Melihat ibu kita tersenyum kegembiraan memang sesuatu yang indah. Apatah lagi, jika kita merupakan punca disebalik senyuman itu.
Seperti yang dilakukan oleh Fatin Syahira Samsuri atau lebih mesra dipanggil Mira, dia telah membuat kejutan dengan menghadiahkan ibunya tiket ke konsert Dato Seri Siti Nurhaliza yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Reaksi ibunya sememangnya sangat comel dan membuatkan netizen yang melihatnya turut berasa gembira dan sebak.
Ibu memang peminat setia Dato Seri Siti Nurhaliza!
My mom’s reaction when i surprised her with @ctdk’s concert tix! Dah sebulan dah beli, penat jugak tahan diri nak surprise tiket ni haha. Niat nak beli platinum tiket sebab lebih senior citizen friendly, lebih selesa untuk mama tapi dah habis ? It’s okay! My mom is still the happiest cutie which makes me so happy!#anakberanakdrama#sitinurhalizaontour#bigfan#countingdays@fiza1209
Ads
Video ini juga terus tular hinggakan penyanyi no.1 negara itu sendiri komen di laman sosialnya dan memuat naik kembali video tersebut di akaun Instagramnya @ctdk.
Seronokkan rasanya apabila melihat orang yang kita sayang tersenyum bahagia! Banyak cara sebenarnya untuk kita membalas jasa dan menggembirakan mereka yang tercinta. Tidak kiralah besar ataupun kecil, yang penting kita usaha dan abaikan kata-kata negatif orang sekeliling. Janji kita happy! Didoakan agar Mira dan keluarga sentiasa dalam lindungan Tuhan. Amin.
Selebriti popular, Rozita Che Wan menasihatkan mana-mana wanita khsusnya hijabi yang dikasari pasangan hingga mendatangkan kecederaan supaya melakukan perkara sepatutnya bagi mengelakkan insiden sama berulang.
Rozita yang sinonim disapa Che Ta berkata, wanita perlu bijak dalam tindakan bagi mengekang situasi tidak diingini dalam rumah tangga.
“Bagi saya, wanita jangan jadi bodoh. Walaupun mungkin lelaki itu yang beli beras, tapi belum tentu dia belikan lauk. Tambah pula sekarang ni lauk ada yang lebih mahal berbanding beras. Saya pernah cakap mengenai hal ini.
“Jadi saya nasihatkan… Kalau lelaki itu sudah mulai naik tangan pada anda, anda kena angkat kaki. Bukan terajang muka dia, tapi keluarlah daripada rumah. Anda ada hak, jangan lupa untuk buat laporan terlebih dulu.
“Bila laporan sudah dibuat dan pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan pengesahan, jadi proses selanjutnya akan berjalan lancar (siasatan).
“Akan tetapi kalau anda tak buat laporan polis terlebih dulu, isu boleh jadi rumit. Misalnya suami akan mendakwa anda keluar rumah tanpa izin dan sebagainya,” katanya.
Che Ta bagaimanapun tidak menafikan, ada lelaki yang boleh berubah menjadi suami yang lebih baik, namun isteri perlu berhati-hati.
“Macam contoh kalau si lelaki itu cuba pujuk balik, maaf janji tak akan buat lagi dan sebagainya, jangan mudah percaya. Sebab apa, anda berkahwin dengan lelaki yang sama.
“Pada saya, dia (pasangan) mungkin sukar untuk berubah. Walau tidak semua tapi itu realiti.
“Kalau wanita pun susah nak berubah, nak harapkan dia pula? Kalau saya, jika ada yang berbuat begitu (berkasar) jangan bagi peluang kedua. Sebab ada potensi untuk dia buat hal lagi,” katanya.
Che Ta juga meluahkan rasa tak puas hati apabila sering terbaca mengenai perkara itu di media massa.
“Memang saya geram, kurang ajar. Kau bila nak nikahi orang itu sanggup bayar mas kahwin bila tak mahu, buat begitu kenapa?,” ujarnya.
Lama tak mendengar perkhabaran mengenai pelakon Sharifah Sofia. Masih terbayang lakonan hebatnya dalam sitkom Spanar Jaya yang sekaligus melonjakkan namanya dalam bidang lakonan. Namun beberapa tahun kebelakangan Sharifah Sofia yang sudah berhijrah tidak lagi aktif berlakon. Dia kini hanya bergerak di belakang tabir. Menyelak Instagram pelakon Pan Asian ini, dia yang kini bahagia dengan dua cahaya mata menceritakan pengalamannya mengidap insomnia.
Dalam satu status di muat turut di laman instagramnya seminggu yang lalu, Sharifah Sofia menceritakan pengalaman membuat rawatan muka hingga meninggalkan kesan pada dirinya.
Menurut Sharifah Sofia, pakar terapinya memberitahu rawatan muka yang dibuat itu boleh membantu dari masalah imsonia yang dihadapi.
Sebelum ini memang tidak mudah untuk dia berdepan masalah ini, tetapi bersyukur mendapat sokongan ahli keluarga dan juga kesibukan dengan kerja yang dilakukannya .
Menurutnya ketika berada di rumah dia yang juga kini sebagai ibu sepenuh masa kepada dua anak perempuannya, Sharifah Ariana dan Sharifah Nur Ameera, memberitahu telah melakukan semua kerja. Dan biasanya kerja dilakukan pada waktu tengah malam kerana tidak ada orang yang perlukan perhatiannya ketika itu.
Walaupun dirinya penat, tetapi dia perlu habiskan semua kerja pada waktunya. Selepas melakukan semua kerja, rasa penatnya akan hilang dan Sharifah Sofia hanya akan masuk tidur sekitar jam 1 pagi atau 2 pagi.
Dan dia juga perlu bangun seawal jam 6 pagi untuk menghantar anaknya Ariana ke sekolah. Inilah yang menjadi rutinnya setiap hari.
Walaupun berdepan tugasan itu setiap hari, tetapi Sharirifah Sofia perlu teruskan kehidupannya. Namun setelah dia menjalani rawatan muka berkenaan, dia telah tertidur dari jam 9.30 malam dan hanya bangun keesokannya hari pukul 6.30 pagi.
Siapa sangka hampir 9 jam dia tertidur dan inilah saat tidur yang paling puas baginya. Dan menurutnya kesan dari rawatan muka berkenaan membuatkan diri dia dapat momen tidur yang paling sempurna. Ternyata dia bersyukur dapat menikmati saat itu.
Bagaimanapun menurutnya dia turut terlepas momen 4 hingga 5 jam waktu kebiasaannya untuk menyelesaikan beberapa perkara.
Statusnya itu juga turut mendapat perhatian dari followernya.
Biarpun dia kini sudah hilang dari radar dunia lakonan kerana membesarkan anak-anaknya, tetapi bagi Sharifah Sofia itu adalah saat paling membahagiakan.
Biarpun masih rindu untuk berlakon kerana bukan disebabkan lakonan adalah kerjaya tetapi seni yang mengalir dari dalam dirinya. Namun cinta pada anak-anak mengatasi keinginnnya sendiri.
Menurutnya dulu berlakon kerana mencari rezeki dan adalah keutamaan. Sekarang ini anak-anak menjadi kepentingannya. Kalau boleh dia mahu wajahnya dilihat anak-anaknya ketika bangun tidur dan lelapkan mata.
Bercerita mengenai penghijrahannya, dia mengambil keputusan memakai tudung kerana yakin dengan kata hati. Bukan kerana mahu berhenti berlakon atau sebaliknya.
Allah berikannya hidayah apabila sering hadir ke majlis-majlis ilmu. Dan satu hari apabila menyertai satu pertunjukan fesyen Msulimah secara semula jadi perasaan mahu bertudung menebal dan kekal berhijab dari 2012 hingga kini.
Selain menjadi ibu sepenuh masa, dia juga turut mencari alternatif mengisi masa terluang terbabit aktiviti lasak seperti mendaki dan juga juga lebih kepada alam sekitar.
Kekuatan seorang wanita memang tidak dapat disangkalkan. Walaupun diuji dengan penyakit barah payu dara, namun mereka tetap kental meneruskan kehidupan dan tidak pernah patah semangat. Begitulah hebatnya mereka yang bergelar wanita ini.
Seperti Ummi Salmah Hashim, 44, yang telah didiagnos kanser pada tahun 2016, dia tidak menyangka perjalanan kehidupannya berubah selepas menyedari terdapat ketulan di bahagian dadanya sewaktu mandi.
“Selepas menyedari ada ketulan tersebut, saya terus ke klinik panel dan mereka menyuruh saya melakukan pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Selepas melakukan biopsi, mamogram dan ultrasound, akhirnya saya telah disahkan menghidap kanser payu dara stage 3b dan telah merebak ke hati dan tulang”, jelasnya.
Tambahnya, pada waktu itu apa yang difikirkan hanyalah mengenai mati dan rawatan kimoterapi yang bakal dihadapinya.
“Mula-mula saya tak dapat terima kenyataan ini. Saya terfikir, kenapa saya yang kena? Lama kelamaan saya reda kerana saya tahu inilah ujian daripada Tuhan buat hambaNya yang terpilih.
“Anak-anak juga pada awalnya sukar untuk menerima. Namun, lama-kelamaan mereka banyak bagi dorongan kepada saya. Sememangnya mereka dan suamilah sumber kekuatan saya. Kebiasaannya, selepas saya menjalani rawatan kimoterapi, mereka pasti akan membawa saya bercuti, ujarnya.”
Ummi juga menjelaskan rawatan hospital adalah yang terbaik dibandingkan dengan rawatan-rawatan lain.
“Sebenarnya saya telah menghabiskan RM 15 ribu dengan mencuba pelbagai suplemen, tradisional dan sebagainya. Apa yang orang jual semua saya beli kerana ingin sembuh tapi tiada satu pun yang berhasil. Akhirnya hospital juga yang dituju. Jadi, seeloknya teruslah berkunjung ke hospital agar kanser itu tidak merebak.”
Ibu kepada 4 orang cahaya mata ini juga sempat berpesan kepada sesiapa yang didiagnos dengan penyakit kanser agar segera mencari support group.
“Support group ini sangat membantu dengan memberi pelbagai nasihat, datang ke rumah dan tidak membiarkan kita keseorangan. Kini saya juga menjadi ahli dan sentiasa berkunjung ke rumah pesakit kanser. Alhamdulillah, ada yang dahulunya takut untuk menjalani rawatan terutamanya kimoterapi kini berasa lebih yakin selepas mendapat sokongan. Yang penting, kita kena sentiasa positif ,” katanya mengakhiri perbualan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Gaya tudung yang salah boleh menyebabkan aurat tidak tertutup sempurna. Ketahui 5 kesilapan hijabi perlu elak agar penampilan kekal sopan dan patuh syariat.