Baru berusia 13 tahun, Qadejah El Zahra anak kedua kepada jutawan kosmetik Dato’ Seri Aliff Syukri ini dipuji memiliki raut wajah yang cantik dan manis persis ibunya, Datin Seri Nur Shahida.
Ke mana tumpahnya kuah, kan?
Qadejah dilihat sering berkongsi video pendek di Instagram Sugeh Eco Resort.
Selain berkongsi tentang kehidupannya sebagai anak Dato’ Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida, dia turut membantu mempromosikan bisnes keluarganya.
Dalam perkongsian tersebut, ibu dan bapanya itu memiliki karakter yang berbeza. Malah, apa yang kita lihat di media sosial tidak sama dengan karakter sebenar mereka.
“Sejak saya kecil, Abah seorang yang tegas dan garang dengan saya.
“Bila dah meningkat dewasa saya mula faham kenapa Abah memarahi saya. Abah ingin saya menjadi seorang manusia yang baik.
“Abah tidak mahu saya menjadi manusia yang biasa sebaliknya luar biasa dan hebat.”
Ads
Qadejah turut mendedahkan, ibu dan bapanya itu mempunyai karakter yang berbeza.
“Mama dan Abah agak berbeza.
“Mama seorang yang ceria berbanding Abah.
“Mama benarkan kami buat apa sahaja yang kami inginkan.
“Karakter Mama lebih membawa kepada keceriaan. Mama juga tidak mengongkong tetapi masih mementingkan pembelajaran.
“Sama seperti Abah, Mama menginginkan saya menjadi manusia yang hebat dan luar biasa.”
Ads
MINAT BISNES SEJAK KECIL
Datin Seri Nur Shahida pernah meluahkan harapannya itu dalam satu hantaran di akaun Instagram peribadi.
Kata Datin Seri Nur Shahida, walaupun baru berusia 13 tahun namun Qadejah sudah mempunyai minat dalam perniagaan. Kelebihan yang ada pada Qadejah itu dikatakan saling tak tumpah seperti bapanya.
“Setiap anak ada kelebihan dia. Masing-masing punya minat sendiri. Tapi apa yang saya nampak Cess ni lebih pada berniaga.
“SALING TAK TUMPAH DENGAN ABAH DIA @ALIFFSYUKRITERLAJAKLARIS. KALAU DENGAN PELANGGAN TU CUKUP MESRA, PETAH BERBICARA SAMPAI PELANGGAN TU BELI LA.”
Selain petah berbicara, Qadejah juga fasih berbahasa Inggeris. Memang terpegun setiap kali melihat video-video Qadejah mempromosikan perniagaan keluarganya.
“Harap suatu hari nanti ada lah yang mewarisi perniagaan ni nanti. Nak harap Mama dengan Abahnya dah tak larat dah. Fikir nak duduk rumah je nak berehat.”
Ads
QADEJAH ANAK DISLEKSIA
Qadejah mewarisi genetik bapanya yang mengalami disleksia. Ia hanya disedari ketika Qadejah berusia enam tahun.
Namun setelah menjalani rawatan khusus dan pernah belajar di Pusat Disleksia Ampang, Qadejah kini membesar sebagai seorang anak yang bijak, kreatif dalam seni lukisan serta petah berkata-kata.
Menurut Datin Seri Nur Shahida, Qadejah seorang anak yang mudah dijaga. Kelebihan yang dimiliki Qadejah adalah lebih kepada seni.
Antaranya, dia gemar melukis apa yang orang lain tidak pernah terfikir untuk lukis. Punya daya pemikiran di luar kotak!
Semoga Qadejah menjadi anak yang solehah di dunia mahupun akhirat seterusnya bergelar wanita hebat di sisi Allah SWT.
Untuk info, Dato’ Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida dikurniakan enam cahaya mata hasil perkongsian hidup yang dibina sejak Ogos 2007.
Selain itu, mereka turut mempunyai seorang anak angkat.
Kredit Foto: Instagram Datin Seri Nur Shahida, Qadejah El Zahra
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pengorbanan seorang ayah dalam mencari rezeki yang halal untuk menampung keluarga memang meruntun hati kerana mereka sanggup mengorbankan masa dan tenaga demi sesuap nasi. Sebagai seorang anak, kita seharusnya menghargai pengorbanan mereka.
Tidak kira apa pun kerja ayah anda, anda perlu berbangga dengan usaha mereka. Sebagai contoh, seorang gadis bernama Nabilla Salman yang berbangga dengan kerjaya ayahnya sebagai seorang pemandu lori kerana dengan kerja itulah dia berjaya membesar dengan sempurna dan berjaya mencapai apa yang diimpikannya.
Berikut merupakan perkongsiannya di Facebook.
Ayah aku seorang pemandu lori. Berpuluh2 tahun dah ayah aku kerja sebagai pemandu lori. Kalau sebut jee pemandu lori orang mesti ingat “Wahh, gaji mahal boleh cecah 5 ke 6K sebulan”. Tapi tak semua orang tahu apa yg dilalui sebagai seorang pemandu lori setiap hari.
Yes, kerja sebagai seorang pemandu lori tersangat sangatlah berisiko tinggi. Sebab apa, sebab mereka bekerja di atas jalan raya tidak kira waktu subuh pagi petang siang malam. Yg bukan hanya melibatkan nyawa sendiri, malah juga melibatkan ramai nyawa yg berada di atas jalan raya. Di mana orang lain seronok seronok tidur sedangkan mereka pemandu lori ‘melawan mata’ menahan mengantuk demi mengejar rezeki yg mereka dapat.
Aku nak ceritakan kisah aku sebagai anak seorang pemandu lori. Dulu waktu aku kecik umur 11-12tahun aku pernah ikut ayah aku bekerja naik lori. Masa tue ayah kena kerja hantar barang machine naik lori pergi Penang. Yelaa masa tue budak2 lagi, ikut ayah sebab nakkan merasa keseronokan naik lori.
Wahhh konon bangga naik lori time budak2. Seronok tengok laut, yelaa sbb lori kann tinggi. Duduk dalam lori boleh nampak semua yg ada sekeliling kita. Kalau tak silap aku itu yg pertama dan terakhir aku ikut ayah aku kerja naik lori.
Yelaa, nak ikut selalu pun tak boleh sebab memang berisiko tinggi in case jadi apa2 kan. Masa dekat Penang tue ayah siap bawak jalan2 lg naik kepala lori ronda Penang. Siap dapat makan tepi pantai lagi. Itu memamg kenangan masa kecik aku yg xdapat aku lupakan.
Sekian lamanya, semalam 13/9/17 pukul 8.30 malam. Ayah aku ada dpt trip kerja hantar machine lori ke Kuala Terengganu. Dan disebabkan aku pun takde kerja, aku saja2 cakap dgn ayah aku “Ayah, ela nak ikot boleh” Dannn! Jawapan yg keluar dari mulut ayah aku “Nak ikut siaplah”.
Aku pun apa lagi. Excited tue taklah excited sgt, sbb dah lama tak merasa naik lori. Aku pun ikutlah. Yelaa dulu ikut masa umur 11-12 tahun, skrg nie umur aku pun dh 24tahun.
Malam tue pukul 8.30 malam kitorang gerak dari Puchong kee Kuala Terengganu. Aku pun beria bawak bantal kecik, siap sweater. Sebab aku tahu lori ayah aku mmg sejuk.
So aku bawak jelaa duduk bersila kemain peluk bantal duduk dekat sebelah ayah aku. Jarak tempat duduk aku dengan ayah aku ada laa dlm semeter jaraknya.
Sepanjang perjalanan dari Puchong tue, aku tetiba rasa sebak. Seolah2 aku memikirkan sesuatu yg membuatkan hati aku rasa sayu sedih dlm hati bila tengok ayah aku bawak lori. Sambil aku cakap dalam hati.
“Ouhh, macam nie rupanya ayah aku kerja dari dulu sampai skrg nak membesarkan anak2 dia hingga berjaya masuk universiti”
“Macam nie rupanya ayah aku bekerja siang malam demi sesuap nasi utk anak isteri”
“Macam nie jugaklah ayah aku bekerja bagi duit belanja anak2 dia masa study”
Hati aku jadi sedih. Aku tersenyum dalam kesedihan sambil memerhati ayah aku yg tengah drive lori. Sepanjang aku dalam lori aku dpt tengok semua yg jadi atas jalan raya.
Di mana ada pengguna jalan raya yg mementingkan diri sendiri masuk simpang last minit, tak bagi signal, main phone sambil drive, potong kenderaan lain main potong jee tak tengok kenderaan lain. Macam2 kerenah laa senang cerita.
Balik pada ayah aku, aku ikut ayah aku bukan sekadar ikut. Mama dah pesan siap2, perhatikan ayah drive, tengokkan ayah kalau2 dia mengantuk kee apa kee. Means memang aku sekalipun kena menahan mata untuk jaga ayah aku. Sebab before nie kalau ayah dapat trip jauh mama yg selalu temankan ayah.
But malam nie mama kasi chance dkt aku ikut ayah. Sebelum bertolak tue aku memang dah siap2 beli awal jajan, keropok buah air apa semua dekat shell. Bukan apa, untuk menghilangkan mengantuk.
Dalam pukul 10 malam mcm tue kitorang baru sampai Karak-Bentong. Dia punya seksa naik bukit ya Allah, slow ya amat. Aku cakap dengan ayah aku mcm nie “Ayah, tabah betul ehh bawak lori. Naik bukit mcm siput yg sdg menuju ke garisan penamat”.
Ayah aku gelak then dia ckp “Haaaa, baru tahu ayah kerja mcm mana” Aku terdiam. Terdiam seribu bahasa sambil menanti melepaskan naik bukit. Gila! Aku rasa kalau aku berlari lagi laju. Dpt byangkan tak dia punya slow mcm mana masa nak naik bukit tue.
Sepanjang naik bukit tue ayah cakap “Time nie laa nak hisap rokok, check phone” Yelaa, mana taknya. Slow habis. Jogging pun aku rasa laju. Yelaaa, lagipun ayah bawak barang machine dah 50tan. 50tan lebih kurang 50000kg. HAAAA. Berat tak berat.
Sepanjang perjalanan tue aku cuba bersembang dengan ayah aku tanya itu ini bercerita. Bukan apa, untuk pastikan yg dia tak mengantuk. At least ada laa kawan dia nak bersembang, kannn.
Sampai jee Bentong tue, aku tengok ayah aku dah mula mengantuk. Macam mana aku tahu? Haaa, ayah aku kalau dia mengantuk senang jee nak detect. Kaki dia dua2 peha tue akan goyang. Dia akan goyang2 kann dua2 peha kaki dia tue.
Aku tegurlah laa ayah aku “Ayah, kalau mengantuk berhenti laa dulu tidur sejam dua” Ayah aku taknak. Dia berkeras cakap mcm nie “Ayah bkn mengantuk, ayah melayan mata” LOL!! Sama jelaaa tue. Aku dah risau dah tengok ayah aku. Aku bg makanan yg ada tue dekat dia bg dia makan. Alhamdulillah ok sikit.
Tapi lepas jee Bentong dekat2 Maran tue aku tengok ayah aku dah goyangkan balik kaki peha dia dua2 tue. Makin laju pulak tue dia goyangkan. Aku tengok mata ayah aku pun dah terkebil2. Banyak kali laa aku ckp dkt ayah aku suruh dia stop mana2 rehat dulu sejam dua.
Sampai jee Maran dalam pukul 2.45pagi mcm tue, ayah aku berhenti parking tepi dia tidur. Ok laa, aku tak kacau. Aku cakap “Ayah tidurlah dulu sejam dua, nnt ela kejut” Okay. Ayah aku diam jee then dia tidur. Aku nie nak kata mata mengantuk tue mengantuklah jugak. Aku tidur. Tapi aku tidur2 ayam mcm tue. Yelaa, kang masa terlajak kang tak jadi apa. Aku main phone.
Dekat pukul 4 tue dlm 3.45 pagi ayah bangun. Ayah aku tegur aku “Kakak tak tidur kee” aku jwb “Tak mengantuk”. Acah2 jee tak mengantuk. Hahahahah. Masa ayah dh start drive balik dari Maran tue, aku bukak phone aku, aku layan movie. Sambil2 makan keropok sambil2 sembang jugak dgn ayah aku.
Lama2 tue aku pulak yg mengantuk. Aku lelap2 kejap. Tidur2 ayam mcm tue. Aku macam rasa lori ayah aku terhuyung hayang kiri kanan. Aku bangun, aku ketuk bantal kecik yg aku bawak utk peluk ayah aku sambil aku tnya “mengantuk kee yahhh” Ayah aku makin rancak pulak goyang kaki dia layan mata terkebil2 dia tue.
Masuk jee LPT2 (Lebuhraya Pantai Timur 2) tue aku dh start mengantuk balik. Ayah aku mcm biasa laa, isap rokok AND STILL melayan mata dia yg mengantuk sgt tue. Aku sampai xboleh buat apa dah. Masa tue xpayah cakap laa, jalan highway kann, jalan baru pulak tue. Lurus jeee jalan dia. Kereta lori yg lalu pun ada laa 2-3-4 ketul. Kiri kanan tak payah cakap laa. Memang gelap.
Sesetengah jalan jee yg ada lampu. Sampai jeee Lanchang (Kalau xsilap laa nama tempat dia) terang jeee jalan highway tue. Lengang xde kereta langsung. Aku ckp dgn ayah aku mcm nie “Ayah, kalau selfie amek gambar dkt sini nie best nie. Duduk tgh2 highway” Ayah aku pun dia dah mengantuk dia pun terus park lori tepi jalan pastue dia ckp “Haaa jom amek gambar”.
Aku pun apa lg, terus capai phone amek gambar. Masa tue aku rasa happy sgt. Yelaaa, aku amek gambar ayah aku, ayah aku amek gmbr aku. Settle jee selfie tgh highway, kitorg teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu tue.
Sepanjang perjalan aku tidur2 ayam sambil tgok2 kann ayah aku drive. Masa tue sedih sgt. Sedih sampai xboleh buat apa, sbb ayah aku degil nak jugak drive dgn mata dia yg dah macam nak terkeluar tue. Adoiii, ayah ayah!
Alhamdulillah dlm pukul 7pagi mcm tue sampai Marang, Terengganu. Ayah ajak breakfast. Aku taknak sbb aku ckp awal lg nak mkn. Aku ckp dgn ayah bg dia turunkan machine dia dkt site baru g bfast. Fine, sampai jee site dkt Kuala Terengganu tue dlm pukul 8.30 pagi mcm tue. Ayah aku turunkan machine dkt site, dia buatlah kerja dia.
Aku boleh jee nak tidur dlm lori tue kalau ikotkan. Tapi tak. Aku tengok setiap satu persatu kerja yg ayah aku buat. Alhamdulillah cuaca pun belum panas lg. Aku perhati jee satu2 kerja yg aku buat dlm site tue. Risiko babe, risiko.
Dalam site kann, korang tahu jelaa brg2 machine yg lain macam mana. Tengok gambar tue. Berpeluh2 ayah aku buat kerja berhempas pulas. Alhamdulillah settle dlm pukul 10pagi kitorang dah keluar site tue.
Dipendekkan cerita, lepas jee keluar site tue ayah cari port utk breakfast. Settle jee breakfast dalam pukul 11 mcm tue kitorg gerak balik Puchong. Sepanjang perjalanan dari Kuala Terengganu pukul 11 pagi tue sehinggalah sampai Puchong 8malam tue, aku mcm biasalah mengantuk tetap mengantuk, tp mcm biasalah tidur2 ayam jugak sbb perhatikan ayah aku drive.
Sedih sebenarnya bila tengok air muka ayah drive bawak lori dgn mata terkebil2 menahan mengantuk. Mata pun dah merah sgt. Bayangkanlah, bukan senang nak bawak lori. Risiko terhadap diri sendiri nak kena jaga, risiko terhadap pengguna jalanraya lain jugak nak kena jaga. Macam2.
Ini tidak, apa2 yg melibatkan kemalangan dgn lori, semua menyalahkan lori. Ingat, tak semua pemandu lori sama. Tak semua keadaan lori sama. Kadang2 kita hati2 mcm mana sekalipun, kalau benda Allah swt dah sebut, Wallahhualam.
So! Conclusion yg aku dpt harini, hargailah mak ayah kita sementara mereka masih ada. Hargailah setiap titik pengorbanan mereka nak membesarkan kita sehingga berjaya dan menjadi seorang anak yg berguna.
P/S: Tidak ada kena mengena yg hidup mahupun yg mati. Maaf jika ada tersalah budi bicara. Aku cuba berkongsi pengalaman. Kalau korang nak rasa betapa TABAHNYA SEORANG PEMANDU LORI, betapa GIGIHNYA SEORANG PEMANDU LORI, korang rasa laa sendiri naik lori macam mana. Dia punya slow kalau bawak brg berat, Ya Allah. Sesungguhnya pemandu2 lori nie seorang yg penyabar menjalani masa saat2 mereka lalui setiap hari bila berada di atas jalanraya walaupun sentiasa dikecam.
Proud to be anak pemandu lori. I love youuu Ayah. Thanks for the experiences!
Pempengaruh media sosial yang juga usahawan terkemuka, Hafiz Mahamad sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk memudahkan urusan pekerja di bawah seliaanya dengan membuka nursery (pusat jagaan kanak-kanak) agar pekerjanya boleh menempatkan anak-anak mereka disitu ketika berkerja.
Namun, dek kerana hasrat itu lebih banyak membawa risiko berbanding kemaslahatan kepada para pekerjanya, Hafiz bertindak mencari solusi lain yang lebih praktikal dan memberi manfaat kepada pekerjanya.
Pernah Berniat Buka ‘Nursery’ Mahu Mudahkan Urusan Staf
Perkara berkenaan dimaklumkan Hafiz sendiri menerusi menerusi hantaran yang dimuat naik di IG storynya.
Dalam video berkenaan Hafiz menjelaskan mengapa niat membuka nursery itu dibantutkan. Ini penjelasan yang diberikan oleh suami kepada pengasas Ainaa Cosmetics, Syafiqah Aina.
“Saya pernah cakap sebelum ini untuk membuka nursery untuk staf saya supaya anak-anak mereka duduk di nursery tu kan, tapi tak jadi nak buka.
“Tapi saya tukarkan kos tu kepada kos elaun untuk staf-staf saya untuk membayar nursery kat luar sana. Kenapa saya tak jadi buka sebab risikonya lebih banyak daripada yang baik.
“Sebagai contoh kalau seorang anak sakit, dia akan berjangkit sakit itu dan saya perlu bertanggungjawab. Seorang anak sakit, seorang mak kena bercuti. Jadi kalau 10 anak sakit, 10 staf akan bercuti,” katanya.
Tak Jadi Teruskan Niat Buka ‘Nursery’ Untuk Pekerja, Hafiz Mahamad Peruntukkan RM350 Sebagai Biaya!
Justeru, setelah menimbang tara perkara ini dengan sewajarnya, Hafiz telah menukar perancangan berkenaan dengan memperuntukan sejumlah elaun kepada setiap staf.
Sebanyak RM350 akan disalurkan setiap bulan, mengikut jumlah anak sebagai perbelanjaan mereka menghantar anak ke pusat jagaan kanak-kanak yang lain.
”Jadi, saya beri kebebasan kepada staf saya untuk mencari nursery kat luar sana dan saya beri elaun yang boleh meringankan beban mereka.
“Saya bagi elaun untuk anak-anak staf seorang anak RM350, jika ada staf dua anak yang dihantar ke nursery luar, saya akan bagi RM700. Staf bebas untuk pilih nursery yang terbaik di luar,” ujarnya Hafiz.
Hafiz Mahamad sememangya dikenali sebagai individu yang gemar membantu dan mempermudahkan urusan orang lain di sekitarnya.
Oleh itu, Hafiz sewajarnya menjadi contoh dan role-model kepada para majikan lain diluar sana yang bertanggungjawab menjaga kebajikan para perkerja dengan sebaiknya.
Bila tiba masa raya bukan barang kemas saja yang nak nampak berkilat, malah rumah pun harus berkilat. Tetapi dengan cucian biasa adakah lantai rumah akan sentiasa berkilat dan tahan lama? Mop lantai nampak macam tugasan yang remeh, tetapi bagi yang biasa melakukannya ini antara perkara yang memerlukan kudrat dan ketelitian untuk memastikan lantai bersih licin dan berkilat.
Nak kilatkan lantai rumah sekilat-kilatnya, ini caranya:
1. Kilatkan lantai: Campurkan pencuci lantai dengan 1 mangkuk kecil cuka makan atau cuka epal ke dalam bekas yang diisi dengan air panas sebaldi. Selepas itu mop lantai seperti biasa.
2. Habuk tidak lekat di perabot: Lap perabot menggunakan ‘softener’ pakaian dengan kadar 1:10 (1 penutup softener dengan 10 cawan air.
3. Harumkan rumah: Bila ramai yang berkunjung ke rumah pelbagai bau akan melekat, cuba cara ini untuk rumah sentiasa bau segar. Satu penutup ‘softener’ dengan cuka bancuh dalam mangkuk kecil kemudian sembur rumah menggunakan bancuan tadi. Rumah akan wangi seperti pewangi jenama terkenal. Semburkan di langsir-mangsir dan sofa jenis fabrik.
4. Mencuci kipas yang berhabuk: Untuk cuci bilah kipas siling yang berhabuk, boleh guna sarung bantal terpakai. Basahkan kemudian sarung bilah kipas tu. Tarik perlahan-lahan. Habuk tak berselerak & tidak berterbangan. Kesemua masuk habuk dalam sarung bantal. Cuci & lap bilah seterusnya.
5. Bersihkan lantai bilik air supaya berkilat: Campukan 3:1 (3 sudu baking soda + satu cawan air) siram campuran baking soda atas lantai, biarkan dalam 30 minit. Kemudian sent dan cuci macam biasa.
6. Oven yang kotor dengan percikan kotoran: Boleh dibersihkan dengan campuran soda bikarbonat dan air. Sukatan agak sendiri, Campuran hendaklah pekat seperti pes. Campuran tersebut tuang di kawasan yang terkena kotoran selama sejam hingga 2 jam. Lepas tu boleh kikis kotoran tebal dan lap macam biasa dengan air bersih. Pasti berkilat.
Jom hijabi ringankan tulang kilatkan rumah sebelum raya tiba.
SUMBER: Facebook rahsia kesihatan & kecantikan
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Mommy Deve atau pemilik nama lengkap Vanessa Ziandry Putri A berhadapan dengan pelbagai tentangan ketika memutuskan untuk bergelar mualaf. Salah seorang 'penentang' ialah ibunya...