Tahniah Hijabista ucapkan kepada penyanyi yang kini cantik berhijab, Zizi Kirana, yang sudah melangsungkan pernikahan sebentar tadi dan kini bergelar isteri kepada pelakon popular yang sedang meningkat naik, Yusuf Bahrin. Pasangan yang masing-masing berusia 36 dan 29 tahun ini telah selamat disatukan pada jam 10.40 pagi tadi di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Acara penikahan mereka telah disiarkan secara langsung menerusi aplikasi siaran langsung menerusi Instagram Zizi Kirana sebentar tadi. Menariknya tentang pasangan ini, bibit-bibit percintaan mereka sudah mula dihidu media dan warganet apabila Yusuf memanggil Zizi dengan panggilan sayang dalam satu hantaran video dan mereka dikatakan mula rapat setelah muncul bersama dalam rancangan All Together Now Malaysia yang diterbitkan oleh Astro.
Menerusi laporan mStar, pelantun lagu popular Eh ini telah menerima mas kahwin bernilai RM300 bersama senaskah Al-Quran, sebentuk cincin dan seutas gelang tangan manakala wang hantaran tidak pula didedahkan.
Dalam hantaran di Instagramnya, Zizi Kirana berkata, “Alhamdulillah Dengan Izin ALLAH , Kami Selamat Di Ijab Kabul Dengan Sekali Lafaz . Terima Kasih Untuk Doa Dari Keluarga , Sahabat Dan Kalian Semua , Semoga Allah Memberkati Kita Semua.”
BUSANA MENAWAN
Ads
Dalam sebuah majlis pernikahan pastinya busana yang digayakan menjadi perhatian. Biarpun dilangsungkan sederhana menepati prosedur standard operasi yang ditetapkan mereka tetap tampill anggun dan kacak dalam elemen tradisi.
.
Ads
Pasangan merpati dua sejoli ini tampil bagai pinang dibelah dua dalam persalinan serba hitam rekaan pereka fesyen, Shanell Harun. Zizi tampil menawan dalam rekaan busana penikahan potongan kurung Pahang rona hitam yang diserikan dengan sulaman dan perincian rona emas dan ditambahkan lagi dengan fabrik songket mewah. Yusuf pula kelihatan bak pahlawan dalam baju melayu klasik diserikan dengan samping songket sedondon dengan isterinya itu.
Ads
Wajah manis ratu sehari ini ditatarias oleh jurusolek, Datuk Alha Alfa manakala Yusuf pula ditaatrias oleh Chomel.
Semoga penyatuan dua jiwa ini kekal sehingga ke jannah. Amin.
Sumber gambar: Instagram Shanell Harun, Zizi Kirana & Alha Alfa
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Menerusi ruangan Instastory milik selebriti terkenal iaitu Neelofa, beliau telah menjawab persoalan orang ramai yang sering diajukan kepadanya iaitu samada beliau mencukur kening atau tidak.
Jelas pengasas jenama Naelofar ini, beliau sudah lama tidak mencukur kening dan hanya membiarkannya begitu sahaja.
saya dah lama tak cukur kening dan biarkan saja ia begini.
-neelofa-
Beliau juga turut berkongsi sepotong hadis mengenai cukur kening sebagai renungan buat semua pengikutnya sesama muslim.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hari ini secara rasminya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismailmenjalankan tugasnya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Apa yang menarik perhatian selain penampilan cukup sederhana, beliau juga begitu menjaga auratnya. Dilihat isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ini memakai sarung tangan dalam apa jua majlis bagi bersedia jika ada yang menghulurkan salam padanya.
Dalam status terbaru yang dimuatkan dalam instagramnya, Dr Wan Azizah telah secara rasmi bertugas pada hari pertama sebagai Timbalan Perdana Menteri di pejabatnya.
‘Orang nombor dua’ dalam negara ini juga kelihatan cukup tenang dan terserlah keceriaan di sebalik senyuman yang terukir di bibirnya. Malah wanita hebat ini juga kelihatan manis mengenakan kurung moden berbunga dan juga sarung tangan bagi menjaga auratnya.
Bukan hari ini sahaja beliau dilihat memakai sarung tangan berkenaan, tetapi sebelum itu pun ibu kepada enam cahaya mata ini sentiasa memakainya. Ini bagi memudahkan beliau menyambut huluran salam tangan bukan muhrim sebagai tanda hormat.
Caranya ini mendapat reaksi positif dari netizen yang memuji keperibadian Dr Wan Azizah dalam menjaga auratnya. Selain itu ramai juga turut mengucapkan tahniah atas perlantikan ini dan berharap beliau akan dapat menunaikan tanggungjawab diberi dengan sebaiknya.
@aznira Bagusnya TPM..pakai sarung tangan utk bersalam…terbaiklah..contoh pimpinan
putehsalmi Tangan bersarung.. Alhamdulillah..sejuk mata memandang
Ada juga yang menjadikan Dr Wan Azizah sebagai contoh dan sumber inspirasi dan diibaratkan seperti kebangkitan isteri Nabi, Saidatina Aisyah.
@eyeshahasiah Tahniah.. Alhamdulillah.. Semoga allah permudahkan segala urusan dato sri amin.. Kaulah impirasi wanita.. Hpy dan terasa kebangkitan isteri nabi syaiditina aisyah.. Luv
@haizan_mnasir???? Alhamdulillah satu contoh yang sangat baik..
@mr.syahad.d@emadamia perlu d jadikan idola pmimpin muslimah ..dan sikapnya sbg ibu yg brsopan santun dan lemah lembut…
@theebanselva_1003 Congratulations Madam Our Beloved TPM… great inspiration to All the women’s and all Malaysians as well…
@irisya_ann CONGRATULATIONS Dr. Semoga dipermudahkan segala urusan . .. Aamiin…
@noriza7408 Wanita yg berjiwa kental dan kuat semangat. Contoh wanita islam yg sangat kuat ugama walaupun suami tiada waktu dlm kesusahan. Moga Allah beri kekuatan pada nya.
Melihat pada penampilannya dari dulu hingga sekarang tidak jauh berbeza. Selesa menggayakan kurung sahaja yang dipadankan tudung empat segi polos dengan kelepet melekap di dahi. Hanya solekan nipis tetap menyerlahkan aura beliau kala berada di khalayak.
Seperkara yang menarik lagi, ada kalanya wanita yang hampir 20 tahun terpisah dengan suaminya ini turut membawa kipas hikmatnya ke mana-mana sahaja.
Dr Wan Azizah yang lahir pada 3 Disember 1952 di Singapura ini juga merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Convent St. Nichlas, Alor Setar sebelum meneruskan pengajiannya di Kolej Tunku Kurshiah.
Seterusnya beliau melanjutkan pelajarannya di Dublin Ireland dan mendapat ijazah dalam bidang Obstetric dan Gynecology. Merupakan pelajar terbaik (Gold Medal) di Royal College of Surgeon pada tahun 1977.
Berkahwin dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu berusia 23 tahun. Setelah hampir 39 tahun mendirikan rumahtangga, mereka dikurniakan enam cahayamata, lima wanita dan seorang lelaki. Anak sulungnya Nurul Izzah juga turut aktif terbabit dalam politik dan juga menang bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam PRU baru-baru ini.
Pandemik covid-19 tidak menghalang Datin Ezan meneruskan perniagaan, percaya pada rezeki Allah busana raya yang lari dari kebiasaan ‘laku keras’.
“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan sambutan yang diterima daripada pelanggan FaraAlya. Walaupun jenama ini baru sahaja dilancarkan pada April yang lalu, kesemua rekaan habis dibeli. Ini sebenarnya membakar semangat saya untuk terus berniaga,” kata Datin Ezan.
Ya, sejak dilancarkan awal bulan yang lalu, tiada siapa yang menyangka jenama ini bakal mendapat sambutan secepat ini. Daripada sebuah nama yang asing, kini FaraAlya yang menjadi taruhan dan rebutan bukan sahaja pelanggan tempatan tetapi ada juga permintaan dari luar negara.
Bagi Datin Ezan, ini sebenarnya amat mengejutkan memandangkan dirinya yang baru sahaja berjinak-jinak dalam berniaga pakaian sedia pakai. Ia juga membuktikan, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
“Dulu saya agak skeptikal adakah jenama baru seperti FaraAlya mampu diterima baik atau sebaliknya. Saya pula pada waktu itu memberanikan diri mengasilkan beribu helai baju terus kerana yakin rekaan ini disukai oleh generasi muda.
“Akhirnya ‘perjudian’ saya berbaloi apabila ramai yang suka dan membelinya. Kemungkinan besar pada masa akan datang saya mahu menghasilkan lebih banyak rekaan baharu, moden dan mengikut trend terkini,” kata pemilik nama sebenar Datin Hamizan Puteh ini lagi.
Dalam pada itu, Datin Ezan juga sedar keadaan semasa disebabkan pandemik Covid19 membuatkan ramai terkesan. Kuasa beli pengguna juga semakin kurang namun sokongan yang ditunjukkan melalui penjualan jenama ini sangat luar biasa.
Menganggap ini merupakan rezeki buat FaraAlya, Datin Ezan menegaskan terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kejayaan pertama jenama ini menawan hati pengguna.
“Sejak awal lagi saya tegaskan mahu rekaan yang moden, sesuai dengan golongan remaja dan berkualiti. Apa yang penting harga mampu milik dan tidak terlalu mahal. Dengan adanya formula sebegini, ia mampu menarik minat sesiapa sahaja,” katanya yang menggunakan nama anak sulungnya sebagai jenama sendiri.
Menariknya, ‘kejayaan’ membawa jenama FaraAlya ini turut mendapat perhatian daripada suaminya yang baru-baru ini menghadiahkan sebuah kereta mewah berjenama Mercedes kepadanya.
Menganggap ini juga pembakar semangat untuknya terus bekerja keras dalam bidang fesyen, Datin Ezan bersyukur kerana suaminya tidak pernah menghalang dirinya untuk meneroka apa sahaja bidang yang diimpikan malah dia rasa diri dihargai.
“Dalam berumah tangga ni memang perlu saling sokong menyokong. Bila ada sokongan suami, ia memberikan semangat berganda buat saya untuk berjaya. Ditambah pula dengan rakan-rakan lain yang selalu ada, mereka juga memberikan inspirasi,” tambahnya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.