Apabila tibanya bulan Ramadan, ramai selebritil mengurangkan jadual kerja mereka untuk menumpukan ibadah agama. Nora Danish adalah salah seorang daripada mereka, dan dia belajar Al-Quran untuk mengetahui lebih lanjut tentang kehidupan akhirat.
Menerusi perkongsian di Instagram Nora Danish, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif berkongsikan beberapa senarai untuk dilakukan di bulan mulia ini bagi rujukan diri sendiri serta umat Islam yang lain.
Semasa Ramadan, umat Islam sepatutnya memberi tumpuan kepada pertumbuhan rohani mereka sendiri dan membersihkan badan dan minda mereka dari tabiat buruk. Untuk membantu mereka melakukan ibadah.
Ads
Terdapat banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk menunjukkan pengabdian agama anda.
Salah satu caranya ialah dengan kerap solat di awal waktu, membaca al-Quran sekurang-kurangnya empat muka surat setiap hari, Dan anda juga boleh melakukan solat tarawih.
Ramai yang mengulas betapa cantiknya dia bertudung dan serba putih.
Ramai yang menyukai pelakon Nora mahu dia terus berhijab sepanjang bulan Ramadan. Mereka berharap dia akan melakukan ini dan meneruskannya pada masa hadapan.
Ads
Sekadar info, Nora berkahwin dengan Nedim pada 2017 dan mempunyai seorang anak bernama Ney Ney. Sementara itu, seorang lagi anak lelaki Nedim, Putra Rayqal Ramli.
Sebagai seorang rakan, biasanya kita pasti mahu meraikan sahabat kita yang akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Walaupun hanya sekadar lepak atau makan sahaja, ianya cukup bagi menghargai persahabatan itu. Namun, sedih pula jika pengorbanan itu tidak dihargai bukan? Seperti kisah yang dikongsi oleh @wawaasilah di twitter ini, sepupunya kecewa apabila rakannya tidak menghargai usaha yang telah dibuat untuk meraikan bakal pengantin.
Untuk para hijabi di luar sana, hargailah pengorbanan yang telah rakan anda buat. Janganlah tunjuk sangat jika anda tidak suka sesuatu perkara itu. Sekurang-kurangnya jagalah perasaan hati rakan anda yang telah berusaha untuk membahagiakan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Berita cukup menyayat hati apabila mayat adik Adam Rayqal berusia 5 bulan yang dilaporkan hilang di rumah pengasuhnya di Taman Nakhoda Cheras dijumpati mati dalam sebuah peti sejuk. Namun sebagai hamba-Nya kita perlu reda dengan setiap kejadian itu. Seperti yang dipesan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri melalui sepotong hadis menyampaikan kata-kata semangat buat dua iba bapa kanak-kanak malang ini. Beliau juga turut berpesan semoga keduanya tabah menghadapi ujian dan ditempatkan anak kecil ini dalam syurga.
Mufti Wilayah Persekutuan itu menulis posting ini dalam laman sosialnya di Instagram. Sedikit sebanyak kata-kata nasihat ini memberi kelegaan kepada kedua ibu bapa mangsa.
KEPADA IBU & AYAH ADAM RAYQAL
Mendengar khabar yang amat mendukacitakan hati ini. Kami sampaikan hadis ini kepada kedua ibu bapa Adam Rayqal. Semoga keduanya sabar dan tabah menghadapi ujian ini dan ditempatkan anak kecil ini di dalam syurga Allah SWT bersama-sama dengan mereka yang beruntung di sisi-Nya.
Daripada Abu Hassan, beliau berkata: Aku bertanya kepada Abu Hurairah RA: “Sesungguhnya dua anak lelaki aku telah meninggal dunia. Bolehkah engkau sampaikan apa-apa hadis daripada Rasulullah SAW yang akan melegakan diri kami atas kematian dua anak kami?”
Abu Hurairah menjawab: “Ya. Kanak-kanak itu akan menjadi anak-anak di syurga. Apabila salah seorang mereka berjumpa dengan ayahnya atau kedua ibu bapanya, dia akan memegang pakaian atau tangan ibu bapanya sebagaimana aku memegang hujung baju kalian. Dia tidak akan melepaskannya sehingga Allah memasukkannya dan ayahnya ke dalam syurga.” (Riwayat Muslim, no: 2635)
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan
Posting terbaru Mufti Wilayah berkenaan isu ini juga turut mendapat respon daripada netizen. Rata-rata bersimpati dengan keluarga ini dan turut mendoakan adik Adam Rayqal ditempatkan di Syurga.
@alin_nakim Indah sungguh hadis ni..semoga ianya meredakan keperitan rindu ibu bapa arwah adam…bertabahlah sesungguh hikmah Allah itu amat hebat. Allahuakbar
@asmawati590 Suka akan hadis yg didgr..tp xsgp bygkn mcmn saat baby itu mengis kesakitan
@kierrakalel1 Mmg beruntung kedua ibu bapa arwah, anak dh tentu ke Syurga dn menunggu di syurga, tp perasaan rindu gelak tawa tu Allah shj yg tahu. . Semoga Allah beri kekuatan buat kedua ibu ayah dn keluarga. .
@hasni_ariffin Allahuakbar… insyaallah. Semoga kedua ayahbonda baby Adam tabah dan kuat menghadapi dugaan besar Allah
@wan.shaima MasyaAllah! Hebat ganjaran Allah swt bt ibu bapa Adam..semoga kuat dan tabah
@nazirahsuhairi86 Semoga ibubapa kepada anak syurga ini sabar hadapi ujian ini..amin
@cikmanik Semoga kedua ibubapa ku jg dianugerahkan syurha atas kematian 2 anak lelakinya.
Alangkah indahnya jika dapat merasai suasana percutian di luar negara dengan pemandangan yang indah dan memukau. Dalam masa yang sama, kita dapat melupakan seketika segala stress dan masalah yang berlegar-legar di minda.
Jika anda mahu percutian yang menenangkan, apa kata pergi bercuti ke Sydney dan New Zealand. Tidak dapat dinafikan, Sydney dan New Zealand memiliki pemandangan yang cukup indah dan sesuai untuk anda yang suka berselfie.
Kalau anda tak tahu nak mulakan dari mana, boleh cuba lihat itinerary yang dikongsi oleh wanita bernama Fana Farhana menerusi akaun Facebooknya. ‘Trip’ perjalanan selama 10 hari yang cukup lengkap dan sempurna. Fana Farhana juga turut berkongsi info dan tips penting untuk anda sepanjang berada di sana. Semoga bermanfaat untuk anda!
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.