Denim Oh Denim! 

Siapa yang tidak menggemari seluar denim? Pastinya seluar jenis ini sentiasa memenuhi ruang almari anda. Daripada denim berwarna biru hinggalah ke warna hitam, seluar denim amat mudah untuk digayakan dengan apa sahaja padanan. Tetapi, ada yang buntu saat membeli seluar ini kerana bentuk badan yang tidak sesuai dengan potongan seluar denim yang dijual di pasaran.

Sumber gambar: Kaboompics

Kenali kelemahan bentuk badan anda dan cari potongan seluar denim yang sesuai dengan 4 tip ini!

Sumber gambar: Cottonbro

Berpinggul Lebar

Siapa kata berpinggul lebar tidak sesuai untuk memakai denim? Anda hanya pelu mencari seluar denim yang berona gelap dan potongannya sedikit kembang untuk memberi keseimbangan pada bentuk badan. Triknya, elakkan potongan jenis skinny, berpinggang tinggi dan potongan kaki yang lebar untuk memberi keselesaan kepada anda saat menyarungkan seluar denim. 

Selain itu, semak juga bahagian poketnya. Jangan beli yang berpoket kecil kerana akan menampakkan pinggul anda lebih lebar.

Baca juga: Tak Susah Pun Nak Jaga Kualiti Tudung Shawl. Buat Jer 5 Tip Mudah Ini. Senang Sangat!

IKLAN

Berkaki Pendek

Bagi anda yang berkaki pendek, usah jadikan seluar denim anda perosak penampilan anda! Elakkan membeli seluar denim yang terlalu longgar atau pun seluar jean baggy. Ini membuatkan anda lebih nampak pendek dan bentuk badan anda akan nampak pelik! Sebaiknya, pilih potongan yang lurus atau ‘fit’ untuk menjadikan anda nampak tinggi. 

Panjang seluar juga harus di bawah buku lali kerana seluar yang pendek tidak membantu untuk menampakkan kaki anda lebih panjang. Trik rahsianya, jangan sesekali memasukkan baju ke dalam seluar kerana ia boleh menampakkan anda pendek.

Sumber gambar: Cottonbro

Berisi

IKLAN

Ha! Untuk tubuh badan yang berisi ataupun gempal pula, jangan sesekali membeli low-cut atau jean skinny kerana ia akan membuatkan anda merasa tidak selesa. Lebih bagus sekiranya anda memilih seluar yang lebih besar daripada saiz anda dan hantar ke tukang jahit untuk membetulkan pinggangnya. Banyak kerja tetapi berbaloi! Ia akan membuatkan seluar denim tampak terletak cantik di kaki dan pinggul anda. Elakkan juga seluar yang bercorak ya!

Baca juga: Kasut Mudah Rosak Dan Berbau, Lakukan 9 Cara Penjagaan Kasut Yang Mudah Ini! Tak Sampai 5 Minit Pun!

Terlalu Kurus

IKLAN

Pilih seluar denim yang berpotongan lurus dan ketat di bahagian belakang dan elakkan potongan kembang. Cari warna yang terang untuk menyerlahkan bentuk kaki dan pinggul anda. Pilihan yang terbaik adalah seluar denim skinny yang panjangnya atas buku lali.

Tip untuk mencuci seluar denim anda:

  • Untuk memastikan seluar denim sentiasa dalam keadaan yang baik, sebaiknya dicuci menggunakan tangan, bukan mesin basuh.
  • Cuci dengan air sejuk & rendam selama 30 minit untuk mengekalkan warna denim.
  • Apabila menjemur, pastikan seluar denim diterbalikkan. Jika tidak, warnanya akan pudar.
  • Cuci selepas sebulan atau 10 kali penggunaan. Jika kerap mencuci, ia akan merosakkan dan melusuhkan warna denim anda.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI