Masalah kulit kusam serta tidak bermaya seringkali menjadi musuh kepada kaum wanita untuk tampil bergaya dan yakin setiap hari. Pemilihan produk pencerahan memainkan peranan penting untuk memastikan kulit anda sentiasa berseri, bermaya dan tidak kusam.

Sumber gambar: India

Pasti ramai yang masih hilang idea untuk mencari produk terbaik mencerahkan kulit muka, bukan? Usah risau, kali ini team Hijabista kongsikan rahsia, tip dan produk agar tampil lebih cerah lagi berseri.

Sumber gambar: Tara

1. Kebiasaanya, kulit gelap dan perubahan warna kulit adalah disebabkan oleh sinaran matahari. Sapukan pelindung sinar SPF tinggi sekurang-kurangnya 30 SPF. Pakar dermatologi bersetuju SPF 15 tidak mencukupi kerana sinar UVA dan UVB masih bisa menembusi kulit anda. You want 98% or more of the sun’s rays to be blocked.

2. Kulit lelaki adalah 25% lebih tebal daripada kulit perempuan. Ini penting untuk dipertimbangkan apabila memilih produk rawatan pemutihan. Kulit lelaki tidak begitu sensitif atau terdedah kepada jangkitan seperti kulit perempuan, maka mereka dapat bertolak ansur dengan bahan-bahan pemutihan kulit yang digunakan. Lelaki juga biasanya mempunyai kulit berminyak berbanding wanita.

3. Usah lupa mengamalkan pupur bagi menghidrat dan membantu mencerahkan ton kulit tidak sekata dan perlahan-lahan mengurangkan parut jerawat lama dan kesan UV matahari. Bukan sahaja mencerahkan kulit, bahan-bahan semula jadi yang terkandung di dalamnya melembutkan semua jenis kulit.

IKLAN
Sumber gambar: Dominika

4. Campuran jus lemon dan madu boleh dijadikan ramuan sendiri untuk rawatan di rumah. Ratakan pada wajah dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bersihkan wajah dengan air separa sejuk. Jika anda mempunyai kulit kering, sapukan campuran jumlah yang sama antara jus timun dan madu pada wajah dan badan selama 15 minit. Kemudian cuci bersih.

5. Lakukan pengelupasan kulit sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu. Skrub dan produk pengelupasan membantu membuang sel-sel kulit mati pada permukaan kulit dan memberi kulit nafas yang baru. Pengelupasan juga membantu mengembalikan kulit ideal sekiranya kulit anda lebih gelap dari asalnya.

IKLAN
Sumber gambar: Oprah Daily

6. Bersihkan wajah dengan pencuci muka khas untuk mencerah sekali gus membersihkan kulit sebelum aplikasi produk pencerahan lain. Sebaiknya amalkan rutin penjagaan dan rawatan pencerahan daripada rangkaian penuh produk jenama pilihan anda supaya efek yang diingini bisa dicapai. Minta nasihat pakar jenama sebelum membeli produk terlebih dahulu.

7. Kulit mengambil masa agak lama untuk menampakkan hasilnya, so be patient! Bergantung kepada tahap kerosakan kulit anda, mungkin ia hanya mengambil masa beberapa bulan atau memakan tahun lamanya. Jika anda mahukan efek segera, apa kata berjumpa pakar dan dapatkan rawatan pencerahan di spa.

IKLAN

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI