Ramai yang mengidamkan untuk khatam Al-Quran di bulan Ramadan nam tak semua berkesempatan melakukannya.
Berjaya menyempurnakan impiannya, Nora Danish bersyukur dan meluahkan rasa terharu apabila dapat khatam Al-Quran pada Ramadan yang ke-22 lalu.
Ramadhan 22 🤍
Ads
“Alhamdullilah syukur ya Allah. Road to khatam Quran bulan Ramadhan , Allah kabulkan. Syukur ya Allah.Terima kasih Allah.
“Lepas khatam tadi di rumah Mak Nora, terus Hujan. Hujan rahmat. Habis doa hujan berhenti. MasyaAllah. Allah Maha Mengetahui. Semoga Allah kabulkan doa kami semua,” luah pelakon drama Puteri ini di laman instagramnya.
Ads
Memang mengagumkan sungguh usaha Nora ini. Sebelum ini, dia pernah meluahkan hasratnya untuk mengaji bersama ustazah bagi memantau dan menyempurnakan lagi bacaannya agar dapat khatam lagi seperti tahun lalu.
Ads
MasyaAllah, tahniah Nora! Moga kita semua sama-sama beroleh keberkatan dan rahmat yang dihajati sempena bulan yang mulia ini.
Berhijab semestinya bukan halangan untuk kita meneruskan cita-cita dan minat kita. Tak kiralah jika kita meminati sukan lasak sekalipun, hijab tidak menjadi satu masalah buat kita untuk melakukannya.
Seperti video yang tular di laman sosial ini, semangat setia kawan di antara dua pasukan bola sepak luar negara yang sedang bertanding mendapat pujian ramai apabila mereka membantu salah seorang pemain lawan membetulkan tudungnya yang tertanggal sewaktu perlawanan dengan membuat ‘benteng’ untuknya.
Ramai yang rasa sungguh terharu dengan insiden itu kerana mereka sanggup mengenepikan perlawanan seketika demi melindungi aurat wanita tersebut. Jom saksikan klip video ini di @zayan.my.
Keindahan dalam bolasepak tuan2. Pihak lawan membuat benteng semata-mata untuk menutupi aurat rambut muslimah daripada terdedah ketika hijabnya tertarik oleh pihak lawan semasa perlawanan berlangsung. RESPECT ❤ #IndahDihati#ZayanShare
Nama personaliti ini mula jadi bualan ketika hadir di Perhimpunan Agung Umno atas jemputan Kelab Umno Luar Negara yang lalu. Bukan sahaja cantik tetapi bijak dan dia juga pandai bergaya. Ramai menggelarnya doktor selebriti kerana penampilannya seperti model (jika dilihat dalam laman sosial instagramnya). Doktor Syarifah Nur’ Insyirah Saifuddin Shah, 25 tahun baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang kedoktoran dari Kursk State Medical University, Russia Jun lalu. Kejayaannya menamatkan pengajian di bidang perubatan dalam usia yang masih muda ini memang cukup membanggakan.
Walaupun dia kini sedang menunggu surat panggilan untuk memulakan perkhidmatan sebagai doktor, tetapi gadis cantik ini tetap masih mengulang kaji setiap hari supaya ilmu dipelajari tidak dilupakan.
Malah oleh sebab orang tahu dirinya pelajar perubatan, ramai yang bertanya tentang penyakit di (PAU) biarpun dia masih belum ‘posting’ sebagai doktor pelatih (housemanship). Dia yang meminati bidang perubatan sejak kecil lagi turut menjadikan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Sukor sebagai idolanya.
Gadis kelahiran Kuala Lumpur yang mesra di sapa Affa merupakan anak tunggal kepada pasangan ibu bapa berdarah campuran Melayu, Cina dan Belanda sebelah ibunya, dan pakistan, Arab dan Indioa pula di sebelah bapanya.
Buat masa ini Afa berkhidmat sebagai penasihat kecantikan di sebuah syarikat di Setia Alam dan pada hujung minggu pula, akan bekerja secara sambilan sebagai pembaca berita di sebuah stesen televisyen swasta.
Ini bermakna, selain bergelar doktor perubatan, Affa juga turut digelar doktor selebriti kerana minatnya dalam bidang fesyen juga cukup terserlah setiap kali melihat foto yang dimuat turun di laman instagramnya. Affa dilihat cukup bijak bergaya dan ada kelas tersendiri.
Tidak hairanlah dia turut berjinak-jinak dalam dunia peragaan untuk mengisi masa terluang. Gadis manis ini juga turut dilantik menjadi jurucakap produk kecantikan jenama antarabangsa, Airish London di negara ini.
Dia juga sebenarnya punya cerita tersendiri kerana pernah jadi tular gara-gara mempunyai dua kad pengenalan sejak 13 tahun lalu.
Sebelum ini beliau pernah berhadapan dengan masalah apabila terpaksa membiasakan diri memegang dua jenis kad pengenalan yang diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara. Ini kerana satu kad pengenalan biasa digunakan memaparkan nama dan maklumat penempatan dirinya dan satu lagi kad bertujuan untuk mengesahkan nama penuhnya.
Sepanjang mempunyai dua kad pengenalan itu, dia tidak lupa ketika urusan melanjutkan pengajian ke luar negara kerana ditahan berjam-jam di Jabatan Imigresen untuk memastikan kebenaran yang dia memang mempunyai dua kad pengenalan.
Menurutnya dia mengalami kesukaran apabila melakukan urusan rasmi termasuk berdepan dengan Jabatan Imigresen sama ada dengan kerajaan Rusia atau Malaysia sendiri.
Ada yang tidak percaya keaslian kad berkenaan kerana nama ayahnya diasingkan daripada kad pengenalan asal.
Malah dia juga perlu meyakinkan orang ramai berhubung ketulenan kad pengenalan dan berdepan masalah jika mahu mengisi borang yang mempunyai ruang yang pendek.
Dan satu lagi masalah sering dihadapi adalah apabila beliau juga berdepan masalah untuk mengisi maklumat butiran peribadi terutama ketika menjalani ujian peperiksaan sejak bersekolah rendah lagi. Dia perlu mengisi dua borang kerana ruang nama yang disediakan tidak mencukupi.
Bagaimanapun pada Oktober lalu, Sharifah Insyirah sudah boleh menarik nafas lega apabila akhirnya mempunyai satu kad pengenalan.
Menurut Unit Perhubungan Awam JPN sebelum ini, penggunaan dua kad iaitu kad pengenalan dan satu lagi kad pengesahan nama adalah satu prosedur biasa.
Ia dilakukan sekiranya nama seseorang individu itu agak panjang dan melebihi ruang ditetapkan.
Bagaimanapun, JPN menyatakan ianya hanya ditetapkan untuk kad pengenalan lama memandangkan Mykad kini mempunyai cip simpanan melebihi 80 aksara. Malah, setakat ini tiada lagi penggunaan dua kad membabitkan Mykad.
JPN menasihatkan orang ramai terutama yang masih menggunakan kad pengenalan lama supaya mengemas kini kepada Mykad baru di cawangan terdekat bagi memudahkan segala urusan rasmi.
Insan bernama isteri ini adalah makhluk yang perlu dimuliakan. Bukan dengan sengaja untuk menyakitkan hatinya. Hidup boleh jadi tak berkat dan tidak dimurahkan rezekinya jika ada niat begitu. Ini dikongsi oleh Ustaz Ebit Lew yang menceritakan pengalaman seseorang yang begitu memuliakan isterinya ini.
Sakitkan hati isteri boleh berlaku atas banyak sebab, tetapi ramai suami yang berpura-pura buat tak nampak dan tak kisah sebab tak nak panjangkan cerita. Tetapi yang mana masih mencari sebab kena rezeki kurang lebat, tolonglah baca perkongsian Ebit Lew ini…
Malam tadi jumpa dengan kontraktor yang jujur dan rajin. Terkesan dan kagum bila jumpa dalam masa 3 tahun ni. Rezekinya melimpah ruah berkat kerja keras dan kejujuran. Jujur dalam kerja dan jujur dalam keluarga..Jaga isteri, ibubapa dan jujur…itulah kuncinya dalam pekerjaan.
Ya Allah….kaulah segalanya.. Subhanallah, lawa rumah. Cantiknya..yerlah kontraktor..buat sendiri jer.. Dia ucap terima kaseh pada saya. Kerana baru dia siapkan 3 projek besar. Berjuta nilainya..
Dia ucap terima kasih pada saya kerana ramai kawan-kawan fb ustaz beri projek padanya. Jawab saya, itu semua dari Allah selagi kita jujur dan beri yang terbaik kerana Allah. Semuanya cuma bermakna bila kita buat kerana Allah.. saya takkan cerita pada orang jika kerjanya teruk, tak jujur dan berkualiti. Yang gerakkan hati untuk menulis pun Allah.
Bila berbual dia tak lekang menyebut isterinya. Katanya sehingga hari ini dia lepas solat tak pernah tinggal doakan ibubapa, ibubapa mertua dan isteri. Ramai orang hidup jadi kelam kabut. Bila tanya rupanya tak sempat berdoa. Solat pun tak..bagaimana harapkan rezeki jika tak sujud pada pemberi rezeki.
Seterusnya katanya saya mendapat doa isteri. Isterinya yang sentiasa mendoakannya. Saya tahu rezeki saya kerana Allah sayang isteri saya. Rezeki anak-anak. Saya jaga hatinya. Saya jujur padanya.
Saya tahu dia memang begitu. Dia selalu khidmat mak ayah mertua ke sana sini. Katanya pada saya, betul kata ustaz..siapa sakitkan hati isteri memang Allah jadikan hidupnya tak berkat. Tak berjaya. Kerana wanita yakni isteri siang malam uruskan keluarga..mereka amanah dan anugerah Allah.
Saya pun panggil isteri saya. Isteriku Bidadari. Saya baca buku isteriku Bidadari tu dari kulit sampai kulit. Saya dah ulang 5 kali ustaz..benar-benar menusuk kalbu. Saya cuba amalkan setiap bab. Saya beli dan hadiah pada kawan-kawan kontraktor yang lain. Saya kata baca buku ini rezeki bukan tentang pandai cari duit. Tapi jadi hamba Allah yang baik dan sayangi keluarga..jujur pada isteri. Jujur pada orang kita sayang.
Ramai orang ingat, duit cuma bekerja siang malam. Ramai orang ingat rezeki bila pandai, cantik, glamour. Ramai orang terlupa ada orang memiliki semua tapi dicabut bahagia dalam hidupnya. Dia tak tahu erti syukur. Ada isteri tak hargai. Ada anak tak dipandang. Ada ibubapa tidak dihormati..
Hakikatnya semua dari Allah. Allah beri bila kita buat baik pada isteri buat baik pada mak ayah dan semua. Bagaimana kita melayani yang dibumi. Begitulah kita dikasihi dan disayangi Allah.