Penggunaan buah lemon sering kali di gunakan sebagai satu bahan rawatan kulit. Begitu jelas ramai yang suka akan manfaat buah lemon bagi mencerahkan dan mencegah jerawat di muka.

Namun, dalam kegembiraan ramai yang meraih keberkesanan air lemon ini kepada kulit mereka, ada juga yang semakin menderita akibat penggunaan air lemon ini. Jadi persoalannya, sejauh mana anda tahu keberkesanan lemon terhadap kulit anda?

Guna lemon boleh cantik tapi juga bahaya buat kulit

Lemon kaya dengan vitamin C dan juga asid sitrik, ia juga menjadi pilihan orang ramai atas keberkesanannya dalam detoksifikasi bagi menyingkirkan toksin di dalam badan. Oleh itu, lemon menjadi satu bahan DIY dalam penjagaan kesihatan tidak kira menyingkirkan toksin dalam badan malah menjadi solusi buat masalah kulit seperti jerawat dan kedutan.

Namun, tidak semua orang sesuai untuk menggunakan bahan ‘ajaib’ ini. Jika anda boleh bayangkan rasa lemon apabila di gigit, rasa masam dan sitrusnya sudah pasti anda dapat bayangkan. Begitu juga kesannya kepada kulit, ia boleh memberikan kesan sampingan yang meninggalkan kesan yang tidak dapat anda jangka.

@tipsfromjanice Is lemon safe the skin? Can I use lemon on my face 🤷‍♀️🍋#skincare #skincare101 #diyskincare #diyskin #skincaretips #lemonskincare ♬ original sound – Janice

IKLAN

Artikel berkaitan: Wajah Nampak Tua Bila Kulit Wajah Kusam Dan Gelap, 7 Tip Ini Buat Kulit Lebih Cerah Dalam Masa 1 Minggu!

Air lemon mengandungi sifat antibakteria serta anti-inflamasi yang boleh merawat jerawat. Walaupun begitu, penggunaan air lemon yang tidak betul boleh menyebabkan lagi keadaan wajah menjadi lebih teruk. Sebagai contoh, aplikasi air lemon secara terus di jerawat boleh membuatkan lagi keadaan jerawat menjadi lebih teruk sepertinya bengkak dan kemerahan di sebabkan oleh iritasi.

Kesan buruk yang boleh terjadi pada kulit

Sememangnya penggunaan lemon ini boleh membantu wajah, tetapi anda perlu tahu kesan sampingan yang boleh terjadi pada wajah anda.

Iritasi kepada kulit

 

IKLAN

Berlaku iritasi pada kulit itu adalah kesan yang biasa terjadi apabila menggunakan bahan yang bersifat asid ini. Lemon mempunyai kadar asid yang tinggi, di mana kadar nilai pH 2. Maka ia boleh memberikan kesan iritasi pada kulit di sebabkan oleh kulit yang menjadi semakin kering, naik kemerah-merahan, dan boleh menggelupas bahkan ia boleh memberikan kesan buruk lagi pada anda.

Phytophotodermatitis

@skinbydrazi Dedicated to those applying lemon to their skin #phytophotodermatitis #skintok #skinbydrazi #hyperpigmentation #dermatology ♬ original sound – cvmgvzzler

Phytophotodermatitis adalah sejenis tindak balas kulit terhadap bahan sitrus. Malah boleh juga memberi tindak balas pada bahan lain seperti Parsli, Saderi, dan lobak merah. Apabila bahan yang mengandungi sitrus ini terdedah kepada kulit, lalu terdedah pula kepada cahaya UV, kulit akan meradang yang menyebabkan kemerahan, bengkak, dan bengkak berair.

Tindak balas phytophotodermatitis hanya menjejaskan lapisan epidermis, iaitu lapisan kulit yang paling atas. Jadi dengan menyapu air lemon boleh membuatkan risiko terdedah kepada sinaran matahari dan menyebabkan sunburn ataupun kulit terbakar.

IKLAN

Leukoderma

Leukoderma ataupun juga di kenali sebagai vitiligo, berlaku apabila kulit kehilangan melanin iaitu zat yang memberi warna kepada kulit yang menyebabkan tompok cerah. Mahupun begitu, terdapat juga segelintir orang yang masih menggunakan lemon sebagai rawatan untuk menghilangkan bintik-bintik hitam, kesan itu akan bertukar menjadi tompokan putih akibat leukoderma.

Jadi kebanyakan tip-tip kecantikan yang anda lihat di sosial media atau mana-mana sumber itu perlulah tahu mengenai kesannya kepada sesetengah jenis kulit. Anda perlu tahu setiap kulit mempunyai cara tersendiri untuk pulih dan kekal cantik. Apa yang penting, cantik dengan bijak!

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI