Umum sedia maklum, sejak bergelar isteri, penyanyi Zizi Kirana sememangnya manja dan mengambil tahu perihal suaminya, Yusuf Bahrin. Malah, sekiranya lapang Zizi kerap dilihat menemani suami di set penggambaran.
Terbaharu, pemilik nama Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil itu, mengejutkan wargamaya apabila memuat naik sebuah ciapan di laman Tweeter miliknya sekaligus menimbulkan persoalan dan tanda tanya dikalangan netizen.
Lelaki Panjang Akal, Pandai Bohong?
Menerusi ciapan itu, Zizi berkata dalam ceramah seorang ustaz memaklumkan bahawa wanita sering menggunakan perasaan mereka, oleh itu, mood wanita sering berubah-ubah hingga mendatangkan ketidakstabilan emosi.
Manakala, kaum lelaki pula lebih banyak menggunakan akal fikiran untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan seringkali ‘panjang akal’ terutamanya ketika berbohong.
Pada ciapan lain, pelontar suara lagu Eh itu juga membuat penegasan bahawa mereka yang sudah terbiasa menipu, akan selamanya menjadi penipu, kemudian mempersoalkan mengapa kehidupan menjadi tidak tenang.
Dua ciapan yang dibuat zizi kirana ini menimbulkan persoalan hingga menjadi perdebatan hangat yang dibualkan netizen. Siapakah lelaki yang dimaksudkan oleh Zizi itu? Adakah ‘tweet’ itu bertujuan untuk memerli seseorang?
Rupanya ‘Tweet’ Zizi Itu Kerana Terpengaruh Dengan Sinetron Dan Kes Brigadir Joshua!
Sedar ciapan berkenaan menimbulkan pelbagai spekulasi negatif terhadap rumahtangga dan suaminya, Zizi tampil memberi penjelasan bahawa ‘tweet’ berkenaan hanyalah kerana dia terlalu terbawa emosi ketika menyaksikan sinetron dan kerana mengikuti perkembangan kes Brigadir Joshua.
Ads
Penyanyi berusia 37 tahun itu juga meminta maaf, sekiranya hantaran yang dilakukan dilaman Twitter itu telah menimbulkan salah faham sehngga tercetusnya spekulasi dan tanggapan liar orang ramai terhadap perkahwinannya.
Terdahulu, timbul ura-ura yang menyifatkan Zizi sebagai seorang yang cemburu, ini keraba dia kerana kerap dilihat menemani suaminya, Yusuf Bahrin bekerja.
Bagaimanapun, Zizi telah tampil dan menolak dakwaan berkenaan dan menjelaskan bahawa dia hanya menemani suaminya jika jadual harianya senggang dan ketika mempunyai kelapangan.
Ads
Untuk rekod, Zizi telah mendirikan rumah tangga bersama Yusuf Bahrin pada 19 September tahun lalu, selepas satu bulan bernikah secara sah.
Melalui fasa puasa bukan mudah jika tidak dibekalkan dengan keimanan tinggi. Walau bagaimanapun cara pemakanan haruslah yang sihat. Dan puasa juga mampu menurunkan berat badan dengan diet yang sinat.
Walau bagaimanapun Amanda Meixner blogger nutrisi pemakanan kongsi regimen penurunan berat badan melalui makanan yang diproses, kalori-padat dengan makanan yang lengkap dan semula jadi.
Hijabista berkongsi beberapa swap makanan mudah dan murah yang akan membantu anda mengubah cara pemakanan anda tanpa harus menjalani regimen diet sengsara dan tidak perlu melepaskan makanan kegemaran anda.
Diet tidak semestinya bermaksud kelaparan bermati-matian. Ini hanya akan membuat anda sentiasa berfikir tentang makan dan akhirnya bingung serta merusingkan diri anda! Jauhi persepsi diet mengisi perut dengan sayur-sayuran sahaja sebaliknya boleh gantikan dengan bahan bakar seperti protein, lemak, dan jumlah karbohidrat yang betul akan membiarkan anda kenyang.
Bersalah makan makanan beku atau bungkus dari trak makanan? Tukar rutin makan siang anda dan mula menyediakan makanan sendiri. Makanan buatan sendiri lebih sihat dan kuantiti lebih banyak dari makanan segera.
Membuat sedikit perubahan dalam makanan dalam membuat satu perbezaan yang besar. Walaupun yogurt berperisa menambah 28 gm gula dengan 6 gm protein, bertukar kepada yogurt Yunani yang mengandungi buah-buahan segar dan anda telah menggunakan hanya 9 g gula dengan 21 g protein.
Jem yang dibeli terus dari rak runcit adalah bukan sekadar sebotol penuh gula, tetapi sebotol penuh dengan sirap jagung fruktosa tinggi dan pengawet lain. Berbanding dengan buah berry yang segar dan ada sifar perubahan rasa dengan penjimatan tak terhingga pada kadar gula yang digunakan.
Fruktosa adalah bentuk gula yang merosakkan. Sirap Agave sangat halus dan mengandungi fruktosa tertinggi dalam mana-mana pemanis komersial. Sirap maple organik, kurang diproses dan juga memberi anda 24 antioksidan yang membantu menguatkan metabolisme.
Anda akan berfikir bahawa bertukar-tukar beg cip atau Doritos dengan semangkuk penuh popcorn tidak akan membezakan malam menonton wayang. Bezanya apa? sekeping chip mengandungi 50 kalori, 9 gm lemak, 16 karbohidrat, dan sangat diproses. Popcorn sebaliknya hanya mempunyai 93 kalori dan bukan popcorn sahaja! Taklah rasa bersalah makan popcornkan.
Setiap mocha yang anda gemari mempunyai 400 kalori dengan 61 gm gula, yang baru-baru ini dikurangkan kepada 49 gm. Bagaimanapun, jangan risau! Anda masih boleh minum kopi, tetapi kali ini menggunakan santan hanya dengan 25 kalori dan 2 gm gula untuk menyelamatkan kalori anda. Boleh buat permintaan di stor starbuck ni!
Sangat baik untuk penggemar burger. Hanya langkau bun itu dan bungkus dagingnya sahaja dan anda telah menyelamatkan 18 gm karbohidrat.
Apa cara sekalipun teruskan mengambil gambar mangkuk dan buah-buahan yang direka dengan indah. Walau bagaimanapun, pastikan anda memakan bahagian yang betul, walaupun ia sihat.
Kehilangan berat badan tidak bermakna anda makan kurang atau merawat diri hanya dengan kacang. Berikut adalah sebahagian kecil daripada diet kalori rendah yang membosankan, tidak enak, dan mungkin akan menyebabkan anda rasa puas beberapa bulan kemudian, berbanding dengan hidangan yang sama menarik, sihat dan mampan.
Kajian membuktikan bahawa terdapat perbezaan pemakanan yang boleh diabaikan antara makanan segar dan makanan beku. Sayuran beku lebih murah dan mungkin mempunyai lebih banyak nilai pemakanan kerana mereka dipetik apabila masak dan dibekukan dengan serta-merta.
Rejimen penurunan berat badan tidak bermakna anda terlepas semua barangan manis. Gantikan tepung putih dengan tepung kelapa dan brownie buatan sendiri mengandungi dengan serat yang lebih tinggi dan kandungan gula yang lebih rendah.
Anda tidak boleh mengira kalori dengan melihat makanan. Pisang mungkin kelihatan seperti tidak mempunyai apa-apa tetapi makanan kecil ini mempunyai kalori yang sama dengan 400 gm tembikai.
Menjaga keinginan makanan tengah malam anda dengan menggantikan bar gula-gula dengan coklat gelap. Anda hanya menyelamatkan diri dari 20 gm gula agar badan anda perlu membakar semasa tidur.
Coklat yang anda taburkan secara meluas pada cappuccino anda hanya mengandungi 20% koko dan 75 gm gula. Koko sebenar sebenarnya adalah bahagian paling sihat coklat dan menambah hanya 5 gm gula untuk minuman.
Anda perlu makan 5 bebola protein komersial untuk memadankan sehingga hanya satu telur, sejenis bola protein sendiri. Telur hanya mempunyai 78 kalori!
Doh atau biskut yang dibungkus mempunyai pelbagai bahan dan gula yang diproses. Sebaliknya, adunan biskut buatan sendiri hanya mempunyai 50 kalori dan hanya memerlukan 5 bahan.
Mengisi masa lapang dengan segelintir kekacang akan menambah lebih banyak kalori daripada makanan yang disediakan dengan baik. Pilih hidangan dengan nilai holistiknya, bukan hanya dengan kalorinya.
Ambil sarapan pagi anda dengan serius, walaupun terlambat! Tukar gelung buah biasa atau rutin sarapan dengan bijirin kalori rendah, serat tinggi, hidangan masak. Menambah beberapa buah, protein gula rendah, atau yoghurt Yunani akan memastikan anda bersedia untuk memulakan hari.
Kopi kalis air menambah 2 sudu mentega grass-fed dan 1 sudu minyak kelapa ke dalam rutin pagi anda. Sebaliknya, buatlah sarapan pagi yang baik dengan beberapa bayam, telur rebus, dan alpukat dan anda mempunyai makanan yang sihat tanpa menyakiti diet anda.
Adakah hijabi teruja untuk mencuba swap makanan segera? Sekiranya mempunyai cara tersendiri untuk menggantikan makanan ringan tidak sihat anda? Berkongsi dengan kami dalam komen di bawah!
Pernah tular wanita yang kudung kedua belah tangan sejak lahir, Norfarrah Syahirah Shaari kini selamat melangsungkan majlis pertunangan bersama seorang jejaka di kediamannya di Bagan Datuk, Perak.
Perkongsian itu di buat pada laman Instagram wanita itu sebagai makluman orang ramai mengenai status perkahwinannya. Malah, dia juga meluahkan rasa syukur atas kelancaran majlis itu dan bakal menyusul ke alam perkahwinan.
Wanita berusia 34 tahun itu juga memuat naik beberapa keping foto berlangsungnya majlis pertunangannya bersama pasangan, Zul Roy. Dia yang kelihatan manis di pelamin bak seorang puteri dengan busana pengantin yang berwarna hijau muda.
“Alhamdulillah…selesai majlis pertunangan.” itulah kapsyen yang di tulis pada posting di Instagram memanjat rasa kesyukuran.
Foto yang dikongsi juga menunjukkan seorang wanita yang dipercayai bakal ibu mentuanya sedang memaikan gelang kaki padanya sebagai simbolik mengikat talian pertunangan.
Ada juga beberapa foto yang memperlihatkan Norfarrah Syahirah duduk bersama pasangannya di atas pelamin dan kelihatan manis bersama. Pemilihan warna busana hijau muda juga sangat kena bagi dua pasangan ini.
Sudah tentu bagi siapa yang mengikuti perkembangan wanita ini, ramai yang akan memberikan sokongan padanya. Tambahan lagi, ini merupakan berita yang baik buat Norfarrah dan ramai yang mendoakan supaya dia peroleh kebahagiaan.
“Cantiknya sis…tahniah sis…doakan saya insan yang bergelar OKU bertemu jodoh jua…tahniah sis…selamat bertunang,
“Alhamdulillah. Tahniah sis dan semua pihak keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga bagagia di dunia dan akhirat. InsyaAllah, Aamiiin Ya Rabbal A’lamiiin. MasyaAllah, cantik sis.” berikut antara komen yang diberikan oleh pengikutnya.
Terdahulu, dia pernah tular di mana ramai yang ingin tahu cara bagaimana wanita tersebut membawa kereta meski ada serba kekurangan. Namun, dia tampil memberikan sebuah video khas untuk menjelaskan caranya.
Ramai antara kita yang cukup obses untuk cepat kurus. Macam-macam teknik digunakan untuk memastikan mereka mendapat berat idaman.
Namun cara yang digunakan ada kalanya terlampau ekstrem hingga boleh menyebabkan seseorang itu ditimpa sakit. Sudahnya keluar masuk hospital gara-gara terlalu obses untuk kuruskan badan.
Obses yang sebegini juga mendapat teguran daripada seorang doktor. Beliau turut bersetuju tidak ada guna strategi luaran semata-mata digunakan tanpa mengindahkan kecantikan dalaman hingga membawa padah.
Jom baca perkongsian daripada Doktor Hafiz Sulaiman atau melabel dirinya sebagai Pejuang Kesihatam ini yang boleh kita renungkan bersama.
Admin nak pesan, nak diet boleh tapi biarlah dengan cara yang betul dan disyorkan oleh pakar bertauliah.
Tidak salah kurus untuk cantik. Namun apabila strategi yang diguna pakai hanya mengambil kira kecantikan luaran tanpa menghiraukan kecantikan dalaman (kesihatan) mungkin membawa padah.
Obesiti bukan semata-mata penyakit berlebihan kalori. Ia adalah penyakit METABOLIK..penyakit ketidakseimbangan hormon…yang melibatkan craving yang sukar dikekang jika hanya mengawal kalori.
Pernah saya menemuramah pesakit obesiti. Beliau pernah turun 30kg dalam masa 5 bulan namun berat badannya kembali dengan mendadak lebih 40kg dalam masa 3-4 bulan.
Cara yang digunakannya ialah makan ubat kawal selera makan. Diet harian ialah biskut dan roti beberapa keping sahaja.. lepas tu bersenam habis-habisan.
Tahukah anda senaman berat jangka masa panjang meningkatkan radikal bebas (stres dalaman). Stres dalaman tinggi akan menyukarkan pengurangan berat badan..kita akan berada lama pada “fasa plateau”.
Kaedah ini bukan sahaja meningkatkan stres dalaman malahan boleh mempengaruhi mood dan juga tingkahlaku. Stres dalaman berlebihan merosakkan organ dalaman, mengurangkan tenaga badan dan memcepatkan penuaan.
Diet rendah kalori ini juga boleh “melambung anda ke laut” jika anda memilih makanan tidak berkualiti kurang nutrisi..percayalah..berat badan yang hilang itu akan datang balik dengan pantassnya ?
Pilih makanan padat nutrisi yang tidak meningkatkan malah mengurangkan stres dalaman… Makanan yang menenangkan dalaman ini bak menyimbah air pada kebakaran badan.
Insha Allah berat badan akan turun dengan automatiknya tanpa perlu bersenam atau berlapar.
Ikhlas,
Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-
SUMBER: HAFIZ SULAIMAN
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.