Gembira sungguh Daiyan Trisha kerana diajak kembali ke Tanah Suci untuk mengerjakan Umrah. Dia dapat pergi ke sana tahun lepas, dan dia sangat menikmatinya.
Ini merupakan kali kedua pelakon berusia 30 tahun itu menunaikan umrah pada bulan Ramadan.
“Assalamualaikum semua. Saya sekarang sudah pun berada di Madinah, kota yang paling indah. Selari dengan niat untuk menunaikan umrah pada setiap Ramadan.
“Syukur alhamdulillah tahun ini saya dijemput sekali lagi untuk berada di sini (Tanah Suci) buat kali kedua,” kongsinya dalam Instagram.
Pelakon siri Projek High Council itu berkata lagi, dia memohon doa dan kemaafan daripada kenalan yang mengenalinya atas segala kesilapan yang dilakukan. Beliau juga memohon doa agar perjalanan beliau dan jemaah haji yang lain dipermudahkan.
“Saya mohon doa dan keampunan daripada semua atas salah dan silap saya. Doakan perjalanan pergi dan balik saya serta semua jemaah lain. Semoga kami dikurniakan umrah yang mabrur,” kata Daiyan.
Daiyan juga berkata bahawa dia tidak sabar untuk bertemu “cinta hatinya” dalam beberapa hari, mungkin merujuk kepada Kaabah, yang merupakan tapak paling suci dalam Islam.
Walaupun pintu sempadan dibuka selepas wabak itu, Daiyan hilang keinginan untuk mengembara dan mengakui Tanah Suci Mekah membuka pintu hatinya untuk dia “terbang” ke luar negara semula, seperti yang dilakukannya berkali-kali sebelum ini.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pertubuhan Amal Nur by Khiriah milik selebriti terkenal yang pernah memenangi Anugerah Skrin dan Anugerah Bintang Popular ini telah berjaya membantu meringankan beban ramai umat Islam bagi urusan pengurusan jenazah. Semua perkhidmatan yang ditawarkan dilakukan secara percuma.
Berkongsi cerita di laman Instagram miliknya, Noorkhiriah mengimbau kembali saat permulaan sewaktu memulakan pertubuhan amal tersebut.
“Bila kenang balik, rasa hendak menangis, seperti mimpi buat semua ini. Bermula dengan borak-borak bersama suami pada Perintah Kawalan Pergerakan yang pertama. Kemudian, keluarkan duit ASB untuk tukarkan kereta menjadi van jenazah, tiba-tiba sudah setahun lebih usia Pertubuhan Amal Nur by Khiriah,” kongsinya.
Bermula dengan hanya sebuah van jenazah kini pertubuhan tersebut telahpun berkembang dengan memiliki empat van jenzah yang digunakan untuk melakukan perkara fardu kifayah bagi umat Islam.
Kongsinya lagi, “Alhamdulillah, daripada satu van jenazah, tiba-tiba jadi dua dan kini sudah ada empat. Dua daripadanya adalah hasil infak. Baiknya Allah, dipermudahkan dari mula sampai sekarang. Ditambah ada yang tidak putus-putus menyumbang. Dari satu kes ke satu kes, pelbagai cara kematian. Sampai saya tidak berani buka galeri gambar suami. “
Bantuan percuma diberikan untuk pengurusan jenazah ini merangkumi segala segi dari pembelian kain kapan, memandikan dan mengkafankan, sembahyang jenazah sehinggalah penghantaran ke kubur bagi urusan pengkebumian.
Dalam pada itu, Noorkhiriah juga memanjatkan rasa syukur kerana usaha yang dilakukan ini turut disertai oleh individu yang banyak membantu tidak kurang juga mereka yang banyak menyumbang.
Bukan mudah untuk berjaya tetapi lebih mudah kalau kita laksanakan dengan jaya apa yang kita usahakan. Ramai daripada kita sering tercari kunci kejayaan pada orang lain sehingga kita lupa kunci itu sendiri ada pada kita.
Jom ikuti perkongsian ustaz Don Danial mudah sahaja nak Berjaya, cuma perlu tukar tiga perkara ini:
#OrangBerjaya selalu berfikiran positif. Walau perkara negatif yang datang, terus bersangka baik & anggap ia seperti angin sahaja. Tidak kecil hati tapi terus lapang dada, fikir solusi nak menghadapi, bukan salahkan sesiapa.
“Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku.
Hadith Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah ra
#OrangBerjaya berkawan dengan orang yang paling tidak, ada pemikiran yang nak berjaya, yang sentiasa bercakap tentang kejayaan, benda positif & kebaikan. Tidak bermaksud tinggal terus kawan yang ada/lama tapi cari kawan baru untuk tambah ilmu agar diri terus berada dalam landasan nak berjaya. Istilah lain, tukaq circle kita.
Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun, penjual minyak wangi akan memberi kamu (minyak wangi tersebut), atau kamu membeli daripadanya, atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya. Sedangkan tukang besi pula, akan membakar bajumu dan juga kamu mendapatkan bau yang busuk.” [Riwayat al-Bukhari (5534) dan Muslim (2628)]
Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi
Sekiranya selama ini banyak perkara yang menyekat kejayaan kita, cuba saranan ini tukar 3 perkara ini usaha anda untuk berjaya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Melangkah ke alam rumahtangga bukan bermaksud hanya berkahwin dengan si dia seorang, tetapi juga ibu bapa dan seluruh keluarganya. Dalam hal ini tidak kira lelaki atau perempuan, bertemu bakal keluarga adalah saat paling mendebarkan. Manalah tahu jika salah langkah perhubungan boleh putus di tengah jalan gara-gara keluarga mentua tidak berkenan. Perkongsian dari Ustaz Da’i Wan ini mungkin sedikit sebanyak boleh membantu bakal pengantin membuat persediaan sebelum bertemu keluarga mentua.
Menurut Da’i Wan ada cara tertentu untuk mengambil hati mereka. Gunakan cara yang lebih berhemah dan sopan kerana pandangan pertama itu penting. Kena ingat kita mahu hidup lama bersama anak mereka dan hubungan yang terjalin akan kekal hingga ke akhir hayat.
Dulu saya selalu risau boleh ke nak tawan hati bakal ibu dan ayah mertua saya? Senantiasa ingat pesan bonda saya, datang ziarah bawa sikit buah tangan. Jangan tangan kosong. Setiap kali saya ceramah di belah utara, saya akan diberikan driver peribadi oleh pihak penganjur.
Terima kasih sangat2 pada pihak penganjur yang cukup baik dan sempurna layanan mereka untuk saya selama ini. Saya akan hargai dan kenanginya sampai bila2. Berbalik pada luahan hati saya td, kita sambung semula, ha2, saya selalulah p shopping dgn driver2 peribadi tu sekali mncari buah tgn, dan sy pun ambil peluang, minta mereka ‘Drop by’ di rumah bakal mertua saya.
Ingat lagi, kali yg pertama, punya ‘Nervous’ nak bawa apa lg ni, nanti mereka suka ke tak? Saya punya risau tu sekali saya p bagi semua ap yg ada dgn sy, dgn botol2 air mineral yg ceramah semalam tu pun sy bagi, ha2. Depa pakat dok gelak laa. (Cakap Kedah nampak, Da’i Wan).
Datang dengan mood happy
Tapi sy nk bgthu sesuatu, khusus buat laki2, kalau nak tawan hati bakal mertua, senantiasalah hadir membawa mood yg ceria bila berhadapan mereka, walaupun kita begitu kepenatan kerana seharian berurusan. Anggap mereka sebagai ayah & ibu kita kerana di situ kunci utk menawan hati si dia, bakal isteri kita juga. #eh .
Ingat yang laki2, bila kita mengahwini seorang perempuan ketahuilah kita juga mengahwini seluruh ahli keluarganya. Tanggung jawab isteri kita pada keluarga dia menjadi sebahagian dari tanggung jawab kita juga.
Ingat, perkahwinan adalah sebuah ibadah, yang mendatangkan jutaan pahala dan rezeki padanya. Dengan itu, saya perkenalkan: Al Fadhil Ust Mohd Zamzari Bin Salleh & Pn Sa’iroh Bt Mat Hashim adalah nama bakal mertua yang saya telah mula menyayangi mereka kerana Allah swt hari ini.
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.