Biarpun figura yang satu ini seorang wanita, namun popularitinya setaraf dengan ustaz selebriti seperti Ustaz Don, Imam Muda Asyraf ataupun Pu Azman. Siapa tidak kenal dengan Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, 43 tahun yang sering berkongsi ilmunya melalui dakwah di media sosial. Sikapnya yang lembut dan mesra menjadikan dirinya dikenali ramai. Baru-baru ini beliau membuktikan usia bukan penghalang untuknya menggengam ijazah Doktor Falsafah (PhD), malah ibu kepada tujuh anak ini juga membuktikan kesibukan menguruskan segala-galanya tidak menghalang untuknya mengecap kejayaan.
Inilah yang dikatakan beauty with brain kerana memberi semangat kepada hijabi di luar sana untuk mengecap kejayaan walaupun sudah mempunyai anak.
Kejayaannya yang jadi inspirasi buat wanita di luar sana telah dikongsi oleh pemilik akaun facebook Nurul Husna Kamarudin di laman sosial facebook miliknya.
Ternyata posting ditulis mendapat respon positif dari netizen apabila mendapat butang like 15 ribu dan share pula hampir 8 ribu.
Rata-rata cukup bangga dengan kejayaan dikecapi. Bukan sahaja memiliki wajah cantik, tetapi juga bijak menguruskan segala-galanya termasuk urusan rumah tangga sementelah dikurniakan anak-anak yang semakin meningkat dewasa.
IDOLA SELURUH MUSLIMAH MALAYSIA
Tahniah Ustazah Dato Dr Norhafizah Musa.
Inilah indikasi contoh terbaek untuk seorang “beauty with brain”.
Orang yang serba cantik raut wajah dan akhlaknya. Santun butir bicara dan lontaran katanya. Indah pakaian dan sejuk mata memandang. Beliau sepatutnya di jadikan idola seluruh muslimah Malaysia.
Ustazah Dato Dr Norhafizah Musa ni memang buat saya rasa inspired sangat nak berjaya macam dia. Even dia dah kaya dan femes dan ada Dato dah pun, tapi still dia spend time and effort unt PhD. PhD ni semua orang tahu bukan benda mudah. Bukan celik celik bangun pergi kelas ambil exam, siap. Bukan. PhD ni macam kena validate knowledge, invent new stand, prove knowledge and provide conceptual and theoretical framework untuk kajian tu.
Mudah kata memang bukan benda mudah. PhD ni bukan kena pandai je, tapi kena ada usaha dan semangat menuntut ilmu yang tinggi. Beliau; yang dah berilmu pun masih tak berhenti menuntut ilmu. Kita pun haris mencontohi beliau. Bekerja keras untuk belajar ilmu terutama ilmu agama; secara langsung (sampai PhD) mahupun secara tak langsung (hadiri kuliah/majlis agama). Semangat menuntut ilmu nak jadi “beauty with brain”.
Tahniah Ustazah. Semoga ilmu dan tauliah yang dicapai dapat menambah ‘power’ dalam dakwah Ustazah. Semoga Allah meredhai perjuangan ustazah.
Percayalah, tak sikit yang beliau berkorban untuk berada di tempat beliau sekarang. Dengan izin Allah, beliau menempa kejayaan demi kejayaan. Semoga terus sukses.
WANITA INI, PINTU SYURGA ANAK KITA
Dan semoga kita, muslimah; sentiasa berusaha untuk tambah ilmu pengetahuan (taksemestinya belajar PhD), sentiasa berusaha nak majukan diri, tak jadi pemalas yang pilih untuk goyang kaki.
Semoga kita, muslimah; tak ambil mudah dengan peranan seorang Wanita. Wanita ni “power” dia besar tau. Sebab dia yang akan didik anak dia. Dia pintu syurga anak dia. So kalo baek wanita tu, insya Allah baeklah generasi hasil didikannya. Jadi nak taknak, kena lengkapkan diri dengan ilmu agama sebaiknya dan kemahiran-kemahiran yang berguna juga.
Begitulah perempuan. Harganya bukan pada kecantikan mahupun pada hartanya. Tapi harga seorang wanita adalah pada hati dan fikirannya. Hatinya yang baik dan penyayang. Hatinya yang jernih dan penyabar. Fikirannya yang tajam dan berilmu. Dari hati dan fikiran yang baek; lahirlah akhlak yang mulia. Disitulah letaknya harga seorang wanita. Bukan pada cantik, bukan dengan pandai bergaya, bukan dengan harta mahupun kekayaan.
Tapi Percayalah, dengan agama, akhlak dan ilmu; seorang wanita akan jadi wanita yang paling cantik dan kaya.
Apa sebenarnya yang kita cari dalam hidup ini selain Redha Tuhan akan kita? Apa yang kita cari dalam dunia ini selain keberkatan? Apa lagi yang kita mahu selain merasa senang dan sejuk hati memandang pasangan dan anak-anak kita? Itulah syurga dunia.
Wanita solehah ni digambarkan adalah sebaik-baik perhiasan. Semoga kita berjaya menjadi dan mendidik wanita solehah.
Dari rahim seorang ibu yang solehahlah akan lahir benih zuriat yang baik. Semoga kita sentiasa berusaha untuk itu.
Begitulah kehidupan. Kalo jadi manusia, jadilah manusia yang banyak memberi manfaat buat masyarakat. Hidup adalah perjalanan menuju akhirat.
Buat semua muslimah yang berhajat menjadi “beauty with brain”, semoga all the forces be with you.
Semoga berbanggalah ibu ayah kerana mempunyai anak yang berilmu, cantik akhlak dan peribadinya.
Semoga beruntunglah suami yang memiliki isteri yang menjadi gedung ilmu dalam rumahtangga dan besar manfaatnya buat masyarakat.
Semoga berbahagialah anak-anak yang diasuh seorang ibu yang salim agamanya dan mulia akhlaknya juga bersih hatinya.
Semoga bergembiralah seorang wanita yang di sayang Allah dan seluruh makhluknya kerana ketinggian ilmu, akhlak dan budinya. Dan semoga perempuan itu adalah KITA SEMUA. Amiiin.
Tidak dinafikan pakaian lengkap ke pejabat itu mudah dicari akan tetapi sukar untuk dicari buat mereka yang memakai hijab. Bila pergi ke kedai pakaian mesti asyik terfikir kan sesuai ke kalau berhijab pakai pakaian yang sedia ada. Sebab kebanyakan yang ada seksi! Tahukah anda, wanita ini adalah designer kepada pakaian pejabat yang elegan buat wanita muslimah di luar sana!
Gambar sekadar hiasan. Photo: IG Nina Nugroho Official
Nina Septiana merupakan seorang pereka fesyen serta pencinta fesyen dan merupakan pemilik label Nina Nugroho di Indonesia sejak 2010. Di memulakan perniagaannya seperti pereka fesyen yang lain dan tidak tertumpu pada mana-mana jenis fesyen. Nina mengambil masa lebih kurang 7 tahun untuk menguasai bidang fesyen muslimah selepas dia berhijab. Ini kerana menurut Nina untuk mempelajari bidang fesyen muslimah yang betul-betul menepati ciri muslimah itu bukan sesuatu perkara yang mudah. Apa yang menarik, Nina juga pernah mengeluarkan buku bidang fesyen edisinya tersendiri.
Pada 2007, Nina mula memakai hijab dan memulakan hobinya dalam bidang fesyen muslimah. Menurut Nina, wanita bertudung selalu dianggap comot atau tidak kemas. Daripada situ juga keinginan Nina untuk menceburi bidang fesyen muslimah dan ingin membuka mata orang di luar sana bahawa wanita berhijab juga pandai bergaya dan cantik!
Selain itu, Nina juga ingin mengajak orang ramai terutama sekali wanita muslimah di luar sana untuk menceburi bidang fesyen muslimah. Dia pada mulanya tidak mahu membuat fesyen muslimah atas sebab dia merasakan fesyen yang di buat olehnya sangat tidak cantik. Akan tetapi dia tidak berputus asa untuk mula fokus dalam bidang perniagaan.
Gambar sekadar hiasan. Photo: IG Nina Nugroho Official
“Akhirnya, saya ingin belajar perlahan-lahan cara pemakaian wanita muslimah dan saya ingin membuat bisnes supaya wanita muslimah diluar sana boleh bergaya,” kata Nina Septiana
Gambar sekadar hiasan. Photo: IG Nina Nugroho Official
Sebelum Nina fokus ke “office look” banyak juga jenis fesyen yang ingin dilakukan. Akan tetapi dia memilih pemakaian wanita ke pejabat kerana jarang untuk melihat pereka fesyen yang membuat baju pejabat untuk wanita muslimah. Walaupun sudah berkali jatuh di dalam dunia bisnes, Nina tidak berputus asa. Sejak tahun 2018, Nina semakin konsisten untuk pembuatan baju pejabat buat Muslimah.
Label Nina Nugroho merupakan gabungan nama depannya dan nama keluarga Nina. Selain itu, fesyen yang dibawa oleh Nina juga mendapat sambutan yang baik dari semua orang. Dari segi keluarga, kawan-kawan dan wanita-wanita yang mencintai fesyen yang direka olehnya.
Gambar sekadar hiasan. Photo: IG Nina Nugroho Official
Pakaian-pakaian pejabat muslimah Nina telah berkembang dengan maju dan mendapat sambutan ramai. Dia tidak menyangka bahawa ramai juga yang suka akan keluaran pakaian pejabat muslimah tersebut. Selepas pulang dari umrah pada tahun 2016, Nina melakukan perhatian terhadap minat orang di Indonesia.
Setelah membuat kajian mendalam Nina mendapati ramai wanita muslimah yang suka akan trend baju pejabat yang cantik-cantik. Dia bercita-cita ingin membawa perniagaanya meluas sehingga ke luar negara. Semoga perniagaan yang ingin membawa fesyen muslimah ini akan terus berkembang dengan jayanya.
Pada suatu keadaan seseorang kadang kala akan terlewat bangun untuk solat subuh. Hal ini bukan kerana sengaja,tetapi tidak sengaja. Namun, terlambat bangun subuh bukan bermakna kita boleh melupakan saja solat itu dan meninggalkannya dengan sahaja.
Rupa-rupanya Nabi Muhammad SAW juga pernah terlewat bangun solat subuh disaat matahari sudah mulai terbit. Saat itu Nabi bersama rombongan sedang melakukan perjalanan jauh (musafir). Kerana terlalu letih,mereka memutuskan untuk beristirehat saat sudah hampir menjelang subuh.
Akibatnya, perkara ini membuat Rasulullah SAW bersama rombongannya terlambat bangun. Akan tetapi Beliau tidak terus meninggalkan solat ini begitu sahaja. Namun melakukan hal berikut. Apa yang dilakukan Nabi? Berikut ulasannya.
Diriwayatkan dari Abu Qatadah r.a, yang berkata: Pada suatu malam kami menempuh perjalanan bersama Nabi s.a.w, sebahagian orang mengatakan: “Ya Rasulullah! Sebaiknya kita beristirahat menjelang pagi ini.”
Rasulullah SAW bersabda: “Aku kuawatir kalian tidur nyenyak sehingga melewatkan solat subuh.” Kata Bilal: “Saya akan membangunkan kalian.”
Disaat semua terlelap, Bilal berusaha tetap terjaga dengan bersandar pada haiwan tunggangannya. Namun Bilal juga turut tertidur dengan nyenyak sehingga tidak sedar jika waktu sudah menunjukan Subuh.
Nabi yang terbangun dahulu terkejut bukan kepalangan kerana melihat bayang-bayang di tepi busur sudah muncul. Nabi Muhammad SAW berkata: “Hai Bilal! Mana bukti ucapanmu?
Bilal menjawab: “Saya tidak pernah tidur senyeyak malam ini.”
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mengambil nyawamu bila pun Dia mahu dan mengembalikannya bila pun Dia mahu. Hai Bilal! bangunlah dan suarakan azan.”
Kemudian Rasul dan rombongan musafir mengambil air wudhu dan melaksanakan solat walaupun matahari agak meninggi sedikit dan bersinar putih. (Hadits Shahih Imam Bukhari, no 595).
Dari kisah di atas, diketahui jika Nabi Muhammad SAW sudah memberikan teladan bagi umatnya yang terlewat solat Subuh. Namun hal ini bukan bererti kita tidak mempersiapkan diri untuk bangun lebih pagi.
Jika kita mengalami keadaan ini, maka segeralah untuk mendirikan solat ketika teringat. Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a, bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda: “Siapa yang lupa untuk melaksanakan solat, maka laksanakanlah ketika ingat, tanpa kaffarah [denda] atas lupanya itu kecuali dengan mengerjakan solat tersebut.” Kemudian Rasulullah s.a.w membaca ayat (yang ertinya): “… dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku.” (Al-Qur’an surat Thaahaa, ayat 14). (Hadits Shahih Bukhari, nomor 597)
Rasulullah SAW Pernah Solat Asar Pada Waktu Maghrib Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah r.a, bahawa pada saat perang Khandaq, Umar bin Khattab datang setelah matahari terbenam. Umar mencaci-maki orang-orang kafir Quraisy.
Kata Umar: “Ya Rasulullah! Saya hampir saja tidak melaksanakan solat Asar sampai matahari hampir terbenam.”
Nabi SAW bersabda: “Demi Allah! Aku belum melaksanakan solat Asar.”
Kata Jabir: “Kami pergi ke Buthhan, kemudian Nabi SAW berwuduk untuk solat dan kami pun berwuduk, lalu Nabi SAW melaksanakan solat Asar setelah matahari terbenam, setelah itu beliau melaksanakan solat Maghrib,” (Hadits Shahih Bukhari, nomor 596).
Berdasarkan kisah-kisah di atas, jelas bahawa Nabi terlambat mengerjakan solat kerana alasan yang masuk akal. Namun hal ini tidak berlaku bagi manusia yang sengaja melalai-lalaikannya. Sudah ingat, namun tetap saja memilih mengerjakan aktiviti duniawi dibanding solat. Semoga kisah rasulullah ini bermanfaat untuk anda.
Sharifah Rose pempengaruh media sosial dan kini semakin rancak berlakon juga pengasas Harirose melancarkan koleksi baharu bertajuk “Upstairs Farmers Market Volume 2”. Pada Mac 2022, Harirose jilid pertama mendapat sambutan dan reaksi yang memberangsangkan dan ia memutuskan untuk mengembangkan siri ini dengan reka bentuk dan warna baharu.
Harirose mula dipasarkan pada awal 2022 sebagai jenama selendang untuk semua yang menyasarkan hijabi yang mengenakan hijab kali pertama serta mereka yang berpengalaman. Reka bentuk selendang dan penjenamaan keseluruhan sangat dipengaruhi oleh falsafah estetika dan peribadi Sharifah Rose.
Diri adalah rumah pertama
Dia mula diperkenalkan ke dalam industri Hiburan pada seawal usia dan menyerahkan dirinya kepada mata umum. Slogan yang dia hayati serta tagline untuk Harirose ialah “Hari Ini, I Choose Myself”. Ini adalah peringatan untuk dirinya dan penontonnya bahawa walaupun berbeza cara kita ditarik dan dipengaruhi oleh suara orang ramai, adalah tidak mementingkan diri sendiri untuk memilih diri sendiri dahulu. Diri adalah rumah pertama anda, dan ia perlu dihias, disayangi dan dipupuk sebelum anda boleh menerima tetamu dan membiarkan dunia luar masuk. Ini adalah nilai-nilai yang terpahat dalam jenama Harirose.
Berbalik pada koleksi terbaharu tudung Harirose, konsep asal di sebalik koleksi ini adalah penghormatan kepada petani tempatan yang mempamerkan barangan mereka di Pasar Tani biasanya pada hujung minggu. Sharifah Rose mempunyai kenangan melawat pasar sebegitu dengan ibunya dan begitu terpesona dengan semua warna, tenaga yang bersemangat, kemesraan dan perasaan perpaduan yang dia rasakan mengelilinginya ketika orang ramai dari semua lapisan masyarakat menjalani permulaan hari mereka.
Konsep ini dibayangkan semula ke dalam motif bunga dan motif tumbuhan yang boleh dilihat di seluruh tudung. Reka bentuk memberikan unsur nostalgia kepada rupa dan rasa keseluruhan selendang memberikan pemakainya rupa yang digilap tidak kira bagaimana dia menggayakan selendang.
“Saya mahu mencipta koleksi yang merakamkan perasaan saya melawat pasar ini bersama ibu saya,” kata Sharifah Rose, “semuanya telah bergerak pada kadar yang sangat pantas dalam hidup saya dan oleh itu memegang poket masa dari ingatan saya adalah penting. Oleh itu saya mahu diingati selama-lamanya dalam koleksi ini dan ini telah direalisasikan.”
Upstairs Farmers Market Vol 2 terdiri daripada dua keluaran. Pertama akan menampilkan salah satu reka bentuk terlaris Harirose yang diperkenalkan semula dalam 4 warna baharu iaitu Heather dalam Blueberry, Guava, Kiwi dan Olive. Serta reka bentuk baharu yang dipanggil Blair dalam 3 warna, Creamsicle, Bubblegum dan Chocolate. Dan keluaran kedua juga memperkenalkan semula reka bentuk throwback dalam warna baharu – Aster dalam Bluebell dan Lavender, dan dua reka bentuk baharu iaitu Cecilia dalam Honeysuckle dan Silver Berry. Kedua-dua reka bentuk boleh didapati di laman web kami Harirose dan halaman Shopee (Harirose.os) yang dijual pada harga RM99 setiap satu.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...