Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada pengasas Bella Ammara, Belle Al-Yahya yang telah selamat melahirkan anak keduanya pada 24 Mei 2018 bersamaan 9 Ramadan 1439H. Berita kelahiran ini dikongsi oleh Belle sendiri menerusi akaun Instagramnya semalam.
Belle turut berkongsi saat-saat terakhir sebelum dia selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Menurutnya, kelahiran kedua ini lebih awal daripada tarikh jangkaan sebenar tetapi Belle bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar.
Semuanya bermula pada jam 5.20 petang, ketika Belle sedang asyik berborak bersama suaminya, Carl dan anak pertamanya, Ammara, tiba-tiba air ketubannya pecah. Agak panik juga kerana tiada sebarang persediaan yang dilakukan.
Kemudian, Belle sekeluarga terus pergi ke hospital yang terletak di Kuala Lumpur. Dengan kesesakan lalu lintas, Belle tiba di hospital satu jam selepas itu. Dia bernasib baik kerana tiada contraction yang terjadi sepanjang perjalanan ke hospital.
Tiba di hospital, jururawat terus melakukan pemeriksaan terhadap kandungannya dan mendapati bayinya itu berada di dalam keadaan songsang. Lalu, dia terpaksa melakukan emergency ceaser demi keselamatan bayinya.
Belle kemudian masuk ke dalam bilik pembedahan pada jam 8.45 malam dan tepat jam 9.30 malam, Belle selamat dilahirkan dengan berat 2.6kg. Namun, bayi tersebut perlu dimonitor kerana dia merupakan bayi pramatang.
Bayi comel tersebut diberi nama Umar Khalif. Menerusi Instagram suaminya, mereka menamakan bayi lelaki ini Umar Khalid sempena nama sahabat Rasulullah Saidina Umar RA dan Khalif itu pula bermaksud pemimpin – Khalifah.
Belle juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya dan baby Umar. Alhamdulillah semuanya selamat dan dia cukup terharu dengan doa-doa anda semua. Selamat berpantang diucapkan kepada Belle. Semoga Umar Khalif membesar menjadi anak yang soleh.
Bulan Ramadan ini sahaja menyaksikan tiga kehilangan insan yang memang kita kenali selama ini. Bermula dengan adik Syahid, anak kepada Bazli UNIC yang menderita kanser limfoma.
Kemudian blogger, Shearasol yang juga pergi di bulan mulia ini kerana kanser. Dan aktres Indonesia, Julia Perez yang akhirnya menghembuskan nafas terakhir setelah menderita kanser servik sebelum ini.
Ketiga-tiga mereka ini berbeza, tetapi punya satu persamaan, iaitu meninggalkan insan di sekeliling mereka hanya kerana derita kanser.
Selain jantung yang merupakan pembunuh nombor 1, admin rasa kanser juga kini menduduki takhta teratas kini kerana begitu senang menyerang dan pergi meninggalkan kita dalam masa cukup singkat.
Melalui satu perkongsian di laman facebook, Bekas Pegawai Farmasi di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Najihah Che Seman juga turut memberi ingatan tentang bahaya kanser ini.
Pengalamannya sebelum ini digunakan untuk berkongsi maklumat 8 penyebab kanser yang memang sering kita buat.
Memang gerun lebih-lebih lagi yang nombor 4, macam tak percaya pun ada.
Gerun kan bila dengar tentang kanser. Mana taknya kita dengar seorang demi sorang meninggal sebab kanser. Kanser ni ada banyak faktor dan lebih menggerunkan faktor ini memang bersepah di sekeliling kita.
1- Makanan
Kenapa coach sangat tekankan kurangkan process food dan junk food.
– Process food ada banyak pengawet, perasa dan pewarna. Sama dengan sosej atau isi ketam yang dibakar dan dijual kepada kanak-kanak depan sekolah juga sangat berbahaya!.
– Air yang pelbagai warna dan perisa semata-mata juga bahaya. Biasakan diri untuk minum jus buah atau air kosong sahaja.
– Malah penggunaan penambah rasa yang sangat tidak terkawal juga salah satu faktor penyebab kanser.
Dan kalu kita perasan orang yang biasa makan di kedai lebih terdedah kepada kepada penambah rasa dan lebih berisiko mendapat kanser.
Untuk lebih selamat, banyakkan masak sendiri di rumah.
– Malah plastic yang digunakan membungkus sup atau tomyam atau apa-apa masakan panas sudah pasti ada interaksi dengan plastic dan menyumbang pada kanser.
2-Keturunan
Apabila keluarga kita ada kanser, kemungkinan untuk dapat kanser lebih tinggi mencecah 50% berbanding dengan orang yang tiada sejarah keluarga kanser. Keluarga yang ada sejarah kanser perlu lebih berhati-hati.
3- Environment
Kawasan industri atau kilang yang banyak merembeskan bahan kimia dan toksik juga antara faktor kanser. Ketika saya bertugas di HSNZ, doctor pakar ada bagitahu kebanyakan kanak-kanak mendapat kanser leukemia menetap di kawasan berdekatan kawasan industry seperti kawasan PAKA.
4-Penggunaan microwave
Awas penggunaan microwave memang penyebab kanser!. Kalu kita lihat negara barat sedia maklum dengan isu ini dan itu antara sebab microwave jarang digunakan di sana malah diharamkan di beberapa negara. Radiasi dari microwave mengubah DNA makanan kepada bersifat carcinogenic terutama dalam makanan bersusu dan bijirin.
5-Kosmetik
Penggunaan kosmetik juga boleh menyebabkan kanser terutama kanser kulit. Kandungan seperti paraben dan mercury adalah toxic dan penyebab kanser.
6. Overweight
Orang yang obes mempunyai risiko yang lebih tinggi bukan sahaja mendapat penyakit darah tinggi, kencing manis malah juga mendapat kanser seperti kanser payudara, dan kanser usus. Ini antara sebab utama anda perlu turun berat badan dengan segera.
7. Faktor lain seperti stress, radiasi, asap rokok dan cahaya matahari juga menyumbang risiko kanser.
Banyakkan? Itu sebabnya coach bagitahu sebenarnya semua orang boleh mendapat kanser!
Macam mana nak kurangkan risiko kanser?
Elakkan faktor kanser di atas. Amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.
Tinggikan immune system badan. Makan makanan yang tinggi antioxidant seperti green tea juga sangat penting untuk mencegah kanser!
p/s: Orang yang mempunyai berat badan berlebihan juga adalah lebih berisiko dari yang kurus untuk mendapat kanser!.
Cantik dan tak jemu mata memandang. Pelakon dan pengacara jelita, Amyra Rosli punya daya tarikan tersendiri selain lemah lembut orangnya.
Bila melihat susuk tubuhnya yang kekal langsing sejak dulu memang makan hati. Macam anak dara! Menurut Amyra, dia bukanah seorang yang obses dengan amalan diet.
Biarpun menggemari makanan manis, Amyra tetap memantau pemakanannya terutama pengambilan gula.
MANIS BERHIJAB
Sejak bertudung pada 2019, Amyra yang lebih mesra dengan panggilan Myra dilihat semakin cantik dan berseri-seri biarpun berstatus isteri serta ibu kepada sepasang cahaya mata.
Pernah dsatu ketika, nama pelakon drama Nur ini sepi dari radar dunia hiburan.
Amyra dalam satu kenyataannya kepada media sebelum ini menyebut bahawa dia segan untuk mencanang perubahan imejnya itu kepada umum.
Kata Amyra yang wajahnya persis pelakon sinetron Nia Ramadhani, selama berhijab rezekinya dalam bidang lakonan sentiasa ada dan masih berpeluang memegang watak sebagai heroin.
Viral bulan lalu yang menyaksikan beberapa selebriti yang pada mulanya berhijab kemudian telah membuka tudung. Namun tidak semua mereka yang telah diberikan hidayah oleh Allah untuk bersikap ‘turning back’ pada kehidupan lalu. Biarpun diuji pelbagai dugaan, namun mereka masih kekal teguh berhijab kerana rasa cinta tidak berbelah bagi pada Tuhan yang satu.
Begitu juga bagi selebriti yang juga seorang penyanyi, Sharifah Hadijah Wan Moss, atau dikenali dengan Deja Moss. Dia yang diduga oleh kisah perceraian dengan bekas suaminya sejak dua tahun lalu tetap teguh berhijab biarpun ada terdetik untuk membuka tudung.
“Menipu kalau saya kata tidak terdetik sikit pun dalam hati untuk ke arah itu. Tetapi saya teguhkan hati. Saya dekatkan diri bersama Maha Pencipta dengan bersolat dan berzikir.
“Saya amalkan zikir Astagfirullahaladzim 1000 kali pagi dan petang, kemudian Selawat pula 1000 kali pagi dan petang juga dan lafazkan Bismillah 100 pagi dan petang serta sebelum tidur. Itu yang saya amalkan dalam dua tahun ini dan alhamdulillah ia memberi seribu ketenangan.
“Tidak dinafikan soal perceraian itu memang beri tamparan hebat dalam hidup saya. Selepas bercerai saya rasakan hidup jadi kosong. Maklum sahaja sebelum itu hubungan kami sangat baik dan tidak berlaku apa-apa pergaduhan berlaku antara saya dan bekas suami. Dan ia (perceraian) berlaku secara tiba-tiba.
“Pada mulanya memang saya tak boleh terima, saya terkejut dan tak tahu apa nak buat. Ketika itu saya just shutdown hidup saya. Enam bulan saya tak bercakap dengan orang, tak tengok TV dan lebih banyak lock myself dalam bilik. Bila kita rasa kehilangan memang sangat terasa kekosongannya,” ungkap Deja Moss yang kemudiannya mencari kekuatan berdepan saat sukar itu.
“Saya cuba bangkit dan cari kekuatan dengan menghambakan diri pada Allah. Saya minta Allah untuk memberi saya kekuatan menghadapi dugaan itu. Alhamdulillah Allah dengar permintaan saya dan sedikit demi sedikit saya mula bangkit semula.
“Selepas melalui fasa perceraian itu saya mula mencari sesuatu yang boleh mengisi naluri. Dan ketika itu saya rasakan dengan melakukan charity yang paling dekat dengan diri saya. Sebelum itu memang sudah lama terdetik dalam hati tetapi tidak tahu cara lakukannya.
“Saya melihat ramai kawan-kawan yang lost bila berlaku perceraian begini. Malah ada yang buka hijab atau mula pergi ke tempat tidak sepatutnya. Tetapi saya memilih jalan untuk rapat dengan Maha Pencipta. Dulu saya pernah lost dan inilah masanya untuk saya gantikan dengan perkara berfaedah (melakukan perkara kebajikan).
“Sesungguhnya Allah atur perjalanan kita itu dengan bersebab. Malah saya tidak pernah rasa sebahagia ini selepas perceraian. Saya isi masa dengan membantu anak-anak yatim, orang asli, ibu tunggal serta golongan yang memerlukan.
“Malah saya juga turut kongsi pengalaman saya sebagai seorang usahawan kepada pelajar jika dijemput memberikan ceramah motivasi,” tambah Deja yang sudah 10 tahun bergelar usahawan Kek Lapis Sarawak.
Menurutnya yang bakal keluar dengan single terbaru bertajuk ‘Menepis Rawan’ ini begitu teruja berkongsi pengalamannya menjalin kolaborasi dengan Teratak Che Dah iaitu sebuah rumah anak yatim yang terletak di Kundang.
“Saya tiada duit untuk beri tiap-tiap bulan dan di kampung itu ada komuniti ibu tunggal. Jadi saya salurkan ilmu buat Kek Lapis Sarawak dengan mereka. Kita buat, jual dan sebahagian keuntungan disalurkan kepada rumah anak yatim berkenaan.
“Kalau ada rezeki lebih, kita juga turut salurkan pada rumah anak yatim lain, golongan ibu tunggal serta golongan asnaf yang memerlukan. Di tempat itu ada station seperti sebuah kilang untuk ibu tunggal ini bekerja dan cari pendapatan bulanan.
“Saya tidak kisah berkongsi ilmu ini kerana bagi saya biarlah legasi kek lapis saya ini berkembang maju. Kita tidak tahu bila kita akan mati, jadi saya mahu orang terus mengingati kek lapis ini dan inilah yang yang saya berikan balik pada komuniti,” ujar Deja yang memerlukan RM18 ribu sebulan untuk keseluruhan operasi di Teratak Che Dah berkenaan.
Justeru untuk memastikan segalanya berjalan lancar, Deja turut turun padang mengutip dana bagi membantu golongan anak yatim ini. Pada mulanya agak sukar tetapi dia bersyukur segala urusan dipermudahkan Allah.
Deja Moss yang popular dengan lagu ‘Asmara’ masih lagi meneruskan aktiviti dalam bidang seni melalui nyanyian.
“Kalau dulu memang saya hambakan diri ini pada seorang lelaki (bekas suami) selama 10. Akan tetapi setelah berpisah, saya letakkan diri saya semuanya pada Allah. Hidup dan mati saya kerana Allah.
“Saya bersyukur setiap hari kerana Allah memberi pinjaman nyawa ini. Setiap pagi saya bersyukur kerana masih lagi bernafas kerana tak tahu apa yang akan berlaku selepasnya.
“Allah beri pinjam nyawa pada kita. Dan semua yang ada di dunia ini hanya pinjaman. Semua milik Allah dan kita patut bersyukur atas kurniaan-Nya. Oleh sebab itu apabila saya hambakan diri pada Allah (selepas bercerai) saya rasa cukup tenang sekali.
“Saya reda dan terima dengan hati terbuka apa yang berlaku sebelum ini. Kata orang sudah ‘move on’ dan paling penting kena kerja keras untuk capai segala impian,” katanya yang sudah enam tahun kekal berhijab, sebelum akhiri perbualan.