Pemberian cahaya mata adalah sebuah penantian yang didambakan oleh setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Anak menjadi bukti cinta serta menambah erat kasih sayang antara pasangan suami isteri.
Pelakon dan usahawan, Mia Ahmad atau nama penuhnya Samihah Ahmad Baderi, 35, telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga, pagi semalam. Berita gembira tersebut dikongsikan oleh suaminya iaitu, Mohd Izham Tarmizi, 32, melalui laman Instagram.
“Assalamualaikum. Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan baby girl anak ke 3 kami,1.25am pagi tadi (Selasa).”
Suami Mia yang juga merupakan penjaga gol Sri Pahang FC tersebut tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih buat semua yang telah mendoakan kesihatan isterinya itu.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakannya. semoga dipermudahkan uruskan kalian semuanya” tulisnya.
Hasil tinjauan Hijabista, peneraju utama Hati Perempuan(2015) dilihat memuat naik video anak keduanya iaitu Iris dua hari lalu. Mia akui ‘beremosi’ mengenangkan hari tersebut merupakan hari terakhir puterinya bergelar seorang ‘adik’. Maklumlah, lepas ini kena tukar status kepada seorang kakak!
“Last day jadi ’adik’ harini… InshaAllah esok title kakak dah dia.. Mommy emotional lah…
“Ya Hafiz Ya Muhaimin.. Yang Maha menjaga dan Mengawasi, daku serahkan anak-anakku, keluarga ku, seluruh isi bumi untuk dijaga dan diawasi oleh Mu.” tulis Mia.
Menjengah ke ruangan komen hantaran yang dimuat naik oleh Izham, rata-rata netizen, rakan artis serta pemain telah membanjiri dengan ucapan tahniah serta mendoakan kesihatan mereka. Bahkan, hantaran tersebut kini telah meraih lebih 19K kesukaan.
“Syukran alhamdulillah..TAHNIAH buat keduanya & lil princess welcome to the world cucunda..doa baby & mom sihat sjhtera & sntiasa dlm lindungan Allah SWT & menjadi anak yg solehah berjaya dunia akhirat..Amin”
“Tahniah Izham dan Mia dapat cahaya mata ketiga semoga dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat..”
Alhamdulillah, Hijabista turut mengucapkan tahniah buat Mia dan suami, tidak lupa untuk mendoakan agar zuriat yang dilahirkan menjadi anak yang solehah kelak dan berjaya dunia akhirat.
Terdahulu, Mia telah berkahwin dengan Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017 serta dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sayf Issa yang berusia 4 tahun dan Iris yang kini berusia 2 tahun.
Apabila diumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksankan oleh pihak kerajaan sejak 18 Mac lalu bakal dilanjutkkan sehingga 14 April 2020. Pengumuman tersebut diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu sidang media khas.
Pelbagai aktiviti turut disarankan oleh kerajaan bagi memastikan kesemua rakyat Malaysia akur dengan perintah yang dikeluarkan. Susulan daripada itu, kesemua rakyat Malaysia berada di rumah dan mengelakkan diri untuk berada di tempat awam.
Menerusi Facebook Penduduk Kuarters Kulim, kesemua penduduk telah mengadakan bacaan Yassin agar wabak Covid-19 yang sedang berlaku bakal berakhir dengan segera. Ini yang dikatakan muafakat membawa berkat. Jarak di antara blok tidak menjadi penghalang untuk mereka melakukan aktiviti keagamaan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ramai yang tertunggu-tunggu resepi berbeza sepanjang Ramadan tahun ini oleh Khairul Aming. Seperti tahun sebelumnya, Khairul Aming mencipta video 30 Hari 30 Resepi.
Menu kongsi yang Khairul Aming cipta bukan sahaja sedap ia juga mudah dibuat. Langkah demi langkah cara membuat setiap menu senang diikuti.
Seperti perkongsian videonya semalam, Khairul Aming berkongsi beberapa resepi air yang memukau netizen dan mudah diikuti. Menu perkongsian Khairul Aming sering mendapat sambutan kerana ianya mudah dibuat. Anda boleh memilih daripada empat menu berbeza, sama ada Teh Bunga Longan, Orange Juice Soda, Bandung Laici & Coconut Shake Gula Melaka.
Nadia Brian, seorang pelakon, juga terjebak dengan mencuba sendiri resepi menu Khairul Aming itu. Dia berkongsi videonya di TikTok dan mendapat perhatian netizen.
Menulis caption “Thank You @Khairul Aming” Dia mengucapkan terima kasih kepada Khairul Aming, atas menu air itu.
Ruangan komen perkongsian menu berbuka itu dibanjiri komen mengucapkan “Terima kasih Khairul Aming kerana menjadi peneman setia sepanjang Ramadan, terus hasilkan konten berkualiti,” komen netizen.
Bukan setakat minuman yang sedap mata memandang, malah penampilan Nadia Brian turut menjadi perhatian netizan. Bukan setakat memuji tapi diiringi doa. Hijabista percaya masanya akan tiba dan hidayah itu hadir bagi hambaNya yang disayangi.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di