Selebriti yang juga usahawan terkenal, Neelofa telah menyumbang sebanyak 15 katil elektronik buat kegunaan pesakit Covid-19 di Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Melaka.
Ads
Menerusi laman Facebook Aznil Hisham, dia telah memuat naik ucapan terima kasih daripada Dr Abdul Rahman Abdul Kadir yang mewakili Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital di atas sumbangan yang telah diberikan oleh pelakon drama Red Velvet tersebut.
Menurut Aznil, dua minggu lepas hospital itu kekurangan katil dan memerlukan 10 katil bagi kegunaan pesakit Covid-19.
“2 minggu lepas, DARK bagi tau bahawa hospital beliau kekurangan katil. Namun dengan takdir Allah, seorang hamba Allah menyumbang katil elektronik yg bernilai RM 6 000 sebuah.
“Yang diminta 10 buah katil. Tapi diberi 15 buah katil. Berikut adalah ucapan terima kasih DARK kepada insan yang bermurah hati ini. Hanya Allah sahaja membalas kebaikkan puan,” tulisnya.
Dr Abdul Rahman Abdul Kadir juga telah merakamkan penghargaan buat selebriti tersebut dan mendoakan agar amalannya itu diberkati dunia dan akhirat.
“Alhamdulillah, terima kasih tidak terhingga kepada Puan Neelofa atas sumbangan katil elektronik untuk kegunaan pesakit covid di Hospital Melaka. Semoga Allah mengganjari amal jariyah ini dengan pahala dan kebaikan di dunia dan akhirat.
“15 katil itu telah ditempatkan di zon Dekon Hospital Melaka dan telah digunakan sepenuhnya serta merta untuk merawat pesakit Covid 19,” luahnya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Terdahulu, Hijabista pernah melaporkan berkenaan pelakon jelita, Nonny Nadirah yang merupakan anak kelahiran negeri di bawah bayu, Sabah apabila dia kembali mengenakan hijab setelah menghilang dari dunia seni selama tiga tahun.
Hijabista berkesempatan menemubual Nonny, menerusi slot Hijabista On The Way dan dalam video temubual berkenaan Nonny mendedahkan bahawa kejahilan diri adalah punca utama dia menghilangkan diri dan dalam masa tiga tahun itu, dia kembali menemukan dirinya yang sebenar setelah mendekatkan diri kepada Allah.
“Apa sebenarnya tujuan kita dalam dunia ini… apa sebabnya kita dicipta? Dulu Nonny tak tahu, kadang-kadang Nonny bertanya siapa ini, terutama Allah itu siapa? Banyak kali Nonny tertanya macam itu.
“Kadang-kadang orang cakap jangan macam itu, nanti macam kita persoalkan.
Tapi sebabkan kita tak ada basic agama yang betul, itu yang menyebabkan kita keluar dengan soalan-soalan yang pelik,” katanya.
Sedar akan kejahilan diri dan ekoran dangkal ilmu agama, dek kerana tidak mempunyai latar belakang yang baik, Nonny berdoa kepada Allah agar dikurniakan orang sekeliling serta kawan-kawan yang baik, sekaligus membantu dan membawanya ke jalan Allah.
“Sebab itu Nonny cuba cari sekeliling Nonny yang terbaik, walaupun latar belakang saya bukan yang terbaik. Nonny memang bukan dari latarbelakang yang baik. Dari keluarga yang bercerai berai, yang memang hidup berasingan dengan keluarga.
“Lepas itu dengan bekerja pula dulu dekat club… Latar belakang memang orang cakap tak baik. Tiba-tiba dapat rezeki masuk industri seni. Nonny pun teruskan macam biasa, tanpa ada guide yang betul. Apa yang Nonny rasa nak buat, Nonny buat,” ujarnya lagi.
Menerusi video temu bual penuh, Nonny menzahirkan rasa syukur apabila dia didampingi dan dikelilingi oleh keluarga dan sahabat yang baik serta sudi membimbing dirinya seperti penyanyi Mila Jirin dan Heliza Helmi.
Selain itu, Nonny juga mengakui bahawa dia kini memperbanyakkan ibadah solat demi mendekatkan dirinya kepada Allah. Menurut Nonny lagi, jika dia meninggalkan solat, dia merasa seolah-olah Allah tidak menjaganya dan pergi meninggalkanya.
Nonny juga turut menitipkan nasihat untuk mereka yang menghadapi masalah yang sama, supaya lebih mengutamakan Allah dalam kehidupan.
Sekadar info, pada 2021, Nonny mula menjadi sebutan netizen apabila memuat naik video dengan penampilan baharu yang lebih seksi sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakan-rakannya.
Video Makkah sudah dibuka dan adanya jemaah sedang bertawaf itu adalah video lama. Namun video tersebut terus tersebar sehingga mengelirukan ramai. Seperti sedia maklumkan, buat masa ini Makkah dan Madinah sedang total lockdown. Tiada sesiapa dibenarkan keluar masuk.
Berikut perkongsian Masnira Ramli
Nak share gambar terkini masjidilharam kami kat sini pun belum boleh ke masjidilharam lagi.. masih ditutup dan Makkah sedang fully lockdown.. tak boleh keluar atau masuk Makkah… jadi, saya kongsi cerita santai2 dulu ya…
Sekitar 5 tahun lepas, ketika pertama kali abah datang ke Makkah, ini lah kedai runcit yang abah pergi sendiri ketika balik dari solat jemaah di masjid kecil berdekatan rumahku.
Kedai ini juga sangat dekat dengan rumah. Berjalan kaki sahaja.
“Angah, telur ayam tak ada. Hanya ada telur itik sahaja.” Kata abah ketika saya minta abah singgah kedai untuk membeli telur.
Saya ketawa kecil.
“Telur ayam kat sini memang warna putih lah abah. Bukan telur itik tu.”
Terkebil-kebil abah seolah tidak percaya. Barangkali sedang memikirkan ayam baka apakah ini yang mengeluarkan telur bewarna putih seperti telur itik.
Kedai runcit ini yang menjadi tempat tumpuan kami untuk membeli barang keperluan yang tiba-tiba tidak cukup atau habis. Lebih lagi apabila masa-masa kecemasan. Sarung sahaja abaya dan terus ke kedai.
Cuma kalau belacan dan rempah kari adabi yang sudah habis, jangan lah cari di sini..
Dibuka pula 24 jam! Sangat membantu.
Sayur-sayuran dan buah-buahan nya segar. Di musim panas lebih kurang bulan Jun, akan ada buah kurma segar yang masih bertangkai di jual di sini. Rasanya manis kelat-kelat sedikit. Rangup sekali. Ah, tidak sabar rasanya untuk menunggu musim itu.
Pekerja kedai sudah mengenali kami. Jika suami ke kedai, ketika memilih buahan pasti orang kedai tidak lokek memberitahu buahan mana yang manis, yang baru sampai atau dari mana buah itu datang. Mangga yang sedap dari Yemen. Sizenya kecil dan rasanya manis sekali.
Begitu juga dengan buah delima. Dari Yemen juga yang sedap! Warnanya tidak terlalu kemerahan. Size besar, rasa manis dan sangat kecil biji nya berbanding dengan delima dari tempat lain.
Setiap pagi ada pastry segar dibuat dan dibakar di sini. Panas-panas. Bau roti yang sedang dibakar menusuk ke rongga hidung membantu membangkitkan selera. Pasti cepat sahaja habis roti-rotinya. Kadangkala sebelum ke sekolah anak-anak gemar membeli roti sosej dan roti pizza kegemaran mereka.
Ada juga dijual buah zaitun yang diperam sendiri di dalam air cuka. Sedap bagi penggemarnya.
Di bulan puasa, air laban (yougurt) cepat sahaja habis. Perisa mango pilihan kami pasti laris. Jika lepas asar baru mahu membeli, kebarangkalian untuk dapat adalah sangat rendah. Itu lah air minuman kegemaran orang tempatan. Untuk menyejukkan badan, menguatkan perut serta meningkatkan antibodi tubuh.
Kini, ketika sedang dalam serangan wabak, kerajaan menasihatkan penduduk untuk membeli barang keperluan di kedai runcit sahaja. Melainkan jika mahu membeli dalam jumlah yang banyak baru lah ke supermarket.
Ketika saya ke kedai pagi tadi, barangan banyak di tambah setiap hari.. sayur sayuran dan buahan sentiasa ada walaupun boleh beroperasi dari jam 6 pagi sehingga ke 3 petang sahaja..
Ada banyak mesej yang saya terima hari ini berkenaan dengan ‘adakah kota Makkah sudah dibuka untuk jemaah. Khabarnya ada video jemaah tawaf sedang tular.’
Kurang keupayaan bukanlah suatu perkara yang membatasi seseorang individu untuk mendalami subjek tertentu. Seorang guru ini yakin apa yang di ajar bagi pelajarnya bukanlah satu limitasi.
Subjek muzik bagi murit cacat pendengaran, itulah yang menjadi perhatian orang ramai melalui perkongsian guru ini.
Perkongsian oleh seorang guru muda, Amirah Adilah Abdul Karim atau lebih dikenali sebagai Cikgu Amirah, 24, membuat keputusan untuk mengajar subjek muzik kepada muridnya yang cacat pendengaran di sekolah dia berkhidmat.
Ditemu bual oleh mStar, dia sudah pun mengajar selama 11 bulan di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Besut, Terengganu. Meski pun, ramai yang menganggap subjek itu melawan fitrah bagi murid-murid itu, dia percaya ini dapat membantu merangsang deria mereka.
“Mengajar orang pekak adalah melawan fitrah mereka…ia sering menjadi tanggapan orang awam,
“Namun, saya bukannya nak jadikan mereka penyanyi, malah semua itu hanya sekadar ilmu yang saya cuba sampaikan bagi merangsang deria mereka,
“Tapi kalau minat nak jadi penyanyi, saya boleh sahaja nak bantu beri panduan.” katanya lagi berkenaan isu itu.
Difahamkan lagi, Cikgu Amirah juga berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas, Cheras.
Yakin dan ingin menyahut cabaran dalam mengajar murid pendidikan khas cacat pendengaran itu menjadi sandaran pegangan dirinya. Dia ingin membantu sedaya mampu walaupun ada yang mempunyai masalah pembelajaran.
“Apabila diberikan tugas untuk mengajar, semestinya kita tak boleh nak tolak peluang tersebut,
“Saya banyak bertukar pendapat, bertanya dan merujuk kepada cikgu-cikgu lain tentang cara terbaik untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid,
“Saya pun masih belajar tentang muzik, tapi ia bukanlah masalah besar untuk saya kerana semua ini untuk murid-murid saya juga.” ujarnya lagi.
Sebelum memohon jurusan itu, Cikgu Amirah juga ada membuat kajian terlebih dahulu. Dia berusaha dalam mendalami ilmu tentang orang kurang upaya dan bersiap sedia untuk membantu.
Amirah juga turut berkata kelengkapan yang tersedia ada di sekolahnya banyak membantu proses pembelajaran. Dia juga gemar untuk melihat anak muridnya belajar dan sering berkongsi di sosial media tentang sesi pembelajaran mereka.
Sumber: mStar
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.