Bila menyebut hidangan paling sedap pernah dinikmati seumur hidup, pasti ramai yang memberikan jawapan masakan air tangan ibu. Ya, tidak dinafikan, masakan air tangan ibu adalah paling istimewa di hati setiap individu bergelar anak!
Walau ke mana juga kaki melangkah, masakan air tangan ibu sendiri sememangnya tiada tandingan. Walaupun hanya hidangan ringkas seperti telur goreng, namun masakan ibu tetap paling sedap di dunia.
Terkenang Masakan Ibu Setiap Kali Ramadhan
Setiap kali tibanya Ramadan pasti terkenangkan masakan arwah ibunya. Siti Elizad memuji masakan arwah ibu memang super sedap, terutamanya bila masak lemak cili padi dan rendang.
“Ada sesuatu yang istimewa dalam masakan mama, sebab setiap masakan lauk pauknya, mama mesti tambah ulam-ulaman, tak kisahlah ulam apa, kebiasaanya pucuk ubi. Malah, di sekeliling rumah di kampung dulu, mama tanam macam-macam jenis ulam-ulaman,” katanya.
Luah Elizad, selepas pemergian ibu, Allahyarhamah Nazariah Mohd Salleh ke pangkuan Ilahi akibat penyakit Parkinson, rasa rindu yang teramat terhadap ratu hidupnya itu sukar dibendung.
Ads
“Saya bersyukur sempat mewarisi ilmu memasak daripada ibu. Cuma saya tak sempat belajar menjahit dengan arwah,”ujar Elizad mengenang ibunda tersayang.
Sebagai anak tunggal perempuan daripada lima beradik, Elizad atau nama penuhnya, Siti Elizad Mohd Sharifuddin mengambil alih tugas arwah dalam membuat persiapan raya.
“Dulu ibulah yang menjahit baju raya kami sekeluarga selain mencari langsir untuk disuai padan. Menu istimewa lebaran pastinya rendang campur air tangan ibu yang selalu dirindui,” katanya mengakhiri perbualan.
Ads
GULAI LEMAK DAGING SALAI BERSAMA PUCUK UBI
(Resipi: Datuk Chef Wan)
BAHAN-BAHAN:
Pucuk ubi (daun lembut sahaja)
1kg daging salai | hiris nipis
3 batang serai | titik
1 helai daun kunyit | siat-siatkannya
1kg santan pekat
Garam dan gula
4-5 biji belimbing buluh
1 keping asam gelugor
Ads
BAHAN KISAR:
30 biji cili padi
1cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Masukkan hirisan daging salai dalam periuk bersama bahan kisar, serai dan separuh dari santan.
2. Masak sekejap sehingga daging empuk.
3. Setelah kuah agak kering, masukkan kesemua lebihan santan dan kacau rata. Guna api dapur yang agak sederhana agar santan tak pecah.
4. Masak hingga kuah benar-benar masak dan perasakan garam dengan secukupnya. Masukkan belimbing buluh dan daun pucuk ubi yang telah dibersihkan.
5. Setelah daun agak layu sedikit, dalam 10 minit bolehlah tutup api. Sedia untuk dinikmati.
Setiap kali tibanya musim persekolahan memberi peluang kepada umat Islam untuk menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah. Dan setiap kali ke sana, pastinya setiap jemaah tidak akan melepaskan peluang untuk berswafoto terutama di Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam. Maklumlah kita tidak tahu entah bila lagi akan ke sana dan inilah peluang yang ada untuk mengabadikan memori sepanjang melakukan ibadah di sana.
Namun baru-baru ini tular di media memberitahu terdapat larangan buat jemaah untuk berswafoto di Masjidi Haram di Makkah dan Masjidil Nabawi Di Madinah. Larangan mengambil gambar atau video bagi melindungi dan memelihara kesucian tempat itu, selain supaya tidak mengganggu kelancaran jemaah lain beribadah. Apakah memang benar larangan dari kerajaan Arab Saudi itu dan jika ia dilaksanakan memang sangat menyedihkan buat jemaah kerana tidak dapat bergambar di sana.
Namun seorang kolumnis di akhbar online Mstar, Raihanah Abdullah yang menulis di situ memberitahu seorang temannya yang berada di sana tidak mendengar mengenai larangan untuk berswafoto di Makkah dan Madinah.
Menurutnya minggu lalu rakan yang pernah bersama-samanya menguruskan jemaah haji baru-baru ini mengesahkan tidak mendengar atau dikuat kuasan larangan berkenaan. Temannya itu berada di tanah suci selama sebulan dan memang tidak mendengar sebarang larangan.
Menerusi perbualan dalam Whatsapp, temannya memberitahu tiada pula pengawal keselamatan merampas telefon atau melarang jemaah bergambar atau berswafoto dalam atau luar kawasan masjid.
Malah temannya itu sendiri turut bergambar bersama-sama jemaah dalam Hijir Ismail dan perbuata itu turut dilihat oleh pengawal keselamatan yang sentiasa mengawal ketat kawasan di Hijir Ismail.
Begitu juga di Madinah, tiada larangan bergambar dan jemaah masih bebas mengambil gambar walaupun dalam masjid. Menurutnya lagi jika larangan dikuatkuasa sudah tentu pengawal keselamatan yang menjaga di pintu hadapan masjid tidak membenarkan jemaah membawa telefon bimbit atau kamera.
Jom baca perkongsiannya ini dan pasti selepas ini setiap jemaah yang pergi pasti tidak akan rasa ragu-ragu untuki mengabadikan kenangan bersama jemaah di kawasan tanah haram ini.
ASSALAMUALAIKUM.
Cerita mengenai larangan swafoto di Tanah Suci Makkah dan Madinah tular di aplikasi Whatsapp baru-baru ini. Ramai rakan dan kenalan yang bertanya mengenai kesahihan cerita itu apatah lagi bukti larangan itu turut dimuatkan di dalam akhbar negara jiran.
Ada juga yang bersetuju dengan larangan itu demi kebaikan dan kelancaran ibadat jemaah. Tidak kurang juga berpendapat apabila bergambar, ia boleh menimbulkan riak pada seseorang dan boleh menjejaskan tumpuan jemaah lain.
Suatu ketika dahulu, sememangnya jemaah dilarang membawa kamera di dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Justeru, memang tiada peluang mengabadikan gambar dan kenangan menunaikan umrah mahupun haji.
Larangan mengambil gambar lebih ketat di Masjid Nabawi kerana setiap kali memasuki pintu masjid, setiap jemaah akan diperiksa oleh pengawal keselamatan dan jika didapati membawa kamera atau telefon bimbit, jemaah tidak dibenarkan masuk atau telefon mereka akan disimpan di tempat lain.
Untuk mengetahui di mana telefon bimbit disimpan, saya dengan sengaja membawa telefon bimbit ke dalam Masjid Nabawi ketika hendak menunaikan solat Asar berjemaah. Jika tidak silap pada 2005.
Sejurus memeriksa beg galas saya, pengawal keselamatan wanita menyuruh saya masuk ke dalam sebuah bilik di sebelah kanan saya.
Di situ, seorang wanita bertubuh gempal meminta saya meletakkan telefon bimbit jika mahu bersolat di dalam masjid. Saya menyerahkan telefon bimbit saya dan selepas itu menulis nama saya di dalam sebuah buku.
Wanita itu mengatakan, hanya setelah solat, saya boleh mengambil telefon itu. Saya memerhatikan sekeliling bilik yang seumpama sebuah perpustakaan mini. Selepas solat, saya mengambil semula telefon bimbit itu.
Masih saya ingat lagi, ketika membuat liputan pada 2012, jurugambar saya dikejar oleh pengawal keselamatan lelaki di perkarangan Masjidil Haram sekitar jam 10 pagi. Disebabkan kebimbangan kamera dirampas, jurugambar itu berlari lintang pukang berkaki ayam untuk menyelamatkan diri.
Namun, jurugambar itu tidak serik kerana apabila saya hendak menemuramah petugas wanita di dalam Masjidil Haram, sekali lagi dia perlu merakamkan gambar tetapi pada kali itu dia membawa kamera kecil.
Di Makkah lebih mudah mengambil gambar kerana bukan semua pintu masuk ke masjid ada pengawal keselamatan dan jika jemaah wanita memasuki pintu yang dijaga pengawal lelaki, sudah tentu mereka tidak akan diperiksa.
Berbalik semula kepada cerita larangan swafoto di Makkah dan Madinah. Saya bertanya kepada seorang kenalan yang mengikut suaminya bertugas di Makkah. Bagaimanapun, beliau sendiri tidak mendengar sebarang berita mengenainya.
Alhamdulillah, minggu lalu, rakan yang pernah sama-sama bertugas menguruskan jemaah haji baru-baru ini mengesahkan mengenainya menerusi aplikasi Whatsapp.
Secara kebetulan, kawan saya itu, Haji Rashid, berada di Tanah Suci selama sebulan dan beliau maklumkan bahawa larangan itu tidak dikuatkuasakan sebagaimana digembar-gemburkan.
“Saya perhatikan tiada pula pengawal keselamatan merampas telefon atau melarang jemaah bergambar atau swafoto di dalam ataupun di luar masjid,” ujarnya dalam Whatsapp.
Malah, beliau sendiri turut bergambar bersama-sama jemaah di dalam Hijir Ismail dan perbuatan mereka itu dilihat oleh pengawal keselamatan yang sentiasa mengawal ketat di kawasan Hijir Ismail.
Di Madinah begitu juga tiada larangan bergambar. Jemaah masih bebas mengambil gambar walaupun di dalam masjid. Jika larangan itu dikuatkuasa, sudah tentu pengawal keselamatan yang menjaga di pintu hadapan masjid tidak membenarkan jemaah membawa telefon bimbit atau kamera.
Hanya beberapa tahun kebelakangan ini, jemaah bebas mengambil gambar di dalam masjid, di dataran Kaabah atau di mana-mana ruang sekali pun. Amat sukar untuk melarang jemaah bergambar kerana ketika ini, telefon bimbit lengkap berkamera umpama keperluan dan kemestian kepada sesiapa saja untuk dibawa ke mana-mana.
Justeru, sangat sukar jika larangan itu dikuatkuasakan. Bagaimanapun, jemaah perlu memastikan setiap perlakuan mereka terutama apabila swafoto tidak menjejaskan konsentrasi jemaah lain atau mereka hilang fokus pada ibadat.
Adab, perlakuan dan tindakan jemaah perlu dipelihara lebih-lebih lagi di Tanah Suci Makkah dan Madinah.
Setiap ramuan mempunyai resume faedah yang mengagumkan dengan secara harfiah serta ulasan yang memukau. Memandangkan ia sangat disukai dalam penjagaan kulit, anda mungkin tertanya-tanya, bolehkah menggunakan niacinamide dan vitamin C bersama-sama?
Dalam bidang ramuan penjagaan kulit, ia tidak menjadi lebih baik daripada niacinamide dan vitamin C. Serius, namakan dua bahan yang lebih baik untuk berseri dan hiperpigmentasi daripada superstar ini. Vitamin C dan niacinamide melakukan begitu banyak perkara yang hebat untuk kulit sendiri, adalah wajar untuk tertanya-tanya sama ada anda boleh mencampurkan kedua-duanya atau melapiskannya di atas satu sama lain.
Pertama sekali, vitamin C dan niacinamide juga dikenali sebagai vitamin B3. Kedua-duanya membantu memperbaiki kulit, dan perbezaan mereka berfungsi dengan cara yang saling melengkapi.
Sebagai antioksidan, vitamin C membantu meneutralkan radikal bebas berbahaya dan toksin persekitaran yang mungkin bersentuhan dengan kulit. Vitamin C mempunyai ciri-ciri pelindung foto, yang membantu untuk memerangi kerosakan kulit akibat UV. Ia juga memainkan peranan penting dalam sintesis kolagen dan penyembuhan luka. Ia juga boleh membantu merawat dan mencegah hiperpigmentasi dengan mengurangkan pengeluaran melanin.
Niacinamide, sebaliknya, terutamanya membantu meningkatkan fungsi penghalang kulit dengan mengekalkan kulit lembap. Ia melakukan ini dengan meningkatkan pengeluaran seramida dan dengan menghalang penyejatan air daripada kulit ke persekitaran. Niacinamide juga mempunyai sifat anti-radang, yang boleh membantu menenangkan kulit yang merengsa atau meradang.
Tetapi bukan itu sahaja, niacinamide mempunyai beberapa sifat yang sama seperti vitamin C. Ia juga membantu meningkatkan pengeluaran kolagen dan menghentikan pengeluaran melanin, menjadikannya wira anti-hiperpigmentasi.
Walaupun Vitamin C dan niacinamide memberi kesan kepada kulit dengan cara yang sama, merangsang kolagen, memperbaiki pigmentasi dan meningkatkan kapasiti antioksidan kulit, ia melakukannya melalui mekanisme tindakan yang berbeza. Dia menjelaskan bahawa dengan menggunakan vitamin C dan niacinamide bersama-sama, anda boleh mendapat hasil yang lebih baik daripada menggunakannya sahaja.
Jika anda berminat untuk menggunakan kedua-dua aktiviti, berikut ialah cara untuk memastikan ia tidak membatalkan satu sama lainatau menyebabkan kerengsaan:
1. Gunakan serum vitamin C anda dahulu, dan biarkan ia kering.
Oleh kerana vitamin C terkenal tidak stabil, anda sentiasa mahu menggunakannya pada kulit yang bersih dan kering. Kemudian, biarkan vitamin C kering sepenuhnya sebelum meletakkan niacinamide. Dengan cara itu, asid askorbik mempunyai peluang untuk meresap ke dalam kulit, dan terdapat peluang yang lebih kecil untuk menggabungkan kedua-dua aktiviti tersebut. Pakar dermatologi menasihatkan, Ia mengambil sedikit masa untuk produk menyerap. Kulit sepatutnya kelihatan kering sebelum menggunakan produk seterusnya.
Walaupun, anda harus sentiasa menggunakan produk penjagaan kulit anda daripada yang paling nipis kepada yang paling tebal: Jadi, katakan, jika anda mempunyai serum niacinamide dan pelembap yang diselitkan vitamin-C, sapukan serum dahulu, kemudian susulan dengan krim.
2. Cari produk dengan kedua-dua bahan.
Untuk memudahkan urusan, anda sentiasa boleh mencari produk yang menggabungkan kedua-dua vitamin C dan niacinamide.
3. Gunakan niacinamide dalam pelembap
Salah satu kekuatan terbesar niacinamide ialah ia sesuai dengan semua jenis kulit. Daripada mendedikasikan langkah keseluruhan produk kepada serum niacinamide, pertimbangkan langkah kegemaran ahli kimia dan biarkan niacinamide pada pelembap anda.
Oleh kerana niacinamide berpasangan dengan baik dengan bahan lain (tidak seperti vitamin C), anda mungkin lebih baik menggunakan serum vitamin C tulen, kemudian susulan dengan pelembap penghidratan yang mengandungi niacinamide. Tidak perlu risau tentang niacinamide tidak berfungsi ia satu kerja kerana ia agak stabil secara keseluruhan.
Ya, anda boleh menggunakan kedua-dua vitamin C dan niacinamide, tetapi ambil perhatian petua di atas supaya anda tidak membatalkan ramuan tersebut. Lapiskannya dengan betul dan anda juga boleh meningkatkan faedah yang dikatakannya.
Serum yang membantu mengawal minyak berlebihan dan cela pada kulit, serta mengurangkan penampilan kemerahan.
La Roche-Posay Toleriane Fluide Moisturizer
Cecair menenangkan untuk kulit sangat sensitif atau alergi. Sesuai untuk kulit kombinasi hingga berminyak dan boleh diaplikasikan di kawasan muka juga mata.
CeraVe PM Facial Moisturizing Lotion
Krim malam niacinamide ini yang menenangkan, tekstur yang lebih lembut dan membantu memulihkan penghalang kelembapan semula jadinya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Dalam usaha membendung agar wabak Covid-19 tidak terus menular, ramai jugalah yang mengambil inisiatif dengan memakai topeng muka dan juga sarung tangan (glove).
Walau bagaimanapun adakah sebenarnya pemakaian glove itu perlu. Ini perkongsian daripada Farmasi i-Sihat. Moga bermanfaat.
Untuk pengetahuan semua, pemakaian glove oleh public sebenarnya boleh menyebabkan corona virus lebih mudah tersebar tanpa disengajakan. Ini berlaku apabila anda menganggap pemakaian glove adalah pengganti kepada membasuh tangan @ hand sanitizing. Ini adalah lebih mengundang bahaya!
Contohnya anda menyentuh pam minyak dengan menggunakan glove, ya tangan anda tidak tercemar virus, tapi glove itu jugalah anda buka pintu kereta, betulkan tudung di muka, buka tombol pintu rumah, ini boleh menyebabkan virus (jika ada) merebak dengan lebih meluas, secara tidak sengaja dan tanpa disedari.
Sedangkan jika anda tidak memakai glove, anda akan kerap mencuci tangan @ handsanitizing. Selepas memegang pam, anda hand sanitizing dulu, baru buka pintu kereta. Sampai dirumah, hand sanitizing dulu, baru pegang tombol pintu, anda lebih selamat! Namun jika anda tidak yakin, #stayathome, ini adalah paling selamat.
Di hospital, terdapat ‘clinical waste bin’, untuk petugas kesihatan terus buang gloves tersebut selepas melakukan prosedur. Ini mengelakkan penularan virus yang tidak diingini. Bukan seperti kita, tiada tempat khusus untuk buang selepas menggunakannya. Belum lagi termasuk kes yang membuang gloves merata-rata begitu sahaja dan memberi risiko kepada pengutip sampah pula.
Selain itu, jika kita tidak membuka glove dengan cara yang betul, sekali kita akan menggagalkan fungsi glove kerana kita memegang kembali bahagian yang telah tercemar.
Petugas kesihatan juga tidak memakai 1 pasang glove sahaja sehari, mereka akan kerap tukar mengikut keperluan. Begitu juga dengan pegawai bank, mereka ‘handle’ wang kertas dengan menggunakan glove, namun mereka terus buka dan buang di dalam plastik khas tertutup apabila bangun dari kaunter mereka.
Apa akan jadi jika mereka guna gloves tersebut untuk pegang cawan? Atau bergerak merata-rata, buat bermacam aktiviti dan sentuh pelbagai benda seperti kita? Lagi cepatlah virus tersebut (jika ada) tersebar.
Teknik yang betul juga mesti digunakan ketika membuka dan membuang facemask yang telah digunakan. Sekali lagi #stayathome adalah paling selamat. Ada mask tapi tersasul/lupa cara pengendalian yang betul tetap memerbahayakan diri anda.
Khasiat telur rebus bukan sahaja membantu kenyang lebih lama, malah baik untuk kesihatan mata, otak, kuku dan tulang wanita. Ketahui manfaat lengkapnya di sini.