Dalam diri kita, pasti ada sifat dan keinginan untuk berubah ke arah kebaikan. Walaupun bukan perubahan yang besar, namun sebagai manusia, perubahan itu yang menentukan pengakhiran diri kita nanti.
Gadis Trivago, begitulah panggilan popular yang seringkali menjadi ‘trademark’ utama selebriti ini. Dahlia Shazwan, seorang personaliti televisyen dan iklan, pengacara juga penerbit berkongsi rasa yang tersirat, di sebalik penghijrahan imejnya yang kini berhijab.
PERMULAAN HIJRAH DAHLIA
Setiap perubahan bermula dengan sebuah persoalan. Persoalan yang menyelubungi diri Dahlia ketika itu ialah dia merasakan seolah-olah ada satu perkara yang kurang dan seakan-akan dia mempunyai hutang dengan Allah S.W.T. Perasaan ini timbul apabila dirinya pulang dari melakukan ibadah umrah.
“Selepas pulang dari umrah pada tahun 2020 bersama-sama dengan ibu dan kakak, saya merasakan seperti saya mempunyai tanggungjawab yang belum lagi dilunaskan. Seperti hutang yang belum diselesaikan.
Rupa-rupanya, ia berkaitan dengan imej saya. Hati mula tidak tenang memikirkan tentang rasa gundah yang timbul di sudut hati, membelenggu fikiran untuk mencari solusi yang tepat. Perancangan awalnya, saya ingin memakai hijab pada bulan Ramadan tahun itu.
Namun, perancangan Allah lebih baik. Seminggu selepas saya pulang dari tanah suci, saya terus mengenakan hijab, pelengkap gaya saya sebagai seorang muslimah,” ulasnya lanjut.
Ads
Tambah Dahlia, dari detik itulah bermulanya proses penghijrahannya memakai hijab hingga ke hari ini.
CARA DAHLIA PERBAIKI DIRI?
Selepas pulang dari umrah pada tahun 2020 bersama-sama dengan ibu dan kakak, saya merasakan seperti saya mempunyai tanggungjawab yang belum lagi dilunaskan. Seperti hutang yang belum diselesaikan
Biarpun kini sudah berhijab, namun Dahlia seringkali merasakan bahawa dirinya masih banyak kekurangan. Masih bertatih dalam mengumpul ilmu akhirat, Dahlia banyak belajar dan sentiasa berusaha untuk menutupi kekurangan diri dengan ilmu yang diperolehinya setiap hari.
“Saya dahagakan ilmu. Oleh itu, saya mencarinya setiap hari di mana-mana sumber yang boleh dipercayai. Saya akan mendengar ceramah ataupun khutbah di Youtube, untuk menyempurnakan diri saya sebagai seorang wanita Islam.
Saya percaya apabila dada semakin penuh dengan ilmu, kita akan menjadi lebih sensitif dengan perkara-perkara yang tidak elok,” tambahnya lagi.
Ads
Dahlia juga turut menyatakan bahawa dirinya kini lebih fokus kepada kemajuan diri daripada menantikan sebuah keputusan dalam mengejar erti kesempurnaan dalam proses penghijrahannya.
“Jika dahulu saya lebih teruja untuk menantikan sesuatu keputusan. Namun, hari ini, saya percaya bahawa Allah S.W.T tidak melihat kepada hasil, tetapi proses perubahan yang kita lakukan itu.
Niat yang kita tanamkan dalam hati itu ialah kunci keberkatan dari-Nya. Ada kalanya, kita terleka dan tergelincir. Namun, jangan mudah mengalah. Bangun dan lakukan semula perubahan yang ingin kita lakukan.”
PERUBAHAN DIRI DAHLIA
Ads
Berbicara mengenai perubahan dalam dirinya selepas berhijrah, Dahlia menyatakan bahawa dirinya lebih sensitif dan mudah peka dengan perasaan orang lain.
“Kita kadang-kala terlupa, sedang kita asyik mengejar membina hubungan baik dengan Allah S.W.T, tetapi kita lupa untuk memperbaiki hubungan sesama manusia. Malah, ia adalah perkara yang sangat penting dan dituntut di dalam Islam,” ujar Dahlia.
NASIHAT
Kita kadang-kala terlupa, sedang kita asyik mengejar membina hubungan baik dengan Allah S.W.T, tetapi kita lupa untuk memperbaiki hubungan sesama manusia
“Usah tunggu untuk berubah, usah juga tunggu untuk mendapat seru, petunjuk mahupun hidayah. Jika anda sudah mula berfikir dan terjentik hati untuk mendapat hidayah, maka itulah seruannya. Maknanya Allah masih sayang pada kita. Jadi, buatlah perkara yang disukai Allah, dan bukan melakukan perkara yang dimurkai oleh-Nya,” kongsi Dahlia menutupi ruang bicara No Turning Back.
Sebagai wanita yang baru berhijab, pasti akan berhadapan masalah untuk menggayakan tudung dengan gaya bersesuaian. Masing-masing pasti ada citarasa tersendiri dalam memilih hijab untuk digayakan supaya stail kelihatan ‘on point’ setiap masa.
Namun sebenarnya tidak kira hijab instan, shawl panjang atau empat segi, masih boleh kita gayakan mengikut keselesaan. Dan yang penting sentiasa nampak kemas dan cantik terletak kemas di atas kepala.
Jangan beri alasan tidak pandai gayakannya, ini kerana hijabi boleh belajar sendiri di laman youtube ataupun page dari mana-mana jenama hijab popular.
Ayuh, lihat video tutorial dari 4 gaya hijab dari tudung berlainan hanya dalam masa 1 minit. Ini boleh dijadikan idea untuk anda gayakan ketika Syawal nanti.
Menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac, ramai penggemar milk tea tidak menikmati minuman kegemaran ini, tetapi rakyat Malaysia tidak menjadikan ini batasan untuk membuat pelbagai aktiviti di rumah mahupun merekacipta resepi sendiri.
Milk Tea yang berasal dari negara Taiwan dan juga Thailand ini menjadi kegilaan kerana rasanya yang berlemak manis dan sedap diminum tidak kira masa. Tetapi, setiap kali mahu membeli milk tea viral ini pastinya perlu beratur panjang! Jangan risau kerana anda sudah boleh buat sendiri milk tea dessert ini di rumah dan boleh minum puas-puas. Melalui perkongsian seorang hijabi E-da Norsyaidah sekali tengok memang rasa nak cuba berkali.
Thai Milk Dessert Viral
Aroi mak mak… uuuuuih! Sekarang tengah viral Thai milk yang artis2 duk makan tu. So kekda try la buat, sbb hari tu husband beli nak rasa boleh tahan juga harga dia,tapi takde la mahal sangat. Tapi buat sendiri lagi berbaloi. Cara ni kekda buat simple-simple je ,so jangan kecam yek, ni versi kekda & hak cipta terpelihara konon good-good jek kan. Memang lagi padu dan terasa lemak-lemak manis dia.
Resepi Thai Milk Viral versi Kekda
1 Tin susu cair carnation ( bagi kekda brand ni sangat sedap sebab padu dia punya rasa lemak-lemak)
1 sudu biji selasih.. rendam hingga kembang dan toskan
1 mangkuk ais
Cara-caranya
1.Masukkan semua bahan-bahan tadi dalam mangkuk berisi ais.. susu pekat tu boleh adjust ikut kehendak masing-masing macam kekda letak ckit je.. sebab jelly tu dah memang manis.
2.Bagi kekda versi ni lagi sedap sbb bau wangi dari jelly raspberry tu + lemak-lemak susu cair tu.. Minum tengah hari panas-panas.. satu mangkuk licin sorang.
Hilangkan kebosanan anak-anak, jom cuba resepi kegemaran untuk merngeratkan silatulrahim. Selamat mencuba!
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon dari tanah seberang, Nikita Willy yang popular di Malaysia menerusi sinetron berjudul Nikita serta Safa dan Marwah satu ketika dahulu.
Menerusi perkongsian video dari akaun Tik Tok Armanmdo_extrada24 yang tular baru-baru ini, memaparkan Nikita mengundang pendakwah Habib Muhammad Syahab untuk mengadakan kuliah agama dirumahnya.
Namun, kecomelan anak lelaki sulung Nikita yang memakai kopiah pada sidang kuliah berkenaan telah berjaya meraih perhatian netizen.
Rata-rata netizen tidak keruan melihat gelagat dan kecomelan yang dipaparkan anak Nikita pada video tular berkenaan, sehingga masing-masing membanjiri ruangan komen pada hantaran tersebut dengan pujian dan doa agar Baby Izz menjadi anak yang soleh buat kedua orang tuanya.
Malah, terdapat juga beberapa netizen yang memuji ketampanan anak Nikita yang dikatakan diwarisi daripada ketampanan suaminya. Ini antara komen pujian yang ditinggalkan warga maya.
“Definisi menikah memperbaiki diri yang sebenar, suka tengok keluarga ini, nikita walaupun artis tapi tiada kontroversi, agama pun kuat.
“Semoga Baby Izz jadi anak soleh yang mampu membahagiakan kedua ibu bapa hingga ke syurga Allah SWT.. Amin..
Selain, netizen juga begitu teruja apabila melihat perkembangan bayi comel itu yang semakin sihat dan tembam. Lebih menarik lagi apabila Baby Izz kini sudah boleh duduk dengan sendiri tanpa sebarang sokongan.
Kehadiran Baby Izz dalam kehidupan Nikita dan suami ternyata menambah seri dan keharmonian rumah tangga bagi pasangan ibu bapa muda itu. Sehingga ada netizen yang menyifatkan rumah tangga pasangan itu kini lebih sempurna dengan kehadiran cahaya mata yang begitu comel.
Untuk rekod, pelakon berusia 28 tahun itu, kini sudahpun bergelar seorang ibu, setelah melangsungkan pernikahan bersama jejaka pilihan hatinya Indra Priawan pada tahun 2020, dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Issa Xander Djokosoetono.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...