Setiap manusia punyai masa silam dan zaman jahil masing-masing yang tidak perlu diwar-warkan kepada umum kerana ia seolah membuka pekung didada dan mencanang aib yang telah Allah tutup rapi demi menjaga air muka umatnya.
Begitu juga dengan apa yang dialami seorang hijabi dari negara jiran, Indonesia yang dikenali sebagai ‘Mondy Tatto’ apabila dia yang dahulunya gemar mencacah tatu kekal pada setiap bahagian tubuhnya termasuk wajah, akhirnya menerima hidayah untuk kembali ke pangkal jalan.
Ebit Lew Antara Yang Bertanggungjawab Membimbing Mondy Ke Pangkal Jalan!
Perubahan drastik dari segi penampilan Mondy yang kini terlihat begitu sopan, lengkap bertudung labuh telah berjaya menarik perhatian dan menjadi buah mulut warganet dari Indonesia hingga ke Malaysia.
Perkara berkenaan mulai tular di laman Tik Tok milik Mondy sendiri apabila dia memuatnaik video dirinya, yang cantik berpakaian labuh longgar, patuh syariah lengkap bertudung labuh diiringi oleh beberapa rakan yang lain di sebuah lokasi.
Dalam video berkenaan, turut kelihatan sosok yang tidak asing lagi iaitu pendakwah bebas popular dari Malaysia, ustaz Ebit Lew yang turut berada di lokasi sama.
Hijabista difahamkan bahawa Ustaz Ebit merupakan antara figura yang bertanggungjawab diatas penghijrahan gadis tatu, Mondy hingga mencetuskan pelbagai respon dan maklumbalas dari orang ramai.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, Hijabista mendapati bahawa, kebanyakan netizen membanjiri ruangan komen pada hantaran berkenaan dengan menzahirkan rasa syukur dan gembira terhadap perubahan positif kearah lebih baik yang dilakukan Mondy terhadap penampilannya sebelum ini.
Selain itu, ramai dikalangan wargamaya turut mendoakan agar segala urusan Mondy dipermudahkan oleh Allah dan semoga dirinya terus kuat dan istiqamah menutup aurat dan meneruskan penghijrahanya ke arah yang lebih baik.
Tidak dapat dinafikan setiap wanita mahu memiliki kulit yang cantik, mulus dan berseri. Pelbagai jenis produk boleh didapati di pasaran tetapi anda perlu tahu dahulu jenis kulit anda sebelum membeli sesuatu produk itu. Bimbang tidak sesuai dan akhirnya menimbulkan masalah lain pula. Miliki kulit yang mulus & ‘flawless’, hanya dengan serbuk kulit kayu manis, ini rahsia Anis atau lebih mesra dengan panggilan Nonones.
Pemilik Tudung Ruffle ini, dahulu dia pernah tersilap langkah kerana tersalah memakai produk akibat terpengaruh melihat wajah rakannya yang licin apabila menggunakan produk tersebut. Akibatnya, Anis terpaksa berhadapan dengan masalah kulitnya yang ditumbuhi jerawat.
Menurut Anis, kejadian tersebut sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada Anis untuk terus berhati-hati dalam memilih sebarang produk untuk kulit. Kini, alhamdulillah kulitnya sudah pulih.
Tidak dinafikan bahawa Anis sangat teliti dalam penggunaan produk pada wajahnya. Jangan terkejut jika dikatakan Anis hanya menggunakan pencuci muka sahaja untuk mencuci mukanya. Tiada toner, moisturizer atau sebarang serum. Agaknya macam mana nak dapatkan kulit yang cantik macam Anis ya?
“Sebelum tidur, Anis akan pastikan Anis bersihkan makeup terlebih dahulu jika ada makeup yang Anis pakai pada hari itu. Jika tidak, Anis akan cuci muka seperti biasa menggunakan pencuci muka.
Anis memang tiada pakai sebarang produk muka lain kecuali sabun pencuci muka sahaja. Agak trauma juga nak pakai sebarangan produk kerana bimbang kejadian lama berulang,” ujar Anis sambil tersenyum manis.
Hijabista turut bertanya Anis tentang petua untuk memiliki kulit yang cantik sepertinya. Katanya, sebelum tidur perlu pastikan wajah dicuci dengan bersih. Jika tidak, pasti akan tumbuh jerawat pada keesokan harinya. Selain itu, Anis juga kerap melakukan facial dan hanya akan gunakan produk yang beautician cadangkan kerana hanya mereka yang tahu apa yang terbaik untuk kulit kita. Anis akan melakukan facial sekurang-kurangnya dua kali sebulan.
Rahsianya, hanya gunakan serbuk kulit kayu manis. Anis akan letakkan serbuk kulit kayu manis pada parut jerawatnya dan dalam masa lebih kurang seminggu, parut tersebut akan pudar dan hilang.
Wow, petua yang mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Kalau anda ada masalah seperti Anis dahulu, boleh cuba lakukan petua ini. Namun si cantik manis ini tidak menyarankan petua ini untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitif, sebaiknya rujuk kepada pakar kulit kerana bimbang bahan alami bukan sesuai untuk semua jenis kulit. Malah Anis akui rutin ini dilakukan ketika perlu sahaja!
Hijabista sendiri kagum dengan tubuh langsing yang dimiliki Anis. Rupa-rupanya, sejak dari kecil lagi keluarga Anis memang sudah mengamalkan pemakanan yang sihat serta mengurangkan pengambilan makanan yang berminyak dan bersantan.
Malah, Anis juga amalkan memakan ulam dan sayur-sayur yang direbus. Jadi bila sudah terbiasa daripada kecil,cara pemakanan ini terus dibawa hingga kini. Patutlah Anis maintain kurus dan cantik!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tarikh keramat yang dinantikan Si Fashionista setiap tahun 11.11, pelbagai tawaran hebat berada di mana sahaja laman sesawang. Apa yang menariknya 11.11 ini masa untuk hijabi hilangkan kekusutan untuk bergaya.
Tambahkan koleksi pakaian dan item suai padan anda dengan pembelian menarik pada 11.11 ini. Apa yang menarik Hijabista ingin kongsikan pada 11.11 ini lebih dari jenama antarabangsa menawarkan diskaun hebat.
ZALORA, destinasi fesyen dan gaya hidup dalam talian Asia berkongsi risalah ringkas mengenai beberapa tawaran besar dan hadiah percuma menjelang kempennya yang berlansung dari 1 hingga 14 November di tapak e-dagang. Pelbagai tawaran dan diskaun sehingga 80% untuk semua kategori termasuk pakaian, aksesori, kasut, sukan, kanak-kanak dan gaya hidup.
“Jualan ZALORA 11.11 ini, kami meraikan pelanggan kami dengan bekerjasama dengan jenama terbaik untuk menganjurkan acara beli-belah yang paling dinanti-nantikan pada tahun ini. Nikmati diskaun dan tawaran dengan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa. Anda pasti teruja dengan inisiatif tambahan yang melengkapkan acara seperti permainan dan hadiah pada platform strim langsung Z-Live baharu. Jualan ZALORA 11.11 menghubungkan anda dengan lebih banyak produk yang tulen dan berkualiti tinggi.
Penambahan diskaun ialah baucar bersaiz besar dan tawaran pulangan tunai yang akan memberi ganjaran lagi kepada pembeli semasa Jualan ZALORA 11.11. Pemburu tawar-menawar yang bijak juga akan bergembira dengan banyak hadiah yang berlaku sepanjang minggu kempen dengan bermain permainan di zalora.com serta mengikuti kemas kini secara dekat pada akaun media sosial ZALORA.
Jualan ZALORA 11.11 juga akan menganjurkan satu siri program strim langsung di Z-Live, di mana jenama menawarkan tawaran baucar kilat, hadiah eksklusif dan sorotan istimewa mengenai produk, seperti jenama terbaik seperti Laneige, Adidas, Vans, Converse, Puma dan banyak lagi boleh menggunakan kod baucar yang berlaku secara langsung di rancangan Z-Live.
Pelbagai program di musim jualan dengan pemberi pengaruh dan pelanggan sama-sama berkongsi barangan yang mesti dimiliki dan penampilan terpilih melalui platform media sosial ZALORA. Jualan ZALORA 11.11 berlangsung dari 1 hingga 14 November di aplikasi dan laman web ZALORA www.zalora.com.my.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Serum merupakan cairan yang diperkaya bahan aktif seperti antioksidan dan peptida yang mampu menembus ke dalam kulit untuk memelihara serta meremajakan kulit. Tekstur serum ini sangat ringan dan cepat diserap. Tingkat resapannya bahkan lebih tinggi dibanding produk skincare seperti pelembap dan lain sebagainya. Salah satu produk serum memang dibuat untuk tujuan mengatasi masalah kulit seperti jerawat.
Anda pasti tahu manfaat serum, tetapi masih tidak tahu memilih serum yang terbaik untuk kulit berjerawat. Kulit berjerawat bukan mudah untuk mengoleskan sesuatu krim mahupun bahan lain. Kulit yang merengsa kemerahan memerlukan perhatian lebih. Berikut ini adalah poin-poin yang penting anda perhatikan sebelum memilih serum tersebut.
Pilihlah serum yang mampu meredakan jerawat dengan kandungan anti bakteria atau anti inflamasi
Serum yang mengandung salicylic acid atau tea tree oil sesuai dengan kulit berjerawat. Begitu juga serum yang mengandung vitamin C. Kandungan-kandungan ini boleh membersihkan pori-pori dari kotoran dan mengatasi minyak berlebihan. Selain itu, pertumbuhan bakteria penyebab jerawat juga boleh dikawal.
Serum memiliki jenis dan tekstur yang pelbagai. Sekiranya ingin mengatasi masalah jerawat, perlu pilih serum yang teksturnya cair dan ringan. Supaya serum lebih cepat meresap di kulit anda dan tidak menimbulkan kesan berminyak di kulit.
Bahan-bahan yang sering dicampurkan pada serum seperti minyak, mineral oil, pewangi, pewarna, paraben, dan alkohol. Dalam memilih serum untuk kulit berjerawat, anda harus perhatikan bahan-bahan yang terkandung di dalamnya. Bahan-bahan tersebut kurang sesuai untuk kulit berjerawat kerana boleh merengsakan jerawat. Jadi, pilihlah serum dengan kandungan zat aditif seminimal yang mungkin.
Jika kulit anda berjerawat dan juga sensitif, harus lebih berhati-hati memilih serum. Pilihlah serum yang tidak akan ada kesan sampingan. Anda boleh menguji adakah produk serum tersebut sudah melalui patch test, allergy test, dan hypoallergenic cosmetic test. Setidak-tidaknya, produk tersebut sudah teruji selamat digunakan.
Perlu juga tahu bagaimana cara untuk aplikasi serum yang betul agar khasiat serum menyerap ke dalam kulit secara efektif.
Mudah kan cara menggunakan serum? Tidak perlu pakai secara berlebihan ya. Cukup 2 kali sehari, kerana serum mengandung nutrisi yang banyak.
Antara serum di pasaran dari bajet hingga yang high end terbaik untuk melegakan kulit yang berjerawat terbaik dari drug store.
Kaya dengan nutrisi dari daun dan biji teh hijau Jeju. Rekomendasi serum ini di bawah bajet untuk mengatasi jerawat anda. Kandungan 100% green tea Jeju segar yang akan menutrisi kulit secara mendalam dan memberikan kelembapan agar kulit lebih anjal.
Teknologi pelembap dari green tea segar dan green tea seed oil akan memberikan kelembapan dan membentuk lapisan berganda di kulit anda. Innisfree Green Tea Seed Serum ini memiliki tekstur yang sangat cair dengan warna transparan yang agak kekuningan. Juga mudah meresap di kulit dengan aroma wangi yang segar.
Serum untuk kulit berjerawat ini memiliki bahan acid sebagai pengelupas, iaitu AHA, BHA, dan PHA. Ketiganya berperanan dalam mengangkat sel-sel kulit mati, membersihkan pori, mencerahkan, dan memperbaiki tekstur kulit wajah agar lebih halus. Selain kandungan asid, kandungan tea tree yang sangat baik untuk meredakan jerawat agar tidak meradang, mengecutkan jerawat dengan cepat dan kering. Tea tree ini adalah bahan yang bagus untuk mengawal sebum dan menenangkan kulit.
Sesuai namanya, produk ini memang memiliki kandungan salicylic acid yang merupakan baik untuk pengelupasan membersihkan jerawat dan pori-pori. Produk ini mampu membersihkan pori dari sel kulit mati dan juga minyak berlebih yang menjadi penyebab munculnya jerawat.
Bukan itu sahaja, serum ini juga berfungsi sebagai anti inflamasi dan anti bakteria yang membantu mengatasi jerawat muncul kembali juga bekas jerawat. Produk ini pun memiliki kandungan citric acid yang berfungsi sebagai anti aging. Dengan pemakaian teratur, kulit anda lebih mulus dan bersih.
Produk ini kurang sesuai untuk kulit sensitif, kerana kandungannya boleh jadi terlalu keras. Serum ini pun baik digunakan di malam hari, kerana kandungan asid di dalamnya cukup sensitif terhadap sinar matahari. Kecuali jika anda memakai sunscreen dengan baik.
Untuk mengatasi masalah jerawat, anda boleh juga memakai serum tea tree dari The Body Shop ini. Serum wajah ini memiliki tekstur ringan dengan kandungan Community Trade Organic Tea Tree Oil dari Kenya. Fungsinya adalah untuk membantu mengatasi jerawat, membuat wajah terasa lebih halus dan bersih, serta mengawal minyak dengan mengurangi kilap di wajah.
Kemerahan di wajah kerana jerawat juga boleh berkurang dengan memakai serum ini. Dalam waktu 4 minggu pemakaian, hasilnya kulit yang lebih bersih, mulus, dan bebas jerawat.
Sebilangan besar serum Vitamin C pasti akan berubah menjadi warna coklat tembaga apabila terdedah kepada cahaya matahari, panas, dan udara kerana pengoksidaan. Walau bagaimanapun, perubahan warna ini juga merupakan cara untuk membuktikan kesucian serum Vitamin C anda.
Serum ini mengandungi 21.5% Vitamin C, yang sangat pekat, oleh itu disarankan agar serum disejukkan sebaiknya dibuka. Ini juga menjadikannya sempurna untuk memerangi hiperpigmentasi, perubahan warna, bekas jerawat dan kulit kusam! Bahkan formula ini menjadi tidak melekit dan lebih berkesan dengan senarai ramuannya yang baru.
Sekiranya anda berurusan dengan rosacea, sudah tiba masanya untuk mencuba serum muka drug store terbaik ini. Ia mengandungi ekstrak tumbuhan yang menenangkan dan air mata air termal untuk mengurangkan kemerahan, baik jangka pendek mahupun jangka panjang.
Ya, serum ini betul-betul dapat memudarkan parut jerawat anda, bintik-bintik gelap, dan melasma dengan serum muka. Bahan unggul adalah hidrokuinon, agen pencerah yang menghalang pengeluaran melanin pada kulit. Gunakan sekali sehari untuk mendapatkan semua manfaat pencerahan kulit, tetapi peringatan serum ini agak kuat, jadi langkau yang ini jika anda mempunyai kulit sensitif.
Retinol atau Vitamin A, adalah ramuan lain yang sangat berkesan dan disukai oleh pakar. Pada dasarnya, retinol meningkatkan sintesis kolagen dan membantu memperbaiki semula parut. Secara sederhana, retinol sebenarnya membantu menebalkan kulit dengan meningkatkan penghasilan kolagen. Proses “penebalan” ini kemudiannya akan membantu mengisi kekosongan, menutup bekas luka. Biofinest’s Retinol Serum diformulasikan dengan Vitamin A, C, E, Hyaluronic Acid, Niacinamide, dan Amino Acid Blend. Ia 100% tulen dan organik, dan sesuai dengan semua jenis kulit!
Memasangkan derma-roller anda dengan serum sangat penting kerana ia berfungsi sebagai “penyangga” antara kulit anda dan lonjakan kecil, dan bahkan meningkatkan penyerapan serum. Serum Pembaharuan Intensif Dr Wu dengan Asid Mandelic 18% menyentuh titik manis kerana ia tidak mengandungi bahan-bahan kasar dan ‘reaktif’, tidak seperti serum khas untuk bekas jerawat, yang berpotensi merosakkan kulit ketika digunakan dengan jarum. Ini mempunyai Mandelic Acid yang merupakan versi AHA rata-rata yang lebih ringan, dan kandungan Beta-Glucan dalam serum ini memberikan kesan menenangkan dan menghidrat yang tahan lama.
Derma-rolling dan jarum mikro pada dasarnya adalah jenis amalan penjagaan kulit yang sama. Bergantung pada ukuran paku, ia digunakan untuk merawat keadaan kulit yang berbeza. Walau bagaimanapun, kebanyakan penggelek derma di rumah dilengkapi dengan jarum dalam ukuran (rata-rata 0.5mm) yang akan menyebabkan kecederaan mikro untuk meningkatkan pengeluaran kolagen anda, yang seterusnya membantu menghilangkan bekas jerawat, lingkaran hitam dan bawah mata beg, kulit kendur dan banyak lagi!
Vitamin E adalah nutrien dan antioksidan penting untuk kulit. Ia juga terkenal dengan sifat penyembuhan dan anti-penuaan. Serum Vitamin E Cosmoderm diselitkan dengan Rosehip Oil untuk mempercepat penyembuhan parut, stretch mark, luka bakar dan juga cacar air sambil melambatkan sebarang tanda penuaan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.