Tekad berubah menjadi muslim sejati, penyanyi popular, Zizi Kirana tidak menyesal melakukan perubahan diri kerana percaya Allah lebih mengetahui apa yang terjadi.
Berusaha untuk istiqamah, Zizi reda dengan takdir Tuhan yang ditetapkan buatnya dan tidak pernah terdetik pun rasa sesal dalam dirinya atas penghijrahan yang telah dilakukannya.
“Saya bersyukur dan berterima kasih dengan transisi ini. Jika sebelum ini kehidupan kita hanya biasa-biasa, itu bermakna Allah sedang uji kita dan berkehendakkan untuk kita berubah dan berusaha.
“Segala apa yang kita ada sekarang ini merupakan rezeki yang diberikan Allah.
Ads
“Segalanya diberikan agar kita jangan lalai dengan perintahNya,” ujar penyanyi lagu Eh itu kepada SinarPlus.
Di samping itu, Zizi juga turut mengucapkan terima kasih kepada para peminatnya yang tidak pernah lelah memberikan sokongan buat dirinya.
Ads
Dia juga tidak mahu alpa menjalani hidup sebagai seorang muslimah yang Sakinah dan mawaddah.
Bahagia di sisis suami tersayang, Yusuf Bahrin rupanya sudah hampir setahun mereka melayari bahtera perkahwinan bersama.
Ads
“Setelah bergelar seorang isteri, saya tidak boleh lagi bergantung kepada pendapat diri sendiri sahaja.
“Melibatkan hal-hal kehidupan, saya tidak berani mengatakan kami sudah saling kenal dan mengetahui hati budi masing-masing kerana perjalanan hubungan kami masih jauh dan kini sedang membiasakan diri.
“Masih banyak lagi perangai yang belum diterokai. InsyaAllah, diharapkan hubungan ini kekal selamanya dan kita ikutkan saja takdir yang telah diaturkanNya,” jelas Zizi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siapa yang tidak kenal dengan PU Riz ataupun nama Muhammad Haris bin Mohd Ismail. Mula dikenali dikenali menerusi rancangan Pencetus Ummah, pendakwah selebriti ini meneruskan kerjayanya sebagai seorang pelakon dan juga pengacara.
Kini bergelar suami kepada selebriti kesayangan ramai, Neelofa, PU Riz dilihat aktif dalam bidang perniagaan dan juga kemasyarakatan bersama isterinya itu. Banyak perkara positif yang dikongsikan dan disebarkan kepada umum.
Tertarik dengan satu hantaran di laman Instagramnya, Hijabista terpanggil untuk berkongsi enam madah yang penuh dengan pengisian dan juga pengajaran yang dinukil oleh jejaka berusia 26 tahun ini.
Bersama dengan nukilan ini yang dizahirkan dalam bentuk imej, PU Riz menitip kata di ruangan kapsyen berbunyi, “Nukilan Haris Ismail, ada masa nak baca silakan, jika tidak berminat pun tak mengapa kerana peringatan untuk diri saya yang hina.
Sememangnya apa yang dikongsikan ini sesuai dijadikan sebagai panduan kehidupan sebagai seorang Muslim. Setiap apa yang kita lakukan perlu ada batas dan sentiasa berpaksikan kepada agama.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Berkecimpung dalam dunia perniagaan perkahwinan dalam 4 tahun sebelum pendemik yang berlaku pada tahun 2020. Pelbagai cabaran telah ditempuh semasa perintah kawalan pergerakan, JV Craft & Gifts mengorak langkah untuk terus menapa nama di dunia perniagaan barangan perkahwinan.
“Semasa pengumuman PKP, saya dan suami Alvin rasa tak selamat dan tidak nampak hala tuju perniagaan. Saya masih ingat dengan jelas dan masih bersyukur sehingga hari ini apabila Perdana Menteri mengumumkan lanjutan PKP, Alvin berjalan ke arah komputer di bilik kami lalu mendaftar JV Craft & Gifts di Shopee dan Lazada,” kongsi Janice.
“Selepas berbulan-bulan menerima tempahan, akhirnya kami kembali beroperasi. Mujurlah, JV bangkit semula dengan mempelbagaikan barangan dan perkhimatan perkahwinan. Bermula dari kedai yang kecil sehinggalah kami memperkembangkan sampai mempunyai kedai yang luas supaya pelanggan lebih selesa dan kami dapat menambah lebih banyak pilihan,” ujarnya lagi.
Kami melancarkan one stop center ini sejurus selepas berkahwin, selepas menjadi pasangan selama 6 tahun. Idea kami ialah perniagaan tentang perkahwinan yang melibatkan cinta dan kepercayaan. Kami memikirkan banyak nama untuk jenama ini tetapi masih bersetuju bahawa parap kami adalah cara yang betul untuk bermula, jadi kami bersetuju mengabungkan nama kami dan wujudlah JV Craft & Gifts.
Syarikat JV Craft & Gifts turut menawarkan perkhimatan untuk gubahan hantaran, bunga tangan pengantin, bunga pasu dan mas kahwin. Dulang Sireh Junjung, Bunga Tangan Pengantin, Gubahan Pasu Bunga dan Frame Mas Kahwin. Selain dari pilihan barangan perkahwinan yang JV tawarkan, pelanggan JV dapat juga menikamati harga yang berpatutan dan berbaloi.
Salah satu daripada persiapan yang menjadi tumpuan dalam majlis perkahwinan adalah gubahan hantaran. Gubahan Hantaran diibaratkan sebagai hadiah kepada pasangan bagi menghargai ikatan yang bakal terjalin dan mengeratkan hubungan keluargaan sesama pihak. Mempunyai pelanggan dari masyarakat melayu, Janice faham dan sentiasa menjaga sensitiviti masyarakat ini.
“JV Craft & Gifts sedia maklum menjadi tumpuan masyarakat melayu, jadi kami juga mempunyai tempahan seperti Al Quran ,telekung dan pelbagai lagi. Jadi di situ kami perlu faham adab menjaga barangan yang berkaitan agama. Di sini juga kami mempunyai JV team yang dikalangan orang melayu dan untuk memudahkannya, saya serahkan pada mereka yang lebih arif,” katanya lagi pada sidang media yang berlangsung baru-baru ini.
“Saya mula benar-benar berminat untuk mencipta kategori gubahan, setelah membuat kajian, lalu saya memulakan gubahan mengikut gambar dan video yang saya lihat dan ia berkesan. Sepanjang perjalanan, saya cukup bertuah kerana dapat merekrut ramai kakitangan untuk memulakan perjalanan ini bersama saya. Tujuan kami adalah untuk mempermudahkan urusan perkahwinan bakal pengantin,” ujarnya lagi.
Pengasas JV Alvin dan isteri adalah legasi kedua perniagaan ini, mempunyai pengalaman dalam bidang pegiklannan dan pemasaran, pasangan ini menyertai syarikat ayahnya, melakukan import dan borong barangan perkahwinan. Secara tidak langsungnya mereka terlibat dalam bidang perkahwinan melayu dan ingin membawa lebih banyak variasi ke dalam industri.
Penyanyi yang mesra disapa sebagai Ryan ini dilamar oleh syarikat JV Craft & Gifts menjadi duta julung kalinya bagi syarikat tersebut. Ini merupakan kolaboratif pertama Ryan Deedat dan JV Craft & Gifts. Ryan yang namanya tidak asing lagi dalam dunia seni berkata “Beliau tidak pernah ditawarkan menjadi duta bagi jenama lain, ini merupakan anugerah pertamanya beliau semenjak 13 tahun bertapak dalam dunia seni.
Ryan sangat bersyukur diberi peluang oleh JV Craft & Gifts dan akan mengalas tugas sebagai Duta dengan penuh disiplin dan bersemangat serta melaksanakan tugas sebaiknya”. Selain itu, Ryan juga berkata, dengan kolaboratif ini dapat mewujudkan kerjasama yang lebih akrab antara kedua belah pihak.
Janice Mok selaku Pengarah Urusan JV Craft & Gifts berkata “Dengan Ryan Deedat sebagai duta jenama ini, kami yakin akan terus menyediakan produk dan perkhidmatan yang luar biasa kepada pelanggan yang dihargai. Kami menantikan perkongsian baharu ini dan kemungkinan menarik yang dibawanya”
Dalam pada itu, Janice berkata projek pertama antara mereka adalah mengeluarkan lagu raya yang berjudul “Hantaran Raya”. “Kami baru sahaja selesai pengambaran musik video untuk lagu Hantaran Raya, pihak kami sangat teruja dengan projek ini dan tidak sabar untuk mengeluarkan lagu ini pada Ramadan akan datang”. Apabila ditanyakan pada Ryan. Ryan Berkata “ Ini merupakan usaha sama antara kedua belah pihak. JV Craft & Gifts yang memulakan idea ini untuk pembuatan lagu Hantaran Raya.
Lagu ini telah dicipta oleh Adam Armin, Yusuff khan selaku komposer dan lirik oleh Adam Armin, Yusuff Khan dan Ryan Deedat. Yang menarik tentang lagu ini, ia turut menampilkan perkerja dan pihak pengurusan dalam sesi rakaman serta Nisha Que sebagai penyanyi perempuan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pelakon yang popular menerusi filem Tentang Bulan, Fatin Nur Afifah Shamsudin atau lebih mesra disapa dengan panggilan Fatin Afeefa kini sedang berusaha istiqamah bertudung dan menutup aurat sepenuhnya sejak kembali dari tanah suci mengerjakan umrah tempohari.
Lebih menarik lagi, apabila penampilan terbaharu ini membuatkan Fatin Afeefa kelihatan sungguh manis! Penampilan Fatin yang menutup aurat dan berhijab telah mengundang pujian ramai.
Mana tidaknya, automatik nampak isteri Aliff Awang ini kelihatan muda remaja! Langsung tidak nampak seperti ibu kepada dua cahaya mata.
Malah, keanggunanya cukup terserlah terutama ketika menyarung persalinan rona hitam dengan tudung polos warna senada, terserlah sisi penuh keayuan pelakon berusia 28 tahun itu.
Selain netizen, penampilan Fatin turut mendapat perhatian rakan-rakan artis yang memuji wajah cantik dan pesonanya yang begitu menawan.
Sebelum ini Fatin atau nama sebenarnya Nur Afifah Shamsudin menjadi bualan warga maya selepas momen dia sedang membeli tudung bertebaran di media sosial.
Ini selepas suaminya sanggup membelanjakan wang hampir RM5,000 untuk menghadiahkan Fatin 19 helai tudung berjenama mewah dalam usaha aktres ini untuk menutup aurat.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.