Setahun yang lalu seluruh dunia gempar apabila seorang gadis yang juga merupakan bekas sukarelawan Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCare), Razan Ashraf Najjar, 21 tahun telah mati syahid apabila maut ditembak di dada oleh rejim Zionis Israel ketika memberikan bantuan perubatan di perkampungan Khua’za, Gaza.
Pejuang wanita yang sangat dedikasi.
Dan selepas setahun tragedi berkenaan, dua hari lagi akan diadakan #GreatReturnMarch dan juga sempena memperingati ulang tahun pertama kematian gadis ini yang mati syahid. Najjar juga merupakan orang Palestin yang ke 119 yang tewas sejak protes #GreatReturnMarch yang dimulai bulan Mac.
Tidak gentar melawan setiap halangan.
Great Return March merupakan perjuangan daripada rakyat Palestin dalam mengembalikan hak dan kebebasan mereka. Antara objektif utama GRM ialah:
1) Menuntut hak untuk kembali pulang ke Palestin adalah sah mengikut ketetapan 194 PBB. Tidak ada mana-mana pihak yang boleh manafikan atau membatalkan hal tersebut.
2) Meraih sokongan seluruh dunia bagi mengangkat martabat nilai keadilan dan keamanan untuk Palestin.
3) Menyeru agar PBB mengambil tanggunjawab sepenuhnya untuk melindungi pelarian Palestin agar mereka kembali ke tanah Palestin.
4) Hak untuk kembali adalah hak yang ‘suci’ dan tidak boleh ditangguhkan dan mesti segera dilaksanakan secepat mungkin.
5) Demonstrasi ini adalah bentuk penentangan dan perjuangan rakyat Palestin yang baru. Wanita, kanak-kanak dan lelaki akan turut mengambil bahagian bagi menuntuk hak mereka untuk kembali dan bebas dari penjajahan.
Sebelum ini Najjar pernah menyuarakan hasrat untuk gugur sebagai syahid dan permintaan itu telah dimakbulkan oleh Allah apabila maut ditembak pada 1 Jun 2018 lalu.
Baru berusia 21 tahun.
Menerusi Facebook MyCare, Razan dikatakan pernah menyuarakan hasratnya untuk ‘gugur’ sebagai syahid.
“Boleh sahaja jika saya (Razan) hanya bekerja di hospital. Tetapi saya lebih suka untuk berada di barisan hadapan bersama-sama para sahabat saya di lapangan.
“Setiap hari akan ada yang gugur syahid di Gaza dan mereka itu lebih mulia dari saya. Saya mengharapkan saya juga syahid seperti mereka,” katanya yang dipetik melalui Facebook NGO terbabit.
Ketika bertugas.
Perkara ini disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MyCare. Kamarul Zaman Shaharul Anwar yang terkejut dengan berita kematiannya yang dianggap kejam kerana dibunuh menjalankan tugas membantu insan yang memerlukan.
Tuhan makbulkan hasratnya untuk mati syahid.
Kamarul berkata, Razan ada menyuarakan hasratnya untuk meneruskan aktiviti sukarela, namun tidak sempat menyempurnakan sepenuhnya niat baiknya itu.
“Semoga pemergian Razan menjadi motivasi kepada sahabat kami di Palestin untuk terus berjuang.
Mangsa Razan Ashraf Najjar, 21 tahun yang juga warga Palestin pernah menjadi sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) itu tahun lalu.
Najjar yang juga seorang jururawat memakai uniform putih ketika sedang menjalankan tugasnya sewaktu ditembak di bahagian dada berkenaan.
Dalam kejadian berkenaan 100 orang cedera termasuk Najjar yang terbunuh disebabkan serangan tentera Israel di hari Jumaat nan mulia.
Jenazahnya dibungkus bendera Palestin.
Sebelum itu, Najjar dikatakan sedang berusaha membantu pesakit lain dalam jarak 100 meter dari kawasan sempedan tetapi kahirnya peluru Israel menembusi dadanya.
Ribuan yang menghadiri majlis pengebumian sukarelawan yang bukan sahaja masih muda tetapi punya personaliti menarik.
Ribuan mengiringi jenazahnya.
7 PERKARA MENARIK RAZAN NAJJAR:
1. Razan berasal dari Palestin dan merupakan adalah seorang jururawat wanita yang bekerja secara sukarela untuk Palestinian Medical Relief Society (PMRS). Dia bekerja di area yang hanya beberapa ratus meter dari rumah keluarganya.
2. Pernah ditemubual media AlJazeera pada April 2018 dan apabila ditanya kenapa terjun ke medak konflik, Najjar memberitahu dirinya malu jika dia tidak aa untuk membantu warga Palestin. Menjadi tugas dan kewajipannya membantu yang terluka. Sebelumnya, beberapa media pernah mewawancarai perempuan berusia 21 tahun ini. Salah satunya adalah mengenai kenapa dia mau ikut terjun ke medan konflik?
3. Pernah mengalami luka, pengsan dua kali kerana menghidu gas. Malah pada 13 April dia cedera di bahagian pergelangan kaki ketika jatuh waktu berlari menuju kepada mangsa yang terluka.
4. Razan ditembak saat sedang lari menuju pagar perbatasan di dekat Khan Younis, Gaza, 1 Juni 2018. Dia sedang berusaha menolong mangsa korban yang terluka.
5. Mengenakan baju putih, seragam paramedic dan dia mengangkat tangannya setinggi-tinggid engan jelas. Tetapi tentera Israel menembak dan dia tertembak di bahagian dada. Ada juga saksi lain bercerita bahawa Razan awalnya tidak sadar bahawa dia sudah tertembak. Saat peluru telah tembus ke punggung, dia baru sadar dan berkata “Punggungku, punggungku!” kemudian dia jatuh ke tanah.
6. Razan dimakamkan pada Sabtu, 2 Jun 2018. Jenazah Razan dibawa melewati jalanan Gaza dengan dibungkus bendera Palestin. Ayahnya membawa jaket medik Razan yang berlumuran darah. Malah ribuan orang yang berduka dan marah turut mengiringi jenazahnya hingga ke kubur.
7. Najjar merupakan orang Palestin yang ke 119 yang tewas sejak protes #GreatReturnMarch yang dimulai bulan March.
AlFatihah buat Razan Najjar.
KREDIT FOTO: VIA FACEBOOK HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD (MYCARE)
Semenjak negara kita dilanda pandemik Covid-19, ramai diantara kita yang diarahkan untuk bekerja di rumah sebagai salah satu usaha untuk membendung penularan wabak ini. Oleh kerana itu, ramai yang sudah menjadikan sudut didalam rumah mereka sebagai ‘office’ sementara.
Sudah pasti keadaan dan juga moodnya berbeza apabila kita melakukan tugasan kerja di rumah berbanding di pejabat. Rasa malas, tidak fokus dan tiada semangat seringkali menjadi masalah utama apabila melakukan kerja di rumah ataupun ‘work from home’. Tambahan pula bagi mereka yang sdah berkeluarga dan mempunyai bilangan anak yang ramai, pastinya ia menjadi salah satu masalah untuk menyiapkan kerja dengan baik.
Suasana dan juga keadaan bekerja di rumah harus sesuai, supaya mood untuk bekerja itu sentiasa membuak-buak untuk melakukannya dengan baik. Oleh itu, team Hijabista kongsikan kepada kamu semua tip untuk jadikan sudut ‘pejabat’ di dalam rumah kamu lebih menarik, selesa dan pastinya memberikan kamu semangat untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Barulah bos sayang!
Sudut yang boleh lihat suasana luar rumah
Ini antara perkara yang paling penting untuk kamu berasa selesa melakukan kerja. Pastikan kamu memilih satu sudut yang membolehka kamu lihat di luar rumah. Cara ini bukan sahaja boleh menyegarkan keseluruhan badan kamu apabila melihat warna hijau pokok ataupun apa sahaja di luar rumah, malah ia juga memberi ketenangan kepada minda apabila kamu stres melakan tugasan. Ambil sedikit masa untuk melihat di luar jendela supaya mata kamu yang berat itu terasa sedikit ringan dan minda kamu berasa sedikit bebas.
Konsep ‘sejuk’ ini merujuk kepada pemllihan warna barang serta warna dinding yang boleh kamu ubahsuai untuk jadikan area kerja kamu lebih tenang dan selesa. Contohnya seperti warna putih, kelabu, biru perlahan ataupun apa sahaja warna ‘pastel’ boleh menaikkan suasana ‘sejuk’ yang nyaman. Bukan itu sahaja, pilihan warna-warna berikut boleh menaikkan eleemen mahal yang kadang-kala mempengaruhi mood kamu untuk melakukan tugasan dengan lebih serius dan fokus!
Siapa yang suka berkerja dalam keadaan meja yang berselerak dan tidak kemas kan? Ha! Untuk pastikan kamu sentiasa berasa bersemangat untuk melakukan kerja di rumah, apa kata luangkan sedikit masa untuk menyusun atur segala jenis barangan kamu dengan kemas. Bila kamu lihat area kerja kamu kemas dan bersih, barulah ada ‘mood’ nak buat kerja. Sedikit tip mudah untuk pastikan kamu selesa adalah:
Pastikan kamu susun mengikut saiz dan juga warna.
Letakkan barangan yang selaliu kamu guna di satu tempat yang sama supaya tidak menganggu kawasan kerja kamu yang lain.
Jika kamu memiliki banyak barangan elektronik seperti telefon bimbit, komputer riba, ‘earbuds’, tetikus dan sebagainya, pastikan kamu ikat, susun dan letakkan wayar ‘charger’ nya di satu bekas yang sama supaya tidak berselerak.
Sentiasa sediakan tisu basah di dalam laci meja kamu supaya boleh mencuci dan menghilangkan habuk di atas meja ataupun mana-mana tempat yang lain.
Dekorasi seperti gambar, bunga, cermin ataupun apa sahaja yang boleh menjadika area kerja kamu tampak berseni dan kreatif antara langkah bijak untuk menaikkan keserian di kawasan itu. Gambar-gambar seperti pemandangan, flora atau fauna, manusia atau apa sekali pun bukan sahaja memberi keseronokkan semasa membuat kerja, malah ia juga mampu menaikkan elemen mewah pada ruang kerja kamu!
Aroma yang wangi boleh menyebabkan hati dan minda kita tenang dan rasa mudah untuk melakukan kerja. Pilihlah aroma yang tidak terlalu tajam, tapi cukup sekadar baunya yang lembut yang boleh dibau ketika kita membuar kerja. Haruman jenis lavender, rose, lemon atau vanilla antara pilihan bijak untuk memastikan keseluruhan area kerja kamu wangi!
p/s: Untuk tambahan, untuk memastikan proses pengubahsuaian kamu berjalan lancar dan menepati citarasa, lebih baik kamu kaji dan cari dahulu gambar-gambar rujukan contohnya seperti di Pinterest untuk memudahkan kamu memilih warna, corak, perabot dan lain0lain mengikut kesesuaian ruang dan citarasa kamu! Selamat mencuba!
Sejarah sandal jenama terkenal, Teva, tercipta di pinggir sungai berbatu di Grand Canyon Amerika Syarikat pada tahun 1984. Kisahnya terjadi apabila seorang pemandu sungai yang bijak mengikat dua tali jam Velcro kepada seliparnya bagi memastikan sandalnya tidak terapung di hilir sungai.
Bagi meraikan peristiwa penting tempat kelahirannya dan menggalakkan peminat penerokaan dan pengikut setia untuk memahami asal usulnya, Teva telah melancarkan peraduan global di mana pelanggan Teva berpeluang untuk memenangi percutian ke Grand Canyon. Menariknya tahun 2019 juga merupakan ulang tahun Taman Negara Grand Canyon yang diasaskan 100 tahun lalu.
Prestige Sports Sdn Bhd, pengedar eksklusif Teva di Malaysia, turut meraikan ulang tahun ini dengan mengumumkan peraduan cabutan bertuah untuk pelanggan baru dan sedia ada di Malaysia untuk memenangi percutian percuma ke Taman Negara Grand Canyon selama 10 hari.
Dengan hanya berbelanja RM250 ke atas dalam satu resit di mana-mana kedai Teva, (Mid-Valley, One Utama atau Sunway Velocity Mall) pelanggan layak menyertai cabutan bertuah ini. Tempoh kelayakan bagi peraduan ini adalah dari sekarang sehingga 16 Jun 2019. Keputusan rasmi akan diumumkan dari 8 Julai 2019 dan seterusnya.
Sertai Peraduan Foto ‘My Teva Moments’
Peminat setia Teva juga berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah melalui laman Facebook Teva Malaysia dengan memuat naik gambar mereka sedang memakai sandal Teva yang menjadi kegemaran mereka berserta dengan kapsyen yang berinspirasi. 20 penyertaan yang menerima paling banyak ‘likes & shares’ dalam tempoh peraduan layak untuk menyertai cabutan bertuah ke percutian Grand Canyon. Sejumlah 4 pemenang juga akan dipilih untuk memenangi sebanyak dua pasang sandal siri Teva GC100 masing-masing. Peraduan ‘My Teva Moments’ berakhir pada 30 Jun 2019.
“Kami ingin memupuk semangat perintis dan kebebasan Teva di kalangan generasi baru rakyat Malaysia. Peraduan ini akan menggalakkan lebih banyak orang untuk mengalami keindahan megah Grand Canyon yang merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban dunia dan tapak Warisan Dunia UNESCO,” kata Puan Norita Mohd Noor, Pengurus Besar Prestige Sports Sdn Bhd.
Untuk hijabi yang berminat, bolehlah mendapatkan maklumat lanjut tentang peraduan cabutan bertuah serta terma dan syarat, sila lawati https://www.facebook.com/TevaMalaysia. Rugi jika tidak sertainya!
Mendapat jolokan ‘Primadona’ Malaysia, pemilik nama penuh Fazira Wan Chek atau lebih mesra disapa sebagai Erra Fazira yang juga merupakan bekas Ratu Cantik (Miss Malaysia World) 1992 sebelum akhirnya mencapai puncak populariti sebagai penyanyi dan pelakon tanah air.
Namun, siapa sangka aktress jelita ini sudah pun berada di usia 50-an pada tanggal 9 Februari lalu. Meski, wajah dan kelangsingan tubuh badan yang dimiliki oleh ibu kepada Ungku Aleesya itu tidak mencerminkan selayaknya, kerana Erra tampak muda berbanding usia. Tidak dinafikan aura dan pesona Erra Fazira masih utuh dan mampu memikat pandangan ramai hingga ke hari ini.
Pesona Jelita Erra Fazira Di Usia 50-an, Kekal Terserlah!
Ini membuktikan bahawa Erra bijak menjaga penampilan diri dan kecantikan. Dalam kesibukan menguruskan keluarga dan kerjaya sebagai anak seni, duta dan ahli perniagaan pun Erra kekal aktif mengamalkan gaya hidup sihat dan bersukan.
Walau usia semakin meningkat, ia nyata tidak menjadi penghalang buat pemenang anugerah Pelakon Filem Wanita Popular tersebut untuk melakukan aktiviti lasak dan bersukan.
Misalnya, pemilik nama Fazira Wan Chek ini berkesempatan meluangkan masa bermain bola jaring bersama kelab peminat setianya. Bukan saja popular dan cantik, Erra juga ramah dan menghargai para peminat yang banyak menyokong kerjaya seninya selama ini.
Aktres filem Maria Mariana ini juga dilihat gemar beriadah seperti berbasikal bersama teman-teman dan anak tersayang, Engku Aleesya.
Tak hairanlah dia mampu mengekalkan susuk tubuh langsing dan kekal berstamina. Malah, peminat Erra sendiri mengetahui figura ini seorang wanita yang berjiwa lasak dan aktif bersukan.
Jika Tidak Bergelar Selebriti, Erra Fazira Bakal Ceburi Bidang Perniagaan
Mengimbas temu bual Nona bersama Erra ketika dia menjadi penghias cover Nona Oktober 2018, aktres ini mendedahkan jika tidak bergelar selebriti dia mungkin menjadi ahli perniagaan.
“Saya rasa saya akan menjadi seorang businesswoman. Sebab saya suka berniaga. Dari saya kecil lagi saya dah berniaga. Kecil-kecil dulu saya pergi sekolah.. saya berniaga keropok. Sayalah yang menggoreng, cabut sendiri ubi kayu dan segala-galanya saya buat sendiri.”
Disifatkan sebagai seorang wanita yang berdikari, Erra yang kini berstatus ibu tunggal enggan melihat perkara itu sesuatu yang menyukarkan. Sebaliknya, melontarkan kata-kata semangat ini buat semua wanita yang melalui nasib sama seperti dirinya.
Jangan menghempas diri.. kita kena bangun. Kita tak ada orang lain untuk kita nak bersandar. Jadi, semua sandaran tu hanya kepada kita. Maka bangunlah. Kita ketepikan tanggapan orang lain terhadap kita. Tapi kadang-kadang yang paling sakit itu adalah tanggapan daripada keluarga atau saudara-mara sendiri.
“Tapi tak apa, itu semua cliche. Kita buktikan bahawa ibu tunggal boleh membesarkan anak, boleh hidup dengan baik.. boleh didik anak dengan baik. Yang penting, kita balance dunia akhirat,” ujar primadona Malaysia itu.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Majalah NONA
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...