Sebut sahaja filem Ketika Cinta Bertasbih, pasti kenal dengan pelakon watak utama, Anna Althafunnisa’ yang dibawa oleh pendakwah terkenal Indonesia, Dr Oki Setiana Dewi.
Baru-baru ini, Neelofa sempat menemubual Oki ketika beliau hadir sebagai tetamu jemputan bagi episod ketujuh program ‘Next To Neelofa 2’ dan Oki telah berkongsikan detik sukar yang pernah dialaminya sewaktu baru bergelar pelakon.
Oki secara eksklusif telah berkongsikan momen di mana dirinya pernah menerima tawaran bayaran yang lumayan sekiranya dia sanggup membuka tudungnya bagi beberapa babak lakonan. Namun, Oki dengan tegas telah menolak tawaran tersebut.
“Saya kata tak boleh sebab saya pakai tudung. Dia kata tak apa lepas sekejap, selepas tu pakai balik.
“Dia tanya yakin ke tak nak terima tawaran ini dalam nada marah. Wang tawaran masa tu sangat banyak. Tapi saya tetap pertahankan hijab saya.
Ads
“Dia kata lagi kepada saya, kamu berhijab tak akan pernah jadi siapa-siapa,” ujar Oki.
Tambah Oki lagi, dia menangis begitu teruk ketika detik itu, kerana dia amat memerlukan wang untuk membiayai perubatan ibunya, dan mahukan ibunya mendapat rawatan terbaik dengan menggunakan wang itu.
Bagaimanapun, dia yakin dan percaya bahawa jika dia berkeras mahu memakai tudung maka Allah akan membantunya.
“Tapi saya minta kepada Allah dan percaya kepada Allah. Saya tetap nak pertahankan hijab saya.
“Meskipun wang yang ditawarkan sangat lumayan, saya masih berpegang pada pendirian di mana dia harus memakai hijab tanpa membukanya,” jelasnya.
Ads
Alhamdulillah, setiap ujian yang Allah beri pada seseorang pasti ada ganjaran yang sedia menanti, Hijabista doakan agar Oki Setiana Dewi kekal istiqamah dalam perjuanganya untuk sentiasa memberi contoh yang baik sebagai seorang muslimah sejati.
Memiliki kulit yang sihat dan kaya dengan lembapan (moisturize), sememangya idaman serta impian setiap wanita di dunia ini. Apatah lagi jika dikurniakan kulit yang sentiasa tampak segar dan awet muda.
Namun, untuk memilih produk kulit (Skincare) yang benar-benar mampu mengunci lembapan di dalam kulit dengan baik adalah tidak mudah apabila terdapat lambakan produk dipasaran yang menawarkan fungsi sama tetapi kadang tidak memberi kesan yang dijanjikan.
Justeru, hijabi perlu memilih produk yang sememangnya memfokuskan untuk melindungi lembapan di dalam kulit anda bukan? Untuk memudahkan anda, Hijabista mencadangkan untuk mempertimbangkan dua faktor penting ini ketika mahu memilih skincare iaitu jenis kulit dan bahan-bahan yang diperlukan untuk melembapkan jenis kulit anda dengan secukupnya.
Jadi untuk memperoleh kulit lembap dan kekal remaja serta awet muda, Hijabista mengesyorkan agar hijabi cuba atasi maslah kulit kering yang dihadapi dengan menggunakan rangkaian produk penjagaan wajah dari La’ Miux Skin Therapist
Ini demikian kerana, ia merupakan antara produk kecantikan kulit yang tidak hanya membantu mengunci lembapan di dalam kulit wajah anda, tetapi dalam masa sama ia memperbaharui kulit hijabi! Lebih menarik lagi, rangkaian penjagaan wajah mereka telah ditambah baik dan di formulasi secara khusus untuk memenuhi keperluan setiap jenis kulit tau!
La Miux Skin Therapist memberi lebih penekanan kepada kelembapan serta lapisan perlindungan kulit yang sihat, ia juga melindungi keremajaan kulit. Selain itu, dengan formulasi yang dipertingkatkan ini, La Miux bakal memberikan hijabi pengalaman penjagaan kulit yang tiada tandingan dalam setiap olesan.
Demi memiliki kulit idaman, Hijabi perlulah berusaha untuk mendapatkanya! Bak kata pepatah yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Jika mahukan kulit yang cantik, bersih, awet muda dan ‘glowing’, sis kena la amalkan rutin kecantikan La Miux Skin Therapist ni. Mudah sangat tau, hanya 4 langkah sahaja!
Pertama, sebelum keluar rumah hijabi perlu prep muka terlebih dahuku menggunakan Natural Advance Crème yang dirumus khas buat individu yang memiliki kulit kering dan sensitif.
Krim ini juga mampu memberi kelegaan maksimum khususnya jika hijabi mengalami alergi atau kegatalan pada kulit. Jangan risau, krim ini bersifat hipoalergenik di mana ia bebas dari sebarang paraben, pewarna, dan pewangi. Malah ia juga telah diuji secara klinikal untuk memastikan tahap keselamatan dan keberkesanannya.
Kedua, untuk menghidrat kulit dengan lebih baik, gunakan Hyalu-mide Serum iaitu kombinasi unik serum dan pelembap yang mampu mengukuhkan lapisan perlindungan kulit dan memberi penjagaan intensif untuk kulit yang rapuh dan rosak, kulit kering dan kusam, serta kulit dengan tanda-tanda penuaan.
Serum ini dirumus khas untuk memulihkan fungsi lapisan perlindungan kulit ia mengandungi ekstrak tumbuhan semulajadi speerti Yuzu Ceramide B, dan 3 jenis asid hialuronik untuk mengunci lembapan dan menghidrat kulit pada tahap maksimum.
Ketiga, sebelum keluar dari rumah atau ketika hijabi mahu melakukan aktiviti-aktiviti diluar (Outdoor) adalah WAJIB untuk anda melindungi kulit dari pancaran sinar UV yang boleh membuatkan kulit terbakar sekaligus hilang lembapan ketika cuaca terlampau panas.
Krim pelindung matahari (Sunscreen) dari La Miux dilengkapi dengan SPF 40, serta mempunyai tekstur ringan dan tidak menyumbat liang pori sekaligus memberi ruang kepada kulit anda untuk bernafas dan berfungsi secara normal sambil mendapat manfaat perlindungan daripada sinar UVA dan UVB.
Tambahan lagi, krim ini juga diformulasi khas untuk mengelakkan bakteria jerawat daripada menyerang kulit muka. Berbeza dengan kebanyakan krim pelindung matahari di luar sana!
Rutin terakhir yang perlu hijabi lakukan untuk melindungi kelembapan serta kesihatan kulit anda, adalah dengan menggunakan Rejuvenating Night Cream yang dirumus khas untuk mencerahkan pigmentasi, melembapkan kulit, dan melindungi kulit daripada radikal bebas yang mampu merosakkan kulit sekali gus menghindari tanda penuaan.
Selain itu, ia juga mengurangkan tona kulit tidak sekata serta memperbaiki keanjalan kulit dan dalam masa sama merangsang penghasilan kolagen.
Serum ini diperkaya dengan Ekstrak Seaberry Oil, Algae, Vitamin B5 Panthenol, dan Vitamin E, krim dengan tekstur ringan ini menjadikan kulit anda lebih lembap, halus, dan tanpa rasa berminyak!
Haa.. Dah tau cara macam mana nak dapatkan kulit idaman anda kan? Jadi segera dapatkan rangkaian produk penjagaan kulit dari La Miux Skin Therapist! Menerusi laman sesawang rasmi La Miux atay Kedai Eksklusif ini!
Jika Thanatophobia merupakan rasa takut terhadap kematian, Phasmophobia pula adalah rasa takut pada hantu secara berlebihan. Maklumlah, sekarang ini kan ramai orang ligat pergi ke pesta ‘Night Of Fright’ di Sunway Lagoon. Buat anda yang menghidapi Phasmophobia,pergi ke pesta seram ataupun rumah hantu mungkin merupakan mimpi buruk buat anda.
Phasmophobia ini bukanlah sekadar ‘takut hantu’, malahan ianya lebih intense dan melampau. Contohnya, rasa takut dengan perkara mistik, melihat gambar, video, filem dan juga rasa takut untuk memasuki rumah hantu. Memang tiada harapan lah mereka ini mahu memasuk rumah hantu seperti ‘Night Of Fright’. Takut pulak perkara tidak diingini berlaku!
Orang yang menghidapi phasmophobia ini takut akan segala yang berkaitan dengan hantu. Sehinggakan, mendengar perkataan ‘hantu’ pun mampu mencetuskan rasa takut. Jangan ambil ringan ya, perkara kecil yang berkaitan dengan hantu atau benda lain boleh mencetuskan gangguan kecemasan kepada mereka.
Phasmophobia ini juga sangat sukar dikawal. Bukan sahaja minda seseorang boleh terganggu, malah kesihatan fizikal dan aktiviti harian juga boleh terjejas. Fobia jenis ini tidak mengenal usia, jadi sesiapa sahaja boleh mengalaminya. Kanak-kanak yang takut hantu sejak kecil juga mungkin akan mengalami phasmophobia apabila dewasa.
Menurut pakar psikologi Ikhsan Persada, punca atau penyebab sebenar phasmophobia ini masih tidak diketahui sehingga kini. Namun, terdapat beberapa faktor asas yang membuatkan seseorang itu boleh mengalami phasmophobia. Berikut merupakan beberapa faktor yang menyebabkan seseorang mengalami fobia hantu secara berlebihan:
Kanak-kanak yang pernah mengalami peristiwa mistik seperti dibuli atau melihat hantu berkemungkinan tinggi boleh mengalami phasmophobia. Tambahan itu, seseorang yang mempunyai pengalaman menakutkan yang melibatkan hantu atau rumah berhantu, juga berkemungkinan mengalami phasmophobia. Contohnya, pernah ‘terserempak’ dengan benda ghaib tersebut atau mengambil gambar lepastu ‘benda’ tersebut terselit di belakang. Pasti trauma… Kerap juga mendengar orang dulu-dulu pesan untuk tidak mengambil sebarang gambar waktu maghrib, takutlah!
Pernah tak anda merasa ‘meremang‘ apabila menonton babak-babak seram ketika menonton filem? Kadang-kadang ada filem yang mempunyai ‘unsur’ bacaan keagamaan. Seram sejuk dibuatnya! Untuk pengetahuan anda, menonton filem menakutkan dan pengaruh budaya atau agama lain yang berkaitan dengan alam ghaib juga boleh menyebabkan seseorang mengalami fobia hantu.
Didikan di rumah memainkan peranan penting dan mampu memberikan kesan terhadap kehidupan seharian anda. Bayangkan jika seorang kanak-kanak itu daripada kecil sudah biasa melihat ibu bapa mereka atau orang sekeliling takutkan hantu, sudah pasti anak-anak pun akan terikut takut sama. Ini kerana mereka lebih mudah terikut-ikut melihat perkara yang ibu bapa mereka lakukan. Kanak-kanak tersebut pasti akan berfikir, ibu bapa pun boleh takut, apatah lagi orang yang mungkin tiada kuasa untuk melawan benda-benda mistik ini. Penyelidikan juga telah mendapati bahawa orang yang mempunyai ahli keluarga rapat dengan fobia atau jenis gangguan kecemasan lain lebih cenderung untuk mengalami fobia.
Terlalu mempercayai perkara ghaib juga boleh menjadi faktor yang mendasari seseorang mengalami phasmophobia. Sebagai contoh, anda percaya bahawa pergi ke luar pada waktu matahari terbenam adalah berbahaya. Ini disebabkan matahari terbenam sebelum malam dipercayai adalah waktu makhluk ghaib sedang aktif. Tambahan itu, sesetengah orang percaya bahawa bangun pada waktu awal pagi merupakan petanda bahawa ada makhluk ghaib memerhatinya dari sudut bilik.
Ketakutan terhadap hantu secara kelebihan ini boleh muncul pada bila-bila masa dan boleh memberi kesan buruk kepada penghidap,di antara kesan buruknya ialah:
Orang yang mengalami penyakit ini kerap mendapat tidur yang tidak cukup. Ini kerana bila tiba waktu malam…mulalah fikir mengenai hantu. Ketakutan terhadap hantu mulai menyelebungi. Bila nak tutup mata je, mulalah terbayang ada hantu berdekatan. Kalau anda baru habis menonton filem seram, mulalah terbayangkan babak-babak yang seram. “Macam mana kalau ada hantu bawah katil?..” Memang tak tenang lah nak tidur. Gangguan tidur ini menyebabkan anda tidak mempunyai tenaga dan sukar untuk berfikir dengan jelas pada siang hari. Ia juga mampu membuatkan anda lesu dan boleh mengurangkan produktiviti.
Situasi ini boleh berlaku bukan sahaja ketika anda bersendirian, bahkan boleh berlaku ketika sedang berada bersama ramai orang. Antara tanda-tanda kecemasan yang berlebihan adalah apabila anda mulai rasa jatung berdetak laju, mual, peluh dingin, pening sehingga rasa nak muntah.
Jika anda sering mengalami dua kesan buruk diatas, anda berisiko untuk mengalami kemurungan. Kemurungan yang tidak dirawat boleh menyebabkan seseorang berfikir tentang bunuh diri.
Anda boleh cuba mengubati phasmopobia ini menggunakan bantuan ubat-ubatan dan juga psikoterapi. Contoh ubatan yang boleh diambil adalah ubatan yang sering digunakan untuk merawat fobia, seperti anti depresi dan ubat anti-kecemasan. Kedua-dua ubat ini boleh melegakan reaksi berlebihan emosi kerana ketakutan yang anda alami, dan membantu menghentikan atau mengurangkan tindak balas fizikal, seperti jantung berdebar atau loya. Ubat antidepresan dan anti-kecemasan berkesan dalam mengurangkan gejala fobia dengan cepat.
Selain itu, anda boleh juga melakukan rawatan psikoterapi. Pakar kesihatan mental akan membantu penghidap phasmopobia untuk memahami punca ketakutan anda. Seterusnya, dengan menjalani rawatan psikoterapi, ianya membantu membangunkan mekanisme pertahanan yang boleh digunakan apabila anda mula merasakan ketakutan.
Anda telah mengetahui punca, tanda, kesan dan juga cara untuk mengubati phasmophobia ini. Jangan pernah memperlekehkan sesiapa yang mempunyai fobia berlebihan terhadap hantu. Selepas ini, jika anda ataupun orang sekeliling mula menunjukkan tanda Phasmophobia, dapatkan bantuan dengan segera.
Sebelum ini bukan tidak ada peserta Islam berhijab yang menyertai pertandingan Ratu Cantik. Antaranya Halema Aden yang menyertai Miss Minnesota USA 2016 atau Raudha Kasmir menyertai Miss Indonesia 2018. Penyertaaan mereka juga turut mendapat reaksi cukup berbeza dari seluruh masyarakat. Dan sekarang seorang lagi gadis berhijab, Nurul Shamsul, 20 tahun yang mencatat rekod apabila menjadi wanita Islam pertama yang tercalon dalam Top 20 Miss Universe Zealand.
Nurul yang merupakan seorang pelajar dilahirkan di Ampang Selangor ini berdarah campuran Malaysia dan Indonesia telah dibesarkan di New Zealand sejak usianya 5 tahun.
Melalui akauan instagramnya, Nurul menyatakan perasaan gembiranya apabila dia akhirnya layak berada di peringkat akhir untuk pertandingan Miss Universe New Zealand.
Dilihat dari latar belakangnya, Nurul merupakan penuntut di Universiti Waikato dengan jurusan Psikologi. Malah dia juga turut menyatakan hasratnya menyertai Ratu Cantik New Zealand adalah untuk mendapatkan dana bagi membantu kanak-kanak yang hidup miskin dan kebuluran.
Dalam pada itu, Nurul juga berharap dengan penyertaannya dalam pertandingan ratu cantik ini dapat memberinya peluang menolak stereotaip serta memberi impak positif kepada agama Islam di mana gadis berhijab tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan seperti itu.
“Saya harap peluang yang diberikan ini akan membantu memecahkan sempadan dan stereotaip. Saya juga berharap bersama-sama kita dapat mentakrifkan semula maksud kecantikan itu,” tambahnya lagi.
Melalui salah satu post di laman instagramnya, Nurul turut menulis penting untuk sentiasa mengetahui siapa anda dan asal usul anda. Malah perlu bangga dengan diri sendiri.
Dia turut menambah melalui pengalamannya sendiri, Nurul menyukai New Zeland kerana penduduknya lebih menerima budaya dan etnik yang berbeza. Malah itu yang menjadikan New Zealand unik kerana semua budaya yang ada.
Menjadi satu-satunya gadis berhijab dalam pertandingan Ratu cantik itu nanti, Nurul berharap supaya erti sebenar kecantikan dapat digambarkan dengan betul dan tidak hanya terhad kepada paras rupa dan bentuk badan semata-mata.
Pertandingan akhir nanti akan diadakan pada bulan Ogos di SKYCITY Theater.
Neuroplastisiti menerangkan bagaimana otak mampu berubah melalui tabiat seperti meditasi dan journaling. Ketahui fakta sebenar di sebalik trend 'reset otak' yang popular dalam kalangan Gen Z.