Tren solekan terbaru yang masih lagi berlegar di media sosial, kini gaya solekan ‘Angelic Look‘ menjadi pilihan orang ramai. Memberikan wajah tampak mempersona dan segar tanpa solekan yang keterlaluan.
Sudah tentu ramai yang suka akan gaya solekan yang kurang menonjol dan menunjukkan hasil yang natural. Tidak semua yang gemar solekan yang terlalu menonjol dengan pembayang, blusher, dan gincu yang sangat terang kerana ada yang tidak berani untuk gayakan solekan seperti itu.
Kini, ramai pengguna di media sosial terutama sekali di TikTok menghasilkan gaya solekan yang tampak seperti tidak memakai apa-apa produk mekap, no-make up-make up look, kerana solekan ini ‘ringan’ dan sesuai dengan cuaca panas di Malaysia. Tetapi saban hari, tren solekan ala ‘tidak menggunakan mekap’ di evolusikan lagi menjadi lebih menarik dengan nama yang baharu.
Solekan ala bidadari ataupun ‘Angelic Look’ ini juga menjadi salah satu trademark buat jurusolek terkenal Filipina, Paul Unating, yang gemar membuat solekan ala bidadari ini kepada model. Ramai yang suka akan hasil yang beliau lakukan dan juga menjadi salah satu tarikan untuk kebanyakan orang mencuba gaya solekan ini menggunakan teknik mereka sendiri.
Lihat! Nampak sangat segar dengan penggunaan warna rona merah jambu menaikkan seri wajah seseorang itu. Memang betul tampak seperti bidadari. Jadi memang sah ia menjadi kegilaan ramai orang kenapa ia banyak di hasilkan semula di TikTok.
Hijabista telah menelaah setiap video di TikTok untuk mencari cari yang mudah dan senang di lakukan oleh semua untuk mencipta gaya solekan ala bidadari untuk diri anda. Jadi kami menemui pengguna akaun TikTok bernama Jennie Dimova yang menghasilkan gaya solekan ini dengan mudah sekali.
#1 Gunakan Eyebrow wax atau Clear Mascara untuk kening yang natural
Bagi solekan gaya angelic look ini perlu minima penggunaan produk yang terlalu menonjol. Di sebabkan kening merupakan salah satu ciri utama di muka, jadi kita perlu kurangkan ‘penegasan’ di kawasan itu. Jadi, kening hanya perlu di bentuk menggunakan eyebrow wx atau clear mascara untuk mengemaskannya mengikut bentuk yang natural.
#2 Hanya gunakan concealer untuk tutup cela
Selalunya kita akan memilih untuk menggunakan foundation dan juga concealer untuk menutup cela di muka. Bagi solekan ini, anda tidak perlu menggunakan produk yang terlalu ‘berat’ dan hanya mengekalkan penggunaan produk yang minima. Hanya gunakan concealer untuk menutup cela di bahagian muka yang bermasalah seperti bekas jerawat, kawasan tona tidak sekata, dan yang lain-lain berkaitan.
#3 Gunakan contour untuk beri kesan muka terstruktur dan tirus
Jika tadi Jennie menggunakan produk berkrim, kini dia menggunakan powdercontour untuk membuatkan muka tampak berstruktur dan tirus. Menggunakan contour juga memberikan dimensi kepada muka. Hasilnya muka kelihatan terletak cantik dengan struktur yang menawan.
#4 Gunakan krim blusher dan higlighter
Mekap angelic look ini menampilkan warna rona merah jambu yang cantik di kawasan pipi dan bawah mata. Ia akan membuatkan muka kelihatan segar dan comel kerana warna merah jambu yang memberikan satu ciri yang manis. Jadi letakkan krim blusher dan highlighter di kawasan pipi dan bawah mata, jangan lupa untuk ratakan menggunakan alat solek seperti beauty blender. Seperti Jennie, selepas krim blusher dan highlighter di ratakan, dia meletakkan sedikit concealer di bahagian sudut hadapan mata untuk menerangkan kawasan tersebut.
Ads
#5 Letak bedak asas dan powder blusher untuk set muka anda
Setelah menggunakan produk berkrim di muka, kita tidak mahu ia kelihatan bercapuk setelah beberapa jam ia berada di muka. Jadi anda perlu gunakan produk yang berasaskan bedak untuk set mekap asas yang telah anda lakukan pada awalnya.
#6 Gunakan eyeshadow yang berwarna putih dan letakkan shimmer di kelopak mata
Gunakan pembayang atau eyeshadow yang berwarna putih atau warna coklat cair di jadikan sebagai warna asas di kelopak mata. Lalu, untuk menonjolkan sedikit warna di kawasan itu, anda gunakan shimmer untuk kelihatan seperti berkilat dan segar pada kawasan mata anda.
#7 Gunakan pencil higlighter untuk cerahkan hujung mata dan timbulkan tulang hidung
Penggunaan pencil highlighter di letakkan pada bahagian tulang hidung dan hujung hadapan sudut mata boleh berikan impak kesan yang bersinar buat kawasan itu. Jadi anda bukan sahaja boleh gunakan pencil highlighter, anda boleh juga gantikan dengan menggunakan apa-apa produk highlighter mengikut kesesuaian anda.
#8 Gunakan eyeshadow sebagai wing liner dan maskara untuk melebatkan bulu mata
Untuk berikan lagi kawasan mata kelihatan tampak lebih berwarna dan ‘tajam’ anda gunakan pembayang mata berwarna coklat gelap sebagai wing liner untuk kesan yang natural. Lalu, gunakan maskara untuk membuatkan bulu mata kelihatan lebat.
Ads
#9 Gincu yang berwarna rona merah jambu atau warna tanah
Akhir sekali untuk mencantikkan lagi solekan ini, gunakan lip liner yang berwarna coklat untuk membentukkan bentuk bibir yang mungil dan besar. Lalu, padankan dengan gincu yang berwarna rona merah jambu atau warna tanah untuk memberikan solekan yang bersahaja.
Siap sudah mekap anda, dah jadi bidadari!
Sudah siap gaya solekan ala bidadari atau lebih di kenali sebagai angelic look. Ia mungkin panjang untuk di perincikan melalui teks tetapi bila anda cuba sendiri, pasti ia akan tampak mudah. Bagi mereka yang baru mencuba mekap, tidak mengapa, teruskan untuk praktis sehingga anda boleh capai gaya solekan yang anda inginkan. Selamat mencuba!
Kecantikan wanita Arab memang tidak dapat disangkal lagi. Hijabista kagum dengan kulitnya yang putih dan halus, bibir merah merekah serta mata bundar di sebalik hijab yang menutup wajahnya. Sekali pandang, hati pasti tertawan melihat mereka.
Pastinya ramai tertanya-tanya apakah rahsia kecantikan mereka. Setelah diselidik, rupa-rupanya mereka hanya amalkan 6 makanan sunah untuk tujuan kecantikan. Jom cuba amalan mereka, mana tahu kulit anda pula semakin cantik lepas ni.
1. Bunga Saffron atau Za’faran
Saffron merupakan agen pencerah kulit yang terbaik. Di Arab Saudi, kopi Arab asli harus mempunyai saffron dan buah pelaga.
2. Minyak Zaitun
Minyak zaitun mempunyai banyak khasiat. Salah satunya adalah untuk meremajakan kulit. Selain itu, ia mampu membuatkan kulit menjadi lebih halus. Tidak hairanlah kebanyakan produk kecantikan mengandungi minyak zaitun.
3. Pati Delima
Pati delima juga baik untuk kesihatan dan dalaman. Antaranya, baik untuk mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi dan obesiti. Ia juga mampu turunkan paras gula ke tahap normal.
4. Cuka Tamar atau Cuka Epal
Cuka tamar atau cuka epal baik untuk sistem pencernaan. Jika anda ada masalah sembelit, Cuma tamar atau cuka epal ini memang bagus. Kedua-dua bahan ini akan memastikan sumber makanan seperti protein, karbohidrat dan lemak dipecahkan dengan sempurna.
5. Habbatussauda
Sekarang ni, Habbatussauda boleh didapati dalam bentuk biji, pil atau minyak. Elakkan ambil minyak bersama dengan madu kerana minyak akan neutralkan khasiat dalam madu. Ia berdasarkan dari hasil kajian pihak bertentu.
6. Madu
Kita pun tahu madu sememangnya mempunyai pelbagai manfaat, malah turut berfungsi melambatkan proses penuaan kulit dan mengekalkan kelembapan kulit.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Umum sedia maklum selepas mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak negara, Haziq Nadzli pelakon yang popular menerusi drama Nur, Eyra Hazali telah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.
Namun, baru-baru ini keletah anak lelaki sulungnya, Muhammad Hayder Qhalish mencuri perhatian netizen dengan gelagat comelnya, merengek mahukan “gift lion” daripada pelayar Tik Tok.
Netizen Teruja Lihat Gelagat Hayder Mahukan “Tik Tok Gift”
Menerusi, sebuah hantaran pengguna akaun @waaa di Tik Tok baru-baru ini, memaparkan eyra, haziq dan hayder sedang melakukan siarang langsung Tik Tok (Tik Tok Live) untuk meluangkan masa melayan para peminat keluarga kecil mereka.
Pada video tersebut, dapat dilihat para peminat eyra dan haziq membanjiri live tersebut dengan menghantar pelbagai hadiah buat selebriti kesayangan mereka itu. Malah, Hayder sempat merengek mahukan “gift lion” daripada para pelayar.
Rengekkan Hayder yang comel itu mengundang rasa geram netizen ketika melihat gelagat anak sulung Eyra yang tampan ibarat anak kacukan itu. Justeru, seorang pengguna yang dikenali sebagai Tok Mat telah memberi hadiah ‘lion’.
Hadiah lion yang muncul untuk beberaoa detik itu, mengundang rasa tida puas Hayder melihatnya, sehingga dia merenggek mahukan gift itu sekali lagi. Hantaran gift kali kedua dari Tok Mat itu berjaya meraih perhatian Hayder sehingga anak kecil itu mengukir senyuman di bibir.
Meninjau komen yang ditinggalkan pada pelayar Tik Tok pada hantaran itu, rata-ratanya merasa gembira dan teruja dengan keletah Hayder yang merengek mahukan gift mahal dan kerajinan Tok Mat melayan kehendak anak sulung Eyra itu.
Tidak kurang juga yang terhibur dengan keletah polos Hayder yang tidak mengetahui hadiah lion tersebut adalah mahal dan sudah mencukupi jika memperolehinya sekali sahaja.
“Dia minta macam harga RM 2,” seloroh Netizen.
Untuk rekod, pasangan Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki Muhammad Hayder Qhalish dan Muhammad Endra Haqimie.
Pengacara popular yang pernah menghiasai kaca televisyen, Datin Seri Normala Samsudin berkongsi rasa syukur apabila anaknya, Ruhila Roslan selamat melahirkan cahaya sulung semalam, Khamis.
Rasa syukurnya itu dikongsikan menerusi hantarannya dalam akaun Instagram dengan memuat turun beberapa gambar jari kaki dan tangan cucunya yang begitu comel! Menurut Normala, kelahiran cucunya itu adalah seperti sebuah amanah yang diturunkan oleh Allah SWT.
Amanah kirim Allah SWT dari syurga..setiap kelahiran insan sudah tersurat dan tersirat. Amanah berat tanggungjawab Ibu dan Ayah.
Tambahnya lagi, mendidik anak bukanlah sebuah proses yang mudah namun pasti akan ada kesenangan yang diberikan oleh Allah SWT. Turut teruja dengan kelahiran cucunya itu, Normala juga mendoakan agar cucunya itu menjadi anak yang soleh dan berpesan kepada anaknya supaya menjadi ibu dan ayah yang diredhai-Nya.
Setiap kepayahan itu pasti ada kesenangan dalam menjaga dan mendidik hingga menjadi anak berjaya dunia akhirat. Moga jadi anak yang Solleh Amin. Moga kita menjadi ibu ayah yang diredhai-Nya.
Bersama-sama dengan tanda pagar #tokmamasyukursangat, perkongsian itu juga turut mendapat komen positif dari netizen yang turut teruja dengan kelahiran cucunya itu.
“Alhamdulillah & tahniah tokmama,” komen Lizatnordin.
“Harap wajah macam TokMama juga,” komen kartunisgandum.
“Cantiknya lahai nenek..Alhamdulillah dan congratulations for teh new addition to the family.. Semoga kehadiran si kecil cucu membawa seribu keberkatan, kebahagiaan dan rezeki buat seluruh keluarga,” komen n_shida803.
Team Hijabista turut mendoakan agar cucu Normala diberikan kesihata yang baik dan membesar menjadi anak yang soleh. Tidak lupa juga kepada Ruhila, selamat menjalani proses berpantang ya!
SimplySiti jenama kecantikan terkemuka Malaysia yang diasaskan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, dengan bangganya melancarkan rangkaian produk baharu serta memperkenalkan kempen amal SimplySiti Sejuta...