Personaliti media sosial yang juga usahawan berjaya, Asyalliee Ahmad baru-baru ini meraikan ulang tahun perkahwinannya yang kelima bersama suami tersayang, Eboy Arbaain dengan cara yang menarik sekali apabila mengadakan majlis resepsi persandingan sambil disaksikan ahli keluarga dan teman-teman rapat.

Berkongsi di laman instagramnya, Asyalliee yang mesra disapa Asya menceritakan kisah sedih di sebaliknya. Sememangnya sejak dahulu lagi dia mengimpikan untuk bersanding di majlis perkahwinan namun menyedari hakikat dirinya dan suami belum berkemampuan lagi pada saat itu, dia lalu terpaksa menyimpan hasratnya pada ketika itu.

Anak dah 3 orang baru nak bersanding, Alhamdullilah rezeki sangat. 5 Tahun yang lepas asya pernah berangan nak ada wedding macam ni tapi apakan daya. ‘Ukur baju dibadan sendiri’ itulah yang asya positif kan diri dulu.

Asya faham keadaan eboy dan asya faham keadaan asya juga masa tu macam mana. Asya anak yatim piatu yang menanggung hidup sendiri selepas sekolah. Eboy pula yang hanya bekerja makan gaji cukup hidup dan makan untuk diri sendiri je.

Allah swt temukan kami berdua semasa bekerja di ioi city mall dulu tahun 2015, sebulan selepas tu baru kami bercinta. Kalau nak cerita pasal kisah percintaan kami ni @eboyarbaain yang lebih simpan memori nya sebab asya banyak dah lupa 😂

So tak sampai setahun kami bercinta, kami bertunang. Tak sampai setahun kami bertunang, kami nikah. Kami nikah pada 25 Feb 2017 masa tu di jais shah alam. Disebabkan asya takde wali, so kena pakai wali hakim. Bila pakai wali hakim kena akad nikah dekat tempat dia la. Pelamin pakai yang sama orang lain pakai juga.

IKLAN

Sebelum turn asya, turn orang lain dulu lepastu baru turn asya. Selepas asya orang lain punya turn pula. So takde keistimewaan sangat dekat situ tapi memori yang sangat indah tercipta disitu 🤍

Kami berdua bukan orang senang, jadi buat mana yang mampu ja masa tu. 

Setelah 5 tahun nikah, harini baru kami dapat bersanding 🤍 MashaAllah indah sungguh perancangan Allah swt. Allah lebih mengetahui segalanya. Allah swt kurniakan waktu yang terbaik bila kami patut sanding.

Masa nikah dulu takda duit nak buat sanding. Tu pun nasib baik ada orang sponsor, mungkin kesian dekat kami ni 😂 Sebab yelah macam asya nikah asya, kalau tidak asya nak beli dkat gm klang je tapi ada insan yang baik hati nak sponsor baju.

IKLAN

Tambah Asya, perancangan untuk mengadakan majlis persandingan ini sudah lama sebenarnya namun terpaksa dilupakan seketika setelah dirinya hamil dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula diadakan.

Namun, perancangan Allah itu adalah yang terbaik apabila hasratnya itu kini terlaksana di waktu yang sangat tepat buat mereka berdua.

Kami plan, lepas nikah beberapa bulan tu cari duit nak sanding tapi pregnant Haider pula. So kami ingat anniversary yg pertama nak sanding la tapi duit takda lagi. Kami jual motor dan bag2 asya untuk cari duit tapi kami korban kan dulu duit tu untuk buat modal bisnes

Lepas Haider dah lahir, ingat nak bersanding juga la untuk anniversary yang ke 2. Rezeki dah ada masa tu, tapi asya pregnantkan Helena pula 😂

Bila nak buat sanding anniversary ke 3 tup tup tup PKP pula! hahaha
Then ingat anniversary yang ke 4 nak buat la sanding tapi still PKP tak boleh buat majlis, kami sambut dekat hotel je.

IKLAN


Sampailah harini! Sebenarnya tak terfikir pun nak bersanding tau, ingat nak sambut macam biasa bercuti ja. Tapi disebabkan asya buat-buat tanya dekat ig story haritu ramai pakai suruh buat! Lepastu pula yang boleh menjayakan majlis persandingan ni adalah @villabusainna sebab dia bagitahu dia ada dewan @cornerstoneipc_kl dan decoration dia semua cantik2 pastu murah 😍 Terus asya onz hahaha

Tapi nak dijadikan cerita la kan, banyak benda juga ye nak kena prepare walaupun bersanding sahaja. Pening kepala hahahaha tapi Alhamdullilah syukur sangat

Percaturan Allah sangat tepat dan sangat indah 🤍 Terima kasih Ya Allah diatas kurniaan Mu kepada kami 🤲🏻

Terharu apabila membaca perkongsian Asya ini. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan usaha penat lelah, mereka berjaya miliki hasilnya pada hari ini. Moga perniagaan mereka terus maju dan rumah tangga mereka kekal selamanya hingga ke syurga. InsyaAllah.

sumber: instagram @asyalliee

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI