Berjubah hitam bukan penghalang untuk seseorang itu melakukan aktiviti lasak, lagi-lagi melancong secara backpackers. Tetapi bagi Izara ia adalah satu perkara yang mudah dan tidak menjadi masalah baginya. Ikuti pengalaman Izara yang gemar ‘backpackers’ sambil  berjubah hitam.

Pernah suatu ketika dia rasa terbatas untuk meneruskan minat’ backpackers’ ini yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti hiking dan snorkeling dengan menggunakan jubah. Namun ternyata jubah bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti outdoor. Aktiviti yg dilakuakan adalah hiking, snorkeling,menunggang kuda dan pelbagai lagi aktiviti lain.

‘Backpackers’ jadikan seorang yang ‘simple’ & bersederhana

Barang yg saya akan masukkan dalam backpacker saya hanya 3 helai jubah hitam, seluar track 3 helai,2 helai baju tshirt, Tudung bawal 2, 1 helai kain sarung, Tuala nipis & kecik, Tudung hitam ekspress 2 helai, 1 helai niqab 2 half purdah & barang2 keperluan lain. (Beg Backpakers 45Liter)

Tidak kira untuk berapa lama perjalanan

Pejalanan paling lama adalah 2 minggu hanya bebekalkan barang-barang yang tersenarai di atas. Before terjebak dengan backpacker say seorang yg terlalu complicated. Kalau boleh barang 1 rumah nak angkut sekali. Bawa beg kompom berkilo-kilo.

IKLAN

‘Backpackers’ jadikan seseorang berjimat cermat

Untuk orang seperti saya yangg minat backpackers tapi tidak mempunyai duit yg banyak. Duit yangg ada hanya cukup2 untuk keperluan hidup bukan penghalang saya untuk tidak meneruskn minat saya untuk berbackpackers. Jangan ingat orang yang backpacker ni hanya dikalangan orang yang berduit. Bila start berbackpacker maka secara rasminya keluar dari zon selesa.

Tidur tak kesah di mana sahaja asal dapat berteduh dari panas hujan. Makan yg paling bajet sebab saya backpacker bukan spesis foodhunter sangat. Cukup dapat alas perut saja. Cara backpackers saa cukup untuk touchdown tempat yang ada dalam list & lakukan aktiviti yang sudah dirancang. Memang nampak rushing & memenatkan tapp puas hati. Tidak buang masa untuk stay lama-lama di satu tempat dengan cara itu dapat menjimatkan bajet. Dapat touchdown banyak tempat dalam masa yang singkat & bajet yg rendah.

IKLAN

Baru-baru ni baru habis arrange trip Sabah untuk member saya yang dar I semenanjung.  Berbekalkan 5 hari 4 malam dengan tentatif yang padat. Touch down banyak tempat di Sabah. Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Beluran, Telupit, Ranau, Kundasang, Kota Kinabalu, Kota Belud, Kota Marudu & Kudat.

IKLAN

Hajar Ghazali ttba takut air…dia pergi berebut pelampung dgn budak2…dah knpa budak ni…✌?️xda alasan xtutup aurat✌?️

Posted by Ungu IzazZahra on 6hb November 2017

Dekat luar sana lagi ramai yang pro bab2 backpacker dengan cara masing-masing jika dibanding dengan saya yang hanya backpackers ala kadar. Ini hanyalah sekadar coretan tepi jalan saja, tiada apa yg istimewa.

TIP UNTUK HIJABI:

1. Pastikan ada beg backpackers ( utk permulaan guna yg murah2 ja, saya dulu guna beg galas sekolah)
2. Keberanian nak bermula.
3. Cari member kaki jalan & memang akan On ja kalo di ajak backpacker.
4. Tentukan tempat nak pegi. ( Utk permulaan kena discover tempat sendiri dahulu, cari tempat pelancongan yang terkenal dalam negeri anda serta tentukan aktiviti )
5. Bermula dengan bajet yg rendah. (Bawah RM200 bajet full pakej)
6. Kena bertindak laksanakan perancangan backpacker anda. (Jangan biarkan itu sekadar perancangan )
7. Jangan overthinking sangat. ( Niat musafir / tawakal kena tinggi )

SUMBER : fb ungu izazzahra
ig : ungu.izazzahra (blackjubah)

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI