, tegas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary, aplikasi yang kini menjadi fenomena itu boleh mengelirukan dan secara prinsip asasnya sebarang usaha yang mendatangkan kekeliruan kepada orang ramai dengan pelbagai cara tidak dibenarkan sama sekali.

“Sebarang keputusan mengenai penggunaan aplikasi tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Mufti dalam merungkaikan soal hukum,” katanya pada Majlis Town Hall bersama Pegawai dan Kakitangan Agensi Agama Wilayah Persekutuan di Kompleks Darul Kifayah .

SUMBER: Berita Al-Hijrah, PU Syed Bakri AL-Yahya

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI